Wednesday, October 30, 2013

Rompakan AmBank, Lesen Prima Security Di Batalkan!


Lesen syarikat kawalan keselamatan Prima Security, iaitu majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral 24 Oktober lepas dibatalkan mulai hari ini.

Ardi Hamza

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian kepada Agendanews dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak rayuan mereka.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di USJ Sentral, Subang Jaya.

Selepas ditembak, pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971.

Bukan bank tentukan pengawal keselamatan

Penugasan pengawal keselamatan di sesebuah bank ditentukan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu, bukan bank, kata Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali.

Menurutnya kebanyakan bank di negara ini menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan, sekali gus menyebabkan pengawal keselamatan di bank masing-masing sering bertukar.

“Ini semua di bawah syarikat itu. Buat masa ini kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai pengawal keselamatan itu. Malah kami juga menunggu polis untuk maklumat lanjut,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.

Siasatan polis pula mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sumber: SinarOnline/Bernama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon