Wednesday, July 03, 2013

Anak Tiri 'James Bond' Meninggal Dunia


Anak tiri perempuan bekas ejen perisik 007, Pierce Brosnan meninggal dunia selepas tiga tahun bertarung dengan kanser ovari, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.


Menurut akhbar itu, Charlotte Emily, 42, meninggal dunia di rumahnya di London pada Jumaat lalu.

"Pada 28 Jun lalu, anak kesayangan saya, Charlotte Emily, meninggal dunia akibat kanser ovari," kata Brosnan.

"Dia ditemani oleh suami, Alex dan anak-anaknya, Isabella dan Lucas serta adik- beradiknya, Christopher dan Sean ketika menghembuskan nafas terakhir," tambah bekas bintang filem James Bond itu.

Ibunya, Cassandra Harris sebelum ini mati pada usia 43 tahun akibat penyakit sama di sini pada Disember 1991.

Charlotte berusia sembilan tahun semasa ibunya, Cassandra berkahwin dengan Brosnan di pejabat pendaftaran di Chelsea, Britain pada 1980.

Gadis tersebut kemudian dijaga oleh bekas hero filem James Bond itu apabila ayah kandungnya, Dermot Harris meninggal dunia pada 1986.

Beberapa tahun selepas kematian Cassandra, Brosnan berkahwin pula dengan Keely Shaye Smith pada 2001.

Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki, Dylan, 16, dan Paris, 12. -Agensi

[Sumber]

2 comments

  1. thanks sbb singgah blog sy , psl bloglist tu sy dah letak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa join TOP 5 COMMENTATOR di blog ni.. TQ ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon