Wednesday, December 24, 2014

Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

Pada 26 Disember ini, genap ulang tahun ke sepuluh ombak tsunami melanda bumi Acheh di Indonesia.

After Tsunami
'Selepas Tsunami..'

Ia disifatkan antara bencana terburuk yang pernah melanda umat manusia selepas abad ke 20. Lebih 250,000 nyawa warga dunia telah tewas dalam tragedi menyayat hati itu.

Bencana yang berpusat ditengah-tengah Lautan Hindi berkenaan telah memeranjatkan seluruh warga dunia. Disegenap pelosok, semua orang berbicara tentang tragedi tsunami.

Tiada siapa menyangka, hanya dalam sekelip mata sahaja, ombak tsunami dengan kelajuan 800 kilometer sejam telah membadai dan meranapkan secara total sebahagian besar pesisir pantai benua Asia dengan begitu teruk sekali.

Anggaran kemusnahannya dianggarkan 23,000 kali kekuatan letupan bom atom Hiroshima. Malah, kadar kekuatan ombak dengan ketinggian sehingga 60 meter yang dipacu oleh gegaran gempa 9.3 skala Ricther itu turut mengubah kedudukan paksi bumi dan landskap peta dunia.

Aceh, sebuah wilayah dalam jajahan Indonesia yang terletak dalam kepulauan Sumatera mengalami kemusnahan paling teruk.

Kedudukannya yang paling hampir dengan pusat gempa dan berada dijajaran lingkaran api Pasifik telah menjadikan ia sebagai wilayah pertama dilanda tsunami.

Ombak raksasa itu terus bergerak dan dalam masa dua jam ia telah melanda Sri Lanka, India dan Thailand.

Pada jam berikutnya, ia membantai Myanmar, Bangladesh, Malaysia, Maldive, Mauritius, Seychelles, Madagascar, Somalia, Kenya, Yemen dan Tanzania. Sebanyak 15 buah negara terlibat dalam tragedi ini.

Mata seluruh dunia mula tertumpu ke lokasi-lokasi yang mengalami bencana, terutamanya Acheh yang musnah hampir keseluruhannya.

Rakyat dari segenap pelosok turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap warga yang terlibat dengan musibah ini. Segala bantuan mula dihulurkan ke sana.

Selain Acheh, wilayah tenggara yang turut mengalami kemusnahan teruk ialah Phuket, Thailand.

Sehari selepas peristiwa tersebut berlaku, 27 Disember 2004, akhbar-akhbar di seluruh dunia mula sibuk melaporkan berita tentang tragedi ini. Ulasan, laporan dan gambar-gambar yang berkaitan dengan tragedi tsunami telah dipaparkan di dada-dada akhbar.

Pakar-pakar kaji bumi mula tampil memberi hujah bagaimana perkara ini berlaku. Seluruh warga ternanti-nanti dan dahagakan perkembangan terkini tentang kemusnahan alam yang menyayat hati itu.

Di blok selatan, Tamil Nadhu, India, telah diisytiharkan sebagai wilayah darurat. Mayat-mayat warga tempatan bergelimpangan disana-sini.

Kebanyakannya masih tertimbus di bawah lumpur. Lebih teruk lagi, sebahagian besar mayat yang ditemui sudah tidak lengkap anggota tubuh.

Berdasarkan situasi semasa, pasukan penyelamat menganggarkan hampir 20,000 penduduk di Tamil Nadhu telah terkorban.

Selepas hampir 48 jam, wartawan dan jurugambar dari seluruh dunia telah mula membanjiri kawasan bencana. Mereka hadir untuk melaporkan berita tentang kemusnahan akibat tsunami yang berlaku di Tamil Nadhu.

Dalam masa yang sama, warga media turut terlibat dalam misi bantuan kerana jumlah sukarelawan yang agak terhad.

Arko Datta
Arko Datta.

Seorang jurugambar profesional Reuters dari Gujerat, India, Arko Datta telah ditugaskan untuk membuat liputan di daerah berkenaan.

Ketika tugasannya, Arko telah memotret segala kemusnahan yang berlaku di Tamil Nadhu akibat tragedi itu. Gambaran yang diambil cukup jelas, betapa kuasa alam yang meledak telah membinasakan manusia dan segala harta benda mereka.

Namun, diantara gambar-gambar yang telah diambil oleh Arko, terdapat sekeping gambar yang dianggap sebagai ikonik dalam sejarah tragedi berkenaan.

Foto yang dikenali sebagai 'Selepas Tsunami..' itu memaparkan seorang wanita warga India sedang meratapi ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.

Bagi sesetengah pihak, foto tersebut mungkin kelihatan biasa. Namun, diperingkat antarabangsa, ia telah dinobatkan sebagai foto terbaik dalam pertandingan World Press Photo pada tahun 2005.

Seorang juri dan editor foto The New York Times Magazine menyatakan, gambar yang diambil oleh Arko ini jelas, bersejarah dan kaku, tetapi ia memberi kesan yang cukup mendalam.

'Selepas Tsunami..' ialah foto yang dirakamkan di daerah Cuddalore di pantai timur India yang merupakan kawasan paling teruk dilanda tsunami. Ia diambil oleh Arko dua hari selepas kemusnahan awal yang berlaku pada 26 Disember 2004.

Gambar berkenaan memaparkan seorang wanita dalam keadaan bersujud sedang berduka meratapi kematian orang yang disayangi.

Riak wajah dan keadaan tangannya yang terlangkup ke atas menunjukkan betap dia sedang mengalami kesedihan yang tidak terhingga.

Dihadapan wanita yang tidak diketahui namanya itu pula hanya kelihatan lengan kembung mangsa tanpa kecederaan yang boleh dilihat. Berdasarkan keadaan tangan, mangsa berkemungkinan telah dua hari meninggal dunia akibat lemas.

Menurut Arko, mangsa adalah seorang lelaki. Namun, dia sendiri tidak mengetahui hubungan sebenar antara lelaki tersebut dan wanita yang sedang berteriakan itu.

Latar gambar pula dipenuhi pasir-pasir yang bertebaran. Ia memberi tanda bahawa tsunami telah melanda daerah berkenaan. Sementara di sudut hujung sebelah kanan iaitu pada bahagian kaki pula, terdapat satu selipar tunggal.

Jurugambar mengambilnya dari pandangan atas, membuatkan foto tersebut benar-benar nampak hidup.

Acheh Selepas Tsunami
Masjid yang terselamat di Acheh.

Namun, ia bukan sekadar menggambarkan kemusnahan yang berlaku, tetapi ia juga turut membawa kepada persoalan, apa yang harus dilakukan mangsa-mangsa terlibat selepas berakhirnya tragedi berkenaan.

Perkara inilah yang membuatkan foto tersebut mendapat pengiktirafan yang tinggi diperingkat dunia.

Sudah satu dekad tragedi ini berlaku, tetapi kesannya masih lagi dirasai sehingga kini.

Sekalipun ia diingati sebagai satu detik hitam, namun ombak besar itu juga sebenarnya telah mengajar kita semua tentang erti kehidupan yang tidak mengenal warna kulit, bangsa mahupun agama.

-SENTIASAPANAS.COM

Pelbagai Perisa Aiskrim Yang Pelik Dan Luarbiasa!

Pelbagai Perisa Aiskrim Yang Pelik Dan Luarbiasa!

Selalu menikmati aiskrim tapi dah bosan dengan perisa yang biasa? Mungkin anda boleh cuba perisa-perisa aiskrim yang lain sikit daripada kebiasaan ini.

Aiskrim Perisa Cendawan

Aiskrim Perisa Cendawan

Baunya dikatakan seperti sirap mapel.

Aiskrim Bayam

Aiskrim Bayam

Mungkin idea yang bagus untuk kanak-kanak yang tak sukakan sayur-sayuran.

Aiskrim Tomato

Aiskrim Tomato

Dikatakan terdapat pelbagai resepi istimewa untuk membuat aiskrim tomato ini.

Aiskrim Arang

Aiskrim Arang

Aiskrim ini popular di negara Jepun.

Aiskrim Lavender

Aiskrim Lavender

Salah satu perisa aiskrim berdasarkan variasi bunga-bungaan yang paling senang ditemui di negara Perancis ialah lavender.

Aiskrim Belut

Aiskrim Belut

Salah satu keluaran aiskrim dari negara Jepun yang mana para penduduknya memang menggemari hidangan belut.

Aiskrim Lada Sichuan

Aiskrim Lada Sichuan

Untuk menghasilkannya, apa yang diperlukan ialah lada Sichuan, susu penuh krim, gula, krim double, telur kuning yang besar dan sedikit garam.

Aiskrim Jalapeno

Aiskrim Jalapeno

Rasanya dikatakan unik dengan sedikit rasa pedas namun sudah semestinya mempunyai rasa manisnya sebagai hidangan aiskrim.

Aiskrim Octopus

Aiskrim Octopus

Disesetengah negara Asia Timur termasuk Jepun, Korea Utara dan Korea Selatan, aiskrim ini adalah pilihan yang biasa dan popular di sana.

Aiskrim Sardin

Aiskrim Sardin

Tambahan kepada pelbagai lagi perisa aiskrim yang pelik dari Jepun.

Aiskrim Daging Kuda

Aiskrim Daging Kuda

Satu lagi aiskrim yang pelik dari negara Jepun.

Aiskrim Mustard

Aiskrim Mustard

Salah satu ciptaan kreatif chef yang terkenal dengan idea inovasinya iaitu Chef Heston Bluemental. Ia gabungan rasa manis dan masin.

Aiskrim Timun

Aiskrim Timun

Ia adalah kombinasi yang menarik yang mana rasanya bolehlah disamakan dengan rasa tembikai.

Aiskrim Bawang Putih

Aiskrim Bawang Putih

Aiskrim ini termasuk menu yang dihidangkan di Restoran The Stinking Rose dan biasanya boleh dimakan begitu sahaja sebagai aiskrim ataupun digunakan sebagai sos untuk dihidangkan bersama-sama steak.

BACA INI JUGA: Penyakit Parasomnia, Tabiat Pelik Makan Ketika Tidur

-SENTIASAPANAS.COM

Pokok Krismas Paling Tinggi Di Dunia

Pokok Krismas Paling Tinggi Di Dunia

Di bandar Gubbio, Itali Utara, terdapat satu tradisi memasang pokok Krismas 'gergasi' yang tingginya hampir menyamai sebuah gunung setiap tahun menjelang sambutan perayaan hari Krismas.

Gubbio Christmas Tree

Pokok Krismas ini juga dikatakan sebagai pokok Krismas terbesar di dunia.

Pokok Krismas tersebut yang terletak di Gunung Ingino sebenarnya bukanlah sebatang 'pokok' yang sebenar.

Pokok ini terdiri daripada 1,000 lampu warna-warni dan lilitan kabel sepanjang 10 kilometer yang dipasang bermula dari kaki gunung sehingga ke puncak.

Pokok Krismas ini akan bersinar dengan indah ketika waktu malam.

Pokok Krismas tersebut merupakan amalan tradisi penduduk bandar Gubbio. Tradisi ini bermula apabila penduduk bandar Gubbio ingin merayakan Krismas dengan cara yang berbeza. Akhirnya, terciptalah idea untuk membuat pokok Krismas yang tingginya menyamai sebuah gunung.

Malah, persiapan untuk membuat pokok Krismas tersebut juga memakan masa yang cukup lama.

Penduduk bandar Gubbio memerlukan masa selama tiga bulan untuk membuat 'pokok' tersebut.

Sejak 2010, penduduk mula menggunakan sumber dari tenaga matahari untuk membekalkan tenaga bagi menyinari pokok gergasi ini.

Bukan sahaja cahayanya sangat indah, pokok itu juga dianggap sebagai penghormatan mereka kepada Sant Ubaldo.

Ia dianggap sebagai penaung yang juga paderi dari abad ke-12 yang berasal dari bandar Gubbio.

Makamnya terletak di Basilica, puncak gunung Ingino.

Tuesday, December 23, 2014

Video Kereta Langgar Motor Berebut Pam Minyak

Video Kereta Langgar Motor Berebut Pam Minyak

Tak faham sungguh kami dengan spesis pemandu yang kurang ajar dan kaki pembuli seperti dalam rakaman video ini.

Video Kereta Langgar Motor Berebut Pam Minyak

Alkisahnya, pemandu tersebut dan seorang penunggang motosikal secara tidak sengaja masuk ke petak mengisi minyak pada masa yang sama.

Penunggang itu kemudiannya turun daripada motosikalnya untuk membuat pembayaran di kaunter.

Pada masa yang sama, pemandu kereta tersebut kelihatan seperti mahu beredar dari situ.

Rupa-rupanya, ada taktik kotor yang dirancangnya apabila dia sengaja mengundur keretanya sehingga melanggar motosikal tersebut.

Menyedari kejadian itu, penunggang motosikal itu segera mengejar dan membaling helmet ke arah kereta tersebut.

Malangnya ia sudah memecut laju meninggalkan stesen minyak itu.

Kot ya pun, takkanlah tak boleh sabar sikit?

Bukan lama pun masa yang diambil nak isi minyak motosikal.

Rasanya, orang macam inilah yang paling layak dihempuk dengan ‘steering lock’..


Sumber: Mynewshub.cc

Monday, December 22, 2014

7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

"Pantang tengok perempuan dahi licin!", "Lelaki semua sama!", "Lelaki memang macam tu. Jantan tak guna!" Dan pelbagai lagi kata-kata yang biasa terpacul daripada mulut perempuan apabila mendapat tahu pasangannya curang.

Kenapa Lelaki Curang

Persoalan agung yang biasa berlegar di pemikiran wanita (mahupun lelaki) adalah mengapa mereka sanggup berlaku sebegitu? Bolehkah lelaki memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan? Naah! Tipu semata. Everything happens for a reason, right?

Jom kita lihat 7 sebab mengapa si lelaki ini suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.

#1. Peluang ada di mana-mana

Si lelaki tahu bahawa girlfriend/isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain.

Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang 'mata-mata'. Jangan sampai kantoi!

#2. Test Market

Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana?

Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.

#3. Pernah Ditipu

It's the rule of thumb: Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu.

Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi itulah hukum karma.

#4. Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut

Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat.

Pasangan seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya menaruk minyak atau lebih bijak lagi, beriam diri.

Lelaki tidak suka apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan.

Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan yang sukar bagi lelaki.

#5. Kurang Romantisme Dalam Perhubungan

Seperti kaum perempuan, si lelaki juga suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai.

Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga. Keinginan dan kualiti hubungan seks isteri yang semakin berkurangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi punca lelaki jemu dan ‘merajuk’.

#6. Sudah Tiada Cinta Lagi

Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda.

Mungkin mereka belum tidak punya sebab kukuh untuk putus, atau masih perlukan 'love-with-benefit' daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu.

#7. Salah Lelaki Itu Sendiri

Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina.

Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan berhemah.

Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah.

Kesimpulan

Setiap manusia biasa punya keinginan dan nafsu yang boleh mendorong mereka melakukan perkara yang mereka sendiri sedar akan kesalahannya.

Namun apa saja yang berlaku, baik atau buruk datangnya dengan niat dan bukannya berlaku secara tiba-tiba. Kawal diri, usah terpengaruh dengan rakan sepejabat dan kisah-kisah gelap mereka di belakang isteri.

Elakkan daripada terdedah dengan ‘peluang’, lari darinya dan fokuskan kepada orang yang tersayang. Benar, agak tempting mendengar cerita nakal rakan sekerja yang pernah berlaku curang. Tapi pernahkah anda bertanya cerita di sebalik kebanggaan itu. Rasa bersalah dan berdosa pasti akan mengejar si pelaku curang, sooner or later.

Jika pun ada perselisihan dengan pasangan, menyelesaikannya dengan berlaku curang adalah solusi paling bodoh pernah anda lakukan sepanjang hidup. Percayalah.

"Having an affair is nothing like taking a pottery class. No. It would start out like that, and then, um, something would happer. Someone, uh, finds out, or someone falls in love, and it ends disastrously. It always ends disastrously." – Unfaithful (2002)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Cara Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Cara Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Cara tidur Rasulullah SAW

Allah SWT hanya akan menerima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas dan tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Berikut antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, December 21, 2014

Selebriti Hollywood Yang 'Menyesal' Tolak Watak Penting

Selebriti Hollywood Yang 'Menyesal' Tolak Watak Penting

Adakalanya seseorang aktor dan aktres akan berpeluang memegang watak-watak yang memberikan impak maksimum pada lakonan mereka yang sekaligus berjaya mencuri tumpuan umum.

Molly Ringwald
Molly Ringwald.

Tapi kadangkala pula, 'bukan' semua watak yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan.

Tapi untuk isu ini, kita nak tengok siapakah antara pelakon-pelakon yang telah menolak watak-watak yang penting atau popular dalam sesebuah filem hebat dan akhirnya mereka mungkin menyesali tindakan mereka itu.

Tom Hanks
  • Ray dalam 'Field of Dreams' yang dilakonkan oleh Kevin Costner.
  • Jerry dalam 'Jerry Maguire' dan kemudiannya dibawakan oleh Tom Cruise.
  • Andy dalam 'The Shawshank Redemption' dan dilakonkan oleh Tim Robbins.

Molly Ringwald
  • Vivian dalam 'Pretty Woman' yang diambil alih oleh Julia Roberts.
  • Molly dalam 'Ghost' dan akhirnya dilakonkan oleh Demi Moore.
  • Sidney dalam 'Scream' yang dilakonkan oleh Neve Campbell.
  • Amanda dalam 'Some Kind of Wonderful' yang diterajui oleh Lea Thompson.

Warren Beatty
  • Jack dalam 'Boogie Nights' yang dilakonkan oleh Burt Reynolds.
  • Paul dalam 'Misery' dan dilakonkan oleh James Caan.
  • Gordon Ghekko dalam 'Wall Street' yang kemudiannya dibawakan oleh Michael Douglas.
  • Johnny Hooker dalam 'The Sting' dan dilakonkan oleh Robert Redford.

Mickey Rourke
  • Eliot dalam 'The Untouchables' dan dilakonkan oleh Kevin Costner.
  • Butch dalam 'Pulp Fiction' yang dilakonkan oleh Bruce Willis.
  • John dalam 'Dead Poets Society' yang dibawakan oleh Robin Williams.
  • Axel dalam 'Beverly Hills Cop' dan dilakonkan oleh Eddie Murphy.
  • Jack Crawford dalam 'The Silence of The Lambs' yang akhirnya dibawakan oleh Scott Glenn.

Alec Baldwin
  • Dr. Richard Kimle dalam 'The Fugitive' yang akhirnya dibawakan oleh Harrison Ford.

Mel Gibson
  • Maximus dalam 'Gladiator' yang dilakonkan oleh Russell Crowe.
  • Robin Hood dalam 'Robin Hood: Prince of Thieves' yang dilakonkan oleh Kevin Costner.
  • The Terminator dalam 'The Terminator' yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger.
  • Batman dalam 'Batman' yang dilakonkan oleh Michael Keaton.
  • Two Face dalam 'Batman Forever' yang dilakonkan oleh Tommy Lee Jones.

Johhy Depp
  • Lestat dalam 'Interview With The Vampire' yang dibawakan oleh Tom Cruise.
  • Tristan dalam 'Legends of The Fall' dan kemudiannya dijayakan oleh Brad Pitt.
  • Jack dalam 'Legend' yang kemudiannya dilakonkan oleh Tom Cruise.

John Travolta
  • Forest Gump dalam 'Forest Gump' yang akhirnya dijayakan oleh Tom Hanks.
  • James Bond dalam 'Casino Royale' dan akhirnya dilakonkan oleh Daniel Craig.

Julia Roberts
  • Catherine dalam 'Basic Instinct' yang dilakonkan oleh Sharon Stone.
  • Mary dalam 'The Godfather III' yang dilakonkan oleh Sofia Cappola.
  • Annie dalam 'Sleepless in Seattle' dan dibawakan oleh aktres Meg Ryan.
  • Viola dalam 'Shakespear in Love' yang akhirnya diambil alih oleh Gwyneth Paltrow.
  • Lucy dalam 'While You Were Sleeping' yang kemudiannya dijayakan oleh Sandra Bullock.
  • Leigh Anne dalam 'The Blind Side' yang turut dilakonkan oleh Sandra Bullock.

Sigourney Weaver
  • Sarah dalam 'The Accused' dan dilakonkan kemudiannya oleh Jodie Foster.
  • Kate dalam 'The Handmaid's Tales' dan dibawakan oleh aktres Natasha Richardson.

Danzel Washington
  • Curtis dalam 'Dreamgirls' yang dilakonkan oleh Jamie Foxx.
  • Del dalam 'I, Robot' dan dilakonkan oleh Will Smith.
  • Ray Charles dalam 'Ray' dan dilakonkan kemudiannya oleh Jamie Foxx.

Tom Cruise
  • Donnie Brasco dalam 'Donnie Brasco' yang akhirnya disandang oleh Johnny Deep.
  • Ren dalam 'Footloose' yang dilakonkan oleh Kevin Bacon.
  • Ferris dalam 'Ferris Bueller's Day Off' dan dilakonkan oleh Matthew Broderick.

Bill Murry
  • Forrest Gump dalam 'Forrest Gump' yang dilakonkan oleh Tom Hanks.
  • Han dalam 'Star Wars' yang dilakonkan oleh Harrison Ford.
  • Allen dalam 'Splash' yang dijayakan oleh Tom Hanks.
  • Batman dalam 'Batman' yang dilakonkan oleh Michael Keaton.
  • Larry dalam 'The People vs. Larry Flynt' yang dibawakan oleh Woody Harrelson.
  • Pat dalam 'There's Something About Marry' yang diterajui oleh Matt Dillon.
  • Willy dalam 'Charlie and The Chocolate Factory' yang dibawakan oleh Johnny Deep.

Nicholas Cage
  • Randy dalam 'The Wrestler' yang dilakonkan oleh Mickey Rourke.
  • The Green Goblin dalam 'Spiderman' yang dibawakan oleh William Dafoe.
  • Neo dalam 'The Matrix' yang dijayakan oleh Keanu Reeves.
  • Donkey dalam 'Shrek' yang dilakonkan oleh Eddie Murphy.

Gwyneth Paltrow
  • Rose dalam 'Titanic' yang akhirnya dijayakan oleh Kate Winslet.
  • RollerGirl dalam 'Boogie Nights' yang dilakonkan oleh Heather Graham.
  • Emma dalam 'The Avengers' (1998) yang kemudiannya dibawakan oleh Uma Thurman.
  • Rachel dalam 'The Ring' yang dilakonkan oleh Noami Watts.

Jim Carrey
  • Jack Sparrow dalam 'Pirates of The Caribbean' yang dilakonkan oleh Johnny Deep.
  • Ted dalam 'Sixteen Candles' dan dilakonkan oleh Anthony Michael Hall.
  • Rick dalam 'Bachelor Party' yang dilakonkan oleh Tom Hanks.
  • Profesor Terguson dalam 'Back To School' dan dilakonkan oleh Sam Kinison.
  • Edward dalam 'Edward Scissorhands' yang dijayakan oleh Johnny Deep.
  • Charlie Chaplin dalam 'Chaplin' yang dilakonkan oleh Robert Downy Jr.
  • Link dalam 'Encino Man' yang dilakonkan oleh Brendan Fraser.
  • Buzz dalam 'Toy Story' yang dilakonkan oleh Tim Allen.
  • Ernie dalam 'Kingping' yang dilakonkan oleh Bill Murray.
  • Dr. Evil dalam 'Austin Powers' yang dilakonkan oleh Mike Myres.
  • Gaylord Focker dalam 'Meet the Parents' yang dilakonkan oleh Ben Stiller.
  • Howard dalam 'The Aviator' yang akhirnya dipegang oleh Leonardo DiCaprio.
  • Jack dalam 'Bewitched' yang dilakonkan oleh Will Ferell.
  • Willie dalam 'Charlie and The Chocolate Factory' yang kemudiannya dipegang oleh Johnny Deep.
  • Silas dalam 'The Da Vinci Code' dan dilakonkan oleh Paul Bettany.
  • Maxwell dalam 'Get Smart' yang akhirnya diterajui oleh Steve Carrell.

Jadi, kalau andalah yang diberi peluang seperti diatas, filem mana agaknya yang pembaca sekalian akan pilih?

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

-Sentiasapanas.com