Wednesday, September 25, 2013

Kantoi! Barrack Obama Takut Bini!


Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkata, beliau berhenti merokok kerana takut kepada isterinya.

Barrack Obama Smoking

Pengakuan itu dibuat setelah perbualan beliau dengan seorang lelaki tertangkap secara tidak sengaja pada mikrofon di Perhimpunan Agung Tahunan PBB.

Pemimpin AS itu mengambil bahagian dalam satu Perhimpunan Agung PBB yang diadakan setiap tahun bagi membincangkan kepentingan masyarakat umum.

Dalam satu rakaman oleh CNN, Obama berdiri di sebelah seorang lelaki dan bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sudah berhenti merokok atau sebaliknya.

Namun setelah soalan sama diajukan oleh lelaki berkenaan kepada beliau, secara spontan beliau menjawab sambil tersenyum, “saya sudah enam tahun tidak merokok kerana takut kepada isteri saya”.

Perbualan itu pula secara tidak sengaja tertangkap pada mikrofon yang ada berhampiran tempat beliau dan lelaki itu berdiri.

Obama digambarkan sebagai seorang perokok semasa di zaman remajanya dalam satu memoir zaman remajanya berjudul “Dreams From My Father”.

Namun tabiat merokok dan usaha beliau berhenti merokok menjadi salah satu topik hangat dalam media di AS ketika beliau memulakan kempen pilihan raya untuk White House pada tahun 2008.

Pada tahun pertamanya di White House, beliau mengakui telah berjaya mengurangkan tabiat merokok sebanyak 95 peratus, namun beliau mengakui adakalanya ‘terbabas’ juga dalam usahanya untuk menghentikan tabiat buruk itu.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon