Saturday, June 25, 2016

Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai September 2016

Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai September 2016

Bermula 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi membuat geran atau salinan yang hilang disebabkan penguatkuasaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate).

Cara-renew-roadtax-2016.jpg

Oleh itu, dengan penguatkuasaan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tidak ada lagi cetakan belakang pada geran setelah perbaharui roadtax di JPJ.

Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta

Cara-renew-roadtax-2016 [2].jpg

Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.

1. Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016

2. Bermula 1 September 2016, Renew Roadtax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ

3. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.

Bagaimana Jika Geran Kereta Asal Hilang?

Cara-renew-roadtax-2016 [3].jpg

Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke JPJ berdekatan untuk membeli maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan kepada pihak insuran 1 salinan untuk renew insurans atau claim insurans.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Tips Jimat Minyak Paling Viral

Sumber: Melvister

Panduan Cara Pilih Kursus Tepat Dari Borang UPU

Panduan Cara Pilih Kursus Tepat Dari Borang UPU

Kami kongsi beberapa tips dan maklumat yang berguna untuk memilih kursus yang ditawarkan melalui UPU atas talian, kerana mengisi borang permohonan untuk masuk ke universiti awam kadang-kadang mengelirukan dan boleh buat orang jadi lemah semangat.

1. Adakah saya layak memohon kursus ini?

Panduan Pilih Kursus Borang UPU.jpg

Sebelum memilih kursus, pastikan anda telah menyemak prasyarat kursus tersebut. Ini boleh dilakukan dengan melawat laman web universiti yang dipilih dan cari tahu maklumat mengenai kursus yang anda minat serta syarat asas.

Sekiranya laman web universiti tersebut tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai kursus yang hendak dipohon, cubalah telefon pihak yang bersangkutan.

Bandingkan syarat minima matapelajaran yang dikehendaki dengan keputusan ujian anda yang sebenar (bukan percubaan!).

Jika keputusan anda tidak memenuhi syarat minima yang ditetapkan, tidak perlulah untuk memilih kursus tersebut kerana anda pasti tidak akan dipertimbangkan, terutama di universiti yang popular dan dianggap unggul di kalangan pelajar.

Boleh juga cuba masukkan keputusan percubaan di Semak Syarat yang disediakan oleh pihak UPU sendiri.

2. Apa yang paling saya mahu?

Panduan Pilih Kursus Borang UPU [2].jpg

Kursus atau kampus yang paling anda kehendaki haruslah diletakkan pada dua hingga tiga pilihan yang paling awal dalam borang UPU.

Ia perlu ditunjukkan secara teratur jika anda tidak ingin berakhir degan kursus yang anda tidak ada minat sama sekali.

Sesetengah pelajar menganggap bahawa mereka akan selamat jika meletakkan pilihan utama mereka pada kotak ketiga atau keempat dengan harapan dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan kursus tersebut. Ini hanya khabar angin!

Selain itu, jika anda sudah berazam untuk masuk ke hanya satu universiti pilihan, langkah yang paling bijak adalah dengan memilih kursus-kursus di fakulti yang sama.

3. Saya tahu betul ke kursus apa yang saya pilih ni?

Panduan Pilih Kursus Borang UPU [3].jpg

Jangan main tembak sahaja pilih kursus. Pastikan kursus tersebut sesuai dengan minat dan cita-cita kita.

Pihak UPU / BKPP juga menyediakan senarai semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi sesi tahun ini dalam bentuk e-Panduan yang boleh dilayari di sini.

Calon tinggal pilih:
  • Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
  • STPM/Setaraf
  • Klik butang MASUK.
Anda boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut kampus (IPTA), Aliran dan Bidang.

BACA INI JUGA: 10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja

Sumber: Afterschool

4 Kos Utama Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu

4 Kos Utama Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu

Kebanyakan bakal pengantin memilih untuk berjimat cermat dalam merancang perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

Majlis perkahwinan impian.jpg

Walau bagaimanapun, kos majlis perkahwinan semakin meningkat berikutan kenaikan kos hidup di negara ini.

Majlis perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan, namun jika anda tidak cukup bertuah mendapat tajaan, pastikan anda merancang perbelanjaan dengan sebaiknya

Ramai mendapati bahawa bajet yang telah ditetapkan tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung beberapa caj ‘tersembunyi’ yang sering dilepas pandang.

1. Kursus kahwin dan majlis nikah

Seperti yang kita maklum, setiap pasangan beragama Islam yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam di negeri masing-masing.

Walaupun kos kursus ini boleh dianggap rendah, iaitu sekitar RM100 ke RM150 seorang, ia tetap menjadi beban kepada pengantin yang kurang berkemampuan.

Kos tambahan seperti kos pengangkutan ke lokasi kursus, kos penginapan and kos makan minum juga perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin bekerja di luar negeri atau luar negara dan terpaksa menghadiri kursus ini di daerah asal mereka.

Selain itu, terdapat juga pengantin yang ingin mengikut trend terkini, lalu melangsungkan majlis akad nikah dan majlis resepsi pada hari yang berlainan.

Kos bagi majlis akad nikah boleh mencecah sehingga RM5,000, termasuk bayaran pakej pelamin, pakaian pengantin, fotografi dan katering makanan.

Kos fotografi dianggarkan dari RM800 sehingga RM2,500, seperti yang dinyatakan dalam laman planetpengantin.com.

Bayaran katering makanan bagi 300 tetamu, dianggarkan boleh mencapai di antara RM2,000 ke RM5,000.

Walaupun majlis akad nikah dipandang ringkas, ianya memerlukan kos yang agak tinggi.

Oleh itu, bakal pengantin perlulah mengambil kira kos majlis pernikahan ini, selain perbelanjaan untuk majlis resepsi sekiranya kedua-dua majlis diadakan pada hari dan di tempat yang berbeza.

Pengantin setentunya boleh menjimat wang sekiranya kedua-dua majlis ini dijalankan dengan serentak atau akad nikah diikuti denan majlis resepsi di lokasi dan hari yang sama.

2. Barang Hantaran

Selain itu, kedua-dua pihak perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk membeli barang hantaran sebagai pemberian kepada pasangan masing-masing.

Kos pembelian barangan hantaran ini tidak termasuk dalam wang hantaran.

Mengikut perkembangan semasa, kebanyakan pengantin akan memilih hantaran dalam bentuk pakaian, aksesori, set wangian, buah-buahan dan manisan serta barang kemas terutamanya untuk pengantin perempuan.

Kos barangan hantaran ini mungkin melonjak tinggi sekiranya hantaran yang berjenama dipilih.

Oleh itu, pastikan kos barangan hantaran dimasukkan dalam bajet perkahwinan, dan pastikan barang yang dibeli berpatutan dengan kos yang anda mampu.

3. Makanan dan minuman

Penyediaan makanan dan minuman adalah aspek penting dalam persediaan sesuatu majlis perkahwinan.

Di sini, bakal pengantin mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada menggunakan khidmat katering atau menyediakan sendiri makanan secara ‘rewang’ atau gotong-royong.

Kedua-dua pilihan mempunyai perbelanjaan tersembunyi masing-masing.

Pihak pengantin perlu berhati-hati ketika memilih pakej katering agar tidak terperangkap dengan caj tambahan seperti sewaan kanopi, pelayan, peralatan hidangan, kek dan sebagainya.

Jangan terpedaya dengan pujukan penyedia katering untuk menambah jumlah makanan ataupun perkhidmatan lain seperti bufet manisan, sudut pencuci mulut, trak aiskrim, dan sebagainya dengan caj berganda.

Sebaik-baiknya, kamu perlu menyelidik terdahulu harga servis tambahan sekiranya dilanggan secara berasingan.

Makanan majlis yang disediakan sendiri menpunyai kos yang tidak dijangka termasuk bayaran tukang masak, bayaran tukang cuci pinggan dan sewa peralatan untuk menghidang.

Selain itu, makan dan minum anggota rewang perlu ditanggung semasa penyediaan makan dan minum untuk majlis perkahwinan.

Untuk mengelakkan perbelanjaan melangkau jauh daripada bajet anda, bakal pengantin perlulah peka akan kos-kos ini, selain daripada kos belanja ‘hangus’ dalam pembelian bahan basah serta risiko peningkatan harga bahan mentah terutama sekali sekiranya majlis perkahwinan dijalankan pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah.

Sebaik-baiknya, pihak pengantin perlu membuat tinjauan harga barangan mentah, dan barangan-barangan masakan boleh dibeli secara pukal untuk mendapatkannya pada harga borong yang lebih murah.

4. Bunga telur dan uncang hadiah (goodie bag)

Pemberian bunga telur kepada tetamu amat sebati dengan majlis perkahwinan Melayu dan dianggap sebagai suatu elemen yang menunjukkan kesantunan dan budi pekerti masyarakat Melayu.

Bunga telur juga menjadi tanda penghargaan kepada tetamu yang datang.

Pada masa yang sama, trend perkahwinan terbaru ialah pemberian bunga telur yang disertakan bersama uncang hadiah atau goodie bag.

Uncang ini biasanya diisi dengan hadiah seperti buku surah Yasin, tasbih, gula-gula, coklat, sapu tangan kecil dan sebagainya.

Kos pembelian bunga telur dan uncang hadiah sering dipandang remeh an tidak dimasukkan ke dalam bajet perkahwinan.

Puan Ida, 27, daripada Selangor menyatakan bahawa beliau sangat terkejut apabila menyedari yang beliau dan bakal suaminya telah membelanjakan ribuan ringgit untuk uncang hadiah dan bunga telur sahaja.

Ulasnya, “kami membeli bunga telur terdahulu sebelum membeli bahan-bahan lain seperti beg kertas, botol kaca, kacang, dan gula-gula.

Kami juga menambah kandungan goodie bag kami dengan membeli coklat pada saat akhir, dan tanpa disedari kos goodie bag kami telah mencecah RM5,000, iaitu RM5 bagi setiap goodie bag untuk tetamu.”

Untuk mengelakkan perbelanjaan luar jangka seperti ini, bakal pengantin boleh membuat inventori dan senarai yang tepat bagi setiap bahan yang hendak dimasukkan ke dalam uncang hadiah.

Sebaik-baiknya, bahan untuk uncang hadiah dibeli secara pukal untuk mendapatkan harga borong. Elakkan juga penambahan item pada saat-saat akhir.

Kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan bajet perkahwinan.

Oleh itu, bakal pengantin perlulah peka dengan kos majlis perkahwinan, terutamanya kos-kos yang disenaraikan di atas.

Dengan perancangan yang teliti, majlis yang sederhana belanjanya juga boleh berlangsung dengan meriah dan eksklusif.

Akhir kata, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu taksub mengikuti trend terkini sehingga berhutang semata-mata untuk memenuhi majlis impian anda.

BACA INI JUGA: 10 Sebab Mengapa Seronok Kahwin Muda!

Sumber: Astroawani.com

5 Tips Temuduga Paling Berkesan

5 Tips Temuduga Paling Berkesan

Temuduga bermaksud suatu proses di mana individu bertukar maklumat bagi tujuan permohonan pekerjaan, kenaikan pangkat atau sebagainya.

Tip Temuduga Berkesan

Sekiranya anda ingin hadiri temuduga, anda perlu bersedia menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik.

Malangnya ramai calon yang menghadiri temuduga tidak bersedia dan sering tertanya apakah bentuk soalan yang bakal ditanya kepada mereka.

Seandainya, anda inginkan idea dan dapatkan gambaran sebenar tentang soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga, panduan ini mungkin dapat membantu.

Antara Tips Temuduga Berkesan adalah:

1. Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja

Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini, terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi contohnya penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang di terima.

2. Bersiap sedia dengan soalan majikan semasa temuduga

Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang professional dan menjadikan kerja sepenuh masa.

Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.

Contoh soalan yang akan di tanya oleh majikan adalah seperti kenapa anda ingin memohon kerja di tempat mereka, bertanya tentang pengalaman anda, dan lain lain.

3. Orang yang berketerampilan mendapat kerja

Memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan bijak memilih.

Keterampilan seseorang itu akan membuat majikan anda yakin terhadap anda.

Contohnya anda seseorang badan yang sasa dan berotot, anda ingin meminta kerja di sebuah pusat gym.

Tentu saja majikan anda akan percaya kerana gaya berketerampilan anda sudah cukup untuk bekerja di sana.

4. Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat

Ada sesetengah orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.

Jika anda bijak, anda haruslah obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan anda mencuba tanpa henti sehingga pada pandangan majikan telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari anda.

5. Tenang dan jadilah diri anda sendiri

Adalah penting untuk tenang dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial.

Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak di terima.

Ringkasnya, menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari bersikap mengikut orang lain. Jika anda jujur segala perbuatan anda semasa temuduga mesti anda akan tenang menjawap soalan dari majikan.

Anda dipanggil temuduga kerana majikan mahu mengambil pekerja yang benar-benar layak bagi memenuhi keperluan penjawatan mereka.

Sepanjang interaksi sewaktu temuduga, mereka akan menilai kekuatan dan kelemahan, kekurangan anda, melihat kelayakan, kemahiran dan kualiti intelektual, menilai sikap, motivasi dan kematangan anda.

BACA INI JUGA: 10 Tabiat Buruk Ketika Temuduga Anda Wajib Elakkan

Sumber: Wom

Desa Shani Shingnapur Di India Tiada Pintu, Tiada Kunci Dan Tiada Pencuri!

Desa Shani Shingnapur Di India Tiada Pintu, Tiada Kunci Dan Tiada Pencuri!

Pernahkah anda membayangkan semua rumah, kedai atau segala bangunan lain dalam kawasan kejiranan dibiarkan terbuka tanpa dikunci sepanjang hari namun tetap selamat daripada pencuri?

