Friday, September 27, 2013

Gambar Ngeri Mayat Puteri Diana Sewaktu Kemalangan Kembali Tersebar!

Gambar Ngeri Mayat Puteri Diana Sewaktu Kemalangan Kembali Tersebar!

Kelmarin di sebuah laman blog, dipaparkan gambar mayat mendiang bekas isteri Putera Charles, Puteri Diana yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997.


Gambar berkenaan turut disiarkan di laman web topnews.in sebuah laman portal berkaitan perundangan yang banyak membincangkan tentang kejadian kemalangan itu yang masih dibualkan sehingga hari ini.

Gambar itu menunjukkan mayat seorang wanita berambut perang dalam keeadaan ngeri di dalam beg mayat berwarna hitam. Disisinya terdapat beberapa orang anggota polis sedang memeriksa sesuatu dipercayai lokasi kemalangan itu.

Kemalangan itu berlaku di sebuah laluan bawah tanah di Pont de I’Alma di Paris, Perancis.

Turut maut dalam kemalangan itu Dodi Al-Fayed anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed yang juga teman lelakinya pada waktu itu, pengawal peribadi Kes Wingfield dan pemandu kereta Henri Paul.

Ketika itu Puteri Diana menaiki kereta jenis Mercedez Benz S280. Kemalangan berkenaan didalangi oleh konco-konco Putera Charles dek kerana hajat pasangan itu untuk bertunang seterusnya berkahwin.

Gambar mayat Diana itu adalah kemungkinan yang pertama kali disebarkan selepas tragedi kemalangan berkenaan.

Ekoran kemalangan Puteri Diana yang sepatutnya melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 1998 tidak sempat berbuat demikian.

Lawatan itu adalah undangan daripada ikon sosial dan kebajikan Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon yang banyak mengetuai banyak pertubuhan kebajikan di negeri bumi kenyalang itu.

Kami turut memaparkan beberapa gambar Puteri Diana bersama Dodi beberapa jam sebelum kemalangan itu.


Sumber: Mynewshub

Kisah Sebenar Pelajar '13' Tahun Dirogol Lapan Lelaki!

Kisah Sebenar Pelajar '13' Tahun Dirogol Lapan Lelaki!

Ahli keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan.

Rogol

Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.

“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam.

(Baca: Gadis 13 Tahun Sanggup Tipu Keluarga Untuk Ditiduri 8 Lelaki!)

Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.

Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.

“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.

“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” katanya.

Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.

Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.

Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.

Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.

Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.

Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.

“Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.

“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak,” katanya.

Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin.

Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital.

“Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan.

“Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin,” kata seorang ibu saudara mangsa.

Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang.

Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan.

Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.

Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam.

Sumber: Sinar Online

Thursday, September 26, 2013

Lepaskan Kuasa, Elak UMNO Dipenuhi “Orang Bodoh”

Lepaskan Kuasa, Elak UMNO Dipenuhi “Orang Bodoh”

Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.


Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.

"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas.

"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya.

Dr Mahathir menegaskan sekiranya seseorang pemimpin tersebut memberikan laluan bukan bermakna beliau lemah sebaliknya orang ramai akan lebih menghargainya.

"Setiap orang perlu menghormati masa mereka, tiba masanya untuk memberi laluan kepada orang lain.

"Sekiranya kamu bersara lebih awal, orang ramai akan lebih menghargai kamu," katanya lagi.

Menyentuh mengenai penamaan calon pemilihan Umno baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan ia suatu petanda sihat berlaku dalam parti tersebut.

"Saya jangka ramai yang akan bertanding tapi ramai juga yang menarik diri.

"Tapi saya lihat ini sebagai satu petanda sihat, jika tidak ia pasti buruk untuk parti kerana orang akan mempersoalkan transformasi yang diperkatakan," ujarnya lagi.

Dr Mahathir juga menegaskan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tiada pertandingan adalah suatu yang baik bagi mengelakkan perpecahan berlaku.

Dalam pemilihan parti kali ini, Dr Mahathir juga mengesyorkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang mempunyai bakat dan potensi, bukannya kerana pengaruhnya.

