Sunday, December 29, 2013

UNIK! Keindahan Tasik Diatas Tasik!

UNIK! Keindahan Tasik Diatas Tasik!

Info Unik Dunia. Dibahagian barat laut pulau Vagar, Kepulauan Faroe, terdapat sebuah jajaran tasik unik bertingkat yang terbentuk secara semula jadi.

Vagar, Faroe Islands

Jika dilihat sekali imbas, tasik yang dikenali sebagai Leitisvatn itu kelihatan seperti sebuah tasik di atas tasik persis pemandangan indah yang wujud di dalam cerita dongeng.

Pulau Vagar, yang terletak di dalam wilayah jajahan Denmark sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan terkemuka di negara itu.

Di kota Vagar, industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi tempatan. Keindahan alam semula jadi dan landskap geografinya sentiasa menggamit pelancong dari seluruh dunia untuk hadir ke sini.

Vagar City, Faroe Islands

Dan salah satu 'hot spot' yang sering menjadi perhatian ialah keunikan tasik di atas tasik.

Tasik ini begitu unik kerana ia mempunyai dua bahagian yang kelihatan seperti bertingkat - satu tasik dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Kedua-dua bahagian itu dipisahkan oleh bukit batu semula jadi yang membuatkan ia tampak terpisah menjadi dua lapisan dengan tahap ketinggian yang berbeza.

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar ilusi optik semata-mata. Tasik yang berkeluasan 3.4 kilometer persegi itu sebenarnya mempunyai tahap ketinggian yang sama.

Namun, kewujudan bukit tegak berketinggian 100 meter yang memisahkan kedua-dua bahagian tasik itu membuatkan danau ini kelihatan bertingkat.

Jika melihatnya daripada posisi yang lebih tinggi, ia benar-benar nampak seperti mempunyai tahap ketinggian yang berbeza iaitu seolah-olah satu tasik berada diatas tasik yang lain.

Tasik Leitisvatn ini juga dikelilingi oleh tebing-tebing batu yang berhadapan dengan lautan Atlantik Utara.

Dibahagian selatan tasik ini, tebingnya agak rendah yang mana paras air tasik berada betul-betul separas dengan tebing berkenaan. Pada kedudukan itu ia kelihatan tinggi, tetapi paras yang sebenarnya hanyalah sekitar 30 meter daripada paras Lautan Atlantik sahaja.

The Faroe Islands
Keindahan yang memukau mata.

Kewujudan pemandangan ilusi optik membuatkan tasik ini begitu istimewa dan terkenal di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung datang ke sini bukan sekadar ingin menikmati keindahan alam semula jadinya, tetapi mereka juga ingin melihat sendiri keunikan tasik Leitisvatn ini yang mempunyai dua lapisan.

Di Kepulauan Faroe, ia merupakan danau terbesar dengan keluasan yang meliputi 3.4 kilometer persegi serta mempunyai panjang yang melebihi enam kilometer. Ukuran itu menunjukkan ia tiga kali ganda lebih besar daripada saiz tasik Fjallavatn, yang terletak di pulau Vagar.

Bahagian hujung tasik ini yang terletak di sebelah utara tasik, tebingnya berketinggian 25.2 meter hingga 376 meter.

Pada bahagian ini terdapat sebuah air terjun yang dikenali sebagai Bosdalafossur, yang merupakan saluran keluar air tasik Leitisvatn ke Lautan Atlantik. Sementara di bahagian timurnya pula, ia berhadapan dengan pulau Streymoy yang dipenuhi dengan bukit berbatu.

Dikalangan penduduk tempatan, terdapat perdebatan sengit mengenai nama tasik ini. Masyarakat yang mendiami kawasan Sorvagur berbangga bahawa tasik ini dinamakan sempena kampung mereka.

Sementara penduduk di bahagian lain pula mahu menamakan tasik ini sebagai Miovagur. Disesetengah tempat lain ia turut dikenali dengan nama Vatni.

Bagi mengelakkan ia terus menjadi perdebatan dikalangan penduduk tempatan, pihak pemerintah Vagor akhirnya terpaksa campur tangan bagi menghindarkan berlakunya ketegangan kaum yang hanya berpunca akibat nama.

Akhirnya, ia dinamakan sebagai Leitisvatn, sempena nama kawasan itu yang dikenali sebagai Leiti.

