Sunday, June 26, 2016

Lupa Bayar Di Kedai Mamak Namun Dua Bulan Selepas Itu..

Lupa Bayar Di Kedai Mamak Namun Dua Bulan Selepas Itu..

Saya ada dua cerita. Saya minum dengan kawan-kawan. Kedai tu memang selalu saya minum. Mereka kenal saya. Satu hari. Saya datang lagi sekali. Salah seorang dari staf kedai tu hulurkan RM10 pada saya.

Manusia+Jujur.jpg

“Duit apa?” Saya tanya pada dia. Dia geleng. Dia tak boleh berbahasa melayu. Dia panggil kawan dia untuk cakap dengan saya.

“Dia cakap, ini duit awak. Dua bulan lepas duit awak terjatuh bawah kerusi. Dia ambil simpankan kerana masa tu awak dah balik” kawan dia cakapkan.

Saya tak tercakap apa-apa. Jujurnya pemuda ini. Duit itu bukan besar sangat. Tapi dia simpankan dalam tempoh yang lama. Kerja di kedai mamak gaji RM3 sejam. Dia susah tetapi dia kerja bukan kerana duit.

Satu kisah lain.

Aib+Orang+Lain

Sedap berborak saya dan kawan-kawan terlupa bayar minum dan makan di mamak tersebut. Beberapa hari kemudian baru teringat. Pergi kedai tu..

“Saya terlupa bayar minum beberapa hari lepas.”

Mamak tu cakap, “Saya tahu.”

“Kenapa tak panggil saya?”

“Tak mahu malukan abang depan kawan-kawan, saya tahu abang datang sini balik.”

Tengok. Mulianya hati dia kan. Sampai macam tu jaga aib orang lain. Sedangkan beberapa antara kita dengan sengaja mencari jalan mengaibkan orang tertentu.

Jangan aibkan orang lain.

BACA INI JUGA: Sembunyikan Aib Orang, Allah Sembunyikan Aib Kita

Sumber: Baharuddin Mohamed/Lamankongsi

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tiada kos yang dikenakan, jom baca cara buat duit dengan blog yang kami mahu kongsikan khusus untuk para pembaca.

Buat Duit Dengan Blog

Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.

Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.

2.Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book.

Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

Anda boleh mempromosikan produk anda di blog, forum dan Facebook. Anda akan mendapat kepuasan sekiranya E-book anda sentiasa mendapat permintaan dan membantu ramai orang.

Paling menyeronokkan anda dapat menjana pendapatan yang banyak.

3. Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog

Sekiranya anda memang mempunyai kemahiran menulis ataupun gemar menulis, maka kongsikan bakat penulisan anda di blog. Potensi blog amat besar dan mampu bertahan pada masa hadapan.

Oleh itu,cungkilkan bakat menulis anda kerana apabila blog anda telah mendapat ramai pelawat, anda bolehlah buat duit dengan blog anda sama ada dengan menjual slot iklan, atau melalui Google Adsense dan sebagainya.

Namun, anda diingatkan agar memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat duit melalui penulisan blog.

4. Jana pendapatan melalui membina blog dan ‘monitize’

Monetize adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog dan memasangkan kod iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan dan luar negara.

Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda.

Punca Gagal Buat Duit Dengan Blog

1. Mudah Berputus Asa

Terdapat sesetengah orang yang baru bermula menceburi bidang ‘blogging’ ini,tetapi telah mengundur diri lebih awal kononnya dengan alasan tiada kemahiran untuk menulis atau membina blog yang baik.

Sebenarnya untuk berjaya,anda perlulah melalui pelbagai halangan dan dugaan untuk diatasi. Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu perkara, anda bolehlah mendapatkan bantuan daripada yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan malu untuk mencuba dan bertanya.

2. Mahu Cara Yang Cepat Dan Mudah Untuk Berjaya

Sebenarnya untuk buat duit dengan blog ini,anda perlu sabar menunggu hasilnya kerana bukan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog ini.

Kadang-kadang anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk menjana pendapatan. Oleh itu,jangan cepat berfikir mudah dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh.

3. Tiada Perancangan

Ramai orang yang mahu buat duit dengan blog tanpa mempunyai pelan yang betul dan sistematik. Mereka mempunyai banyak idea yang hendak dilaksanakan, tetapi tiada sistem yang akan mereka ikuti.

Apabila melakukan banyak pekerjaan pada satu masa yang sama,maka potensi kerja-kerja itu akan terbengkalai begitu sahaja adalah tinggi.

Oleh itu,pastikan anda mempunyai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

4. Kesilapan Memilih Produk Affiliate

Salah satu sebab anda tidak berjaya buat duit dengan blog adalah kerana anda memilih produk affiliate yang betul untuk blog anda.

Contohnya jika blog anda adalah sebuah blog bercerita tentang gadjet,maka pilihnya produk yang berkaitan dengan gadjet. Jangan salah pilih produk affiliate yang tidak ada kaitan dengan produk anda.

Kesimpulan

Menjana pendapatan melalui blog sememangnya sangat menyeronokkan,tetapi komitmen dan komited perlulah seiring sekiranya ingin berjaya.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

9 Tips Cari Duit Lebih

9 Tips Cari Duit Lebih

Pasti ramai yang pening kepala apabila memikirkan soal wang. Dan bagaimana untuk cari duit tambahan? Jangan risau, setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.

Tips Cari Duit Lebih

Sebenarnya, banyak yang anda boleh lakukan untuk cari duit tambahan. Anda hanya perlu rajin sahaja, duit tak datang bergolek ya.

Hidup di zaman moden ini agak sukar untuk bergantung pada satu pendapatan sahaja. Semuanya bukan lagi murah.

Semak tips ini. Jom cari duit tambahan!

Tips Cari Duit Tambahan:

1. Media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan kita. Apa kata, anda cuba buat ‘online business’. Bunyi macam biasa je kan, tapi sebenarnya kalau kita tahu ‘market’ dan ‘demand’ sekarang, pasti anda boleh dapat pendapatan yang lumayan. Cari sedikit kelainan dari segi barangan dan pandai bermain dengan harga.

2. Setiap orang pasti ada bakat tersendiri, jadi gunakan bakat yang ada untuk cari duit tambahan. Sebagai contoh, menjahit, make-up, memasak ataupun bakat seni yang lain. Semua ini anda boleh lakukan di rumah sahaja dan tidak memerlukan kos yang besar.

3. Cuba anda selongkar rumah anda, mungkin anda akan terjumpa barang-barang lama atau antik yang anda sendiri tidak guna. Anda boleh jual barangan terpakai di media sosial, tapi janganlah meletakkan harga yang mahal.

4. Jika anda ingin membuat business anda sendiri, apa kata anda cuba gunakan modal yang kecil dan perlahan-lahan cuba dapatkan keuntungan berpatutan. Jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi. Yang penting anda berusaha dan berani untuk ke depan.

5. Jika anda pandai membahagikan masa, anda boleh melakukan kerja sambilan di kedai–kedai atau shopping mall. Nak cari duit tambahan kenalah rajin sikit.

6. Kalau anda rasa malas sangat untuk melakukan kerja lain, anda boleh buat kerja lebih masa ‘over time’ di tempat kerja anda dan cuba dapatkan komisyen dan cuba berbincang dengan bos anda.

7. Mengumpul barangan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar bahkan anda boleh menjualnya kembali di pusat kitar semula. Contoh barangan kitar semula ialah surat khabar, botol plastik, botol kaca dan sebagainya.

8. Pasti anda pernah dengar tentang ‘DIY’ (Do it yourself) Barangan DIY mendapat permintaan yang tinggi di samping anda boleh gunakan idea anda tersendiri. Jual murah-murah pun tak apa, yang penting anda dapat cari duit tambahan.

9. Bagi yang berani dan tahu tentang selok belok saham, anda bolehlah mencuba, tapi pastikan anda betul- betul arif tentang hal ini. Jangan nanti semuanya tergadai.

BACA INI JUGA: 3 Cara Mudah Menarik Rezeki

Sumber: Wom

5 Jenis Nutrisi Tambah Tinggi Badan

5 Jenis Nutrisi Tambah Tinggi Badan

Anda tergolong dalam kategori wanita bertubuh rendah? Ingin ketinggian anda bertambah walaupun hanya dalam beberapa sentimeter sahaja? Ingin tahu rahsia untuk menambah ketinggian?

Tambah Tinggi Badan.jpg

Baca artikel ini sampai habis!

