Thursday, July 30, 2015

2 Hari Untuk Sahkan Kod BB670 Milik MH370

2 Hari Untuk Sahkan Kod BB670 Milik MH370

LONDON – Kementerian Pengangkutan Malaysia memerlukan masa sehingga dua hari untuk mengesahkan sama ada kod BB670 yang ditemui pada satu serpihan hanyut di pantai pulau Reunion sebagai milik pesawat MH370.

MH370

Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dipetik akhbar berpengaruh Britain, The Guardian susulan penemuan serpihan sayap pengemudi dipercayai daripada bangkai sebuah pesawat.

“Sekumpulan pakar dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) menyertai wakil dari pengeluar pesawat Boeing akan dihantar bagi menyiasat kesahihan serpihan tersebut,” jelas beliau.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di New York, Amerika Syarikat semalam mengenai sepasukan pakar dari Malaysia bakal dihantar ke Reunion.

“Kita mungkin ambil masa dua hari untuk melengkapkan proses pengecaman bangkai sekali gus mengesahkan sama ada BB670 itu memang benar adalah serpihan yang berasal daripada MH370,” ujar Abdul Aziz lagi.

Mengulas lanjut katanya, sebaik menerima maklumat daripada pihak berkuasa Perancis yang mentadir pulau peranginan di Lautan Hindi itu, kementerian berkenaan segera membentuk pasukan penyiasat pergi ke sana.

Malah, pasukan DCA dan MAS dijangka bekerjasama rapat dengan Bureau d’Enquetes et d’Analyses (BEA), sebuah agensi siasatan nahas udara di bawah kerajaan Perancis bagi menyemak kesahihan serpihan tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters yang tersebar luar di seluruh dunia, Abdul Aziz telah difahamkan ketua penyiasat kes berkenaan mengesahkan BB670 itu kemungkinan besar milik MH370.

Keyakinan tinggi tersebut turut berdasarkan kepada rupa bentuk serpihan itu yang disebut dalam bahasa teknikal sebagai flaperon kerana ia memang direka khas hanya untuk dipasang pada model Boeing 777-200 sahaja.

Secara kebetulan cuma ada sebuah sahaja kapal terbang jenis model itu yang terlibat dalam nahas udara di dunia sepanjang tahun lalu iaitu 9M MRO iaitu nombor pendaftaran badan untuk penerbangan MH370 milik MAS.

Serpihan sepanjang 2.7 meter itu dijumpai di pantai Saint-Andre di timur pulau Reunion dan siasatan awal pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytelman mengesahkan ia hampir menyerupai flaperon daripada MH370.

Waris Gembira, Tunggu Serpihan Dibuktikan Dari MH370

Kaylene Mann

Kaylene Mann (kanan), salah seorang waris mangsa nahas pesawat MH370 yang kehilangannya mencetuskan misteri selama ini menyifatkan perkembangan terbaharu dipercayai ada kaitan dengan pesawat tersebut adalah berita yang menggembirakan.

Ulasan itu dibuat berikutan penemuan serpihan dipercayai ada kena mengena dengan pesawat Boeing 777 MH370 di Reunion Island.

“Berita itu sedikit menggembirakan hati tapi selagi tidak dibuktikan, ianya masih bukan apa-apa. Kita perlu tunggu sehingga apa yang difikirkan itu terbukti,” kata Kaylene yang berada di Brisbane ketika dihubungi Fairfax Media.

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.

Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.

Mary dan Rodney Burrows
Mary dan Rodney Burrows.

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.

Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.

Malaysia Hantar Pasukan Untuk Pastikan Serpihan Milik MH370

Malaysia sudah mengirim satu pasukan pakar ke Pulau Reunion di Lautan Hindi untuk memastikan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di sana, milik Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini berkata pasukan itu dianggotai pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia untuk MH370.

“Kami juga berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini,” tambah kenyataan itu.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.

Kementerian Pengangkutan berkata ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian sehingga terdapat bukti sahih serpihan tersebut milik pesawat yang hilang itu.

Kementerian itu menjelaskan ia akan membuat pengumuman sebaik semua bukti dapat disahkan.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Jan tahun ini, DCA mengumumkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, dan semua 239 orang di dalamnya dianggap terkorban.

BACA INI JUGA: Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Sumber: Mynewshub/BERNAMA

Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz Kena Serangan Jantung?

Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz Kena Serangan Jantung?

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang dikhabarkan sesetengah pihak.

Gabenor Bank Negara

Jurucakap Bank Negara memberitahu China Press, Zeti bekerja di Bank Negara seperti biasa dan tidak diwadkan seperti yang dikhabarkan.

"Tidak, Zeti tidak mengalami serangan jantung. Beliau dalam keadaan baik," kata jurucakap yang tidak dinamakan itu.

Menurut jurucakap tersebut, Zeti tidak hadir di Bank Negara pada pagi Isnin, tetapi memulakan kerja di pejabat pada sebelah petang.

Zeti sehari dua ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman Bank Negara sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau dalam keadaan tidak sihat.

UPDATE

KPN nafi Gabenor Bank Negara disiasat

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya melakukan siasatan terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

“Siapa cakap polis siasat kerana setahu saya tiada sesiapa yang siasat ke atasnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan Pingat Kedaulatan Negara kepada 262 pegawai dan anggota, di Cheras, di sini hari ini. -Utusan

BACA INI JUGA: Rosmah Mansor Arah Bank Negara Siasat Isu RM2 Juta!

Sumber: MalaysiaGazette

Video Muhyiddin Kata Najib Akui RM2.6 Bilion Masuk Akaun Peribadi

Video Muhyiddin Kata Najib Akui RM2.6 Bilion Masuk Akaun Peribadi

Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian semalam.

Najib RM2 bilion

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?" soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya, mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini (semalam).

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas)... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?


Sumber: Darisungaiderhaka

Wednesday, July 29, 2015

'Najib Tak Ubah Seperti Maharaja'

'Najib Tak Ubah Seperti Maharaja'

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri, Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Najib Seperti Maharaja

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memang pun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

“Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun,” kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.

“Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu ditanya sebabnya.

“Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.

“(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).

“Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu,” tambahnya.

Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.

"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja,” kata Zaid.

Sumber: Malaysiakini

5 Persitiwa Paling Pelik Di Malaysia Minggu Ini

5 Persitiwa Paling Pelik Di Malaysia Minggu Ini

Ketika Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sedang menarik perhatian dunia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), persoalan wang dalam akaun peribadi, aset anak isterinya dan tindakan sesetengah pemimpin Umno yang mempersoal kepemimpinannya, Najib Razak semalam menampakkan ‘belang’.

Konspirasi

Menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009 selepas ‘turut memberi tekanan’ kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya meninggalkan Putrajaya, Najib semalam mengumumkan ‘pemecatan’ beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat-kuasa esok (hari ini).

Namun yang pelik, menghairankan dan amat jarang berlaku sebelum ini adalah pengumuman rombakan Kabinet itu berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Isu hutang oleh 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dikawal sendiri oleh Najib, isu wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi beliau dan isu RM2 juta didakwa masuk ke akaun isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, selain persoalan mengenai dari mana anak tirinya memperoleh jutaan ringgi bagi membiayai filem lucah, menghampiri kemuncaknya apabila kerajaan cuba menutup mulut pemimpin dan rakyat daripada bersuara.

Tidak boleh dinafikan bahawa kelima-lima ‘peristiwa pelik’ itu telah membawa kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan di bawah kepemimpinan Najib sekarang ini sedang berusaha ‘mematahkan’ serangan terhadap beliau.

1. Rombakan Kabinet (Pemecatan Muhyiddin dan isu 1MDB)



Mula menduduki kerusi TPM pada 10 April 2009, semua orang tahu Muhyiddin yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada Islam, malah bapanya yang juga seorang ulama, tidak takut untuk mempertahankan kebenaran.

Muhyiddin yang sebelum ini pernah dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai TPM tetapi ditolak oleh Najib, mula menyuarakan pandangannya sebagai Timbalan Presiden yang bertanggungjawab terhadap parti Umno dan sebagai TPM yang perlu bertanggungjawab kepada negara serta rakyat.

Kita yakin sebagai TPM, bukannya Muhyiddin tidak mengetahui mengenai isu dan masalah yang menimpa 1MDB sebelum ini, namun demi menjaga Najib sebagai boss dan rakan, beliau dipercayai lebih banyak mendiamkan diri.

Sehinggalah isu 1MDB semakin panas dan kemudian dikaitkan pula dengan laporan The Wall Street Journal bahawa kira-kira RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib, serta laporan mengatakan RM2 juta masuk ke akaun peribadi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Muhyiddin mula memberi nasihat kepada Perdana Menteri, namun tidak dipedulikan.

Akhirnya, Muhyiddin mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 1MDB secara umum dalam perjumpaan dengan ahli Umno sama ada secara tertutup atau terbuka dan dalam Kabinet. Kita yakin beliau tidak membuat kritikan dan menyerang secara terus Perdana Menteri atau keluarganya.

Kita menganggap tidaklah berat sangat kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB dan nasihat kepada Najib sehingga Perdana Menteri begitu kejam ‘mematikan’ karier politik orang yang selalu membelanya.

2. Penamatan khidmat Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)



Alasan yang diberi ialah kerana Gani menghadapi masalah kesihatan. Tidak dinafikan Gani mempunyai masalah kesihatan, namun rata-rata orang ramai melihat tindakan itu ada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas 1MDB, yang dipercayai memperoleh banyak maklumat mengelirukan mengenai berbilion-bilion wang yang dipinjam daripada bank tempatan dan luar.

Apa yang memeranjatkan ialah pendedahan oleh The Wall Street Journal yang memetik laporan Pasukan Penyiasat Khas itu mendedahkan berlaku aliran wang tunai ke dalam akaun Najib berjumlah RM2.6 bilion.

Najib walaupun sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan, namun masih tidak menjawab sama ada betul atau tidak wang berkenaan berada di dalam akaun beliau. Ya atau tidak!

Malah, ada dakwaan bahawa Gani sudah mempunyai maklumat lengkap dan bercadang mengenakan tuduhan terhadap Najib. Pasukan Penyiasat Khas itu turut dianggotai SPRM, Gabenor Bank Negara, dan PDRM dan kerap menyiarkan kenyataan mengenai siasatan mereka.

Khidmat Gani akhirnya ditamatkan. Adakah Pasukan Penyiasat Khas juga terpaksa menghentikan siasatan mereka atau menyerahkan semua dokumen siasatan kepada Najib?

3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)



Secara tiba-tiba sahaja, PMSP semalam membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan kepada media selepas mengemukakan laporan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan dilaporkan meminta Muhyiddin mengambil cuti rehat sehingga siasatan SPRM ke atas projek itu selesai.

“Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” kata Suud.

Mungkin, Suud tidak mengetahui bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB adalah wang rakyat dan jumlahnya lebih besar daripada RM663 juta.

Namun, kita hairan kenapa pertubuhan yang mempunyai minda prihatin itu tidak membuat aduan terhadap Najib selepas dakwaan mengatakan RM2.4 bilion wang 1MDB yang juga wang rakyat masuk ke akaun peribadi Najib.

Jika PMSP menggesa Muhyiddin berehat kerana kata mereka kes itu melibatkan wang rakyat yang jumlahnya sangat besar, wajar juga mereka menggesa Najib supaya berehat kerana wang yang dikawal oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan ‘pengawal’ 1MDB adalah berkali-kali ganda besarnya – bukan juta tapi bilion.

Apabila Muhyiddin sudah menjadi rakyat biasa (kecuali masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen), mudahlah siasatan dijalankan ke atas beliau.

4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)



Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Pengerusi PAC yang kini sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang oleh 1MDB yang dikawal oleh Najib.

Adakah, pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (satu portfolio penting) adalah usaha untuk memperlahankan siasatan PAC ke atas 1MDB?

Ini kerana pelantikan anggota PAC perlu dibuat di Parlimen sedangkan sidang Dewan Rakyat sesi akan datang masih lambat lagi.

Sudah diketahui ramai bahawa 1MDB membuat hutang daripada bank tempatan dan luar negara paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu kira-kira RM42 bilion. Wang yang dipinjam itu pula kini dikatakan tidak dapat dikesan.

Pastinya siasatan PAC terhadap 1MDB tergendala apabila Nur Jazlan berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC selepas dilantik sebagai timbalan menteri.

Siapa yang akan meneruskan siasatan apabila ‘kepala’ PAC dan Pasukan Penyiasat Khas (Gani) tiada?

5. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru



Apa pula kaitan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dalam hal siasatan terhadap 1MDB atau Najib? Memang agak sukar untuk dikaitkan, namun perlu diingat bahawa peranan SB dalam sebarang siasatan kes tidak boleh diketepikan apa lagi dalam isu-isu yang besar dan mengancam keamanan negara.

Namun, mungkinkah hanya kebetulan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baharu yang akan memulakan tugas rasminya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara?

Sumber: Ismaweb.net

Facebook Najib Dibanjiri Mesej #najibletakjawatan

Facebook Najib Dibanjiri Mesej #najibletakjawatan

Laman Facebook Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

#najibletakjawatan

Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama, #najibletakjawatan.

Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan.

#najibletakjawatan [2]

Post ini juga mendapat 16,926 'likes'.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak".

Sumber: Malaysiakini.com

'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'

'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermain madah lagi petang ini (semalam) dan menariknya ia berlaku pada hari sama rombakan kabinet diumum perdana menteri yang menyaksikan seorang ahli politik Johor tersingkir.

TMJ

Seperti sifat beliau yang suka berkias, Tunku Ismail berkata, seseorang yang sedang berdepan dengan keadaan "lemas" akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri.

Langkah itu, kata status di Facebook, termasuklah menggapai "najis".

Memuatkan kenyataan itu secara soal jawab dengan "wartawan" Tunku Ismail ditanya pandangannya mengenai FAM.

"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.

Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."

TMJ [2]

Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.

Wartawan: Apa maksud Tunku?

TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.

Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?

TMJ: (senyum)... Terima kasih.

Bagaimanapun, status tersebut tidak menjelaskan temu bual tersebut diadakan dengan media mana.

TMJ sebelum ini merupakan antara individu yang kuat mengkritik FAM.

Beliau juga menyahut cabaran untuk bertanding jawatan Presiden FAM pada Kongres Tahunan FAM ke-50 tahun lalu walaupun tewas kepada Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sumber: Malaysiakini.com

Ucapan Keramat Muhyiddin Yassin Yang Najib Tak Mampu Fikirkan!

Ucapan Keramat Muhyiddin Yassin Yang Najib Tak Mampu Fikirkan!

Ucapan Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada malam Ahad ternyata menghangatkan pentas politik negara.

Intipati ucapan keramat Muhyiddin

Terdapat enam intipati ucapan yang 'benar tetapi pahit' disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu:

1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin.

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42 bilion, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden. Mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b

3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani, ditambah pula deagn bebanan hutang 1MDB.

4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.

5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu. Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.

6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎

Sumber: Sinar.Online

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera!

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera!

Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.

BLIND AFTER FLASH

Menurut doktor, bayi yang tidak dinamakan itu, mengalami kerosakan kekal akibat flash kamera berkenaan yang hanya 10 inci daripada bayi berkenaan.

Ia mengakibatkan mata kanannya buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas. Kerosakan itu dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan.

Flash kamera yang kuat itu telah merosakkan macula, iaitu bahagian dalam mata.

Macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun, sekaligus bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.

Ibu bapanya hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan bayi itu sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas rakan mereka yang merakamkan gambar tersebut.

Menurut pakar, meskipun bayi akan menutup mata apabila mereka terdedah kepada cahaya yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Ibu bapa juga sepatutnya berhati-hati ketika memandikan anak mereka memandangkan lampu dalam tandas mempunyai cahaya yang kuat.

BACA INI JUGA: Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera

Sumber: Mynewshub.cc

5 'Dosa' Muhyiddin Yassin Ditendang Dari Kabinet

5 'Dosa' Muhyiddin Yassin Ditendang Dari Kabinet

Apakah sebenarnya tindakan yang telah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin sehingga menyebabkan nama beliau tidak ada lagi dalam senarai kabinet terbaru ini?

1. Kerap Dikecam Rakyat Kerana Diam



Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap kali dikecam rakyat ekoran dengan terlalu mendiamkan diri tentang isu 1MDB. Namun apabila Muhyiddin bersuara, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.
Ianya perlu dimuktamadkan. Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah. Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas. Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti.

2. PM Tidak Ulas Sendiri Isu Laporan Wall Street Journal (WSJ)



Menurut sumber, ketika isu laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi PM adalah satu perkara serius dan memerlukan penjelasan. Namun penjelasan tersebut bukan daripada pihaknya sendiri.
Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: “Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya. Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian. Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan.”

3. Rakyat Tidak Percaya Lagi Kepada Najib – Tun M



Sebelum ini, Tun M juga pernah berkata demikian. Beliau menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14. Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

4. Sokongan Rakyat Makin Berkurangan



Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhyiddin ada mengatakan bahawa BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Beliau juga menggesa seluruh parti bermula dari akar umbi supaya bersama-sama mencari jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat.
Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak. Saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam Perhimpunan Agung tahunan lalu mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, mereka menang undi popular.

5. Bersuara Mengenai 1MDB, Bukan Menentang PM



Menerusi agendadaily.com, beliau menjelaskan apa yang disuarakannya tidak langsung bermaksud beliau menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mempunyai niat lain yang terselindung.
Saya cuma ingin membantu, bukan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. (Menolak) itu adalah haknya, saya berkomunikasi dengan Tun (Mahathir Mohamad), saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham. Dia bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib… pasal mengenang sejarah Tun Razak. Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib. Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau.

Sumber: ohbulan