Thursday, November 28, 2013

Angola Nafi HARAMKAN Islam, Tapi Roboh 60 Masjid!


Laporan kontroversi yang mengatakan negara Angola telah mengharamkan Islam dan mula merobohkan masjid telah dinafikan sekerasnya oleh Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan,Kebudayaan dan Hal-Ehwal Agam Angola, Manuel Fernando, Selasa lalu.

Angola Robohkan Masjid

“Tidak ada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain,” Fernando memberitahu Agence France- Presse (AFP).

“Tidak ada keputusan rasmi yang menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat-tempat ibadat mana-mana agama sekalipun.”

Namun, menurut seorang sumber yang merupakan ahli masjid yang diarahkan tutup atas arahan pihak berkuasa wilayah Huambo, ini merupakan masjid ke-60 ini yang ditutup di Angola.

Seorang pemimpin Islam terkemuka Angola,David Ja menegaskan bahawa kerajaan telah melibatkan diri dalam ” penganiayaan politik ” dan ” tiada toleransi agama” serta menolak penafian Fernando.

“Sebuah masjid telah ditutup minggu lepas di Huambo (selatan Angola) dan minggu ini kami telah didedahkan dengan tekanan berhubungan sebuah masjid di Luanda,” katanya.

Ja dilaporkan juga memberitahu Exame Angola bahawa “masyarakat Islam berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat mereka.”

Sementara itu,mufti Mesir Shaqi Allam telah memberi kenyataan mengenai laporan penganiayaan anti-Islam oleh kerajaan Angola itu.

“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.”

Bagaimanapun, laporan penindasan terhadap umat Islam Angola itu tetap ditepis sekeras-kerasnya oleh pegawai kedutaan republik itu di Amerika Syarikat,dalam temu bual yang diadakan oleh International Business Times.

“Republik Angola adalah sebuah negara yang tidak mengamalkan campur tangan terhadap soal agama,” kata pegawai tersebut.

“Kami mempunyai banyak agama di sana,dan kami menyokong kebebasan beragama. Kami mempunyai Katolik, Protestan, Baptist , umat Islam dan Evangelis.”

Seorang lagi pegawai mengesahkan Isnin lalu bahawa kedutaan Angola tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pengharaman Islam atau plot oleh kerajaan untuk memusnahkan masjid.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat tentang itu.”

Tambahnya lagi, ”Kami membaca mengenainya seperti anda di Internet. Kami tidak mempunyai apa-apa notis bahawa apa yang anda membaca di Internet adalah benar. “

Jumaat lalu, akhbar La Nouvelle Tribune menerbitkan sebuah artikel yang memetik kenyataan beberapa pegawai Angola, termasuk Menteri Kebudayaan Rosa Cruz,yang menyatakan: “Proses amalan Islam tidak mempunyai kelulusan oleh Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, masjid mereka akan ditutup sehingga diberitahu kelak.”

Sumber: Mynewshub

2 comments

  1. sangat wajar jika pemimpin Angola menghancurkan masjid dan melarang islam dinegaranya...
    hal itu terjadi karena mempelajari sifat buas dan jahat islam dalam memperluas ajarannya..
    mengagungkan tauhid tapi dengan cara melakukan tindakan kriminal pada umat beragama lain

    ReplyDelete
  2. sangat wajar jika pemimpin Angola menghancurkan masjid dan melarang islam dinegaranya...
    hal itu terjadi karena mempelajari sifat buas dan jahat islam dalam memperluas ajarannya..
    mengagungkan tauhid tapi dengan cara melakukan tindakan kriminal pada umat beragama lain

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon