Thursday, September 26, 2013

Panas! Pembantu Pengetua Suruh Pelajar 'Balik China, India'!


Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar "balik ke India (atau) China".

Panas!
Gambar hiasan.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September.

Beliau didakwa meminta pelajar tersebut "balik" jika tidak menyukai Malaysia.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa sekolah itu telahpun menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan, yang timbul apabila pelajar terbabit memuatkan perkara itu di laman Facebook mereka.

Pengetua Abdul Ghafar Kunchi Mohd (kanan) memberitahu Sin Chew bahawa kalangan pelajar terbabit - ada di antaranya tidak memahami bahasa Melayu dengan baik - sebelum ini dinasihati dan diberi amaran, malah dirotan kerana tidak menyanyi dan menghormati 'Negaraku' tetapi tidak berkesan.

Ghafar berkata ia mungkin menyebabkan pembantu pengetua terbabit hilang sabar dan mengucapkan kata-kata tersebut.

Katanya, beliau akan meminta guru wanita tersebut menjelaskan perkara tersebut sebaik pulang dari satu kursus esok.

Tambahnya, kata-kata itu tidak patut diucapkan dan beliau akan meminta guru tersebut meminta maaf kepada pelajar tersebut semasa perhimpunan.

Laporan berkenaan turut memetik kenyataan timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan yang berkata kementerian akan menyiasat kes tersebut.

BACA INI JUGA: 'Wahai Anak Seni Melayu, Cukuplah P. Ramlee Seorang Ditipu Cina'

1 comment

  1. kalau kita mengambil pendirian dan berfikiran terbuka, sekiranya dinegara lain kalau ada penduduk (yang menjadi warga negara) tak tahu bahasa ibunda negara tersebut bukankah ianya dianggap sesuatu yang tak kena ? kalau warga negara amerika tak tahu inggeris/latin atau bahasa pertuturan harian, warga di india tapi tak tahu bahasa india (samada tamil/hindi/telugu atau segala macam bahasa kat sana, atau pun warga Thailand tapi tak tahu bahasa Siam atau bahasa-bahasa lain yang digunakan disana.., apa agaknya andaian atau persepsi pihak berkuasa disana ? mungkin tak diorang akan dianggap sebagai pendatang asing ? (atau ada istilah lain yang lebih baik daripada istilah yang saya berikan itu ). berbalik dengan isu di dalam entry ni, tidak kah kita terasa agak janggal dah berapa lama duduk kat negara ni tapi masih tak dapat bercakap bahasa rasmi negara kita ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon