Wednesday, October 30, 2013

Lelaki Potong Kemaluan Kecewa Tiada Kekasih!

Lelaki Potong Kemaluan Kecewa Tiada Kekasih!

Kerana terlalu tertekan selepas gagal mendapat teman wanita, seorang lelaki berusia 26 tahun, mengambil jalan singkat dengan memotong kemaluannya.


Namun, selepas berbuat demikian, Yang Hu, memutuskan untuk menyambungnya semula dan telah menaiki basikal untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Malang menimpa apabila doktor memberitahu bahawa kemaluannya tidak dapat disambung kerana tertinggal di rumah!

Bagaikan pak pandir, Yang Hu kemudian menaiki basikal untuk pulang ke rumah dan mengambil cebisan kemaluannya itu.

Apabila Yang Hu kembali ke hospital, doktor memberitahu bahawa mereka tidak dapat menyambungnya semula kerana dia kehilangan banyak darah untuk tempoh yang panjang.

Betapa kecewanya Yang apabila mendapati kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Menurut rakan-rakannya, dia mengalami tekanan selepas gagal mendapat teman wanita, walaupun sudah lama bekerja di kilang membuat pakaian di Jiaxing.

Kekecewaannya bertambah buruk sehinggalah dia memutuskan untuk memotong kemaluannya pada pukul 9 malam, dua hari lalu selepas pulang dari kerja.

Dalam pada itu, rakan-rakannya mengecam doktor di hospital terbabit kerana tidak menyediakan ambulan kepada Yang.

Jika tidak, mungkin kejantanan Yang masih mampu diselamatkan.

-Sentiasapanas.com

Rompakan AmBank, Lesen Prima Security Di Batalkan!

Rompakan AmBank, Lesen Prima Security Di Batalkan!

Lesen syarikat kawalan keselamatan Prima Security, iaitu majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral 24 Oktober lepas dibatalkan mulai hari ini.

Ardi Hamza

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian kepada Agendanews dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak rayuan mereka.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di USJ Sentral, Subang Jaya.

Selepas ditembak, pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971.

Bukan bank tentukan pengawal keselamatan

Penugasan pengawal keselamatan di sesebuah bank ditentukan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu, bukan bank, kata Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali.

Menurutnya kebanyakan bank di negara ini menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan, sekali gus menyebabkan pengawal keselamatan di bank masing-masing sering bertukar.

“Ini semua di bawah syarikat itu. Buat masa ini kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai pengawal keselamatan itu. Malah kami juga menunggu polis untuk maklumat lanjut,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.

Siasatan polis pula mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sumber: SinarOnline/Bernama

Paktor, Aplikasi Mencari Jodoh Di Facebook

Paktor, Aplikasi Mencari Jodoh Di Facebook

Bagi sesetengah orang, mencari jodoh mungkin merupakan suatu perkara yang sukar.

Paktor

Dalam kebanyakan kes, kita sering tidak tahu sama ada “calon idaman” kita sudah berpunya atau pun tidak.

Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Dengan bantuan aplikasi cari jodoh yang dikenali sebagai Paktor, peluang anda mungkin akan menjadi lebih cerah!

Setelah mendapat kejayaan besar, aplikasi yang direka oleh seorang usahawan dari Singapura itu, Paktor akan dilancarkan di serata Asia termasuk Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Vietnam dan Filipina. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma.

Paktor

Paktor berfungsi melalui sistem unik, “double-blind matching system” yang hanya akan memberi notifikasi kepada pengguna apabila pengguna lain memilih untuk “Like” profil anda.

Sistem padanan pada aplikasi ini turut mengambil kira lokasi pengguna tersebut dan membuat padanan pada rangkaian pengguna lain di kawasan yang terdekat dengan anda.

Paktor memerlukan profil Facebook pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 rakan (untuk memastikan akaun anda sah).

Walau bagaimanapun, aplikasi ini tidak akan menggunakan sebarang maklumat dari akaun Facebook pengguna untuk tujuan privasi yang dilindungi.

Selamat berjaya!