Mendapat nutrisi yang tepat ke dalam tubuh adalah perkara yang perlu anda titikberatkan jika ingin menambah ketinggian badan.

1. Protein

Protein adalah makanan yang harus kita ambil. Daging, telur dan kekacang adalah antara beberapa makanan yang paling umum akan memberikan anda kesempatan terbaik untuk membesar lebih tinggi.

Makanan yang kaya dengan protein, iaitu susu, keju, oatmeal, daging dan sebagainya.

2. Kalsium

Kalsium merupakan salah satu bahan penting yang membantu seseorang untuk membesar dengan lebih tinggi.

Oleh sebab itulah pentingnya kita makan makanan yang kaya dengan kalsium. Ia membantu tulang menjadi kuat dan anda harus memiliki tulang yang kuat untuk menjadi tinggi.

Kalsium boleh diperoleh daripada keju, telur, yogurt dan sebaginya.

3. Vitamin D

Vitamin D membantu tulang dan otot dalam tubuh untuk membesar dengan baik. Hanya dengan menghabiskan masa setikdaknya 10 minit di bawah sinaran matahari anda juga boleh mendapatkan vitamin D ke dalam tubuh.

Matahari juga memiliki kekuatan untuk mengubah kolesterol tinggi dalam tubuh anda menjadi vitamin D

Apabila anda kekurangan vitamin D tubuh anda tidak akan boleh tumbuh secara maksimum, dan pertumbuhan anda akan jadi terbantut.

Anda boleh mengambil suplemen vitamin Di jika anda memerlukan sumber tambahan untuk mendapatkan efek positif vitamin ini.

Makanan yang kaya dengan vitamin D, iaitu ikan, telur, bijirin, tofu, susu soya, cendawan dan kacang almond.

4. Vitamin A

Untuk menjaga seluruh tubuh agar tetap segar dan berfungsi dengan baik, anda memerlukan vitamin A. Vitamin ini turut membantu tubuh memaksimumkan penyerapan kalsium yang diperlukan oleh tulang.

Makanan yang kaya dengan vitamin A, iaitu bayam, lobak, ayam, betik, susu, tomato dan sebagainya.

5. Mineral Lainnya

Mineral-mineral lain yang diperlukan tubuh membantu perkembangan tulang serta melancarkan peredaran darah.

Mineral-mineral penting ini biasanya terdapat pada kacang hijau, brokoli, bayam, pisang, anggur dan lain sebagainya.

BACA INI JUGA: 10 Negara Penduduk Paling Ramai Tinggi Dan Rendah Di Dunia

Sumber: Wom

Boleh Atau Tidak Beli Hartanah Pada Zaman Gawat?

Boleh Atau Tidak Beli Hartanah Pada Zaman Gawat?

It is not about being right, it is about being prepared. Masalah membeli hartanah bukan sebab kegawatan ekonomi negara tetapi pada gawatnya pada poket sendiri.

Hartanah.png

Poin penting untuk saya ketengahkan adalah, jika anda beli untuk tinggal, mengapa perlu risau harga pasaran mahal atau murah, ekonomi bagus atau gawat?

Gawat poket sendiri bermakna;
  • Simpanan tidak cukup
  • Pendapatan kurang stabil
  • Tiada kemampuan mengambil pinjaman perumahan

Yang penting , mempunyai kemampuan untuk bayar. Jika gawat poket sendiri, jangan beli hartanah lagi. Tambah pendapatan dulu, stabilkan, bina simpanan, kemudian bina pendapatan alternatif. Pendek kata, pelbagaikan sumber pendapatan.

Seterusnya, baiki dan susun profil kewangan sebagai bentuk persediaan untuk memohon pinjaman dari bank.

Sebenarnya Ia Satu Kelebihan Jika Ekonomi Gawat

Jika ekonomi negara gawat, bukankah satu kelebihan untuk anda? Zaman gawat ekonomi, inilah masanya untuk anda memohon diskaun lebih oleh sebab ramai tuan rumah terdesak untuk menjual rumah berbanding bakal pembeli yang sedikit, ini kita panggil istilah, buyer market.

Ini satu peluang. Dalam bahasa Cina, krisis ada 2 makna. Yakni ‘bahaya’ dan ‘peluang’.

Mari Kita Lihat Sejarah Hartanah Pada 1997-1998

Jika risaukan harga hartanah turun sehingga 50% dari harga pasaran, lihat rekod hartanah di seluruh Malaysia pada zaman kegawatan 1997-1998 dan 2008.

Tahun 1997-1998, harga hartanah seluruh Malaysia mencatatkan sejarah penurunan harga 10% secara purata dalam pasaran ‘subsale’. Itu yang paling teruk.

Tapi jika dilihat graf 1995-2015, secara keseluruhannya meningkat dengan stabil dan kejatuhan itu lebih berbentuk pembetulan sementara menunggu permintaan dari pasaran untuk kembali ke paras yg sepatutnya.

Saya kongsikan juga Malaysia House Price Index 10 dan 20 tahun ke belakang di dalam blog saya.

Saya biasanya memilih lokasi hartanah yang harganya meningkat dengan stabil. Saya mengambil kira kayu ukur dari sudut infrastruktur dan kadar sewaan berbanding lokasi yang harganya telah meningkat dengan laju.

Harga naik laju, silap-silap jatuh pun laju. Lebih-lebih lagi, bilamana bermain dengan spekulasi, lagi besar risikonya.

Hartanah Bukan Pelaburan Bersifat Turun Naik

Jangan risau, anda bukan membeli saham atau forex yang sifatnya turun naik, di mana harga boleh turun sehingga 50% dalam masa yang singkat oleh disebabkan faktor berita yang kurang baik.

Jika hilang duit tak mengapa lagi, jangan hilang nyawa dek sakit jantung. Di dalam seminar saya akan lukis graf perbezaan kenaikan harga hartanah Malaysia dan graf KLCI.

Persoalan Paling Besar – Adakah Harga Hartanah Terus Meningkat?

Adakah harga akan terus meningkat untuk jangka masa panjang? Pertamanya, itu semua urusan Allah swt yg tentukan.

Kedua, dengan ilmu yang sedikit ini, saya menjangkakan harga hartanah akan terus meningkat kerana faktor makro dan mikro.
  • Makro: inflasi, Quantity Easing, penurunan nilai mata wang, sistem rizab pecahan perbankan
  • Mikro: Keimbangan bekalan & permintaan, kekurangan tanah, populasi meningkat, infrastruktur bertambah

Apa Yang Anda Boleh Bertindak? Ini Saranan Saya

1. Tip Beli Hartanah Dalam Pembinaan

Takut membeli projek hartanah dalam pembinaan? Anda boleh dapatkan 4 tip utama yang saya kongsikan dalam memilih hartanah jenis ini di blog Dr Waqipedia.

Saya sendiri masih lagi membeli hartanah ‘underconstruction’ yang memenuhi 4 kriteria tersebut dan yang sesuai dengan pelan pelaburan saya.

Antara sebabnya;
  • Modal yang rendah.
  • Tidak pening masalah pengurusan sewaan selama 3-4 tahun. Melalui pengalaman sewa beli sublet.
  • Tidak pening mengejar peguam, dan pegawai bank.
  • Pemaju, ‘inflasi’ dan ‘pasaran’ bekerja keras utk kita.
  • Sesuai dengan org yang profilnya ‘malas’ seperti saya.
  • Baru dan sempurna.

2. Kepada Yang Mahu Beli Subsale Atau Lelong

Mahu beli subsale atau lelong? Lagi mudah. ‘Objek’ nya pun dah ada. Secara umumnya, banyak pilihan menarik di pasaran ‘subsale’ ni terutamanya hartanah yang berharga bawah RM600,000 – RM800,000.

Hanya perlu rajin turun padang setiap hujung minggu, buat pemeriksaan, sediakan senarai, bincang dengan suami/isteri/ibu bapa kemudian bandingkan harga. Ambil yang terbaik.

3. Untuk Yang Mahu Buat Pelaburan

Jika ingin beli untuk pelaburan, cari buku dan baca, keluar berguru pada yang tahu, atau sertai Havoc Hartanah (http://bit.ly/havockl). Saya jamin ia pelaburan yang sangat berbaloi jika anda pergi.

*Perkongsian ini telah ditulis oleh tuan Waqiyuddin melalui laman Facebook Page beliau.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!



Sumber: Majalahniaga