Monday, November 23, 2015

Kerjasama Dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS

Kerjasama Dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah.

UMNO-PAS

Menurut beliau, perubahan itu bertujuan menyatukan umat Islam negara ini bagi mengagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi PAS termasuk Presiden dan Mursyidul Am PAS.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya.

Ahmad Amzad berkata, pendekatan baharu PAS yang lebih terbuka dengan UMNO itu turut memenuhi tuntuan syarak iaitu merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.

Menurutnya, perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif PAS sebelum ini.

“Setiap solat Jumaat kita tidak pernah pun berhalangan solat berjemaah bersama. Perpecahan merugikan semua,” katanya.

Hubungan baik PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini mengundang keresahan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Situasi itu menyebabkan ahli dan penyokong Pakatan Harapan menyerang hebat Presiden dan Ulama PAS menerusi media sosial bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiti mereka.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Islam Menyembah Ka'abah?

Sumber: Mynewshub.cc

Downy Malaysia Nafi Ada Unsur Babi?

Downy Malaysia Nafi Ada Unsur Babi?

Jenama pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Downy+Babi

Downy menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, formula produk yang dijual di negara ini tidak sama dengan produk yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS).

“Formula produk kami yang dijual di Malaysia tidak sama dengan formula yang digunakan di Amerika Syarikat dan juga dihasilkan di kilang berbeza.

“Maklumat yang dikongsi di laman Facebook lain adalah khusus kepada produk yang dijual di Amerika Syarikat,” tulis kenyataan tersebut.

Pada masa sama, jenama pelembut pakaian ini turut menegaskan pihaknya sentiasa menjaga kehendak pelanggan selain menjamin kualiti produk yang dihasilkan.

Downy+Babi [2]

“Kami mereka produk dengan mengambil kira keperluan pelanggan di setiap pasaran produk dijual.

“Kami mempunyai beberapa variasi produk untuk memenuhi keperluan yang berbeza di setiap pasaran.

"Tidak kira di mana produk kami dihasilkan, kami menjamin kualiti yang tinggi bagi semua produk Downy,” tulis mereka.

Baru-baru, satu paparan skrin didakwa dari akaun Downy yang mengakui produk pelembut mereka iaitu ‘Downy Fabric Softeners’ mengandungi lemak lembu dan kemungkinan terdapat unsur lemak babi, tersebar di laman sosial.

Downy Tiada logo Halal

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi satu kenyataan melalui Bahagian Hab Halal memaklumkan produk pelembut pakaian Downy tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.

Jadi, nak guna atau tidak produk ni, terpulang kepada pengguna beragama Islam.

BACA INI JUGA: Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?

Sumber: Mynewshub.cc

Sejarah Peperangan Antara Yahudi dan Kristian

Sejarah Peperangan Antara Yahudi dan Kristian

Perpecahan dan perselisihan yang pertama adalah berlaku di antara golongan umat Yahudi sebelum dibangkitkan Nabi Isa a.s.

Peperangan Antara Yahudi dan Kristian

Mereka telah berpecah belah kepada berbagai-bagai golongan dan puak, sedangkan rasul mereka ialah Nabi Musa a.s dan kitab suci mereka ialah at Taurat.

Mereka membentuk lima golongan yang besar iaitu golongan Saduqiyyin, golongan Farisiyyin, golongan Aasiyyin, golongan pelampau dan golongan Samiriyyin. Setiap golongan mempunyai ciri-ciri dan arah tujuan masing-masing.

Kemudian perpecahan dan perselisihan berlaku di antara orang Yahudi dan orang Kristian, sedangkan Nabi Isa a.s itu sendiri merupakan salah seorang dari nabi mereka yang terakhir yang datang dan mengesahkan kitab suci (at-Taurat) yang dikurniakan kepada mereka sebelum ini, namun demikian perselisihan dan pertelingkahan yang tercetus di antara orang-orang Yahudi dan Kristian telah sampai ke peringkat perseteruan yang ketat dan dendam kesumat yang keji.

Berbagai-bagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang kejam dan mengerikan telah berlaku di antara dua pihak itu sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah.

Peristiwa-peristiwa permusuhan dan persengketaan di antara orang-orang Yahudi dan Kristian telah tercetus kembali di awal abad yang ke tujuh.

Pada tahun yang akhir dari pemerintahan Maharaja Pokas (610M), orang-orang Yahudi telah menyerang orang-orang Kristian di Antakiyah.

Untuk memadamkan pemberontakan itu Maharaja telah mengirim seorang panglimanya bernama Abnosus.

Beliau berlepas ke sana dan menjalankan tugasnya dengan keganasan dan kekejaman yang jarang berlaku. Beliau telah membunuh semua orang Yahudi.

Mereka dibunuh dengan pedang, digantung, dilemaskan, dibakar, diseksa dan dicampakkan kepada binatang-binatang buas. Kejadian yang seperti itu telah berlaku berulang-ulang kali.

Dalam bukunya, al Khutat al Maqrizi menulis: Di zaman Maharaja Rome Puqa, Baginda Maharaja Parsi telah menghantar bala tenteranya ke negeri-negeri Syam dan Mesir, lalu mereka meruntuhkan gereja-gereja di Quds, di Palestin dan di kebanyakkan negeri-negeri di Syam.

Mereka membunuh semua orang Kristian. Di Mesir juga mereka memburu dan membunuh sebahagian besar orang Kristian. Sementara jumlah yang ditawan amat ramai pula.

Orang-orang Yahudi turut membantu askar-askar itu di dalam usaha memerangi Kristian dan merobohkan gereja-gereja mereka.

Kemudian dari Tabriyah mereka mara ke negeri-negeri al-Furs, Jabal al Jalil, Kampung an Nasirah dan bandar Sur dan negeri-negeri al Quds, lalu mereka membunuh dan menyeksa orang Kristian dengan buas dan kejam, mereka telah meroboh dua buah gereja di al Quds, dan mereka membakar rumah-rumah kediaman dan merampas sebatang tiang salib dan menawan Paderi Besar Al Quds dan sebilangan besar dari sahabat-sahabatnya.

Al Maqrizi berkata lagi ketika menyebut cerita penaklukan al-Quds: Ketika itulah orang-orang Yahudi di bandar Sur bangkit memberontak dan mengerahkan saki-baki orang-orangnya, lalu mereka berpakat menyerang dan membunuh orang-orang Kristian.

Satu peperangan tercetus di antara Yahudi dan Kristian dan di dalam peperangan itu orang-orang Yahudi telah mengumpul tentera-tenteranya serami kira-kira dua ribu orang.

Mereka telah meruntuhkan gereja-gereja Kristian di luar negeri Sur. Kemudian orang-orang Kristian menyerang balas orang-orang Yahudi dengan tentera-tentera yang lebih ramai, menyebabkan orang-orang Yahudi menerima kekalahan yang teruk dan ramai dari mereka yang terbunuh.

Maharaja Heraclius pemerintah Rom di Qustantiniyah (Constantinople) telah berjaya mengalahkan pemerintah Parsi dengan satu tipu helah yang dilakukan terhadap Maharaja Parsi sehingga baginda keluar darinya.

Dan dari Qustantiniyah, baginda keluar untuk menubuhkan kerajaan-kerajaan Syam dan Mesir, dan membangunkan kembali apa yang telah diruntuhkan oleh kerajaan Parsi. Orang-orang Yahudi dan Tabriyah dan lain-lain tempat telah keluar beramai-ramai menyambut kedatangan baginda.

Mereka mempersembahkan berbagai-bagai hadiah yang mahal kepada baginda, dan apabila mereka memohon kepada baginda supaya mereka memberi keamanan kepada mereka, baginda telah bersumpah untuk memenuhi permintaan mereka.

Setelah itu baginda memasuki negeri Al Quds, di sana baginda disambut pula oleh orang-orang Kristian dengan kitab suci Injil, salib-salib, pembakaran-pembakaran kemenyan dan lilin yang dipasang.

Baginda dapati rumah-rumah dan bangunan-bangunan gereja di bandar itu telah roboh dan runtuh. Pemandangan itu amat menyedihkan baginda, lalu baginda menyatakan simpati kepada penduduk-penduduknya.

Kemudian orang Kristian memberitahu baginda tentang orang Yahudi yang telah mencetuskan pemberontakan bersama orang-orang Parsi dan tindakan-tindakan mereka membunuh semua orang-orang Kristian dan merobohkan gereja-gereja.

Orang Kristian meminta Maharaja Heraclius supaya bertindak ke atas orang Yahudi itu, tetapi baginda membantah kerana baginda telahpun memberi janji keamanan kepada mereka.

Kemudian para paderi Kristian telah mengeluarkan fatwa yang menghalalkan baginda membunuh orang-orang Yahudi, kerana mereka telah menipu baginda dalam mendapatkan keamanan itu.

Selanjutnya para paderi itu menyatakan kesanggupan mereka untuk membayar kifarat langgar sumpah dengan mewajibkan diri mereka dan semua orang Kristian berpuasa satu hari setiap Jumaat pada setiap tahun sebagai ganti baginda buat selama-lamanya.

Baginda tertarik dengan cadangan mereka, lalu bertindak menyerang orang-orang Yahudi dengan ganasnya dan menghapuskan semua mereka di negeri itu sehingga tidak ada lagi orang Yahudi di dalam negeri-negeri di bawah pemerintahan Rom di Mesir dan di Syam kecuali mereka yang sempat melarikan diri dan bersembunyi.

Dari cerita-cerita sejarah ini dapatlah diketahui bagaimana kejam dan ganasnya kedua-dua pihak Yahudi dan Kristian itu terhadap darah manusia dan bagaimana kedua-dua mereka sentiasa menunggu peluang untuk menyerang musuhnya tanpa menghormati batas-batas yang wajar.

(Tafsir Fil Zilal Quran: Tafsir Surah Al Baiyinah)

Peperangan antara Yahudi dan Kristian satu pengajaran

Terlalu banyak ibrah yang boleh kita kutip dengan mengkaji sejarah. Kini, berdasarkan cerita di atas, tahulah kita bahawa, Al Aqsa itu memang senantiasa menjadi rebutan sejak zaman sebelum diutuskan Rasulullah SAW lagi.

Yahudi dan Nasrani akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan Al Aqsa. Kerana apa?

Kerana Al Aqsa adalah simbol kekuatan, kemenangan dan simbol kesucian.

Jika dahulu mereka bergaduh kerana mahu merebut Al Aqsa, kini puak kuffar itu bersatu hati pula untuk menjatuhkan umat Islam.

Pelbagai strategi dirangka, pelbagai helah dicipta.

Umat Islam pula semakin jauh dan jauh daripada Islam.

Kesatuan antara umat Islam dirobek, bagaikan bangkai yang dirobek oleh binatang buas.

300 juta umat Arab di serata tempat tidak mampu untuk mengalahkan Israel yang hanya berjumlah tidak sampai 5 juta orang.

Mana perginya kita? Mana perginya kita?

‘Aku di sini!‘

Semoga yang menjawab itu adalah kita.

Wallahua'lam

BACA INI JUGA: Dendam Yahudi dan Nasrani (Kristian) Terhadap Islam

Sumber: Akubukansuparmen

Sunday, November 22, 2015

Program Realiti Agama Macam ‘Badut’ – Ridhuan Tee

Program Realiti Agama Macam ‘Badut’ – Ridhuan Tee

Tokoh penceramah sensasi, Ustaz Profesor Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan program realiti TV keagamaan tidak menepati piawaian mencari bakal pendakwah dan seolah-olah membadutkan agamawan di atas pentas.

Ustaz Profesor Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Menerusi artikel yang disiarkan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, beliau mempersoalkan apakah perkara sebenar yang ‘dicari’ oleh pihak stesen TV.

Agamawan Dibadutkan Ketika Beraksi Di Pentas Realiti Untuk Mencari Bakat. Bakat Apa Yang Dicari?

Orang kampung pun boleh berfikir lebih jauh. Yang dicari di sini bukan pelakon, penyanyi atau pelawak tetapi bakal pendakwah?

Maka, sepatutnya yang diuji adalah teknik, intonasi, bahasa dan gaya penyampaian yang melibatkan seni pengucapan awam, athos, pathos dan logos, bukan yang lain.

Walaupun saya belum dengar lagi istilah-istilah tersebut, termasuk daripada juri, tidak mengapalah. Tetapi cara latihan yang dibuat dengan membadutkan peserta-peserta agak sukar untuk diterima.

Adakah program realiti ini akademi lakonan? Pasti mereka yang terlibat tahu jawapannya. Hina sekali apabila menonton tajuk penyampaian berkaitan dengan syaitan, maka muka diconteng seperti syaitan dengan mempunyai tanduk. Siapa pernah melihat syaitan?” tulisnya menerusi ruang rencana berkenaan.

Ridhuan juga menegaskan bahawa stesen penyiaran hanya mahu menarik perhatian penonton dan ilmu bukan lagi sandaran.

Melalui pengalaman, peserta yang pilihan juri, diketepikan begitu sahaja. Stesen penyiaran, mereka hanya mahu menarik perhatian penonton. Ilmu bukan lagi sandaran.

Pengucapan awam bukan begitu ekstrem sehingga tidak boleh melawak dan mungkin menyanyi. Boleh diselitkan, tetapi biar berpada. Nyanyilah dan lawaklah dengan ilmu, tetapi bukan badut.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pihak tenaga pengajar memperbaiki serta menambah mutu latihan para peserta program yang seakan sudah hilang kualiti sebagai seorang pendakwah.

Justeru, saya ingin mencadangkan. Pertama, tenaga pengajar dan juri yang terlibat, haruslah mempunyai dan mempelajari ilmu asas pengucapan awam.

Bahan-bahan melambak dalam internet. Bacalah. Cuba banding dengan komen juri program realiti di Barat, ternyata kualitinya sangat berbeza. Keilmuannya terpancar.

Kedua, letakkan syarat, sekurang-kurang mereka yang terlibat ada ijazah asas. Ini tidak, kadang kala peserta ada ijazah, mereka yang terlibat, termasuk juri langsung tiada. Komen berasaskan kepada pengalaman berceramah.

Ketiga, siapakah penasihat agama di sebalik program realiti begini? Jika ada, sejauh mana suara mereka didengar? Pihak Jakim mesti dibawa bersama.

Serlahkan keterlibatan Jakim, supaya jangan ada orang kata, Jakim tidak buat kerja dan patut ditutup. Kata-kata sebegini amat kurang ajar.

Orang sebegini patut dihumban di penjara, walaupun anak seorang pembesar seperti kumpulan pesara kerajaan yang berpengaruh kononnya.

Tidak semestinya anak pembesar ini bagus dan boleh dipercayai. Masih ramai yang jahil murakab. Tetapi itulah sasaran ultra kiasu untuk diwawancara bagi meliberalkan negara ini.

Keempat, juri atau tenaga pengajar yang dilantik hendaklah dibuat dengan berhati-hati kerana ini program agama. Kita tidak mahu lihat ada makhluk dua alam.

Di pentas agama, bukan main ayu dan santun penampilannya, tetapi apabila menjadi tenaga pengajar atau juri realiti hiburan TV, penampilan sangat jauh berbeza.

Hilang habis keayuan dan kesantunannya. Yo sana yo sini.

Kelima, produk akhir realiti TV ini nanti, sudah tentu pemenangnya akan menjadi rebutan masyarakat. Akhir-akhir ini saya sudah tidak nampak.

Mereka seolah-olah hilang ditelan zaman. Kenapa? Logiknya mudah, kerana keilmuannya tidak terserlah. Rupanya mereka diajar menghafal, bukan membaca.

Keenam, kita berada di alam realiti bukan fantasi. Apakah mungkin apabila finalis ini nanti dijemput berceramah, misalnya mengenai alam kubur, maka mereka akan datang dengan pakaian kafan, batu nisan dan kubur.

Kemudian menyanyi lagu, “bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di perbaringan….” Kemudian datang Mungkar Nangkir, kita pun berlari ke belakang pentas.

Bertukar baju untuk melakonkan watak malaikat. Lantaklah biarlah apa orang hendak kata!

BACA INI JUGA: Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Sumber: Mynewshub.cc

Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ketika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib.

Freemason

Dan pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Kumpulan ini telah mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri.

Sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan ini yang ramai tidak pernah tahu. Kumpulan ini telah menemui 'harta' yang tidak ternilai di bawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jurusalem.

'Harta' tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Semua buku sihir tersebut telah disimpan didalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa.

Knight Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israil. Sihir-sihir tersebut dikatakan sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis.

Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala kenikmatan yang tiada tandingan.

Dan sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya, termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.

Sejarah penubuhan kumpulan rahsia Freemason

Apabila Jurusalem berjaya dirampas semula oleh tentera Islam, The Knight Templar terpaksa lari ke Eropah. Mereka membina semula kekuatan di sana. Menyedari perkara ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar.

Amalan sihir mereka terbongkar dan hampir semua ahli mereka ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Malangnya, dalam sejarah kita diajar kononnya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah.

Namun, sebahagian kecil daripada mereka terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi 'Freemason'..

Mari tonton video dibawah untuk mengetahui banyak lagi konspirasi kumpulan rahsia ini..



BACA INI JUGA: Freemason, Penipuan Teori Evolusi Darwin Dan Fitnah Dajjal

-SENTIASAPANAS.COM