Sumber: Mynewshub

Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Info Pelik. Statistik kematian akibat kemalangan-kemalangan yang pelik jarang kita perolehi, tapi sebenarnya wujud. Kali ini kta akan mengikuti beberapa jenis punca kematian yang agak luarbiasa.

6,000 kematian Ketika menghantar SMS Semasa Memandu

Texting during driving

Satu kajian yang dijalankan oleh Virginia Tech Transportation Institute (VTTI) telah mendapati bahawa risiko kemalangan berlaku akibat pemandunya memandu sambil menghantar sms ringkas ialah 23 kali lebih berbanding mereka yang tidak melakukannya. Di Amerika Syarikat sahaja, 6,000 kematian berlaku setiap tahun akibat pemandu menghantar sms semasa memandu!

Isikel membunuh 100 orang setiap tahun di Rusia

Isikel

Setiap tahun, ramai sekali yang akan terbunuh akibat isikel-isikel tajam yang terjatuh dari bahagian bumbung bangunan yang bersalji dan menimpa para mangsa yang sedang berada di kawasan pejalan kaki di bahagian bawah.

450 orang terbunuh jatuh katil setiap tahun

Jatuh katil

Menurut Pusat untuk Kawalan Penyakit, jatuh daripada katil telah menyumbang kepada 1.8 juta kunjungan kecemasan di hospital dan lebih 400,000 kemasukan ke hospital-hospital setiap tahun. Antara yang paling berisiko berhadapan masalah iai ialah yang berusia sangat muda dan juga yang sangat tua yang mana dengan pengurangan kestabilan akan mengakibatkan golongan berusia lebih 65 tahun paling berisiko sakit teruk bila jatuh. Dan di Amerika Syarikat sahaja, 450 orang dilaporkan terbunuh akibat terjatuh daripada katil!

Badak air membunuh 2,900 orang setiap tahun di Afrika

Badak air

Ramai pakar berpendapat bahawa badak air boleh dikategorikan sebagai haiwan yang paling berbahaya yang terdapat di Afrika. Ini kerana, dengan berat badannya yang boleh mencecah sehingga 8,000 paun selain mampu bergerak pada kelajuan 18 batu sejam, ia telah diketahui boleh mengancam bot-bot pelancong tanpa sebab tertentu dan menggigit para penumpang dalam bot menggunakan gigi mereka yang besar dan tajam. Malahan, badak air juga adalah haiwan yang agresif, tidak boleh dijangka dan tidak mempunyai rasa takut kepada manusia.

Obor-obor membunuh 20-40 orang di Filipina setiap tahun

Obor-obor

Walaupun diketahui kebanyakan obor-obor bukanlah dari jenis yang berbahaya namun terdapat jenis obor-obor yang boleh mendatangkan kemudaratan dan seterusnya membawa kepada kematian.

Semut membunuh kira-kira 300 orang setiap tahun

Siafu ant

Sebenarnya terdapat lebih 280 spesis semut yang mampu membunuh dan antara yang paling bahaya ialah jenis semut api dan juga semut Siafu dari Afrika. Oleh kerana spesis ini biasanya hidup dalam koloni yang boleh terdiri sehingga 20 juta, jadi setiap kali serangan berlaku, semut-semut ini akan dengan mudahnya menguasai mangsanya. Kebanyakan laporan kematian akibat semut ialah apabila manusia tertidur berhampiran dengan bukit semut dan akhirnya tewas akibat gigitan dan bisa yang berterusan dari semut-semut ini.

Anjing membunuh 34 orang setiap tahun di Amerika Syarikat

Anjing garang

Secara puratanya terdapat kira-kira 4.7 juta mangsa gigitan anjing setiap tahun di Amerika Syarikat dan lebih 1,000 daripadanya terpaksa mendapatkan rawatan di bahagian kecederaan kerana gigitan tersebut setiap hari. Kebanyakan mangsa ialah kanak-kanak yang digigit di muka.

