Saturday, June 25, 2016

Panduan Cara Pilih Kursus Tepat Dari Borang UPU


Kami kongsi beberapa tips dan maklumat yang berguna untuk memilih kursus yang ditawarkan melalui UPU atas talian, kerana mengisi borang permohonan untuk masuk ke universiti awam kadang-kadang mengelirukan dan boleh buat orang jadi lemah semangat.

1. Adakah saya layak memohon kursus ini?

Panduan Pilih Kursus Borang UPU.jpg

Sebelum memilih kursus, pastikan anda telah menyemak prasyarat kursus tersebut. Ini boleh dilakukan dengan melawat laman web universiti yang dipilih dan cari tahu maklumat mengenai kursus yang anda minat serta syarat asas.

Sekiranya laman web universiti tersebut tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai kursus yang hendak dipohon, cubalah telefon pihak yang bersangkutan.

Bandingkan syarat minima matapelajaran yang dikehendaki dengan keputusan ujian anda yang sebenar (bukan percubaan!).

Jika keputusan anda tidak memenuhi syarat minima yang ditetapkan, tidak perlulah untuk memilih kursus tersebut kerana anda pasti tidak akan dipertimbangkan, terutama di universiti yang popular dan dianggap unggul di kalangan pelajar.

Boleh juga cuba masukkan keputusan percubaan di Semak Syarat yang disediakan oleh pihak UPU sendiri.

2. Apa yang paling saya mahu?

Panduan Pilih Kursus Borang UPU [2].jpg

Kursus atau kampus yang paling anda kehendaki haruslah diletakkan pada dua hingga tiga pilihan yang paling awal dalam borang UPU.

Ia perlu ditunjukkan secara teratur jika anda tidak ingin berakhir degan kursus yang anda tidak ada minat sama sekali.

Sesetengah pelajar menganggap bahawa mereka akan selamat jika meletakkan pilihan utama mereka pada kotak ketiga atau keempat dengan harapan dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan kursus tersebut. Ini hanya khabar angin!

Selain itu, jika anda sudah berazam untuk masuk ke hanya satu universiti pilihan, langkah yang paling bijak adalah dengan memilih kursus-kursus di fakulti yang sama.

3. Saya tahu betul ke kursus apa yang saya pilih ni?

Panduan Pilih Kursus Borang UPU [3].jpg

Jangan main tembak sahaja pilih kursus. Pastikan kursus tersebut sesuai dengan minat dan cita-cita kita.

Pihak UPU / BKPP juga menyediakan senarai semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi sesi tahun ini dalam bentuk e-Panduan yang boleh dilayari di sini.

Calon tinggal pilih:
  • Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
  • STPM/Setaraf
  • Klik butang MASUK.
Anda boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut kampus (IPTA), Aliran dan Bidang.

BACA INI JUGA: 10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja

Sumber: Afterschool

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon