Saturday, November 02, 2013

Video 'Hantu' Hugo Chavez Muncul Di Terowong Kereta Api

Video 'Hantu' Hugo Chavez Muncul Di Terowong Kereta Api

Hugo Chavez mungkin sudah mati Mac lalu tetapi penggantinya berkata, bekas Presiden Venezuela itu masih hidup, dengan imej terbaru wajahnya didakwa dilihat di satu terowong kereta api.

Wajah dikatakan jelmaan Hugo Chavez.

Presiden Nicolas Maduro berkata, pekerja dalam terowong berkenaan melihat imej itu datang dan pergi dan beliau menunjukkan imej yang didakwanya itu di satu perhimpunan di Caracas.

“Lihat gambar ini. Satu wajah. Gambar ini dirakam oleh pekerja. Chavez berada di mana-mana,” kata Maduro yang dipilih Chavez ketika dia sakit untuk menggantikannya apabila dia mati.

Dalam kempen pilihan raya April lalu, Maduro berkata dia melihat Chavez menjelma sebagai burung.

Sejak itu, dalam beberapa ucapannya, dia sering meniru kicauan burung untuk menegur Chavez.

Pengkritik menyelarnya tetapi Maduro tidak kisah. Jun lalu, Maduro mendakwa, Chavez seolah-olah muncul di depannya di gunung di Caracas.

“Setiap kali saya melihat gunung itu, saya melihat Chavez muncul,” katanya. -AFP



 Bapa Kurung Anak Sendiri Dalam Reban Ayam

Bapa Kurung Anak Sendiri Dalam Reban Ayam

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bukan saja dimaki dan dipukul ayahnya sendiri, malah turut dikurung dalam reban ayam gara-gara tindakannya yang gemar ke rumah kakaknya dalam kejadian di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini, Ahad lalu.

Reban Ayam
Gambar hiasan.

Menurut sumber, nasib menimpa kanak-kanak malang itu hanya diketahui kakaknya berusia 20 tahun yang tinggal di Kampung Losong Megat Hussin, di sini, kira-kira jam 8 malam hari sama selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lagi adik perempuannya yang memaklumkan perbuatan ayah mereka.

Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa yang berada di rumah kakaknya dimarahi suspek berusia 50-an yang kebetulan datang ke rumah kakaknya itu.

“Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang masih kecil dimaki hamun suspek yang dikatakan tidak suka melihat anaknya berada di situ.

“Selepas puas memarahi mangsa, suspek kemudian beredar sambil membawa mangsa meninggalkan kediaman itu.

“Perasaan tidak puas hati suspek rupa-rupanya tidak berakhir di situ apabila mangsa dipukul ketika berada di rumah.

“Malah, suspek turut bertindak kejam apabila mengurung anak kecil itu di dalam reban ayam kononnya sebagai memberi pengajaran,” katanya.

Sumber berkata, ketika kejadian, seorang lagi kakak mangsa berusia 16 tahun turut berada di rumah, tetapi hanya mampu melihat tindakan tidak berperikemanusiaan ayah mereka kerana bimbang diapa-apakan jika masuk campur sebelum memaklumkan kejadian itu kepada kakaknya.

Katanya, susulan kejadian itu, kakak mangsa yang bimbang keselamatan adiknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian berkenaan.

-Kosmo

Friday, November 01, 2013

Saintis Berjaya Cipta Darah Palsu?!

Saintis Berjaya Cipta Darah Palsu?!

Sekumpulan saintis di Romania mendakwa berjaya mencipta darah tiruan untuk digunakan manusia sedikit masa lagi, tanpa sebarang kesan sampingan.

Universiti Babes-Bolyai Artificial Blood

Darah itu mengandungi air, garam dan protein yang dikenali hemerythrin yang diperoleh daripada cacing laut.

Penyelidik dari Universiti Babes-Bolyai di Cluj-Napoca berharap ia dapat membantu mengatasi kekurangan bekalan darah dan menghalang jangkitan menerusi pendermaan darah.

Dr Radu Silaghi-Dumitrescu berkata, ia juga mungkin boleh membawa kepada pembikinan ‘darah segera’ yang boleh diangkut dan diubah menjadi darah tiruan apabila dicampur dengan air.

Sehingga ini, usaha mencipta darah tiruan gagal apabila ia tidak berupaya menahan tekanan kimia dan mekanikal yang dilakukan ke atasnya.

Menurut Dumitrescu, tidak seperti hemoglobin, hemerythrin kekal stabil apabila terdedah kepada tekanan fizikal dan kimia.

Setakat ini, darah tiruan itu sudah diuji ke atas tikus yang terbukti tidak menunjukkan kesan sampingan. -Agensi

Kapten Kelantan Terima Ancaman Bunuh Melalui Facebook!

Kapten Kelantan Terima Ancaman Bunuh Melalui Facebook!

Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.

Mohd. Badhri Radzi

Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.

Laporan tersebut dibuat oleh Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.

Menurut Roslan, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.

“Sebagai penyokong dan peminat setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut.

“Laporan polis ini juga sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.

Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”

Sebelum ini, akhbar tempatan pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.

Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.

-Kosmo

Bayaran Pakej Astro Naik Lagi Bermula 24 November 2013

Bayaran Pakej Astro Naik Lagi Bermula 24 November 2013

Pakej bil Astro meningkat naik lagi mulai 24 November 2013. Menerusi laman rasmi Astro, hanya dua pakej sahaja yang akan dikenakan cas tambahan iaitu Pakej Keluarga (Family) dan pakej Sukan (Sport).

Astro

Tambahan harga bagi Pakej Keluarga adalah sebanyak RM2 sebulan manakala Pakej Sukan ditambah sebanyak RM6 sebulan.

Astro menyatakan bahawa kenaikan tersebut adalah untuk memberikan servis dan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

Cas atau kadar tambahan bil terbaru ini akan berkuatkuasa mulai 24 November 2013 bagi setiap pelanggan Astro yang melanggan pakej tersebut.

Astro
Kadar Kenaikan Bil Pakej Keluarga.

Kadar Kenaikan Bil Pakej Sukan.

Walhal, siaran astro asyik diulang-ulang dengan sarikata yang SANGAT TERUK, sepatutnya di'baiki' terlebih dahulu.

Apa pendapat anda? Adakah kita akan kembali kepada perkhidmatan RTM yang dulu?

Sumber: Berita-harian.net

Kedutaan Australia Pusat Pengintipan Di Asia

Kedutaan Australia Pusat Pengintipan Di Asia

Kedutaan Australia adalah sebahagian daripada rangkaian perisikan global diketuai Amerika Syarikat dan bergiat secara sulit memintas panggilan dan data di seluruh Asia termasuk misinya di Kuala Lumpur.

Australia

Kegiatan itu dilakukan oleh Direktorat Isyarat Pertahanan di kedutaan berkenaan tanpa pengetahuan kebanyakan diplomatnya, lapor Fairfax Media.

“Tindakan seperti itu bukan hanya melanggar keselamatan tetapi juga norma dan etika diplomatik serta bercanggah dengan semangat hubungan baik di antara negara” Marty Natalegawa, Menteri Luar Indonesia

“Fairfax Media diberitahu, maklumat dikumpul agensi itu dari kedutaan di Jakarta, Bangkok, Hanoi, Beijing dan Dili selain Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan Port Moresby serta tempat lain,” kata media itu.

Sebahagian butir-butir aktiviti berkenaan didedahkan dalam dokumen Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA) yang dibocorkan bekas perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Edward Snowden dan disiarkan akhbar Jerman, Der Spiegel.

Program perisikan itu diberi nama ‘STATEROOM’ dan dijalankan di kedutaan dan konsulat Amerika serta sekutunya, Australia, Britain dan Kanada.

Bekas pegawai perisikan Australia memberitahu Fairfax Media, operasi risikan itu dilakukan di seluruh Asia dan Pasifik.

Laporan lain mengatakan, pengintipan itu dibantu oleh satu jabatan rahsia NSA, Perkhidmatan Pengutipan Khas (SCS) yang memasang peralatan bertujuan mengintip di bangunan diplomatik 80 negara asing termasuk Kanada.

Dokumen Snowden dan Der Spiegel mendedahkan, peralatan itu berupaya memantau isyarat satelit, Wi-Fi, WiMAX, GSM dan CDMA.

China dan Indonesia yang paling awal memberi reaksi dengan menuntut Amerika memberi penjelasan mengenai laporan dari media Australia itu.

“China amat bimbang dengan laporan ini dan menuntut Amerika memberi penjelasan,” kata jurucakap Kementerian Luarnya, Hua Chunying di Beijing.

Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata Jakarta tidak menerima dan membantah sekeras-kerasnya kewujudan peralatan merisik di kedutaan Amerika di ibu negara itu.

“Perlu ditekankan, jika disahkan, tindakan seperti itu bukan hanya melanggar keselamatan tetapi juga norma dan etika diplomatik serta bercanggah dengan semangat hubungan baik antara negara,” katanya.

Wisma Putra Dapat Penjelasan Duta AS

Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Joseph Y. Yun berhubung dakwaan mengenai kegiatan pengintipan di kedutaan negara itu di sini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini berkata Yun menyatakan semua kegiatan pengawasan yang dijalankan oleh AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan keselamatan.

Ini khususnya untuk mengenal pasti kewujudan ancaman seperti keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran.

Isu itu timbul berikutan laporan akhabar mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa AS mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan AS di Kuala Lumpur.

“Duta itu menyatakan Kedutaan AS telah menerima arahan daripada Washington D.C. untuk menyemak semula skop kerjanya dalam perkara itu,” kata Anifah dalam kenyataan.

Menteri itu berkata Duta Amerika itu turut memberi jaminan bahawa privasi individu tidak akan terjejas.

“Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa relevan Malaysia berhubung perkara ini dan sekiranya terdapat bukti sahih, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Wisma Putra memberi jaminan keselamatan dan kedaulatan Malaysia adalah menjadi keutamaan kerajaan Malaysia,” kata Anifah. -agensi/bernama

BACA INI JUGA: Malaysia Cipta Pesawat Pengintip SMART-V

Pelajar Maut Selepas Guru Arah Terjun Dari Tingkat 10!

Pelajar Maut Selepas Guru Arah Terjun Dari Tingkat 10!

Seorang budak lelaki di China berusia 10 tahun maut selepas bertindak terjun dari bangunan setinggi 30 tingkat kerana gagal menulis karangan kritikan terhadap dirinya sendiri seperti yang diminta oleh gurunya, lapor media tempatan kelmari.

Chinese boy, 10, jumps to death 'on teacher's order'
Gambar hiasan.

Pelajar sekolah rendah itu telah diarahkan untuk mengarang permohonan maaf sepanjang 1,000 perkataan oleh gurunya atas kesalahan berbual dalam kelas, lapor China National Radio ( CNR ) yang memetik kata jiran kepada budak terbabit.

Guru itu didakwa mengarahkan budak tersebut melompat keluar dari bangunan selepas dia gagal untuk menyelesaikan tugas seperti yang diminta.

Dalam salah satu daripada buku teksnya turut ditemui nota, 'Cikgu, saya tidak boleh melakukannya. Saya cuba untuk mengelak beberapa kali apabila saya diarahkan untuk cuba melompat dari bangunan itu."

Kanak-kanak itu kemudiannya terjun dan menghempap sebuah kereta, berdekatan dengan tempat keluarganya tinggal, lapor West China City News.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit dan saudara-maranya telah mengadakan satu perarakan tunjuk perasaan dengan membawa sepanduk di luar pekarangan sekolah tersebut di bandar Chengdu. Sepanduk itu bertulis: 'Guru paksa anak kami terjun bangunan'.

"Siasatan polis masih dijalankan," kata seorang pegawai ibu pejabat polis Jinjiang yang enggan mengulas lanjut.

Disiplin yang ketat dikenal pasti menjadi ciri yang paling penting bagi sistem pendidikan China sementara aspek budaya dan tradisi yang menuntut penghormatan terhadap pendidik seperti guru telah meletakkan kanak-kanak dalam keadaan tertekan. -AFP

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bakal Bernikah Pada 11.12.13?

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bakal Bernikah Pada 11.12.13?

Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.

Zain dan Rozita
Zain dan Rozita akan mengadakan sidang media khas bagi 
mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada bulan hadapan.

Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

Sumber: mStar

Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!

Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!

Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Cium

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut.

Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Cium
Cium
Cium

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?

Sumber: Mynewshub

Afidavit Alvin Dan Vivian Salahkan UMNO

Afidavit Alvin Dan Vivian Salahkan UMNO

Sudahlah diri sendiri memuatnaikkan gambar di Facebook yang mengajak orang Islam berbuka puasa dengan ‘Bak Kut Teh’ atau masakan berasakan babi, alih-alih UMNO pulak yang disalahkan mendalangi pendakwaan mereka di mahkamah.

Alvin Dan Vivian

Itulah antara kandungan afidavit pasangan blogger seks bebas Alvin Tan dan Vivian Lee untuk mengenepikan tiga pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 298A, Kanun Keseksaan.

Hari ini permohonan afidavit mereka di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut kedua-duanya memetik laporan The Malaysian Insider (TMI), kekecohan berhubung gambar ‘Bak Kut Teh’ yang dimuatnaik di Facebook pada bulan Ramadhan lalu disebabkan orang Islam sensitif dan beremosi selain mendakwa ia diprovokasi oleh sesetengah pemimpin UMNO.

Sahlah, Alvin dan Vivian telah pun memasuki kelas menghasut yang dibuat oleh pembangkang kerana biarpun diri sendiri yang cuba mewujudkan sentimen kemarahan, UMNO juga disalahkan… Kan mudah nak mengenalpasti punca tuduhan seperti itu.

UMNO adalah parti yang bertanggungjawab menjaga hak orang Melayu yang beragama Islam oleh itu sudah menjadi tanggungjawab parti itu bertindak balas ke atas provokasi melampau Alvin dan Vivian yang terang-terangan mencabuli unsur sensitif dalam Islam.

Lebih-lebih lagi ia menyentuh bab makanan dan ajakan kedua-duanya itu ialah untuk memakan ‘Bak Kut Teh’ sejenis sup yang diperbuat daripada tulang babi.

“Dakwaan ini adalah andaian dan persepsi yang dicetuskan akibat kenyataan umum yang diberikan oleh beberapa ahli politik Umno berkenaan dengan perbuatan pemohon-pemohon tersebut untuk mengocak pemikiran rakyat Malaysia (terutama rakyat beragama Islam) dengan tujuan dan objektif politik mereka,” kata kedua-dua Tan dan Lee dalam afidavit mereka menurut laporan TMI.

Mereka didakwa menyebabkan gangguan terhadap keharmonian, mengganggu perpaduan dan menimbulkan kebencian agama.

Semasa prosiding pendengaran, peguam pasangan tersebut Chong Joo Tian berhujah seksyen tersebut tidak seharusnya digunakan kepada bukan Islam dan ia bukan bermaksud mengawal ketenteraman awam.

Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun berhujah tidak dapat dibuktikan Seksyen 298A hanya termaktub kepada orang-orang Islam.

Beliau turut mengatakan sebagai contoh, seksyen tersebut boleh digunakan juga terhadap orang-orang Islam yang menjemput penganut agama Hindu memakan daging lembu semasa perayaan Deepavali.

Sumber: Mynewshub