Bagaimanapun, nama Leitisvatn hanya didaftarkan secara formal dan lebih dikenali dikalangan pelancong asing sahaja. Sementara penduduk tempatan pula masih menggelar tasik berkenaan mengikut nama yang dikenali sebelum ini.

Bagi masyarakat asli yang menghuni lembah Leiti, mereka menganggap kawasan tasik ini sebagai sebuah tempat suci. Bukan itu sahaja, malah sejak dari berdekad-dekad lagi penduduk sekitar turut mempercayai kandungan air yang memenuhi tasik berkenaan merupakan air terapeutik yang mempunyai khasiat tertentu.

Bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir, jumlah pelancong yang datang ke lokasi tersebut semakin bertambah.

Pengunjung-pengunjung bukan sekadar ingin melihat leindahan semula jadi tasik berkenaan tetapi ia juga turut menjadi lokasi memancing bagi kaki-kaki pancing di sekitar Eropah.

Saksikan keindahan gambar-gambar sekitar Tasik Vagar.

Vagar, Faroe Islands

-Sentiasapanas.com

Surat Paling Menyentuh Hati Seorang Isteri Yang Telah Meninggal

Surat Paling Menyentuh Hati Seorang Isteri Yang Telah Meninggal

Brenda Schmitz, ibu kepada empat anak lelaki, mati dua tahun lalu kerana kanser ovari.

Brenda Schmitz Sad Letter

Namun dia melakukan sesuatu yang menyentuh hati apabila meninggalkan sepucuk surat kepada sebuah stesen radio melalui kawannya. Amanat Brenda, surat itu dibacakan selepas suami menemui pengganti dirinya.

Stesen radio berkenaan, Star radio di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat menyiarkan sebuah program istimewa sejak 20 tahun lalu iaitu memperkenankan impian pendengar mereka sempena Krismas.

(Baca: Memori Cinta Yang Menyedihkan Dari Seorang Duda)

Tahun ini apabila mereka membaca surat Brenda, buat kali pertama semua kakitangan radio menitiskan air mata dan tiada sesiapa rasa mereka tergamak menghampakan permintaannya.

Dalam surat yang ditaip kerana menurut Brenda tangannya terlalu menggigil selepas menerima rawatan, ayat pertama memberitahu bahawa ketika surat itu dibaca dia sudah lama tiada kerana penyakit kanser ovari.

Klik untuk paparan penuh.

Seterusnya, Brenda memberitahu tiga permintaannya sempena Krismas.

Permintaan pertama Brenda adalah memanjakan orang baru dalam hidup suaminya di spa. Kata Brenda, wanita tersebut layak menerimanya selepas menyambung tanggung jawab memelihara 4 anak lelaki yang ditinggalkannya – sesuatu yang dia tahu bukan mudah dilaksanakan.

Seterusnya, Brenda meminta supaya keluarganya diberikan satu percutian dan yang terakhir, mengadakan satu jamuan untuk doktor dan kakitangan unit kanser di Mercy Medical Centre yang merawatnya dahulu.

Sebaik surat dibacakan, suami Brenda, David yang dijemput ke konti radio mengalirkan air mata.

David Schmitz

Ditanya perasaannya, David menyatakan dia tersentuh tetapi tidak terkejut dengan tindakan Brenda kerana selama ini dia sentiasa dapat ‘merasakan’ kehadiran Brenda walaupun selepas dia sudah meninggal dunia.

Segala permintaan Brenda dipenuhi stesen radio Star termasuk memberikan percutian magis kepada David bersama isteri baru, Jane dan anak-anak ke Disney World selama empat hari.

David Schmitz Family

“Sudah 20 tahun program khas Krismas kami bersiaran tapi ini kali pertama kami menerima permintaan sebegini.

(Baca: Tanda-tanda Seorang Wanita Meminati Anda)

“Semua orang menitiskan air mata bila mengetahui kemuliaan hati Brenda yang masih memikirkan orang-orang yang disayanginya meskipun selepas dia sudah tiada,” ujar pengurus jenama stesen radio tersebut, Scott Allen.

Sumber: Christianpost.com

Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

Benarkah Kolesterol Telur Membahayakan Kesihatan?

Memakan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?

Telur

Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.

Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.

Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.

Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.

Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.

Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian.

BACA INI JUGA: Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

Sumber: utusan.com.my

Saturday, December 28, 2013

Adab Penting Apabila Mandi Laut

Adab Penting Apabila Mandi Laut

Ketika hari cuti, memang bagus kalau anda semua membawa keluarga masing-masing ke tepi pantai untuk bermandi-manda. Seronok dapat melihat budak-budak bermain air dan lebih seronok lagi jika dapat melihat awek-awek main air.

Sexy_Beach_Girl

Tetapi, jangan pula lupa tentang adab ketika sedang mandi laut. Ada adab-adabnya juga..

1) Jangan menyamar sebagai buaya untuk menakut-nakutkan orang lebih-lebih lagi jika terdapat buaya di kawasan itu.

2) Jangan membuang air ketika sedang berenang. Lebih jahanam lagi jika korang berak terus dalam air.

3) Jangan bermain golf ataupun permainan-permainan yang tidak munasabah selain bermain bola baling ketika sedang mandi laut.

4) Hanya dibenarkan membuat istana pasir sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali membuat rumah teres lot tepi ataupun rumah pasung di pesisir pantai.

5) Jangan sesekali menuba ikan atau mengebom ikan ketika sedang mandi beramai-ramai. Dikhuatiri akan diterajang secara bergilir-gilir oleh pengunjung lain.

Selamat mandi laut dengan beradab..hehe

(Baca: Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!)

-Sentiasapanas.com

HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!

HOT! Neelofa Kecewa Di Fitnah Berkhalwat!

Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Neelofa Berkhalwat!

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

“Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

“Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut,” katanya menerusi laman Twitter.

Pengacara melodi itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.

(Baca: Suami Kantoi Curang Dalam Rancangan TV)

Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

“Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

“Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

“Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Sumber: Sinar Harian Online

Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama!

Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama!

Beberapa tahun lalu, semasa menjalani latihan industri di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, saya disediakan sebuah rumah banglo besar di sebuah bandar kecil di Melbourne, Australia.

Haunted mansion

Banglo konkrit berbentuk klasik ini terletak agak jauh daripada rumah-rumah lain. Suasana sunyi sepi. Saya teruja untuk memulakan kehidupan baru walaupun hanya sebuah bandar kecil.

Setiap hari saya menghabiskan masa yang sangat panjang berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas penting dan apabila tiba di rumah saya betul-betul letih dan lesu.

Biasanya, selepas balik kerja, saya akan terus mandi dan berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum bergerak ke bilik tidur.

Pada suatu malam, saya telah tertidur akibat terlalu letih. Malam itulah saya bermimpi yang sungguh aneh. Dalam mimpi itu saya melihat ada suatu lembaga aneh sedang asyik memerhatikan saya tidur.

Hantu di hujung katil
Lembaga itu betul-betul berdiri berdekatan kaki katil.

Lembaga aneh itu bersandar pada saya dengan wajah yang sangat marah. Wajah lembaga itu kelihatan seperti seorang lelaki tua yang sedang marah.

Matanya merenung tajam ke arah saya seolah-olah tidak berpuas hati. Renungan tajam itu membuatkan saya berasa amat takut lantas terjaga.

Perasaan saya mula bercampur-baur. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah banglo lama itu. Perasaan saya tidak keruan. Sukar hendak diceritakan.

Pada malam ketiga menginap di rumah banglo itu, tiba-tiba suhu bilik jatuh ke paras yang sangat rendah.

Saya terjaga kesejukan sampai menggigil. Lebih memeranjatkan, saya terbatuk-batuk dan keluar wap semasa bernafas.

Pelik, mengapa suhu bilik tidur saya terlalu sejuk? Adakah suhu sejuk ini datang dari luar? Saya tertanya-tanya sendirian.

Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa tiba-tiba saja rasa sejuk sampai tahap berais di dalam bilik tidur saya?

Sekonyong-konyong, dari sudut penjuru meja bar, saya terlihat lembaga berkabus yang sedang bergerak beralun, perlahan-lahan melepasi bilik tidur saya. Saya menggosok-gosok mata untuk memastikan bukan bermimpi. Apakah objek aneh itu?

Hantu kabus
Kabus itu bergerak-gerak, beralun-alaun sekitar bilik.