"Saya harap pada pemilihan kali ini, perwakilan memilih pemimpin yang mempunyai potensi dan berbakat, bukan kerana pengaruhnya," tegas beliau lagi.

Bekas presiden Umno itu sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai “sudah tua dan bakal mati”.

Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasinya memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.

Katanya, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

Ketika penggal kepimpinannya dari 1981 sehingga 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara "Harimau Ekonomi Asia".

Dr Mahathir tiada pengaruh lagi untuk bantu Mukhriz


Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz).

"Saya tidak lihat bapanya (Dr Mahathir) mempunyai pengaruh lagi, kita boleh lihat semasa cubaannya untuk kembali ke arena politik gagal selepas tewas dalam pemilihan bahagian di Kubang Pasu," kata Tengku Razaleigh semasa ditemui wartawan di sidang meja bulat ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau turut mengulangi pendirian mendesak pemimpin kerajaan supaya mengisytiharkan aset mereka kepada umum sebagai langkah memastikan ketelusan dalam pentadbiran.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia memberi impak kepada semua kumpulan khususnya rakyat Malaysia keseluruhan.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," katanya.

"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu. Rasuah adalah perkara utama yang kita hadapi," katanya.

Sumber: Yahoo Malaysia

Gadis Malaysia Juara "World Muslim Woman Netizen 2013"

Gadis Malaysia Juara "World Muslim Woman Netizen 2013"

Raut wajahnya menawan, senyumannya manis dan ditambah dengan gayanya persis seorang model profesional berjaya meletakkan Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran "World Muslim Woman Netizen 2013" dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia baru-baru ini.

Juara Ratu Cantik Muslimah Dunia.

Ini adalah penyertaan pertama peserta Malaysia dalam pertandingan anjuran bekas hos utama stesen televisyen Indonesia, Eka Shanti yang dipecat kerana keengganannya menanggalkan tudung apabila diarah berbuat demikian ketika bertugas.

Pertandingan tahun ini disifatkan sebagai sebahagian daripada protes terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang sepatutnya diadakan di Jakarta namun terpaksa ditukar lokasinya di Bali akibat ditentang keras oleh puak konservatif Islam.

Jadi bagaimana acara tersebut berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain?

Pada malam peringkat akhir, pembukaan acara itu dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum peserta mula berjalan ke atas pentas dengan memakai gaun malam yang mencerminkan imej muslimah dengan pelbagai gaya hijab.

“Sesetengah peserta berjalan dengan keyakinan tinggi namun ada juga peserta yang dilihat kekok berjalan memakai kasut tinggi dan mengenakan gaun labuh,” lapor Jakarta Post.

Uniknya juara bagi pertandingan tersebut dipilih oleh tetamu kehormat iaitu juri terdiri daripada 100 kanak-kanak anak yatim.

Menceritakan pengalamannya, Nurul berkata, pertandingan itu menekankan betapa Islam itu indah dan semua aktiviti seperti bacaan al-Quran dijalankan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, gadis berusia 21 tahun ini turut berpandangan acara yang baik sebegini boleh diadakan di negara ini.

"Saya rasa sekiranya kerajaan mengadakan acara demikian pasti menerima sambutan mengalakkan kerana ia banyak mengajar mengenai ilmu Islam tanpa meminggirkan gaya fesyen berhijab.

"Ia tidak salah kerana boleh memberi peluang kepada muslimah di luar sana menimba pengalaman baru tambahan pula kerajaan boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan pelancongan negara," kata gadis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu.

Nurul yang berjaya melayakkan diri sebagai 10 finalis berkata, dia mengetahui mengenai penganjuran acara itu melalui rakannnya.

"Menyertai pertandingan ini benar-benar membantu saya mendalami agama kerana semua aktiviti mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang muslimah dalam mendepani cabaran zaman serba moden," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kira-kira 20 wanita dari enam negara termasuk Indonesia, Brunei dan Iran menyertai perandingan itu bagi merebut gelaran juara dengan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang Islam diuji.

Ia diadakan pada 18 September lalu di Jakarta dengan peserta Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola, 21, dinobatkan sebagai juara.

Nurul berkata, kemenangan meraih gelaran World Muslim Woman Netizen 2013 adalah pengalaman berharga buat dirinya.

“Terkejut dan bersyukur, ini rezeki dari Allah sebagai wakil negara saya berjaya mengharumkan negara Malaysia ,ia pengalaman paling berharga buat saya," kata pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM ), Negeri Sembilan itu.

[Sumber]

Panas! Pembantu Pengetua Suruh Pelajar 'Balik China, India'!

Panas! Pembantu Pengetua Suruh Pelajar 'Balik China, India'!

Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar "balik ke India (atau) China".

Panas!
Gambar hiasan.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September.

Beliau didakwa meminta pelajar tersebut "balik" jika tidak menyukai Malaysia.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa sekolah itu telahpun menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan, yang timbul apabila pelajar terbabit memuatkan perkara itu di laman Facebook mereka.

Pengetua Abdul Ghafar Kunchi Mohd (kanan) memberitahu Sin Chew bahawa kalangan pelajar terbabit - ada di antaranya tidak memahami bahasa Melayu dengan baik - sebelum ini dinasihati dan diberi amaran, malah dirotan kerana tidak menyanyi dan menghormati 'Negaraku' tetapi tidak berkesan.

Ghafar berkata ia mungkin menyebabkan pembantu pengetua terbabit hilang sabar dan mengucapkan kata-kata tersebut.

Katanya, beliau akan meminta guru wanita tersebut menjelaskan perkara tersebut sebaik pulang dari satu kursus esok.

Tambahnya, kata-kata itu tidak patut diucapkan dan beliau akan meminta guru tersebut meminta maaf kepada pelajar tersebut semasa perhimpunan.

Laporan berkenaan turut memetik kenyataan timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan yang berkata kementerian akan menyiasat kes tersebut.

BACA INI JUGA: 'Wahai Anak Seni Melayu, Cukuplah P. Ramlee Seorang Ditipu Cina'

Wednesday, September 25, 2013

Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam

Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE: KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Coca-cola

Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas.

Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.

Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20.

Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.

Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke.

Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa.

Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke.

Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Resipi Merchandise 7X Flovaring

Secret Recipe

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri.

Misteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan oleh Atlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979.

Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”.

Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut.

Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk “Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:
Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta Coke, John Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam buku nota Pemberton sendiri, di arkib Coca-Cola.

Coca-Cola Haram

Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya.

Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya.

Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.

Dr. Mangoshada
Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia.

Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi.

Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob.

Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah.

Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematian segera.

Hina Islam

Hina Islam
Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam.

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya.

Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah...

Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ”TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik...

Justeru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah...

Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia.

Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM.

Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan.

Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

10 Kegunaan Luarbiasa Coca-Cola

Berdasarkan kepada kajian santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :
  1. Sektor Makanan (Untuk merebus)
    Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas)
    Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?
  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome)
    Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.
  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta)
    Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat)
    Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian)
    Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit)
    Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak)
    Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman)
    Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.
  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur)
    Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang.

Kesimpulan

Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini.

Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka.

Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam.

Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOT atau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.

Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesama ISLAM.

Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Arra’d - Ayat 11)

BACA INI JUGA: PEPSI - Pay Every Penny to Save Israel

sumber: apanamadotcom

Pelarasan Kenaikan Gaji Baru 2014 Kakitangan Awam Disember Ini?!

Pelarasan Kenaikan Gaji Baru 2014 Kakitangan Awam Disember Ini?!

Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati dan menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI).

Gaji kakitangan awam Malaysia Naik lagi

Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana Pelarasan Gaji Baru akan dinaikkan sekali lagi Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berdasarkan maklumat yang diterima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini, memaklumkan akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang.

Pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014.

Sama-sama kita nantikan.

[Sumber]

Video Isteri Mat Yo Menyalak Macam Anjing!?

Video Isteri Mat Yo Menyalak Macam Anjing!?

Mengejutkan apabila dikhabarkan wanita yang mulut lancang dalam video dibawah ini dipercayai isteri kepada pemain bola sepak terkemuka, Mat Yo.

