Saturday, May 30, 2015

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Debat mengenai bulu kemaluan wanita seakan-akan tidak pernah ada penghabisannya. Ada segelintir wanita tidak peduli tumbuh lebatnya bulu kemaluan di Miss V mereka, namun ada memilih untuk membersihkannya.

Bulu Kemaluan

Adakah bulu kemaluan wanita perlu dihilangkan?

Zaman dahulu bulu kemaluan wanita memang sengaja dibiarkan tumbuh subur menutupi kulit daripada kotoran dan debu kerana teknologi fabrik pada jenis kain seluar dalam golongan Hawa tidaklah maju seperti era sekarang.

Seiring perubahan waktu, pakaian yang kita gunakan sehari-hari sudah lebih cukup untuk menutupi kulit daripada habuk dan debu. Ini memungkinkan kita untuk menghilangkan bulu pada tubuh termasuk bulu kemaluan wanita.

Menurut pakar kulit dan kelamin, Dr. Endi Novianto, konsultan sebuah klinik kecantikan ZAP, rambut pada Miss V yang terlalu lebat dapat menimbulkan masalah kebersihan dan kelembaban sekali gus menjejaskan kesihatan.

Jika tidak dirawat, bulu ari-ari berisiko jadi tempat berkembang parasit sumber penyakit. Dalam kes ini, cara hilangkan bulu kemaluan secara tetap adalah alternatif untuk menjaga kesihatan organ intim.

Selain faktor kebersihan, kajian saintis mendapati majoriti lelaki lebih sukai alat kelamin wanita tanpa bulu kemaluan kerana ia dilihat lebih seksi dan dapat menambah sensitiviti terhadap rangsangan kepada seks.

Untuk itu wanita wajar tahu cara menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tepat. Menjaga kebersihan Miss V ada yang rutin mencukur, menggunting malah datang ke salon untuk melakukan rawatan cabut bulu ari-ari.

Berikut disenaraikan kaedah untuk menghilangkan bulu kemaluan sama ada secara paksa selain moden:

Mencukur

Jika memutuskan untuk menghilangkan bulu kemaluan, banyak hal yang harus diperhatikan terutama isu kesihatan.

Mencukur memang cara termurah, namun kurang efektif kerana rambut pada Miss V wanita akan kembali dengan cepat dan terasa gatal ketika ia mulai tumbuh.

Pastikan pisau cukur yang anda gunakan cukup bersih dan disteril dengan betul.

Menggunting

Tindakan ini cukup berbahaya dan memerlukan perhatian lebih. Bulu kemaluan wanita yang tidak begitu panjang dan kawasan Miss V yang cukup kecil tentunya menyulitkan wanita untuk menggunting bulu kemaluan sehingga licin.

Hal ini memungkinkan organ intim terluka akibat terkena mata gunting tersebut dan ini tidak begitu digalakkan oleh pakar perubatan.

Menghilangkan secara tetap

Mungkin ada pernah dengan istilah Brazilian Waxing. Cara menghilangkan bulu kemaluan wanita menerusi kaedah ini menggunakan prosedur mencabut bulu kemaluan secara paksa yang menimbulkan rasa teramat ngilu pada bagian Miss V sepanjang proses perawatannya.

Tentunya bukan cara seperti ini yang kebanyakan wanita inginkan bukan?

Kesimpulan

Setakat ini kaedah Brazilian Hair Removal Treatment adalah cara paling canggih menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tetap menggunakan satu teknologi rawatan berasaskan penggunaan cahaya tertentu.

Kaedah unik ini menjanjikan bulu kemaluan wanita bakal ‘dihilangkan’ buat selama-lamanya menerusi prosedur sinaran khas selama beberapa saat malah bulu kemaluan tersebut akan gugur sehingga ke dalam akar.

Setelah melalui sirii rawatan susulan, sebahagian besar bulu ari-ari berkenaan lazimnya tidak akan tumbuh kembali lagi dan sisanya akan menjadi sangat halus sehingga amat sukar dilihat oleh mata kasar sendiri.

Tentunya bukan sembarangan tempat dapat menyediakan rawatan Brazilian Hair Removal Treatment dan klinik kecantikan pakar ZAP antara yang paling popular dalam menawarkan perkhidmatan ini di seluruh dunia.

Kos untuk kaedah ini juga agak tinggi dengan anggaran RM150 bagi setiap kali sesi rawatan, namun pada akhirnya terpulanglah kepada wanita sendiri untuk memilih cara sesuai menghapuskan bulu kemaluan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, May 29, 2015

Pekerja Dianiaya Syarikat, Sebab Berpakaian Tutup Aurat?!

Pekerja Dianiaya Syarikat, Sebab Berpakaian Tutup Aurat?!

Tidak puas hati dengan tindakan majikan memberi surat amaran kepadanya kerana melanggar peraturan syarikat disebabkan berpakaian menutup aurat sebagai muslimah, seorang gadis menyebarkan perkara ini di laman sosial miliknya.

Nadey Khairudin

Nadey Khairudin, Eksekutif Pemasaran Bahagian Kesihatan Haiwan di YSP Industries (M) Sdn Bhd mendedahkan di Facebook, majikannya bersikap tidak adil apabila memberi amaran bahawa pemakaiannya sebagai wanita muslim telah melanggar peraturan syarikat tersebut.

Sedangkan selar Nadey, pekerja tidak beragama Islam yang memakai skirt pendek tidak pula diberikan amaran serupa meskipun secara jelas ianya melanggar etika syarikat di mana skirt mesti melebihi paras lutut.

Nadey Khairudin [2]

Gara-gara tindakannya membantah amaran yang dikeluarkan, Nadey mendakwa dia bagaikan menjadi ‘target’ pihak syarikat apabila kemudiannya ditegur pula kerana mencuci kaki di tandas untuk mengambil wuduk.

Nadey Khairudin [3]

Oleh sebab empunya badan begitu berani mengambil risiko tampil ke hadapan bagi mendedahkan perkara ini maka kami berpendapat pihak yang berkenaan harus turun padang bagi membela nasib pekerja Islam seperti Nadey sekiranya benar ada unsur ketidakadilan telah dilakukan syarikat ke atasnya.

Pada masa sama, YSP Industries perlu menjelaskan sama ada syarikat mereka telah menindas pekerja Islam seperti Nadey yang mahu menutup aurat semasa bekerja dan jika ianya benar maka mereka perlu meminta maaf kepadanya dan juga masyarakat Islam negara ini.

BACA INI JUGA: Gadis Bertudung Dilayan Lebih Baik Di UK Berbanding Malaysia Sendiri!

Sumber: Mynewshub.cc

Akhbar Thailand Persenda Malaysia Isu Rohingya

Akhbar Thailand Persenda Malaysia Isu Rohingya

Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi ‘mainan’ media negara jiran berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Isu Rohingya
Imej kartun yang dikongsi di laman Facebook.

Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa ‘Malaysia benar-benar memalukan’ susulan penemuan mengejutkan itu.

Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.

Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.

Kenyataan “Don’t visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya” dan “Malaysia truly embarrassed” digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.

Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah lubang.

Berada di samping anggota polis berkenaan ialah wanita berpakaian tradisonal India, Melayu dan Cina bagi menggambarkan kumpulan etnik terbesar Malaysia.

Pelukis juga cuba menggambarkan bahawa masyarakat dunia kecewa dengan penemuan kubur dan kem pelarian yang dipercayai milik masyarakat Rohingya dan Bangladesh itu.

Di satu sudut lain, kelihatan karikatur seorang lelaki mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata: “Obviously this cartoon is eligible for sedition charges!” (Jelas kartun ini layak untuk didakwa di bawah Akta Hasutan).

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut Khalid penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu. –mStar Online

BACA INI JUGA: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah

Sushi King Tiada Sijil Halal, Guna Arak Dalam Hidangan?

Sushi King Tiada Sijil Halal, Guna Arak Dalam Hidangan?

Beberapa hari lalu seluruh negara menjadi kecoh apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan bahawa sijil pengesahan halal restoran terkenal, Secret Recipe ditarik balik.

Sushi King Malaysia

Itu cerita tentang restoran tersebut yang ditarik pensijilan halalnya kerana tidak menitik beratkan kebersihan.

Melalui ruangan Twitter, seorang individu telah memanjangkan isu tersebut dengan mengajukan soalan status halal restoran makanan Jepun terkenal, Sushi King kepada akaun JAKIM.

Tulisnya, “Bagaimana dengan sijil halal sushi king? Halal atau tidak ya? Mohon pencerahan. Terima kasih.”

Jawapan yang diterima individu berkenaan sememangnya mengejutkan! Siapa sangka, rupa-rupanya restoran tersebut tidak memiliki status halal dari pihak JAKIM setakat ini.

Ini jawapan dari pihak JAKIM untuk individu bernama Fara Aida. “Sushi King tiada status halal setakat ini.”

Sushi King tiada status halal

Semua tahu, restoran tersebut sering menjadi pilihan ramai orang Islam kerana variasi sushi yang dijual serta tawaran harga yang berpatutan.

Namun, tanpa sesiapapun sedar atau ‘tak peduli’, rupa-rupanya Sushi King tidak memiliki status halal!

Walau bagaimanapun, pihak JAKIM tidak menyatakan sebab restoran terbabit tidak memiliki status halal; adakah pihak berkenaan tidak memohon ataupun spesifikasi yang ditetapkan JAKIM gagal diikuti Sushi King.

Apa-apapun, sebagai umat Islam, kita diwajibkan memilih makanan yang bersih, suci serta bebas dari sebarang unsur haram.

Sushi King tiada status halal [2]

Andai dah tak punya status tersebut, pastinya makanan itu akan termasuk dalam kategori ‘syubhah’ iaitu kesuciannya diragui.

Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad S.A.W melarang umat Islam untuk mengambil makanan syubhah kerana ditakuti terambil makanan yang haram.

Ingat kata-kata orang barat, ‘You are what you eat’.

BACA INI JUGA: Benarkah Makanan Mempengaruhi Akhlak Kita?

Sumber: Mynewshub.cc

Wanita Kena Rogol, Pelarian Dilayan Seperti Binatang

Wanita Kena Rogol, Pelarian Dilayan Seperti Binatang

“Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja – mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup,” menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.

urul Amin Nobi Hussein

Bercakap secara eksklusif kepada Bernama, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.

“Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak,” katanya.

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai ‘reban’ kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

“Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan “sleep, sleep, sleep,” mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain,” katanya.

Nurul Amin berkata, ‘reban’ itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

“Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut.

“Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal,” katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata, mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai ‘neraka dunia’, dia berkata, terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

“Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya.

Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal,” katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

“Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu,” katanya.

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada ‘haiwan’. Dia mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

“Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka,” katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada jam 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

“Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

“Mati adalah lebih baik daripada hidup,” kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

“Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan,” katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

“Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain,” kata Mohamad Osman. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Usaha Menghapuskan Minoriti Umat Islam

Thursday, May 28, 2015

Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Pada tahun 2011, sebuah kajian telah dilakukan tentang jangka hayat manusia di Amerika Syarikat. Hasil penyelidikan mendapati majoriti lelaki di sana memiliki jangka hayat selama 78 tahun.

Hunza-pakistan

Namun, jangan terkejut jika dikatakan, jauh di Lembah Hunza dalam wilayah Gilgit-Baltisan di utara Pakistan, tinggal puak yang masyarakatnya rata-rata boleh hidup sehingga usia 140 tahun.

Puak Hunza atau dikenali sebagai masyarakat Burusho mendiami kawasan pergunungan terpencil dengan keluasan 1,000 kali lebih besar dari Kuala Lumpur.

Menurut sebuah jurnal berjudul 'Studies In Deficiency Disease', keistimewaan orang Hunza bukan sahaja boleh hidup lama, malah memiliki kekuatan fizikal paling ideal dan sempurna.

Sebuah lagi artikel dalam Jurnal Perubatan Amerika, terbitan 1961, mendedahkan penemuan luarbiasa tentang kajian rahsia umur panjang dan corak kehidupan puak Hunza.

Mereka menetap di kawasan pergunungan, memiliki tanah subur dan air yang bersih, dipercayai 'ubat mujarab' mereka boleh hidup lebih lama.

Hunza-people

Lembah Hunza yang terletak di Banjaran Himalaya dengan ketinggian sekitar 2,500 meter daripada paras laut. Struktur tanah di sini kaya dengan mineral dan zat galium yang tinggi begitu juga dengan sumber airnya.

Disebabkan terletak jauh di pedalaman, kehidupan mereka banyak bergantung dengan bercucuk tanam. Tiada baja kimia mahupun racun serangga digunakan kerana kandungan mineral dalam tanah dan air serta berada di pergunungan menyebabkan tanaman tidak diserang serangga.

Terdapat tiga jenis tanaman utama di Lembah Hunza iaitu buah-buahan, sayur-sayutan dan bijirin. Antara buah-buahan yang ditanam ialah aprikot, pic, epal, anggur, plum, ceri dan tamar.

Buah-buahan ini banyak dijemur di atap rumah. Sayur-sayuran pula ialah tomato, semua jenis kekacang, timun dan kebanyakan tanaman yang mudah ditanam di negara-negara Eropah. Manakala bijirin pula terdiri daripada rye, oats dan millet.

Orang Hunza juga jarang memasak kerana sukar menyalakan api. Kebanyakan mereka hanya memakan secara mentah atau dikeringkan saja. Daging pula hanya boleh diperoleh apabila ada acara besar yang hanya dinikmati setahun sekali.

Hunza-women

Air di Lembah Hunza kaya dengan mineral dan tinggi alkali. Air minuman yang tinggi alkali biasanya membantu meneutralkan asid dalam badan yang terhasil daripada makanan berlemak dan radiasi pencemaran. Dan oleh kerana altitud di sini lebih tinggi, maka pengambilan air dengan lebih kerap berbanding kawasan rendah.

Di Hunza, tiada bekalan elektrik. Mereka hanya menggunakan kerosin sebagai bahan bakar untuk menyalakan pelita, tetapi harganya sangat mahal. Mereka hanya bersandarkan cahaya matahari. Mereka juga tidur awal dan bangun awal untuk bercucuk tanam.

Masyarakat di Lembah Hunza kekal hidup secara primitif. Tiada polis kerana tiada jenayah. Tiada masalah kenaikan petrol kerana tiada kenderaan. Tiada masalah kesihatan kerana tiada tekanan dan GST.

BACA INI JUGA: 8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

-SENTIASAPANAS.COM

Najib Persoal Motif Tun Mahathir

Najib Persoal Motif Tun Mahathir

PM Najib Tun Razak berkata, banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

mahathir-najib

Beliau berkata persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

“Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempunyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

“…dan seperti biasa jawapan Tun adalah: ‘Mana buktinya?” Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengarinya,” kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com.

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian ‘Soalan Lazim’ dalam blog beliau.

Najib berkata meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Perdana menteri menegaskan bahawa Dr Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar.

“Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara,” katanya.

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi,” kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai presiden parti dan perdana menteri.

“Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” katanya, sambil merujuk kepada matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun berkenaan.

Perdana menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai “tidak adil atau mengelirukan” berhubung kritikan yang dilontarkan Dr Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: “Beliau (Dr Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

“Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau.” –BERNAMA

BACA INI JUGA: Dua Pembohongan Najib Kes Kehilangan Wang 1MDB - Tun Mahathir