Shani Shingnapur.jpg

Begitulah yang berlaku di Shani Shingnapur, sebuah perkampungan di Maharashtra, kira-kira 1,311 kilometer jauhnya dari selatan ibu negara India, New Delhi, hingga menjadi begitu terkenal ke seluruh dunia.

Penduduk kampung ini, menurut stesen antarabangsa BBC dilaporkan tidak pernah mengunci rumah atau kedai mereka kerana yakin Dewa Shani, atau Dewa Saturnus kononnya selalu melindungi kampung tersebut.

Berdasarkan kisah penduduk, ia bermula daripada legenda 300 tahun lalu, setelah hujan lebat dan banjir, sebuah batu hitam besar ditemui di tepi sungai Panasnala, yang dahulu pernah ‘membelah’ kampung itu.

Ketika penduduk kampung cuba menyentuh batu tersebut dengan tongkat, darah memancut keluar dari batu itu.

Pada tengah malam, Dewa Shani datang dalam mimpi penduduk dan menyatakan bahawa batu itu adalah sembahannya.

Dewa itu kemudian memerintahkan masyarakat kampung supaya batu itu disimpan kerana kononnya dia akan tinggal di tempat tersebut tetapi meminta satu syarat, batu dan kesaktiannya tidak boleh ditutup langsung.

Ini kerana dia perlu mengamati suasana kampung itu tanpa apa-apa halangan. Dewa Shani kemudian memberkati penduduk desa tersebut dan berjanji untuk melindungi mereka daripada sebarang bahaya.

Shani Shingnapur [2].jpg

Setelah penduduk kampung menempatkan batu berkenaan di sebuah lantai tidak beratap di tengah-tengah kampung tersebut, mereka memutuskan untuk membuang semua pintu dan kunci yang ada di rumah mereka.

Generasi terdahulu malah tidak memerlukan pintu atau kunci, kerana mendakwa kononnya Dewa Shani akan melindungi mereka. Tradisi pelik ini diteruskan hingga sekarang.

Sebagai ganti, penduduk lazimnya hanya meletakkan potongan papan kayu di depan pintu supaya anjing jalanan tidak masuk ke dalam rumah mereka terutamanya pada waktu malam.

Meskipun tanpa pintu, penduduk dengan tenang meninggalkan barang perhiasan mahupun wang mereka begitu sahaja di dalam rumah, kerana yakin pelindung suci akan menjaganya.

Bahkan bilik mandi awam di perkampungan itu hanya ditutup dengan selembar tirai. Bangunan baharu juga harus menghormati tradisi ini. Sebuah balai polis, yang baharu dibuka pada 2015, juga tidak dilengkapi pintu.

Shani Shingnapur Bank.jpg

Uniknya, pejabat polis tersebut sehingga kisah ini ditulis oleh BBC belum pernah menerima waima satu laporan jenayah terutama kes pecah rumah daripada penduduk setempat.

Sementara itu, United Commercial Bank yang membuka cawangan di Shani Shingnapur pada 2011 lalu, menjadi bank pertama di India yang tidak memiliki kunci pintu konvensional.

Masyarakat Shani Shingnapur juga tidak pernah meminta bantuan daripada jiran untuk menjaga rumah mereka jika perlu pergi keluar dari kampung tersebut untuk sebarang urusan.

Mereka, malah berasa amat yakin bahawa pencuri di kampung tersebut akan dihukum menjadi buta dan orang yang tidak jujur akan dikutuk selama tujuh setengah tahun.

Peliknya, penduduk Shani Shingnapur juga percaya ketika seseorang cuba memasang pintu kayu di rumahnya, orang tersebut akan mengalami kemalangan jalan raya.

Shani Shingnapur [3].jpg
Batu hitam dipercayai tempat Dewa Shani di kampung Shani Shingnapur, India.

Ekoran sejarah unik ini, kampung ini kini menjadi tumpuan dari seluruh India. Setiap hari, sekitar 40,000 orang datang ke tempat batu keramat yang berkembang menjadi kuil besar dan menerima banyak sumbangan.

Walaupun Shani Shingnapur bebas daripada kes curi selama berabad-abad, pada 2010 lalu seorang pengunjung mengaku mencuri barang dan wang bernilai 35,000 rupee (kira-kira RM2,102).

Setahun kemudian, satu lagi laporan curi melibatkan perhiasan emas bernilai 70,000 rupee (RM4,204). Namun kes tidak diteruskan kepada pihak polis kerana penduduk yakin ia terjadi di luar kampung itu.

Ada juga pihak skeptik menyatakan, rendahnya kadar jenayah kerana lokasi kampung itu terpencil dan bukan kerana kesaktian dewa pujaan penduduk kampung tersebut selama ini. –Agensi/Mynewshub/HAA

BACA INI JUGA: Bengkala, Kampung Orang Bisu Di Bali!