Saya cuba bangun perlahan-lahan sambil menggigil kesejukan. Saya melihat kabus tersebut masih bergerak-gerak, beralun-alun. Saya memberanikan diri berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Saya cuba mengekori pergerakan lembaga berkabus itu. Tapi sebaik saya membuka pintu utama dihadapan rumah, kabus itu terus hilang.

Paling memeranjatkan saya, udara di luar rumah panas tapi mengapa dalam rumah bilik tidur sejuk menggila? Saya periksa suis air cond tapi tidak dibuka. Keanehan itu terus menghantui saya.

Seminggu sudah berlalu. Macam biasa balik rumah saya terus masuk ke bilik tidur. Tapi, petang itu sebelum melelapkan mata, saya terdengar bunyi tapak kaki persis seperti ada orang sedang berjalan.

TAP! TAP! TAP!

Bunyi asing itu datangnya dari arah ruang tamu. Tikus? Soal saya sendirian. Tiba-tiba bunyi derap tapak kaki itu hilang. Saya cuba tenangkan hati dan merancang untuk memanggil pembasmi tikus keesokkan hari.

Lalu, saya bangun menuju ke dapur untuk mengambil air minuman. Semasa berjalan di lorong kecil menuju ke dapur, saya terus mematikan langkah.

Saya terkejut besar. Saya ternampak ada sesuatu sedang berdiri di hujung lorong sempit itu. Kelibatnya hitam dan besar. Dada saya mula berdebar-debar. Mujurlah objek itu menghilang daripada pandangan.

Hantu kabus
Ada sesuatu sedang berdiri dihujung sempit itu.

Saya terus memberanikan diri terus berjalan ke ruang tamu cuba mencari objek hitam tadi tapi puas melilau memerhatikan ia tidak kelihatan di mana-mana.

Banglo ini memang tidak banyak perabot jadi tiada tempat boleh bersembunyi. Tapi setelah disiasat memang tiada sesiapa pun berada dalam banglo ketika itu kecuali saya seorang.

Setelah mengalami gangguan menyeramkan sejak seminggu tinggal disitu, saya semakin tidak selesa. Apa yang telah berlaku dalam banglo lama ini?

Saya pula tidak bermimpi atau mengalami halusinasi. Saya pasti lembaga besar, hitam berkilat yang saya lihat tadi benar-benar menyerupai seorang lelaki.

Saya berasa bingung. Siapa patut saya tanya dan apa yang patut saya buat untuk mengatasi gangguan mistik ini?

Saya biarkan saja kejadian pelik ini berlalu. Tapi beberapa malam kemudian saya kembali mengalami mimpi ngeri.

Ketika itu saya merasakan ada seorang sedang memerhatikan dan jantung saya berdegup kencang sehinggalah saya terbangun daripada tidur.

Sebaik terjaga, perasaan saya kuat menyuruh agar saya ke bahagian kanan bilik tidur. Tiba-tiba saya terpandang satu lembaga hitam legam lagi besar menyerupai tubuh seorang lelaki. Lembaga itu betul-betuk berdiri berdekatan kaki katil.

Saya tidak mampu bergerak sedangkan lembaga tersebut semakin menghampiri saya. Ketika itulah saya berasa sangat takut sehingga tidak mampu membuka mulut kecuali terus berdoa supaya terselamat sambil menggigil ketakutan.

Nasib baiklah tiba-tiba terpancar cahaya yang datang dari arah bilik mandi. Mungkin itu cahaya dari kenderaan orang yang memandu melepasi banglo yang saya diami.

Tapi, setelah cahaya itu muncul, lembaga hitam legam itu hilang melalui pintu bilik tidur berhampiran. Apakah lembaga yang saya lihat tadi? Hantu?

Saya tidak pernah percaya aktiviti paranormal dan saya beranggapan bahawa hantu hanyalah khayalan imaginasi manusia. Namun, saya tidak berminat hendak mengkaji apakah jenis makhluk aneh yang menghantui banglo lama itu.

Pada masa yang sama, saya tidak sanggup lagi untuk terus menunggu. Entah apa lagi insiden yang bakal berlaku.

Biarlah saya yang meninggalkan banglo ini. Saya membuat keputusan berpindah ke rumah lain.

Kiriman: Amir Shafuan dari Melbourne, Australia.

*Gambar-gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

BACA INI JUGA: Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika

-SENTIASAPANAS.COM

Bekas Penyanyi Terkenal Kumpulan Raihan Jadi Penyanyi Jalanan!

Bekas Penyanyi Terkenal Kumpulan Raihan Jadi Penyanyi Jalanan!

Mungkin si lelaki berkopiah mirip Nazrey Johani ini adalah pelanduk dua serupa! Mana mungkin, bekas anggota Raihan yang terkenal sekitar 1990an itu menjadi penyanyi jalanan pula!

Nazrey Johani Jadi Penyanyi Jalanan

Dia mengesat peluh dan bajunya basah sambil menyanyikan lagu-lagu popular daripada kumpulan Raihan, sahlah itu memang Nazrey Johani!

Nun dibawah kanopi, anak-anak dan isterinya berteduh di bawah panas membahang ketika Nazrey terus menyanyi.

Ada dua biji tabung di kiri dan kanannya. Selepas menyanyi satu dua lagu, Nazrey berceloteh bagi memaklumkan pihaknya sedang mencari dana untuk membina dua buah sekolah tahfiz di Negeri Bawah Bayu, desa kelahirannya di Sabah.

At-Tahfiz Bayu Syuhadah sedang dibina di Kampung Bitoong dan Matupang di Daerah Ranau, Sabah.

"Berilah sumbangan seikhlasnya! Semoga Allah membalasnya!" rayu Nazrey.

(Baca: Bolehkah Roh Suami Meniduri Isteri Yang Masih Hidup?)

Sambil berbual-bual, Nazrey terus menyanyi lagu nasyid yang pernah dipopularkan suatu ketika dulu, 'Allahu'. Pengunjung semakin ramai menghulurkan derma, RM1, RM5 dan RM10.

Dana yang dicari melalui persembahan percuma di pasar-pasar tani dan pasar malam memang tidak mencukupi tetapi Nazrey percaya Allah akan membantunya selagi dia berusaha.

Dia juga yakin masyarakat Islam di Malaysia akan bersama-sama menyumbang bagi merealisasikan impiannya itu. Itulah saja cara terbaik lagi halal yang dapat dilakukannya.

Nazrey sedar kos bagi membina kedua-dua sekolah tahfiz itu di tanah seluas 30 ekar itu bakal menelan belanja yang besar tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia percaya Tuhan akan merestui niatnya untuk melihat kewujudan dua buah pusat tahfiz itu menjadi kenyataan.

Sejak 2009 lagi, Nazrey sebenarnya sudah memulakan langkah merealisasikan impiannya dengan mengadakan Tours De' Tahfiz Concert melibatkan persembahan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bagaimanapun, dana yang dikumpulkan masih jauh daripada mencukupi. Dia tidak berputus-asa disamping doa dan tawakal, usaha berterusan perlu dilakukan biarpun dia berseorangan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah ini. Dia tahu hanya dengan bekerja dan bersungguh-sungguh segala impiannya akan tercapai.

Setelah empat tahun berlalu, dana yang dicari masih jauh daripada sasaran tetapi Nazrey tetap nekad. Dia mesti terus berusaha biarpun terpaksa berhujan dan berpanas.

Dia buangkan segala perasaan malu. Biarpun dia seorang selebriti, bekas penyanyi kumpulan Raihan yang terkenal tetapi demi dakwah, dia harus berusaha tanpa jemu.

Dia bergerak bersendirian bersama keluarga menjelajah pasar tani seluruh negara bagi meneruskan pencarian dana tahfiz yang diimpikannya. Sejak mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan, impiannya tidak pernah padam.

Impiannya sudah terlalu lama untuk mengasaskan sebuah kampung tahfiz di tanah kelahirannya di Sabah. Nazrey tahu jika dia tidak melakukannya, siapa lagi hendak diharapkan.

(Baca: Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya)

Sekolah tahfiz bagi menampung anak-anak belajar Al-Qur'an dan ilmu agama amat perlu didaerahnya.

Dia berazam untuk menghidupkan semula suasana pembelajaran agama dan menghafaz Al-Qur'an untuk anak-anak bangsanya.

"Doakan saya berjaya!" katanya.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga impian Nazrey tercapai. Amiin.

Untuk info selanjutnya, bolehlah melayari blog Nazrey di SINI.

-Sentiasapanas.com

Pemandu Bas Cabar Usain Bolt Lumba 300 Meter!

Pemandu Bas Cabar Usain Bolt Lumba 300 Meter!

Raja pecut, Usain Bolt dengan mudah meninggalkan sebuah bas dalam perlumbaan di ibu kota Argentina di sini minggu lalu, lapor sebuah akhbar.

Usain Bolt beat a Buenos Aires bus
Bas berkenaan cuba memecut untuk memotong Bolt.

Kemenangan mudah pelari berusia 27 tahun dalam perlumbaan pada jarak 100 meter itu mendorong dia mencabar pemandu-pemandu bas di China pula.

"Adakah terdapat mana-mana pemandu bas di China yang mampu berlumba dengan saya?" tanya Bolt di laman rangkaian sosial Weibo.

Pada awalnya, tiada seorang pun pemandu kenderaan tersebut yang berani menyahut cabaran Bolt.

(Baca: Siapa Pencipta Patung Barbie Yang Terkenal Itu?)

"Pemandu bas dari Wuhan, Shanghai dan Shenzhen semuanya tidak berani berlumba dengan saya," katanya

Bagaimanapun, tidak lama kemudian seorang pemandu bas wanita dari bandar Dalian telah mencabar Bolt untuk berlumba tetapi bukan pada jarak 100 meter.

"Saya tahu bas saya tidak akan dapat memintasnya jika berlumba 100 m,manakala peluang saya adalah 50/50 pada jarak 200 m ," kata wanita tersebut.

"Namun, saya jamin akan dapat memotong Bolt dalam perlumbaan sejauh 300 m," tambahnya.

Setakat ini, raja pecut berkenaan masih belum menyahut cabaran wanita itu. -AGENSI



Friday, December 27, 2013

Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Perjanjian utama perdagangan bebas abad ke-21, yang sedang dirundingkan oleh 12 negara dalam Lingkaran Pasifik, termasuk Malaysia, dijangka dimuktamadkan seawal 2015.


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu penuh kontroversi dan menarik banyak kritikan dan bantahan daripada pelbagai pihak berkepentingan, yang berhujah bahawa perjanjian itu dijangka memberi manfaat kepada Amerika Syarikat (AS), perbadanan besar dan mengancam kedaulatan negara manakala penyokongnya pula mendakwa ia mampu merangsang perdagangan.

Ini kerana TPP, yang melibatkan Malaysia, Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Peru, Mexico, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada, yang menyumbang kepada 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia, akan memansuhkan halangan perdagangan dan membuka akses pasaran.

(Baca: Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains)

Pegawai Kanan Ekonomi Asean UBS Investment Bank Edward Teather berkata kerajaan di rantau Asean lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam rundingan TPPA dan mengambil beberapa risiko politik yang merupakan sebahagian daripada agenda pembaharuan mereka untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan unjuran terhadap ekonomi AS dan Eropah tahun depan.

“Kami menjangkakan eksport akan menyokong pertumbuhan ekonomi Asean tahun depan ketika kitaran kredit yang perlahan dan menyebabkan kurang keyakinan ke atas hutang dan defisit hutang semasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan bahawa kadar faedah yang terlalu rendah dan lanjutan kredit, mendorong rakyat untuk berbelanja terlalu banyak.

Bagaimanapun, Teather berkata krisis tidak berlaku di rantau ini disebabkan lembaran imbangan di kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara masih bersih.

Dalam kes Malaysia, beliau berkata, pemulihan dalam eksport dijangka menguasai ketika penyepaduan fiskal berterusan dengan kerajaan dijangkakan meneruskan agenda pembaharuannya, beralih daripada perbelanjaan subsidi yang membazir serta memberi tumpuan terhadap persekitaran perniagaan.

Dalam hal ini, beliau berkata TPPA merupakan petunjuk pembaharuan mengenai kesediaan Malaysia untuk mengambil bahagian dalam rundingan yang mencerminkan kesediaan untuk berubah pada tahun-tahun akan datang.

Teather mengunjurkan TPPA akan dilaksanakan seawal-awalnya pada 2015, dengan manfaat ekonomi dalam kalangan negara yang mengambil bahagian, diperoleh selepas itu.

Sementara itu, Wakil Perdagangan AS Michael Froman berkata kemajuan besar dicapai dalam empat hingga lima bulan lepas dalam memuktamadkan isu, mengurangkan perbezaan dan menumpukan perhatian kepada isu berkaitan politik dalam TPP.

Kami ingin memastikan perjanjian itu baik untuk semua negara yang terlibat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini semasa melawat Malaysia. Beliau turut membincangkan dan berkongsi perspektif dengan menteri, Kaukus parlimen TPPA dan pihak berkepentingan.

Froman bagaimanapun tidak memberi petunjuk mengenai garis masa tertentu untuk memuktamadkan TPP, sebaliknya menyatakan bahawa kehadiran negara anggota berbincang dan mencari jalan untuk menangani sensitiviti, perbincangan boleh dimuktamadkan.

“Ini konsisten dengan standard tinggi keseluruhan perjanjian, dorongan untuk integrasi perdagangan di seluruh rantau ini dan selaras dengan matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),” katanya.

Dari segi sensitiviti dan isu-isu tertunggak, Froman berkata Bab Harta Intelek merupakan isu paling sukar dan mencabar.

Dalam rundingan menteri TPPA di Singapura dari 7 hingga 10 Disember, 2013, kenyataan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia menyatakan bahawa jurang yang luas masih wujud dalam banyak isu, dan memerlukan rundingan lanjut

Banyak isu mengenai perusahaan milik negara, alam sekitar, hak harta intelek (IPR) dan akses pasaran, masih belum jelas dan perunding telah ditugaskan untuk meneroka penyelesaiannya, kata MITI.

(Baca: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi)

Tarikh sasaran akhir tahun untuk memuktamadkan rundingan TPPA yang ditetapkan oleh pemimpin pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin APEC di Bali pada Oktober 2013, terbukti sukar dicapai.

Malaysia terus berunding pada pusingan ke-18 dan 19 di Kota Kinabalu, Sabah dan Brunei tahun ini, menonjolkan kebimbangan khusus dan sensitiviti dalam bidang perolehan kerajaan, perusahaan milik negara, isu-isu Bumiputera, IPR, alam sekitar dan penyelesaian pertikaian pelabur serta keperluan untuk memberi fleksibiliti termasuk tempoh peralihan dan komitmen tertentu negara.

Malaysia terus bekerjasama dengan lain-lain anggota TPPA mengenai butiran pelonggaran ini.

Pada mesyuarat menteri TPPA di Singapura membabitkan rundingan akses pasaran, mencatat beberapa kejayaan dalam penawaran anggota TPPA, namun Malaysia meneruskan usaha untuk mendapatkan pakej yang lebih baik.

Malaysia membuat pendirian bahawa rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sepatutnya menjadi sumber rujukan pada rundingan TPPA yang sedang berjalan.

Perunding kini menyediakan jadual waktu kerja rundingan TPP akan datang.

Sementara itu, mesyuarat TPPA akan datang dijangka berlangsung pada Januari.

TPPA yang dikaitkan dengan serampang dua mata atau Kuda Trojan untuk dominasi ekonomi, pastinya mencetuskan minat besar. Namun ia merupakan senjata berbahaya dan berkuasa atas nama ‘perdagangan bebas’ Abad ke-21.

Sumber: Bernama

HOT! Pemilik Akaun FB Hasut Gulingkan Kerajaan Direman Lima Hari

HOT! Pemilik Akaun FB Hasut Gulingkan Kerajaan Direman Lima Hari

Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Asmaelz Hadzeny II

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

(Baca: Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi)

Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

PAS Kelantan Tolak Himpunan Gulingkan Kerajaan

PAS Kelantan Tolak Himpunan Gulingkan Kerajaan

Sementara itu, keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.

Paling menarik apabila, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan,TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

PAS Kelantan Tolak Himpunan Gulingkan Kerajaan

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini.

Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup.

Namun di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan ‘Himpunan Guling Kerajaan: 31 Disember 2013'.

Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.

(Baca: Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan)

Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat mengenainya.

"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan,disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.

”Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalam cengkerang!” kata salah seorang penguna Facebook di laman sosial itu.

Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal diadakan itu, namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.

Ini kerana, mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.

Sumber: Bernama/Badutrakyat