Roller Coaster membunuh 4 orang setiap tahun

Roller coaster

Kalau dikira, purata risiko kecederaan menaiki roller coaster adalah sangat rendah. Di Amerika Syarikat sahaja, orang ramai akan menaiki roller coaster sebanyak 900 juta kali dan dari jumlah itu, setiap 1 daripada 124,000 akan mengakibatkan kecederaan. Namun kajian antara tahun 1994-2004 menunjukkan yang terdapat kira-kira 40 kematian berlaku akibat menaiki roller coaster dan pada masa kini jumlah itu dipuratakan pada lebih kurang 4 orang setiap tahun di Amerika Syarikat.

Mesin vending membunuh kira-kira 13 orang setiap tahun

Vending machine

Dianggarkan setiap tahun hampir 10 orang hingga 13 orang akan menemui kematian akibat dihempap mesin vending yang terjatuh ke atas mereka.

-Sentiasapanas.com

Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu!

Suspek Kes Tembak Pegawai Ambank Beli IC Palsu!

Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Ardi Hamza

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.

Ardi Hamza

“Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.

“Identiti sebenar suspek juga kita sedang siasat. Jika kad pengenalan palsu itu menggunakan nama Ardi Hamza, mungkin nama sebenarnya lain,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut di mana suspek membeli kad pengenalan palsu itu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu semalam.

Sementara itu, carian Mingguan Malaysia di laman myeg.com.my mendapati pengguna kad pengenalan bernombor 770818-12-6721 menggunakan nama Ardi Hamza mempunyai tiga rekod kesalahan jalan raya sejak Mei 2005 sehingga Jun tahun lalu.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, menggunakan lesen memandu yang tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Semua kesalahan itu dikesan dilakukan di Petaling Jaya, Klang dan Subang Jaya menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran BKE 5506.

Sumber: Utusan


Almy Nadia Terpaksa Jual Karipap Tiada Tawaran Berlakon

Almy Nadia Terpaksa Jual Karipap Tiada Tawaran Berlakon

Pelakon Almy Nadia terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu.

Almy Nadia

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang.

“Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.

“Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Almy, hasil penjualan karipap tersebut dapat membantu meringankan beban untuk dia dan ibunya menampung kehidupan di kampung.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.

“Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Almy berkata, kemunculan ramai artis wanita baharu turut menjadi penyebab dia tidak lagi dipilih untuk membintangi drama atau filem daripada pihak produksi.

Tambah Almy, sikapnya yang tidak pandai untuk melobi kepada penerbit dan pengarah juga turut menyebabkan masalah itu menjadi lebih teruk.

“Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.

“Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini,” katanya merendah diri.

Bagaimanapun kata Almy, dia tidak pernah meminta simpati sebaliknya berharap pihak produksi memandang kepada bakat lakonannya untuk diambil berlakon dalam drama terbitan mereka.

Kepada mana-mana produksi yang bersimpati terhadap Almy bolehlah memanggilnya berlakon.

Sumber: mStar Online

Calon Mr. Singapore 2013 Mengaku Hilang Sebelah Buah Zakar!

Calon Mr. Singapore 2013 Mengaku Hilang Sebelah Buah Zakar!

Calon Mr. Singapore 2013 mengejutkan ramai pihak apabila mengakui sebelah buah zakarnya tidak lagi ‘berfungsi’ kerana pecah akibat menjalani latihan taekwondo di Pulau Pinang ketika zaman remajanya.

Wilson Lim

Wilson Lim memberitahu, pegawai perubatan yang merawatnya memaklumkan yang dia mungkin tidak berpeluang untuk memperoleh cahayamata sekiranya berkahwin disebabkan kecederaan tersebut.

”Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki, termasuk kecederaan yang menyebabkan saya tidak mungkin mempunyai zuriat sendiri,” katanya pada akhbar The New Paper Singapura.

Lim seorang jurutera syarikat minyak menambah, dia cukup sedih dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

”Tetapi saya selalu ingatkan diri saya yang masih ramai anak-anak terbiar di luar sana, mungkin suatu hari nanti salah seorang daripadanya akan saya ambil untuk tinggal bersama-sama,” katanya.

-Sumber: Mynewshub

Tuesday, October 29, 2013

Video Kebodohan Panglima Kapal Perang AS!

Video Kebodohan Panglima Kapal Perang AS!

Melihat kelengkapan dan senjata lengkap tentera Amerika Syarikat (AS) sudah cukup untuk membuatkan musuh berasa gerun.

AS Navy Ship

Atas dasar itulah ada di kalangan mereka yang berasa bangga dan angkuh dengan kehebatan yang mereka miliki.

Video perbualan pegawai kapal perang AS dengan individu yang disangka berada di kapal lain nyata menggambarkan kesombongan mereka.

Kononnya, tidak ada kapal lain yang boleh menyekat perjalanan kapal perang yang ‘maha hebat’ ini.

Saksikanlah sendiri..



Hasilnya, memang memalukan kerana apa yang disangka kapal lain itu rupanya hanya sebuah rumah api.

Sumber: Mynewshub

Lagu Britney Spears Digunakan Untuk Menghalau Lanun Somalia!

Lagu Britney Spears Digunakan Untuk Menghalau Lanun Somalia!

Lagu-lagu hits Britney Spears seperti Oops! I Did It Again dan Baby One More Time telah dijadikan sebagai senjata rahsia dalam usaha mengusir lanun-lanun Somalia di kawasan teluk Afrika Selatan.

Britney Spears

Menurut Pegawai Tentera Laut, Rachel Owens, “mereka (lanun) tidak suka dengan muzik orang Barat, jadi kami rasa lagu Britney sesuai untuk tujuan itu (mengusir mereka)”.

“Sebaik sahaja mereka terdengar lagu Britney, mereka sendiri telah beredar dan pergi secepat yang boleh,” katanya.

Kapal di rantau ini berada dalam bahaya yang berterusan kerana lanun di Somalia sering menculik anak kapal dan menuntut wang tebusan dalam nilai jutaan ringgit.

Sebanyak 176 serangan ke atas kapal oleh kumpulan penyamun dari Afrika telah dilaporkan pada 2011.

Disebabkan ancaman daripada mereka, pihak Tentera Laut Diraja British telah meletakkan sebanyak 1500 anak kapal di dalam 14 kapal perang yang sentiasa beroperasi menjaga kawasan perairan di situ.

Sumber: Mynewshub

21 Kesilapan Filem KL Gangster 2, Filem Melayu Tiada Kualiti?

21 Kesilapan Filem KL Gangster 2, Filem Melayu Tiada Kualiti?

Tiada pengarah filem yang tidak mahukan keuntungan apatah lagi sanggup berdepan dengan risiko kerugian. Tetapi janganlah sampai mengejar keuntungan semata sehingga mengenepikan kualiti filem Malaysia yang dihasilkan. Dan inilah yang kita mahu tunjukkan kali ini.

KL Gangster 2

Dengan kos pembikinan sebanyak RM4.5 juta, filem ini sepatutnya sebuah karya yang hebat walaupun tidak setanding filem-filem Hollywood, namun sekurang-kurangnya mampu terjual diperingkat Asia Tenggara.

Namun, agak mengecewakan, kelemahan ketara tetap wujud dalam filem ini. Adakah ini satu lagi filem Melayu yang rendah kualitinya?

Jom baca kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam filem Filem KL Gangster 2, yang tidak sepatutnya berlaku.

1. Masa Malek jalan jalan di KL, ada mamat pegang kayu dan kawan dia sedang membelasah orang. Mamat pegang kayu ada di sebelah kanan orang yang dibelasah. Tukar syot, tiba-tiba mamat pegang kayu tu ada di sebelah kiri rakannya yang berbaju kemeja kotak.

KL Gangster 2

2. Jai dengan gahnya datang ke meja sambil nak zip jaket. Tukar syot, belum sempat zip jaket, dia pegang leher jaket membetulkan kolar.

KL Gangster 2

3. Member Jai yang pakai baju putih hilang tiba-tiba dari belakang Jai dan tiba-tiba ditemui sedang membelasah seseorang selepas tukar syot. Pantasnya dia gerak, tak sampai 1 sec! Haha…

KL Gangster 2

4. KANTOI: Masa Shark datang, lantainya batu. Tapi, yang peliknya, masa mak Shark berjalan pergi, pelakon extra bergetar, macam earthquake tengah berlaku (lihat pelakon india). Menandakan yang pelantar mungkin digunakan dalam scene ni nak bagi tinggi beberapa pelakon yang pendek. Haha..

KL Gangster 2

5. Adik Malik jatuh tepi peti sejuk tarik kain senget ketepi. Tukar syot, kain tu jadi kemas balik atas peti sejuk secara tiba tiba. Bila mamat tu cakap ‘mau bayar tak mau bayar?!’ kain tu senget balik. Dan syot seterusnya kemas balik. Begitulah sampai Malik muncul di pintu.

KL Gangster 2

6. Masa berjalan kot Tailong di butang. Masuk dalam disko, tiba tiba dah terbuka.

KL Gangster 2

7. Tailong sepak, pecahkan jag dan punggung jag masih melekat atas meja di tempat yang sama. Nampak seperti jag itu digam di meja untuk kesan pecah yang powerful!

KL Gangster 2

8. Muka Jai sekejap pandang lurus dan sekejap pusing pandang Tailong between syot.

KL Gangster 2

9. Masa Malek masuk pintu tempat Tailong, pintu tu dah nak tertutup sendiri. Tukar syot, pintu terbuka luas semula seperti sebelum dia masuk.

KL Gangster 2

10. Mamat kat belakang tu letak rokok kat mulut. Dan tangan dia menghala ke kotak rokok yang dipegang di tangan kanan. Tukar syot, kotak rokok di tangan kanan hilang. Dan dia ambil semula rokok di mulut menggunakan tangan kanan.

KL Gangster 2

11. Dan, selepas dia buang rokok dari mulut, tiba tiba saja rokok tadi ada di mulutnya semula dan dia sedang membakar rokok tersebut dengan enaknya. Haish…

KL Gangster 2

12. Rambut Shark ada atas kolar secara tiba-tiba lepas tukar syot.

KL Gangster 2

13. Rambut ibu Shark juga sedikit ke tengah dada selepas dia call Tailong.

KL Gangster 2

14. Masa helicopter nak mendarat, dua orang yang berada di tepi Jai hilang entah ke mana dalam syot seterusnya. Mereka kelihatan sedang buka pintu heli untuk Tailong. Tapi, bila masa pula mereka jalan pergi ke sana?

KL Gangster 2

15. Lengan Ajib tiba tiba saja terkeluar dari kereta selepas tukar syot.

KL Gangster 2

16. Dada sebelah kanan Tailong terselak tiba-tiba selepas tukar syot. Bila Tailong bangun dari baring, barulah baju tu tutup semula dada sebelah kanan. Malah kedudukan Tailong yang awalnya berada di atas buah dada Zati, berubah kedudukan berada di atas perut.

KL Gangster 2

17. Malah, baju Zati yang diselak berada atas dadanya semula sebelum Tailong selesai rogol.

KL Gangster 2

18. Tailong baring di tempat berbeza di antara syot. Lihat kedudukan bunga di atas karpet. Berbeza between syot.

KL Gangster 2

19. KANTOI: Krew atau siapa saja yang sedang menonton pembikinan adegan ini kelihatan di badan kereta yang dipandu Malek. Nak lihat? Slow-mo lah!

KL Gangster 2

20. Bayang motor Jai berubah-ubah between syot. Kemungkinan syot ini dirakam dalam masa yang agak panjang.

KL Gangster 2

21. KANTOI: Penonton akan nampak lengan dummy yang digunakan sebagai pengganti manusia dalam adegan kereta terbalik itu menari-nari, bergoncang goncang dalam kereta. Kalau terkeluar terus, malu! Haha

KL Gangster 2

BACA INI JUGA: Filem Hollywood Yang Di Kritik Teruk Tapi Berjaya Dengan Cemerlang

sumber: goofspotonfilm