Friday, November 29, 2013

Pasangan Bercerai Muda, Bapa Mengaku Anak Pernah Di Perkosa!

Pasangan Bercerai Muda, Bapa Mengaku Anak Pernah Di Perkosa!

Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Cerai Muda

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.

Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.

Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.

“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.

Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Sumber: Malaysianinsider

Panas! Luahan Terbuka Mantan Ketua Gengster 08 Buat Menteri Dalam Negeri!

Panas! Luahan Terbuka Mantan Ketua Gengster 08 Buat Menteri Dalam Negeri!

Salam 1Malaysia yang berhormat Datuk Seri. Nama saya S. Suria Narayan, 49 tahun. Saya dilahirkan di Estet Sungai Kerawi, Teluk Intan Perak.

S. Suria Narayan - Mantan Ketua Gengster 08
S. Suria Narayan.

Kemudian keluarga kami berpindah ke Jalan Laksamana Teluk Intan Perak kerana ibu saya membeli rumah di kawasan tersebut.

Ketika itu saya berusia 18 tahun. Tinggal ditempat baharu tidak mencorakkan warna pelangi yang indah dalam hidup saya. Sebaliknya saya sering dibuli oleh 'kepala' gengster di situ. Sampailah suatu ketika saya dicabar.

"Kalau engkau anak jantan mari kita lawan satu sama satu!" kata Abang Long kepada saya.

Sebagai anak estet yang terbiasa dengan kerja berat, saya menghadapi Abang Long itu dengan mudah.

Bersama seluruh perasaan geram dan marah serta tenaga anak estet, langsung saya bantai Abang Long itu di tengah-tengah anak buahnya yang sekadar jadi penonton.

Oleh sebab malu, dengan muka pecah dan berlumuran darah, Abang Long meninggalkan Jalan Laksamana. Automatik saya dilantik sebagai kepala baru di situ. Mulai saat itu saya belajar menjadi gengster.

Semakin hari kumpulan kami makin besar dan kuat. Berani saya katakan, 'besar' daripada saya belum ada lagi pada masa itu!

Dan tentu Datuk Seri sudah maklum bahawa Jalan Laksamana adalah lokasi kumpulan gengster dan mafia terbesar sekali di negara ini!

Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri
Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri, saya masih ingat detik-detik saya ditangkap. Walaupun saya sedar ada sekatan jalan raya di Bidor dan Teluk Intan, saya tetap lalui juga kerana dalam kereta saya tiada dadah dan senjata api. Tapi saya tetap ditahan lalu dibawa ke balai polis.

Di situlah saya difahamkan ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas Dadah Berbahaya dan Ordinan Darurat.

Masa itu umur saya baru sahaja 27 tahun. Saya ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam Johor Baharu.

Tuhan masih sayangkan saya Datuk Seri. Jarak antara Teluk Intan ke Simpang Renggan jauh. Atas kasihkan suami, isteri bersama tiga anak saya serta segunung kebimbangannya menaiki bas pada pukul 9.00 malam dan tiba di Simpang Renggam pukul 4.00 pagi.

Tidurlah isteri dan anak-anak saya dihentian bas itu yang terdedah dengan berbagai-bagai kemungkinan buruk.

Datuk Seri. Antara isteri dan anak-anak kami dipisahkan oleh dinding kaca yang tebal. Kami hanya mendengar suara masing-masing melalui telefon sahaja. Hati suami mana yang tidak luluh apabila melihat isteri tercinta bercucuran air mata.

Gambar Tatu Geng 08

Penuhlah masa tiga puluh minit dengan tangisan dan keharuan semata-mata. Situasi ini benar-benar menyentuh hati saya. Situasi ini benar-benar menyentuh hati saya. Mulai hari itu saya tidak akan terjebak lagi dalam kumpulan gengster.

Apabila saya keluar dari pusat tahanan, saya bertekad melaksanakan azam baharu. Kedudukan sebagai kepala gengster saya tinggalkan.

"Suria, bolehkah?" tanya orang disekeliling saya. Ini kerana muka saya sudah terpampang di mana-mana sebagai ketua gengster.

Ya benar! Itu dulu! Sekarang saya sudah insaf dan berhenti melakukan kerja-kerja haram itu! Berikan saya peluang untuk masuk semula dalam masyarakat dan berbakti dengan cara saya sendiri!

Tanpa memperdulikan stigma negatif masyarakat, saya belajar mengimpal besi dan kemahiran perpaipan. Kemudian saya menceburi bidang kontraktor. Bermula secara kecil-kecilan hinggalah kini dengan nilai projek berangka tujuh digit.

Datuk Seri. Gengster dahulu tidak sama macam sekarang. Gengster dulu gentleman. Jika timbul ketidakpuasan hati dalam kawasan yang dikuasai mula-mulanya kita buat perbincangan dulu secara baik.

Tak boleh selesai. Masing-masing nak lepaskan geram dan marah. Baik. You cakap pukul berapa mahu jumpa. Baik. Umpamanya Gengster 08. Jumpa pukul 8.00 malam. Kita jumpa di tempat dijanjikan. Berapa orang mahu datang. Tapi tak ada parang, pisau, apatah lagi pistol.

Bila sudah jumpa, kita tak banyak cakap. Baik. Sekarang, kalau you kuat, you bantai saya. Nanti kami bantai you balik. Datuk Seri. Itulah antara cara gengster dulu bertindak.

Sebaliknya gengster moden sekarang suka 'curi makan'. Tiba-tiba serbu musuhnya di ruang awam. Terus cantas pakai senjata tajam. Atau...Dam!! Dam! Tembak terus.

Kenapa perkara ini berlaku Datuk Seri? Sebab sekarang senjata api mudah ditemui. Kenapa begitu mudah senjata api dimiliki di mana-mana sekalipun. Jadi tidak bermakna semua gengster itu memakai senjata api. Penggunaan senjata api oleh penjenayah bukan berpunca daripada gengsterisme.

Maaf Datuk Seri. Berikan masa tambahan kepada saya untuk meluahkan segala yang terpendam di hati. Apabila umur saya semakin bertambah dan punya anak yang sudah besar panjang. Saya jadi risau apabila memikirkan kegiatan gengster seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.

Datuk Seri. Sebagai mantan Ketua Gengster 08, saya ingin bertanya. Bagaimana kita dapat tahu terdapat 49 kumpulan gengster dengan jumlah 'ahli berdaftar' seramai 40,313 ribu orang? Tetapi pada masa sama kita gagal membenterasnya!

Senarai Gengster Di Malaysia

Saya dulu kepala gengster satu Malaysia pun tidak tahu begitu banyaknya kumpulan gengster di negara kita dan begitu ramainya yang terlibat dalamnya!

Sekarang kita asyik bercakap 'jerung' dilepaskan, ikan 'bilis' sahaja yang ditangkap! Bagi saya penjenayah yang ditangkap ialah 'ikan gapi' dalam longkang yang lebih kecil daripada ikan bilis!

Datuk Seri, apa salahnya didirikan satu bit polis disetiap sekolah. Terus ambil tindakan jika ada sesuatu mencurigakan pada pelajar tersebut. Benar, pelajar sekolah tidak dapat ditahan tapi setidak-tidaknya elemen gengsterisme dapat dibanteras awal-awal lagi. Dan pelajar lain yang melihat tindakan pantas polis akan berfikir banyak kali untuk membuat perlakuan jahat.

Datuk Seri, sebagai mantan gengster saya bersedia membantu kerajaan membanteras gengsterisme hingga ke akar umbinya. Ini kerana saya masak benar selok belok dunia gengster.

Saya minta maaf Datuk Seri. Cara polis iaitu mengarahkan orang yang disangka gengster untuk membuka pakaian walau di ruang awam bukan cara yang betul. Tidak semua yang bertatu itu gengster!

Penangkapan segera juga berlaku dalam sekatan jalan raya bagi badan yang bertatu yang dipercayai kumpulan gengster. Jika betullah yang ditahan itu gengster tidak apalah.

Tapi kalau terkena gengster yang sudah insaf dan tatu masih di badannya, bukankah itu menyusahkan dia juga. Bukan senang untuk kita membuang tatu yang telah di tanam dalam kulit. Nasib baik saya tidak pakai tatu!

Datuk Seri. Saya menyarankan kerajaan mengumumkan semua orang yang ada tatu di badannya sila tampilkan diri di balai polis untuk penyaringan. Jika anda gagal hadir dalam tempoh yang diberikan anda adalah gengster!

Gengster Malaysia
Sedutan filem KL Gangster.

Jika anda adalah gengster yang telah insaf dan tatu masih ada pada badan anda jangan risau. Pihak berkuasa akan keluarkan surat pengesahan anda sudah insaf dan tidak lagi terlibat dalam aktiviti gengster.

Bagaimanapun Datuk Seri. Saya fikir langkah paling baik untuk kita lakukan sekarang ialah laksanakan hukuman ikut prosedur jenayah Islam! Saya mohon Datuk Seri ambil perhatian tentang cadangan saya ini demi menyelamatkan negara kita daripada gejala gengster dan jenayah yang semakin tidak terbendung!

Mengapa kita tidak boleh laksanakan hukuman jenayah mengikut cara Islam. Kalau hukuman sebat dalam Undang-undang Sivil dapat dilakukan maka apa salahnya hukuman jenayah Islam dilaksanakan!

Kegiatan gengster, bunuh, samun, tembak-menembak masih terus berleluasa. Sedangkan penjenayah terus dilaporkan di dada media.

Laksanakan hukuman jenayah Islam itu di tengah khalayak agar semua gengster takut untuk melakukan jenayah! Sebat mereka di khalayak ramai! Rejam mereka dengan batu! Itulah jawapan terbaik bagi membendung kes ini.

Hal ini kerana gengster dan penjenayah di luar sana tidak takut kerana tidak melihat sendiri bagaimana hukuman gantung itu dilaksanakan! Kalau hukuman jenayah Islam, setiap hukuman sudah pasti akan dipamerkan pada umum agar memberikan kesan mendalam kepada masyarakat agar menjauhi perbuatan jenayah!

Hukuman Sebat Buat Gangster
Gambar hiasan.

Datuk Seri. Izinkan saya menyampaikan pesan kepada gengster di luar sana. Wahai gengster yang membaca luahan hati saya ini. Taubatlah anda seperti saya. Kalau anda jadi gengster, anda buat sesuka hati, ia akan berakhir pada dua perkara sahaja.

Pertama, kalau anda kalah anda masuk hospital.

Kedua, kalau anda menang, anda akan masuk lokap!

Tinggalkan aktiviti gengsterisme ini. Sia-sia hidup anda menjadi gengster!

Sayangilah keluarga anda. Ibu bapa, saudara kandung, isteri dan anak-anda anda. Kalau anda kuat maka anda carilah rezeki dengan cara yang halal.

Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk berjaya dalam hidup. Berhentilah mencari rezeki dengan aktiviti gengster kerana ia tidak diberkati Tuhan.

Datuk Seri yang saya kasihi. Demikianlah luahan hati saya. Maafkanlah saya jika saya menggangu masa emas Datuk Seri.

Semoga Malaysia terus makmur sejahtera dan bebas merdeka daripada cengkaman gengster dan jenayah!

Nota: S. Suria Narayan mendapat anugerah Ahli Mahkota Perak dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Kerajaan Perak. Kini beliau menjadi Pengerusi Syarikat Suria Sinar Maju (M) Sdn. Bhd. yang terlibat dalam bidang kontraktor perpaipan dan berkaitan dengannya.

Artikel ini adalah luahan secara terbuka mantan Ketua Gengster 08 kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia seperti yang disiarkan di dalam majalah Mastika keluaran November 2013.

BACA INI JUGA: 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

-SENTIASAPANAS.COM

Luarbiasa! Air Terjun Di Dalam Laut

Luarbiasa! Air Terjun Di Dalam Laut

Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer di tenggara benua Afrika.

Luarbiasa! Air Terjun Di Dalam Laut

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada tahun 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513.

Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang sangat menakjubkan.

Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'.

Pandangan satelit  Google Maps mencipta pemandangan dramatik dengan pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.


Sumber: Dairishare.blogspot.com

Thursday, November 28, 2013

Top 10 Terowong Bawah Tanah Paling Popular Di Dunia

Top 10 Terowong Bawah Tanah Paling Popular Di Dunia

Terowong merupakan laluan yang bawah tanah dengan bukaannya hanya di kedua-dua belah penghujung terowong tersebut. Terowong dibina dengan mengorek di dalam tanah. Sesebuah terowong boleh jadi laluan pejalan kaki, laluan basikal atau motosikal, terowong jalan raya atau lebuh raya, terowong keretapi, ataupun laluan air.

Tunnel

Tapi tahukah pembaca sekalian terowong-terowong di dunia yang sangat popular kerana keunikan dan sejarahnya? Jom kita baca..

Taman Negara Gunung Mulu
Miri, Malaysia

Taman Negara Gunung Mulu

Taman Negara Mulu adalah sebuah kawasan “World Heritage Site” di Sarawak yang terletak 110 km di Barat Miri. Dipercayai sistem gua yang terpanjang di dunia, Taman Negara Mulu megah dengan keluasan Gua Sarawak Chamber yang boleh menyimpan 40 buah boeing 747. Dengan usia lebih dari 5 juta tahun, Taman Negara Mulu juga dipercayai adalah gua tertua di dunia.

Terowong G-Can
Tokyo, Japan

Terowong G-Can

Terowong G-Can di Jepun asalnya dibina untuk melindungi Jepun dari serangan banjir besar. Bermula pada tahun 1992, terowong dengan 50 meter lebar dan enam kilometer panjang ini semakin berkembang. Sehingga kini ia semakin terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Jepun. Di dalamnya terdapat 78 pam enjin kuasa kuda dan 59 tiang besar.

Terowong Cu Chi
Vietnam

Terowong Cu Chi

Terowong Cu Chi, di Vietnam pada mulanya digunakan oleh Viet Cong sebagai tempat kediaman, hospital dan kawasan penyimpanan semasa Perang Vietnam. Setelah ditinggalkan, terowong sepanjang 120 kilometer kini beroperasi sebagai "war memorial". Banyak kesan-kesan sejarah perperangan ada disini.

Lombong Garam Wieliczka
Krakow, Poland

Lombong Garam Wieliczka

Lombong Garam Wieliczka, di selatan Poland, telah beroperasi sejak abad ke-13 sehingga 2007. Hanya 2% daripada keseluruhan lombong sepanjang dua batu ini dibuka kepada orang ramai.

Catacombs Paris
Perancis

Catacombs Paris

The Catacombs of Paris adalah salah satu daripada tempat-tempat pelancongan yang agak menyeramkan. Kubur bawah tanah ini mengandungi rangka-rangka manusia yang telah dikebumikan di sini di antara tahun 1785 dan 1860, apabila tanah perkuburan di bandar tersebut penuh.

Terowong Shanghai, Portland
Oregon, Amerika Syarikat

Terowong Shanghai, Portland

Terowong Shanghai adalah salah satu terowong bawah tanah yang menghubungkan beberapa basement bar dan hotel di sepanjang Sungai Willamette. Sebelum tahun 1800, ia digunakan untuk menghantar barang dari kapal-kapal yang berlabuh di sini.

Mary King's Close
Edinburgh , Scotland

Mary King's Close

Mary King's Close pada asalnya bukanlah sebuah terowong. Ia adalah jalan yang paling sibuk di Edinburgh sehingga tahun 1645 apabila satu wabak menyerang Edinburgh. Untuk menghalang wabak daripada berjangkit, sebahagian penduduk yang diserang penyakit di kuarantin disini. Menurut cerita, kebanyakan mereka dibiarkan mati di sini. Setelah itu timbul pelbagai cerita seram. Ianya dibuka semula dan didiami sehingga 1753, apabila ramai penduduk akhirnya diusir untuk memberi laluan kepada bangunan baru yang dibina di atas jalan lama tersebut.

Seattle Underground
Washington, United States

Seattle Underground

Apabila the Great Seattle musnah dalam kebakaran pada tahun 1889, Ketua majlis perbandaran pada ketika itu memutuskan untuk membina semula underground ini di kawasan yang lebih tinggi yang tidak terdedah kepada banjir. The original Great Seattle akhirnya menjadi kawasan terbiar yang agak menyeramkan.

Cappadocia
Turki

Top 10 Terowong Bawah Tanah Paling Popular Di Dunia

Cappadocia asalnya merupakan sebuah bandar bawah tanah yang paling padat di Turki. Kawasan ini dipercayai telah didiami sejak abad ke-8 SM.

Coober Pedy
South Australia

Coober Pedy

Nama bandar ini dikatakan berasal dari sebutan salah satu suku Orang Asli yang bermaksud "orang putih dalam lubang." Oleh kerana suhu di luar yang mencecah sehingga 120 darjah, kebanyakan penduduk tinggal di rumah bawah tanah yang diukir cantik.

[Sumber]

Misi 'Aman Palestin' Heliza Helmi Ke Masjid Al-Aqsa

Misi 'Aman Palestin' Heliza Helmi Ke Masjid Al-Aqsa

Dilantik sebagai duta Aman Palestin, Heliza Helmi akan terus menyumbangkan bantuan kemanusiaan dan mengadakan lawatan ke Palestin dan juga Mesir.

Heliza Helmi - Palestin

Terbaru, heroin filem Syurga Cinta ini, sedang merancang melawat Masjid Al-Aqsa pada Februari depan, walaupun terdapat beberapa sekatan untuk memasuki kawasan itu.

“Saya masih lagi dalam perbincangan bersama Aman Palestin untuk membuat lawatan ke Masjid Al-Aqsa.

“Walaupun bukan mudah menempuh sekatan tersebut, namun, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai lawatan ke kota besar Islam ke-3 itu.

"Selain dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, kita juga dapat menghayati sejarah Islam yang penuh perjuangan kenabian di situ,” katanya.

Heliza berkata, selain itu, dia masih dalam usaha menambah dana kutipan bagi membantu mangsa serangan di Palestin melalui tabung Aman Palestin.

“Selain membuat sharing tentang Gaza, saya dan beberapa rakan artis yang lain seperti Farah Adeeba, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Zoey Rahman, juga bercadang untuk mengadakan beberapa konsert amal bagi menampung dana yang ada dan kami harap ia akan dipermudahkan ALLAH SWT," katanya.

Berkongsi perkembangan seninya, Heliza memberitahu, dua single terbarunya, Jom Zikir dan La Tahzan, semakin menerima sambutan baik.

“Alhamdulillah, lagu ini secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pendengar terutamanya kanak-kanak dalam meningkatkan ilmu keagamaan mereka,” katanya yang turut memuatkan single tersebut dalam mini albumnya yang dijangka menemui peminat pada awal tahun depan.

Dalam pada itu, Heliza, bakal membintangi drama 13 episod, Cinta Ilahi, arahan Sheila Rosli, di samping aktor, Johan As’ari.

Di usia 27 tahun, wanita dari Terengganu ini mengakui masih belum menemui calon suami yang benar-benar menepati kriterianya.

Selain beriman dan mampu membimbing ke jalan yang diredai ALLAH SWT, Heliza juga mengimpikan calon suami yang memahami serta menyayangi dirinya dan juga keluarga.

“Buat masa sekarang, jadual saya sangat padat, kerana menguruskan pelbagai aktiviti termasuklah ceramah motivasi dan juga program pengacara televisyen.

“Mungkin disebabkan itulah saya masih lagi tidak mempunyai kekasih. Saya percaya jodoh itu dari ALLAH SWT dan saya yakin akan diberikan jodoh terbaik nanti.

"Apa pun, sekarang fokus utama saya adalah bersama keluarga,” ujar Heliza.

Sumber: Sinar Online

Welwitschia Mirabilis, Tumbuhan Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Welwitschia Mirabilis, Tumbuhan Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Info Unik Dunia. Walaupun bukanlah sejenis tumbuhan yang cantik pada pandangan mata, tapi tumbuhan dari Namibia ini sebenarnya tidak akan ditemui dimana-mana di dunia selain di Namibia.

Welwitschia Mirabilis

Ia dinamakan Welwitschia Mirabilis dan yang ada pada tumbuhan ini ialah dua helai daun, stem yang kukuh bersama akarnya.

Dan dua helai daun yang dimilikinya akan terus membesar sehingga ia membentuk seolah-olah tumbuhan yang berasal dari tempat lain di dunia.

Manakala stemnya pula akan menjadi lebih tebal dan bukannya semakin meninggi. Stem itu mampu membesar sehingga 2 meter tinggi dan 9 meter lebar.

Usia tumbuhan ini pula sangat panjang iaitu sekitar 400 tahun sehingga 1500 tahun!

Welwitschia Mirabilis

Malah, tanpa sebarang turunan hujan, ia mampu hidup selama lima tahun.

Apa yang lebih menarik, tumbuhan ini dikatakan sangat sedap sama ada dipanggang atas abu yang panas ataupun dimakan secara mentah.

Dan kerana kelebihan itu jugalah, tumbuhan ini mendapat namanya yang lain iaitu 'Onyanga' yang bermaksud 'Bawang di gurun'.

-Sentiasapanas.com

Dapat 'Pamela Anderson' Selepas Berdoa Depan Kaabah!

Dapat 'Pamela Anderson' Selepas Berdoa Depan Kaabah!

Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itulah yang dilaporkan sebuah akhbar hari ini.

Pamela Anderson Malaysia

Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.

Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.

Johan As’ari juga percaya dan yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

Pamela Anderson Malaysia

“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.

“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula.

Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”

Pamela Anderson Malaysia

Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby dan sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.

“Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.

Pamela Anderson Malaysia

Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.

“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri.

Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan,” ujar Lana Nordin.

Sumber: Pilihan-anda.blogspot.com

Angola Nafi HARAMKAN Islam, Tapi Roboh 60 Masjid!

Angola Nafi HARAMKAN Islam, Tapi Roboh 60 Masjid!

Laporan kontroversi yang mengatakan negara Angola telah mengharamkan Islam dan mula merobohkan masjid telah dinafikan sekerasnya oleh Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan,Kebudayaan dan Hal-Ehwal Agam Angola, Manuel Fernando, Selasa lalu.

Angola Robohkan Masjid

“Tidak ada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain,” Fernando memberitahu Agence France- Presse (AFP).

“Tidak ada keputusan rasmi yang menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat-tempat ibadat mana-mana agama sekalipun.”

Namun, menurut seorang sumber yang merupakan ahli masjid yang diarahkan tutup atas arahan pihak berkuasa wilayah Huambo, ini merupakan masjid ke-60 ini yang ditutup di Angola.

Seorang pemimpin Islam terkemuka Angola,David Ja menegaskan bahawa kerajaan telah melibatkan diri dalam ” penganiayaan politik ” dan ” tiada toleransi agama” serta menolak penafian Fernando.

“Sebuah masjid telah ditutup minggu lepas di Huambo (selatan Angola) dan minggu ini kami telah didedahkan dengan tekanan berhubungan sebuah masjid di Luanda,” katanya.

Ja dilaporkan juga memberitahu Exame Angola bahawa “masyarakat Islam berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat mereka.”

Sementara itu,mufti Mesir Shaqi Allam telah memberi kenyataan mengenai laporan penganiayaan anti-Islam oleh kerajaan Angola itu.

“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.”

Bagaimanapun, laporan penindasan terhadap umat Islam Angola itu tetap ditepis sekeras-kerasnya oleh pegawai kedutaan republik itu di Amerika Syarikat,dalam temu bual yang diadakan oleh International Business Times.

“Republik Angola adalah sebuah negara yang tidak mengamalkan campur tangan terhadap soal agama,” kata pegawai tersebut.

“Kami mempunyai banyak agama di sana,dan kami menyokong kebebasan beragama. Kami mempunyai Katolik, Protestan, Baptist , umat Islam dan Evangelis.”

Seorang lagi pegawai mengesahkan Isnin lalu bahawa kedutaan Angola tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pengharaman Islam atau plot oleh kerajaan untuk memusnahkan masjid.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat tentang itu.”

Tambahnya lagi, ”Kami membaca mengenainya seperti anda di Internet. Kami tidak mempunyai apa-apa notis bahawa apa yang anda membaca di Internet adalah benar. “

Jumaat lalu, akhbar La Nouvelle Tribune menerbitkan sebuah artikel yang memetik kenyataan beberapa pegawai Angola, termasuk Menteri Kebudayaan Rosa Cruz,yang menyatakan: “Proses amalan Islam tidak mempunyai kelulusan oleh Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, masjid mereka akan ditutup sehingga diberitahu kelak.”

Sumber: Mynewshub

WOW! Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Naik Gaji 373%?!

WOW! Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Naik Gaji 373%?!

Isu semasa dan berita terkini di Selangor, bagi mereka yang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri, Speaker, Timbalan Speaker dan ADUN, mereka sememangnya bertuah kerana mendapat kenaikan gaji dari 87% sehingga 373%. Kenaikkan gaji seperti ini memang wow..

WOW! Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Naik Gaji 373%?!

Malangnya, kalau langkah ini diambil oleh kerajaan pusat atau Barisan Nasional (BN), entah apa-apa spin yang akan keluar di media sosial seperti Facebook.

Namun, disebabkan ia libatkan kerajaan Pakatan Rakyat, maka sudah tentu ia akan dizahirkan dengan penuh keharuman bak bunga yang baru kembang di taman larangan.

Kadar baru yang mencapai beratus peratus!

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Jan depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 Nov bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

“Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.

Tiada siapa yang boleh membantah kenaikkan itu, cuma bayangkan apa yang akan dilontar dan dibakar di media sosial jika yang timbul ialah gaji perdana menteri dinaikkan.

Macam-macam la poster dan kenyataan memburukan perdana menteri, keluarga beliau dan kerajaan akan timbul… cubalah berlaku adil sekali-sekala.

Sumber: Mynewshub/Bernama/Mrjocko

Wanita Jadi 'Hamba' Di London Rupanya "WANTED" Polis Malaysia!

Wanita Jadi 'Hamba' Di London Rupanya "WANTED" Polis Malaysia!

Kakak kepada wanita warga Malaysia yang menjadi hamba domestik selama 30 tahun di London, berangkat ke England malam kelmarin untuk menemui adiknya.

Siti Aishah Abdul Wahab

Kamar Mahtum Abdul Wahab, pergi ke sana ditemani orang kampungnya, aktivis Hishamuddin Rais yang turut berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan.

Kamar merupakan kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang tanpa dapat dikesan di London sekitar 70an ketika berada di sana bagi menyambung pelajaran.

Kamar membawa bersamanya dokumen pengenalan, barangan peribadi dan gambar untuk memudahkan proses mengenal pasti Siti Aishah kelak.

Menurut suami Kamar dikenali sebagai Md Noh Md Dom, Siti Aishah yang tidak pernah ditemuinya sudah lama dicari keluarga mentua namun Aishah dikatakan menolak untuk pulang ke Malaysia seterusnya lenyap tanpa jejak selepas kecewa apabila pertunangannya gagal.

Kamar Mahtum Abdul Wahab

Ibu mentuanya turut berwasiat sebelum meninggal dunia supaya mencari Siti Aishah untuk mengetahui apa sudah berlaku padanya.

Siti Aishah merupakan salah seorang daripada tiga mangsa hamba domestik yang diselamatkan oleh polis London selepas di kurung di sebuah flat di London selama 30 tahun. Selain Siti Aishah, mangsa lain terdiri daripada wanita Irish berusia 57 tahun dan wanita tempatan, 30.

Dalam pada itu, sebuah media di London iaitu IVT News telah menyiarkan gambar yang didakwa Siti Aishah dan seorang mangsa lain dikenali sebagai Josephine yang diambil ketika mereka menghadiri inkues mahkamah pada 1997.

Siti Aishah Jadi Hamba Komunis
Siti Aishah (dikatakan belakang sekali) ketika 
menghadiri inkues mahkamah pada 1997.

Inkues itu dijalankan berhubung kes kematian seorang wanita, Sian Davies yang maut selepas jatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.

Menurut media tempatan, Siti Aishah juga pernah dibicarakan bersama enam wanita lain pada 1978 selepas ibu pejabat fahaman Maoist di Brixton diserbu polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Siti Aishah dikehendaki polis negara pada tahun 70an kerana terlibat dengan aktiviti komunis.

KPN yang mengeluarkan kenyataan ini pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di PULAPOL berkata, Siti Aishah bagaimanapun gagal dijejaki selepas dipercayai melarikan diri ke London.

Nampaknya semakin misteri kisah yang menyelubungi Siti Aishah ini. Dari satu segi, berita pembebasannya daripada menjadi hamba domestik selama 30 tahun adalah satu berita gembira.

Tapi dari segi lain, ia membuatkan timbul pertanyaan sama ada kehilangan Siti Aishah dari bumi Malaysia selama ini kerana terperangkap sebagai hamba domestik atau dia sendiri pernah memilih untuk bersama perjuangannya hingga terpaksa melupakan tanah air.

Apa pun yang telah berlaku, diharapkan keadaan akan menjadi jernih kini dan segala kesilapan lampau jika ada, dapat diperbetulkan.

Sumber: Astro Awani, Malaysian Insider, beliabangkit.blogspot.com