Isteri Mat Yo

Cakap-cakap di Facebook katanya benar wanita tersebut adalah isteri kepada Mat Yo kerana Mat Yo dilihat kaku, tidak menegur wanita tersebut walaupun mulutnya ‘laser’.

Sayang bini ke takut bini bang?

Video tersebut yang kini tersebar luas di laman sosial Facebook, mendapat kecaman luar biasa daripada pelayar laman tersebut.

Jelas, wanita tersebut bersifat seperti kebudak-budakan, tidak tahu mengawal perasaan serta tidak tahu apa itu konsep komunikasi yang matang.

Walaupun kita tahu kelulusan pelajaran pengawal keselamatan kebanyakannya tidak setinggi mana, tetapi itu bukanlah punca untuk kita menghina, memaki hamun mereka sesuka hati.



Pengawal keselamatan tersebut hanya melakukan tugas beliau. Salah ke kalau dia menegur?

Kepada wanita bermulut lancang tersebut, ingatlah, kita di dunia ini kena jaga adab bukan sahaja dengan Allah, tetapi juga sesama manusia.

Tak kesahlah isteri Mat Yo ke, Mat Pit ke, Mat Bon ke, yang penting kita saling hormat menghormati sesama manusia.

Isteri Mat Yo Mengamuk Di FB


Nampaknya, video ‘panas’ yang memaparkan dirinya menghamburkan kata-kata kurang enak pada seorang pengawal keselamatan dan menjadi viral di laman sosial sehingga kisah-kisah lama isteri Mat Yo juga mula muncul.

Sebagai mengulas isu ini, isteri Mat Yo pernah menulis:

Masyallah, pagi2 je dengar anjing menyalak di FB.. Anjing ni berjanggut sedikit sedikit di dagu.. Wahai anjing kami xperlu nk menyahut salakan anda.. Bahawasanya Allah itu Maha Adil dan doa org teraniaya Insyallah sentiasa dimakbulkan.. Kami punya cukup bukti membawa anda ke muka pengadilan, jangan anggap kami sama anjing macam anda.. Peguam kami akan membuat siasatan, sila mudahkan kerja kami lagi dengan memberi statement palsu anda. Bukti kukuh di tangan kami. Kami tak kan membuka keaiban anda sehingga pintu keaiban anda terbuka sendiri.. We will meet u soon anjing..

Ada orang kata status ini pernah ditujukan kepada kepimpinan tertinggi persatuan bola sepak Kelantan ketika Mat Yo mahu berhijrah ke pasukan Johor.

Kalau kepimpinan bola sepak Kelantan yang diterajui seorang yang begitu dihormati pun dapat layanan camni…apatah lagi nasib pak guard.

Aduh. Sebenarnya jika dilihat pada video yang tersebar sebelum ini pun, kebanyakan pihak tidak mempertikaikan sama isteri Mat Yo atau pengawal keselamatan berkenaan yang salah. Tetapi yang membuatkan orang tercengang, adalah bahasa yang digunakan.

Rasanya, isu serupa berulang dalam kenyataan dibuat oleh isteri Mat Yo di Facebook ini juga. Tidak kiralah siapa yang salah hingga tercetusnya perbalahan tempoh hari, tapi sebagai orang Melayu biarlah adab dan budi bahasa dijunjung.

Kalau dah orang lain diberi gelaran anjing, macam mana mahu cerita tentang siapa buka aib siapa.

Isteri Mat Yo Tendang Pengawal Keselamatan?


Jika isteri Mat Yo mengeluarkan komen tentang kejadian di laman Facebook dengan mendakwa dirinya pihak teraniaya, seseorang yang mengaku sebagai isteri kepada saksi dari awal hingga akhir kejadian turut tampil memberikan komen.

Mengulas kepada kejadian yang dipercayai berlaku sebulan lalu dan diceritakan oleh suaminya, wanita ini menyatakan punca insiden adalah isteri Mat Yo meletakkan kereta di tempat yang salah di Lapangan Terbang Skypark, Subang.

Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.

Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.

Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.

Apa pun, semoga segalanya berakhir secara baik dan jernih. Biasalah apabila tengah marah kadangkala kita kehilangan sabar dan tidak maksudkan apa yang dicakap atau dilakukan.

Apatah lagi, punca kejadian terlalu remeh dan boleh dibawa berbincang.

Sumber: Mynewshub

Kantoi! Barrack Obama Takut Bini!

Kantoi! Barrack Obama Takut Bini!

Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkata, beliau berhenti merokok kerana takut kepada isterinya.

Barrack Obama Smoking

Pengakuan itu dibuat setelah perbualan beliau dengan seorang lelaki tertangkap secara tidak sengaja pada mikrofon di Perhimpunan Agung Tahunan PBB.

Pemimpin AS itu mengambil bahagian dalam satu Perhimpunan Agung PBB yang diadakan setiap tahun bagi membincangkan kepentingan masyarakat umum.

Dalam satu rakaman oleh CNN, Obama berdiri di sebelah seorang lelaki dan bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sudah berhenti merokok atau sebaliknya.

Namun setelah soalan sama diajukan oleh lelaki berkenaan kepada beliau, secara spontan beliau menjawab sambil tersenyum, “saya sudah enam tahun tidak merokok kerana takut kepada isteri saya”.

Perbualan itu pula secara tidak sengaja tertangkap pada mikrofon yang ada berhampiran tempat beliau dan lelaki itu berdiri.

Obama digambarkan sebagai seorang perokok semasa di zaman remajanya dalam satu memoir zaman remajanya berjudul “Dreams From My Father”.

Namun tabiat merokok dan usaha beliau berhenti merokok menjadi salah satu topik hangat dalam media di AS ketika beliau memulakan kempen pilihan raya untuk White House pada tahun 2008.

Pada tahun pertamanya di White House, beliau mengakui telah berjaya mengurangkan tabiat merokok sebanyak 95 peratus, namun beliau mengakui adakalanya ‘terbabas’ juga dalam usahanya untuk menghentikan tabiat buruk itu.

Sumber: Mynewshub

Terpaksa Potong Kemaluan Selepas Telan Viagra Berlebihan!

Terpaksa Potong Kemaluan Selepas Telan Viagra Berlebihan!

Seorang lelaki dari selatan Colombia terpaksa membenarkan kemaluannya dipotong selepas dia didakwa menelan dos Viagra secara berlebihan bagi mengambil hati teman wanitanya.

Viagra
Gambar hiasan.

Lelaki berusia 66 tahun dari Gigante itu memberitahu akhbar tempatan, dia dengan sengaja menelan ubat itu secara berlebihan.

Dia kemudian dikatakan mengalami ereksi selama beberapa hari sebelum dipaksa mendapatkan nasihat doktor.

Menurut laman berita Colombia Reports, ubat perangsang seksual itu menyebabkan lelaki yang didakwa peladang dan juga ahli politik itu mendapat tanda-tanda gangren.

Apabila dia mendapatkan bantuan perubatan, doktor di Gigante merujuknya ke pusat perubatan di Neiva dan petugas perubatan di sana menyatakan saraf di kemaluannya mengalami regangan.

Dia diberitahu satu-satunya pilihan yang ada ialah kemaluannya perlu dipotong agar regangan saraf itu tidak merebak ke bahagian lain tubuhnya.

Seorang doktor memberitahu akhbar La Nacion: “Buah zakar dan kemaluan pesakit lebam dan dia kini masih dirawat.”

Ekoran kejadian itu, hospital di Neiva memberi amaran kepada lelaki terbabit agar tidak menggunakan ubat perangsang seks tanpa preskripsi doktor.

Sementara itu, awal minggu ini seorang lelaki Yaman mati selepas mengambil Viagra secara berlebihan ketika bersedia untuk tidur bersama isteri barunya pada hari pertama perkahwinan mereka.

Lelaki berusia 25 tahun itu menelan lima pil Viagra sekali gus hingga membunuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Arab Okaz Al Youm. -Agensi