Tuesday, May 24, 2016

Cara Pelajar ‘U’ Buat Duit Tanpa Ikat Perut

Cara Pelajar ‘U’ Buat Duit Tanpa Ikat Perut

Mungkin buat sebahagian pinjaman PTPTN bukanlah satu pilihan tetapi adalah satu-satunya kaedah membayar yuran pengajian dan sebagainya.

Buat+duit+online

Namun, duit pinjaman sahaja ada kalanya tidak cukup untuk menampung pelbagai perbelanjaan semasa di kampus.

Buku-buku rujukan, tambah nilai prabayar (topup prepaid) serta duit makan minum dan sebagainya memerlukan sejumlah peruntukan wang yang bukan sedikit, tambah-tambah lagi sejak ada cukai barangan dan perkhidmatan.

Pelajar yang tidak hidup biasa-biasa dan kreatif akan ligat mencari peluang masa yang terluang untuk mencari duit poket lebih. Berdasarkan pemerhatian kami, berikut merupakan antara idea yang boleh diikut:

1. Jual Makanan & Minuman

Bisnes ini pasti untung.

Sila jual dari bilik ke bilik. Kebanyakan pelajar di kampus gemar memerap di bilik (sebab poket kering), kadang-kadang ada yang sanggup berlapar disebabkan banyak assignment, malas nak turun tangga hostel pun ada.

Tak perlu makanan yang berat-berat, boleh jual burger, nasi lemak, sandwich pun sudah memadai. Kalau minuman pula boleh cuba jual kopi-kopi hispster yang memang tengah popular sekarang.

2. Perkhidmatan ‘Uber’

Dulu namanya ‘kereta sewa’, sekarang dah moden dipanggil pula Uber.

Bagi pelajar yang memiliki kereta (mungkin pemberian dari ibu bapa), ini memang cara terbaik untuk tambah duit poket. Hanya buat perkhidmatan menghantar pelajar lain ke hostel, fakulti dan seumpamanya.

Perkhidmatan jenis ini memang mudah tersebar dalam kalangan pelajar, jadi jimat, tidak perlu buat marketing.

3. Kerja di Kedai Fotokopi

Menawarkan diri untuk kerja part time pada waktu semester yang kurang waktu kuliah memang berbaloi.

Kedai fotokopi ni biasanya akan wajib ada dalam kampus, jadi kalau berhajat tambahkan duit poket boleh kerja di sini.

4. Khidmat Cetakan (Printing)

Tidak semua pelajar mampu beli printer sendiri.

Sesiapa yang mempunyai mesin pencetak memang sesuai untuk tawarkan perkhidmatan ini di hostel.

Tampalkan sahaja iklan di papan kenyataan hostel. Percayalah, mesti ada pelajar yang berminat untuk dapatkan khidmat ini, silap haribulan pukul 12 pagi ada yang datang ketuk pintu bilik.

Boleh caj sekitar 10-30 sen sehelai.

5. Dropship

Ini adalah bisnes tanpa modal.

Bisnes model yang tak perlukan modal untuk berniaga dan tak perlu pegang stok, namanya dropship. Hanya perlu promosikan barang atau produk orang lain (biasanya produk kecantikan) dan ambil tempahan.

Pelajar zaman sekarang yang mahir dalam media sosial memang boleh buat duit dengan bisnes ini.

Jika anda berminat dengan bisnes Dropship tudung online, anda boleh mulakan disini, Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia. Semuanya menawarkan program DROPSHIP!

6. Jual Kad Prepaid

Susah nak jumpa mahasiswa yang tak pakai handphone.

Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau jual benda yang sama.

Sebab apa? Sebabnya pukul 12 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik beli topup.

Jadi bisnes jual kad prepaid ini memang sesuai sangat dibuat di kampus. Paling popular sekarang adalah Tone Excel/ONEXOX.

Ini adalah program referral yang membayar komisen atas ahli yang menggunakan kad prepaid ini.

7. Jual Beli Saham di Bursa Malaysia

Bisnes ini paling berisiko tetapi berbaloi. Orang yang sanggup menuntut ilmu saja boleh sertai.

Memang rare. Tak ramai yang tahu pasal benda ni mungkin sebab kurangnya publisiti dari Bursa Malaysia sendiri.

Tapi kalau skim-skim cepat kaya yang modus operandinya ambil duit kita dan kononnya laburkan ke tempat lain ramai pula yang tahu.

Dengarnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia siap ada Bursa Young Investor Club mereka sendiri.
  • Bursa Young Investor Club – BYIC, Universiti Malaya: https://www.facebook.com/bursayounginvestorclubunimalaya
  • Bursa Young Investor Club – BYIC, UKM: https://www.facebook.com/byicukm

Bukan sikit-sikit untung yang mereka buat, kalau kena gaya memang ribu-ribu! Dengar memang best, perlu ingat perkara wajib perlu sebelum rancang nak terlibat dalam bursa saham adalah ilmu.

Kesimpulan

Melalui satu kaji selidik dijalankan dua penyelidik terhadap 118 pelajar secara rawak yang menginap di kolej 17 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menunjukkan sebanyak 51.8% pelajar mengalami masalah kewangan untuk beli buku teks yang menyebabkan proses pembelajaran terganggu seperti kurang tumpuan belajar.

Akibatnya 50.8% pelajar memerlukan pekerjaan semasa cuti panjang untuk membiayai pelbagai perbelanjaan seperti buku, yuran dan sebagainya.

Namun, kekangan kewangan dalam kehidupan sebagai pelajar dapat dihadapi dengan lebih baik melalui idea-idea di atas.

Jangan hanya berharap, jangan salahkan sesiapa. Untuk terus hidup ubahlah nasib anda sendiri.

BACA INI JUGA: 9 Perkara Biasa Kita Buat Dengan Cara Yang Tidak Betul

Sumber: Mynewshub.cc

'Ustaz Kata Semua Orang Boleh Bahagia. Betul Ke?'

'Ustaz Kata Semua Orang Boleh Bahagia. Betul Ke?'

Tidak pernah mengecap bahagia sejak kecil hingga melangkah ke alam pekerjaan dan percintaan, seorang wanita bangsa Cina akhirnya memilih agama Islam.

Wanita berdoa
Gambar hiasan.

Menurut perkongsian seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, wanita tersebut menangis ketika menceritakan kisah hidupnya.

"Saya balik dari program Keluarga Sunnah, ada seorang wanita berbangsa Cina telefon saya. Akhir perbualan dia nak masuk Islam. Saya berhenti kereta tepi jalan dan menangis. Setelah pelbagai ujian datang minggu ini, rupanya ALLAH nak hadiahkan seorang wanita memeluk Islam.

"Dia menangis ceritakan masalahnya. Dia kena tipu dengan teman lelakinya merangkap bosnya," katanya melalui perkongsian di Facebook.

Wanita itu sempat bertanya kepada Ebit Lew, ruang untuk dia bahagia sedangkan tidak merasa bahagia sejak kecil.

"Katanya, 'Kenapa semua orang mesti tipu saya? Dari kecil saya tak bahagia. Mak ayah saya asyik marah saya.

"Di sekolah saya pun asyik kena tindas. Sampai kerja dan bercinta pun macam itu. Bolehkah saya bahagia?

"Ustaz kata semua orang boleh bahagia. Betul ke?'

"ALLAH Tuhan kita, sayang adik ini. ALLAH sayang adik. ALLAH sayang. Betul saudari nak bahagia? Tak perlu tunggu esok atau tahun depan. Sekarang adik akan rasa bahagia," ceritanya.

Setelah berbual seketika, wanita itu akhirnya memilih untuk memeluk Islam.

"Tuhan cuma minta satu saja. Serahkan hati kepadaNYA. Serah hati kepada Tuhan, adik akan bahagia. Caranya, percaya dan mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan mengaku Nabi Muhammad hamba ALLAH dan pesuruhNYA.

"Dia janji siapa sahaja ingat ALLAH pasti bahagia. Setelah berbual sekejap dia setuju untuk ucap syahadah dulu sebelum kami berjumpa," katanya.

Ceritanya lagi, usai mengucap dua kalimah syahadah, wanita itu menangis.

"Saya ajar beberapa kali. Dia menangis dalam telefon. Saya rasa hati saya teramat tenang. Kalimah itu biasa tetapi kesan begitu kuat kepada yang pertama mengucapkannya.

"Terasa sebak menangis dan perasaan bahagia datang menyelubungi hati. Selepas ini terus minta petunjuk ALLAH dalam solat lima kali sehari. Belajarlah Islam ini dan cintainya," katanya.

Ebit Lew berjanji akan terus membantunya untuk mendalami Islam.

"Cuma satu terasa sedih betapa bahagianya dia ucap syahadah. Ramai lagi orang di luar sana dahagakan bahagia.

"Serahkan hati kepadanya. Sujud padanya. Bahagia milik semua orang," katanya.

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Sumber: sinarharian

Monday, May 23, 2016

Viral Telur Halal Keterlaluan – Jakim

Viral Telur Halal Keterlaluan – Jakim

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap ‘keterlaluan’ isu yang diviralkan di media sosial berkenaan “telur halal” baru-baru ini.

Telur Halal

Dalam kenyataan hari Sabtu, Jakim berkata syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap biji telur adalah bercanggah dengan peraturan melabel logo tersebut.

“Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak meragukan,” katanya. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Manfaat Dan Kebaikan Mengurut Kaki Sebelum Tidur

Manfaat Dan Kebaikan Mengurut Kaki Sebelum Tidur

Walaupun kedengaran remeh, sebenarnya mengurut kaki sebelum tidur pada waktu malam mempunyai banyak kelebihan dan manfaat.

Manfaat Mengurut Kaki Sebelum Tidur

Berikut antaranya..

Memberikan tidur yang lebih nyenyak

Mengurut kaki sambil mendengar lagu kesukaan akan menimbulkan rasa tenang dan mengembalikan tenaga. Rasa tenang dan nyaman itu akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak.

Melancarkan aliran darah

Gaya hidup dan kasut yang dipakai seharian boleh menghambarkan aliran darah dalam badan. Menutup hari dengan mengurut kaki boleh membantu melancarkan semula pengaliran darah yang sudah terganggu sepanjang hari.

Menghilangkan lenguh pada kaki

Masalah kelenguhan kaki boleh diatasi dengan cara urutan yang betul. Masalah bau pada kaki juga boleh menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar.

Menstabilkan tekanan darah

Beberapa kajian mendapati urutan kaki dapat menstabilkan tekanan darah terutamanya jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi.

BACA INI JUGA: Sentuhan Berahi Untuk Isteri

Sumber: Mynewshub.cc

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!

Daniel Craig Tolak Tawaran RM402 Juta, Nekad Pencen Jadi Bond 007!

Pelakon terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi dua lagi francais filem perisikan popular, James Bond.

Daniel Craig 007

Aktor berusia 48 tahun itu berkeras menolak walaupun dipujuk menerima tawaran lumayan tersebut.

Craig sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi menjadi agen 007 selepas Spectre namun pihak produksi dikatakan beranggapan dia akan tertarik sekiranya ditawar habuan lumayan.

Namun ternyata, aktor itu berpegang pada prinsipnya enggan meneruskan watak selaku agen perisikan popular itu.

Keengganan Craig telah mencetuskan spekulasi bahawa watak Bond terbaharu bakal digalas pelakon British, Tom Hiddleston.

Tom Hiddleston 007

Sehingga kini, pihak penerbitan masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan mengenai siapakah aktor yang bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan Craig selepas ini.

Craig telah menggalas watak Bond dalam empat filem iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.

BACA INI JUGA: Resepi Kejayaan Luar Biasa Filem James Bond

Sumber: Mynewshub.cc