Wednesday, July 03, 2013

Anak Tiri 'James Bond' Meninggal Dunia

Anak Tiri 'James Bond' Meninggal Dunia

Anak tiri perempuan bekas ejen perisik 007, Pierce Brosnan meninggal dunia selepas tiga tahun bertarung dengan kanser ovari, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.


Menurut akhbar itu, Charlotte Emily, 42, meninggal dunia di rumahnya di London pada Jumaat lalu.

"Pada 28 Jun lalu, anak kesayangan saya, Charlotte Emily, meninggal dunia akibat kanser ovari," kata Brosnan.

"Dia ditemani oleh suami, Alex dan anak-anaknya, Isabella dan Lucas serta adik- beradiknya, Christopher dan Sean ketika menghembuskan nafas terakhir," tambah bekas bintang filem James Bond itu.

Ibunya, Cassandra Harris sebelum ini mati pada usia 43 tahun akibat penyakit sama di sini pada Disember 1991.

Charlotte berusia sembilan tahun semasa ibunya, Cassandra berkahwin dengan Brosnan di pejabat pendaftaran di Chelsea, Britain pada 1980.

Gadis tersebut kemudian dijaga oleh bekas hero filem James Bond itu apabila ayah kandungnya, Dermot Harris meninggal dunia pada 1986.

Beberapa tahun selepas kematian Cassandra, Brosnan berkahwin pula dengan Keely Shaye Smith pada 2001.

Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki, Dylan, 16, dan Paris, 12. -Agensi

[Sumber]

Bangunan Terbesar Di Dunia Mula Beroperasi

Bangunan Terbesar Di Dunia Mula Beroperasi

China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia kelmarin dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Port Global Center

Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon.

Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China.

Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter.

Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean.

Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britain, Zaha Hadid. -Agensi

Gempar! WikiLeaks Dedah Wang RM209 Juta Anwar Di Luar Negara

Gempar! WikiLeaks Dedah Wang RM209 Juta Anwar Di Luar Negara

Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).


Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

“Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini?

“Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandangkan akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat lewat petang Selasa.

Menurut Liang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersikap hipokrit apabila mengutuk kekejaman tentera Israel namun pada masa yang sama mempunyai akaun simpanan di negara itu.

“Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa, agama, bahkan akan menggadaikan nasib negara pada suatu hari yang akan datang,” katanya.

Ketika pendedahan itu dibuat, Anwar bagaimanapun tiada di Dewan.

Namun beberapa wakil rakyat pembangkang bangun mencelah sebagai usaha menghalang Liang daripada terus membuat pendedahan tersebut.

Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.

Sementara itu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula menggesa supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan bukti berhubung sumber maklumat berkenaan.

Suasana perbahasan Dewan Rakyat makin kecoh apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantang bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap Wikileaks.

[Sumber]

Panas! Alvin Dan Vivian Kongsi Video Terbaru!

Panas! Alvin Dan Vivian Kongsi Video Terbaru!

Pasangan Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks secara terbuka.


Vivian sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta ‘membaluti’ tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama dulu.

Baru-baru ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur.

Walaupun baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan ‘hobi’ mereka merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai.

Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan ‘hasil karya’ terbaru mereka!

Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah ‘menghalang’ atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.

Anda nilai dan tafsirlah sendiri.

[Sumber]

Ngeri! Video Nenek Tua Maut Dirempuh Troli Pasaraya Seberat 330 Pound!

Ngeri! Video Nenek Tua Maut Dirempuh Troli Pasaraya Seberat 330 Pound!

Info Ngeri. Seorang wanita berusia 60 tahun terbunuh apabila sebuah troli seberat 330 pound yang sarat dengan pelbagai barangan runcit merempuh dirinya yang ketika sedang menuruni sebuah eskalator di sebuah pasaraya di Shanghai, China minggu lalu.


Menurut laporan akhbar, troli itu terlepas dari kawalan seorang lelaki yang baru selesai membeli-belah di pasaraya tersebut.

Kejadian tragis itu berjaya dirakamkan oleh CCTV di premis berkenaan.

Disebabkan rempuhan itu, wanita berkenaan tercampak dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian tubuh dan kepalanya.

Wanita malang itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Inilah yang dikatakan ‘malang tidak berbau’.

Siapa sangka tempat yang boleh dikatakan selamat seperti pasaraya boleh menjadi ‘medan maut’ .

Kalau dah ajal, seminit pun takkan terawal, seminit pun takkan terlewat!



[Sumber]

Afiq Muiz Akhirnya Berdamai Dengan Ibunya?

Afiq Muiz Akhirnya Berdamai Dengan Ibunya?

Masalah selesai. Itulah penjelasan yang keluar dari mulut Afiq Muiz yang menyifatkan isu antara dia dan ibunya sudah pun selesai.


Memetik kenyataan Afiq Muiz menerusi laporan Berita Harian, dia merasakan bahawa sudah tiba masa untuk menghentikan segala kisah peribadi beliau.

Seolah kecewa, Afiq Muiz berasa tiada guna untuknya menegakkan kebenaran kerana kenyataan yang dia berikan sering ditokok tambah.

“Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan.

“Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah,” jelas Afiq Muiz kepada wartawan BH.

Pada masa yang sama, Afiq Muiz enggan memberi penjelasan bagaimana dia serta ibunya menyelesaikan isu mereka itu.

Selain itu, Afiq turut menjawab persoalan media yang melihat dia begitu mesra bersama Eina Azman berpegangan tangan bersama di Bangsar.

Jelas Afiq, dia dan Eina hanyalah rakan biasa.

Semoga penjelasan Afiq Muiz ini bukanlah sekadar menutup kesilapan diri sebaliknya berharap supaya hubungan antara dia dan ibunya memang benar-benar telah baik.

[Sumber]

Tuesday, July 02, 2013

Fida Ibrahim Terpilih Masuk AF10 Walaupun Tiada Bakat?

Fida Ibrahim Terpilih Masuk AF10 Walaupun Tiada Bakat?

Anda sudah ada nama, ada peminat malah kini sudah ada satu platform kepada anda untuk maju dalam industri. Tetapi kenapa masih memilih untuk memasuki Akademi Fantasia?


Perkara tersebut dipersoal oleh salah seorang juri AF, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi.

Cikgu Syafi dilihat kurang bersetuju dengan penglibatan pelakon dan juga penyanyi, Fida Ibrahim.

Menurut laporan Murai, Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya Fida memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

“Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon.

“Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja,” ujar Cikgu Syafi.


Selain Fida, pelakon yang mula mencipta nama dalam industri hiburan di Malaysia, Arja Lee turut berjaya melepasi saringan ujibakat AF baru-baru ini.

Namun, menurut Arja Lee, cita-cita sebenarnya untuk menjadi penyanyi.

“Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi.

“Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis,” ujar Arja Lee memetik kepada Murai baru baru ini.

Perkara tersebut menjadi persoalan dalam kalangan peminat AF yang menyifatkan mereka ingin melihat muka-muka baru mencipta nama dalam industri hiburan tanah air apabila ada artis Malaysia yang berjaya melepasi saringan AF baru-baru ini di Shah Alam.

“Kita nak tengok bakat-bakat baru. Mereka (artis) ni dah ada peminat. Jadi tak perlu rasanya untuk mereka masuk AF lagi,” jelas Adie Lokman yang juga peminat setia AF.

[Sumber]

Diana Danielle Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Diana Danielle Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.


Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth Interational Group (MIG) kepada mStar Online pada Selasa.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online

David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.

Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; “welcome to the world my son” (selamat datang ke dunia anak lelaki ku).

Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

[Sumber]

Luarbiasa! Akhal-Teke Kuda Berbulu Emas

Luarbiasa! Akhal-Teke Kuda Berbulu Emas

Spesis kuda berbulu emas, Akhal-Teke, berasal dari Turkmenistan. Selain mempunyai penampilan yang berkemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali kerana kepantasannya serta mempunyai daya tahan yang hebat untuk menampung beban yang berat.

Luarbiasa! Akhal-Teke Kuda Berbulu Emas

Dikatakan jumlah spesis Akhal-Teke semakin berkurangan. Kuda yang juga menjadi lambang negara Turkmenistan, menurut wikipedia hanya tinggal kira-kira 3,500 ekor di serata dunia.

Banyak pendapat mengenai asal-usul ‘kuda emas’ ini. Salah satu teori menyebut bahawa Akhal-Teke sudah ada sejak ribuan tahun lalu namun disembunyikan oleh suku terpencil di padang pasir Kara Kum.

Namun ada pula yang mendakwa bahawa kuda jenis ini sudah digunakan ketika bangsa Mongol menjadi penakluk dunia di abad ketiga belas dan keempat belas.


Sebagai haiwan yang unggul, Akhal-Teke terus dikacuk dengan baka lain agar keturunan baru tidak pupus. Kuda emas ini sudah terbukti sangat tangkas dan sering dijadikan kuda pertandingan.

Prestasinya tercatat pada Grand Prix de Dressage di Sukan Olimpik 1960 di Rom, serta Sukan Olimpik 1964, serta membantu pasukan Soviet meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico City.

[Sumber][EDITED by SP]

Guantanamo Diiktiraf Penjara Paling Tidak Berperikemanusiaan Di Dunia

Guantanamo Diiktiraf Penjara Paling Tidak Berperikemanusiaan Di Dunia

Pakar antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.


"Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan," kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.

Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

"Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya," katanya.

Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.

"Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari," jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.

Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau 'Gitmo'.

Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.

Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

"Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati," katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.

“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.

"Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.


-Sinarharian

Jennifer Lopez Bakal Berkahwin Lagi Selepas Tiga Kali Menjanda!

Jennifer Lopez Bakal Berkahwin Lagi Selepas Tiga Kali Menjanda!

Penyanyi Jennifer Lopez dilaporkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, dalam masa terdekat ini.

Jennifer dan Casper telah menjalinkan 
hubungan cinta selama 18 bulan.

Menurut laporan Daily Mail, Jennifer, 43, juga tidak akan membuat sebarang perjanjian pra-perkahwinan walaupun pernah mengalami sebanyak tiga penceraian sebelum ini.

"Percintaan mereka adalah benar dan Casper bukannya sekadar peneman Jennifer yang sunyi selepas bercerai dengan Marc sebelum ini. Bagi membuktikan cintanya kepada lelaki itu dia tidak mahu sebarang perjanjian pra-perkahwinan," jelas seorang kenalan rapat pasangan itu.

Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Max dan Emme yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan bintang latin, Marc Anthony.

Jennifer dan Casper mula menjalinkan hubungan sejak 18 bulan lalu selepas lelaki itu bekerja untuknya sebagai penari latar.

"Ia kedengaran mengarut apabila Jennifer enggan membuat sebarang perjanjian perkahwinan namun dia tetap bertegas bahawa cinta mereka bukan kerana wang dan yakin Casper adalah cinta terakhirnya," katanya lagi.

Malah kata sumber itu, Jennifer turut merancang untuk memiliki cahaya mata bersama Casper selepas berkahwin nanti.

[Sumber]