Thursday, July 04, 2013

Lagi Amah Warga Indonesia Campur Kencing Dalam Minuman

Lagi Amah Warga Indonesia Campur Kencing Dalam Minuman

Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.

Gambar hiasan

Akhbar South China Morning Post melaporkan, pembantu rumah berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya.

Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.

Pembantu rumah terbabit kini berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan.

Identiti majikan dan pembantu rumah itu tidak dinyatakan.

Tahun lalu, seorang amah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.

“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.

Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya. -Agensi

Giler! Zakar Hampir Putus Digigit Jiran

Giler! Zakar Hampir Putus Digigit Jiran

Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi.

Gambar hiasan

Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.

Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.

Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.” “Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.

“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.

Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.

Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.

“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.

“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
-Agensi

Wikileaks Tiada Rekod Wang RM209 Juta Anwar

Wikileaks Tiada Rekod Wang RM209 Juta Anwar

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.

Wikileaks

Menurut Tze Tzin, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.

"...hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam penyokong BN Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut Tze Tzin menegaskan ahli Parlimen itu perlu menjawab kepada rakyat Malaysia tentang perkara ini.

"Ahli Parlimen Renggam perlu menampilkan bukti yang jelas, jangan hanya melihat kepada sumber yang tidak mempunyai bukti konkrit," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Anwar nafi miliki 20 akaun bank di luar negara

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pendedahan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang diperoleh dari WikiLeaks, mendakwa beliau mempunyai 20 akaun bank di luar negara.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, terus menyalahkan blogger UMNO atas pendedahan tersebut.

"Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu di WikiLeaks. Ini dimulakan oleh blogger UMNO dan Simpang Renggam (Liang Teck Meng) membaca teks yang diedarkan UMNO.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa, ia (maklumat) daripada blogger UMNO, pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Teck Meng membuat pendedahan berhubung dakwaan Anwar mempunyai 20 akaun di luar negara dengan jumlahnya mencecah AS$66 juta (RM209 juta) dan SG49 juta (RM123 juta).

Beliau berkata, 20 akaun tersebut masing-masing terdapat di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China dan kesemua maklumat itu diperoleh daripada internet seperti didedahkan oleh WikiLeaks.

Kata beliau, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi peluang kepada Teck Meng untuk membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut.

Menurutnya, sekiranya gagal berbuat demikian, beliau akan merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

BACA INI JUGA: Gempar! WikiLeaks Dedah Wang RM209 Juta Anwar Di Luar Negara

Sumber: Utusan

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas

Seorang pemain kriket Sri Lanka mencetuskan suasana panik dalam penerbangan British Airways dari St Lucia, Amerika Utara ke Lapangan Terbang Gatwick, London semalam apabila cuba membuka pintu pesawat ketika dia dan penumpang lain berada di ketinggian 35,000 kaki di udara!


Pemain kriket berasal dari Sri Lanka itu dengan yakin cuba menolak dan menarik pintu pesawat lebih 2 minit, sambil disaksikan penumpang yang tergamam dengan tindakannya itu.

Salah seorang saksi Charlene Francis, 26, berkata dia terkejut dan ketakutan melihat lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan terus cuba membuka pintu kabin beberapa kali sekuat tenaganya.

“Rakan-rakannya menjerit minta dia menghentikannya. Ada sumber beritahu, mereka mabuk kerana mengambil minuman keras selama 4 jam sebelum menaiki pesawat,” katanya.

Pemain kriket itu hanya berhenti apabila petugas penerbangan datang menenangkannya. Dia kemudiannya memberitahu mereka dia mahu ke tandas lalu dibawakan ke pintu sebenar.

Jurucakap penerbangan berkenaan mengesahkan insiden ini dan menyatakan lelaki berkenaan sudah memohon maaf.

Nama pemain kriket Sri Lanka berkenaan bagaimanapun dirahsiakan.

[Sumber]

Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya!

Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya!

Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini. Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’.

Pemandu Wanita

Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka.

Cekap dan tangkas

Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita.

Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

Tertib sepanjang masa

Gadis memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap.

Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.

Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan.

Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.

Kaki gagap

Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta.

Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.

Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.

Teragak-agak

Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat.

Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1.

Penulis masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.

Banyak fikir

Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak.

Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.

Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.

Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ­perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar memandu dulu, untuk mengelakkan ­gugup, saya suka berbual dengan guru memandu.

Jadi, ­tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ­perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ­positif dan negatif yang sukar dihurai.

Apa yang penting, ­lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

Tips memandu jarak jauh

Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.

Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.

Pilih posisi selesa sebelum memandu.

Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.

Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.

Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.

Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.

Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.

Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.

Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Neelofa Nafi Hantar SMS Tuntut Hutang Dari Shahrizal Jaszle

Neelofa Nafi Hantar SMS Tuntut Hutang Dari Shahrizal Jaszle

Pelakon dan model Neelofa menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi meminta hutang sebanyak RM5,000 kepada pelakon Shahrizal Jaszle.


Berita Harian melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24,berkata, dia tidak pernah berbuat demikian, malah tidak mempunyai nombor telefon pelakon lelaki tersebut.

“Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan akhbar kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shahz, kami sudah lama tidak berhubung.

“Apa yang Lofa ingat, Lofa ada minta duit itu sekitar dua tahun lalu dan Lofa tidak tahu mengapa dia mengaitkan Lofa dalam perkara ini,” katanya.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika Shahrizal menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh di tempat kerja dan pada masa yang sama, Neelofa kononnya telah menghantar SMS tersebut.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia sudah mengambil keputusan untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut bagi mengelakkan dirinya terus dikaitkan dengan pelakon filem Azura 2012 itu.

“Ada banyak lagi perkara Lofa kena fikir. Sebelum kepala bertambah pening baik saya halalkan sahaja hutang itu.

“Bukan kerana wang itu tidak penting cuma malas untuk panjangkan cerita,” ujarnya.

-mStar

Wednesday, July 03, 2013

Prosedur Pemindahan Kepala Manusia?

Prosedur Pemindahan Kepala Manusia?

Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan.


Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.

Ini bermakna terdapat kemungkinan pembedahan pemindahan kepala penuh boleh dilakukan.

Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana ‘akson’ dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.

Canavero berkata, dia kini boleh melakukannya dengan menggunakan bahan kimia yang diberi nama ‘fusogen membran’ atau pelekat.

Sebahagian fusogen itu sudah biasa digunakan untuk membuat ubat atau digunakan dalam bidang industri pembuatan.

Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. -Agensi

Kaitan Yahudi Dan Pembangkang Malaysia Bukan Sekadar Mitos

Kaitan Yahudi Dan Pembangkang Malaysia Bukan Sekadar Mitos

Pendedahan mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bahawa perhimpunan haram Blackout 505 yang diadakan diseluruh negara anjuran pembangkang adalah di biayai oleh dana asing.


Sememangnya telah lama diperkatakan bahawa Anwar adalah seorang agen kuasa asing yang bekerja untuk paksi Zionis-Kristian-Yahudi bagi tujuan melemahkan Islam serta menghancurkan kuasa politik bangsa Melayu.

Apa yang dibongkarkan oleh Jusuf kepada media adalah pengesahan kepada segala dakwaan talibarut Yahudi terhadap Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Sehingga kini Anwar terkelu lidahnya untuk menjawab dakwaan sahabatnya dari Indonesia itu ataupun apa yang dikatakan tersangatlah sebenar sehingga beliau tidak berani memberi respons sepatah pun.

Perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan Anwar bermula seminggu selepas beliau kalah dalam Pilihan Raya Umumn ke-13 bukanlah suatu tindakan spontan oleh penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap keputusan yang memihak Barisan Nasional.

Dalam mana-mana pertandingan adalah lumrah pihak yang kalah kadangkala payah untuk menerima realiti kekalahan mereka.

Dalam PRU13, penyokong pembangkang yang kecundang kepada BN mungkin akan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dalam bentuk demonstrasi kecilan secara terasing di beberapa tempat.

Tetapi mengumpulkan ribuan penyokong secara konsisten dan berterusan di seluruh negara sudah tentunya memerlukan persediaan logistik yang besar dan rumit.

Persediaan yang besar atau mega sudah pastinya memerlukan dana dan kos yang besar juga dan di sinilah peranan bantuan kewangan asing yang disebutkan oleh Jusuf itu.

Dana tersebut kata Jusuf datangnya dari beberapa buah negara termasuk Turki, Amerika Syarikat, Filipina serta mungkin juga Thailand dan China.

Turki, Thailand dan Filipina sememangnya diketahui sebagai sekutu kuat Amerika Syarikat sementara China pula membiayai kumpulan anti-Lynas yang ditaja oleh pembangkang.

Dana-dana ini dikatakan disalurkan melalui sebuah syarikat besar masing-masing di Filipina dan Turki yang bertindak sebagai ‘funder’ kepada aktiviti-aktiviti anti-kerajaan anjuran pembangkang.

Satu perkara yang tidak disebut oleh Jusuf ialah peranan Singapura yang menempatkan kedutaan Israel di pulau itu sebagai pemain utama dalam usaha memporak-perandakan keadaan politik Malaysia.

Dalam kes Singapura, parti rasis Dap yang mempunyai rangkaian serta hubungan rapat dengan pimpinan republik itu bertindak bukan sahaja sebagai agen melatih kader-kader parti dari segi politik tetapi juga membantu dalam aspek kewangan dan logistik lain.

Ini boleh dilihat daripada laporan yang menyatakan beberapa syarikat swasta di Singapura menaja puluhan bas ekspres untuk mengangkut pengundi-pengundi Cina ynag bekerja di pulau kembali mengundi di Johor.

Usaha bersepadu ini berlaku ketika pemimpin Dap, Lim Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah dalam rencana parti itu untuk menawan Johor.

Akhirnya Abdul Ghani Othman tewas di tangan Kit Siang serta Dap menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu.

Dengan dana besar yang diperolehi Anwar tidak mustahil pembangkang khususnya PKR dan Dap sekarang sedang menyusun strategi yang lebih mantap bagi menghadapi PRU14.

Sementara itu sepanjang tempoh lina tahun akan datang, pembangkang akan menggunakan dana asing yang besar itu untuk terus menyerang kerajaan BN dengan pelbagai fitnah dan propaganda palsu untuk melemahkan pentadbiran dan menghakis keyakinan rakyat.

Pembangkang juga akan memperkukuhkan pasukan tentera sibernya yang didalangi oleh Red Bean Army di bawah kendalian Dap untuk terus memanipulasi fakta dan menyebar pembohongan di media sosial dan internet.

Perhimpunan Blackout 505 mungkin sudah berakhir tetapi rancangan untuk terus menimbulkan kekacauan sosial akan tetap menjadi agenda utama pembangkang.

Perhimpunan mungkin tidak memakai nama yang sama tetapi akan berselindung di bawah nama yang lain pula namun objektifnya adalah sama.

Bersih mungkin senyap buat seketika tetapi diamnya adalah juga strategi dan bukannya disebabkan sudah kekeringan isu untuk diperjuangkan.

Yang penting ditanya apakah persediaan yang telah dibuat untuk menghadapi cabaran yang maha hebat dan jauh lebih getir pada tahun 2018.

Kejayaan untuk menjamin penerusan dasar pemerintahan BN untuk 50 tahun akan datang bergantung besar kepada sejauh mana rancangan serta agenda pembangkang betul-betul di fahami dan dihayati dalam tempoh lima tahun akan datang.

[Sumber]

Wanita Malaysia Paling Mudah Ditipu

Wanita Malaysia Paling Mudah Ditipu

Kegiatan penipuan Internet sering menghantui pengguna ‘online’ apatah lagi pelbagai laporan penipuan boleh anda baca di dada akhbar setiap hari yang membuka persoalan sejauh mana pengetahuan kita sebagai pengguna.

Gambar hiasan

Jelas sekali era siber me­nguasai kehidupan masyarakat dunia. Dalam situasi masa kini, di mana-mana jua, Internet dijadikan medium untuk berinteraksi tidak kira apa jua golongan umur atau status kehidupan, mahupun organisasi.

Pada masa sama, kegiatan penipuan Internet seperti ‘scam’, jualan barang palsu dan sebagainya yang dikategorikan sebagai ‘fraud’ menjadi sebahagian perjalanan online di kalangan pengguna.

Internet dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran interaktif dan kreatif.

Ciri-ciri yang ada pada Internet seperti mudah, cepat dan mampu menyampaikan maklumat secara terus melonjakkan popularitinya sebagai platform paling mudah untuk berurusan berbanding platform lain.

Justeru, dalam keghairahan masyarakat menggunakan Internet sebagai keperluan hidup, amatlah penting adanya rasa tanggungjawab sosial dan kejujuran dalam jiwa pengguna yang menyedarkan mereka untuk tidak menyalah gunakan media sosial untuk merosakkan dan menjatuh­kan individu lain serta melakukan jenayah siber.

Satu laporan penyelidik pasaran AC Nielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium untuk berbelanja bagi pelancongan, membeli pemain MP3, telefon bimbit atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut sekurang-kurangnya 50 peratus peng­guna masih suka ke kedai untuk membeli pakaian, barang kemas dan jam ­tangan.

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

Manakala laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online.

Kira-kira tiga tahun lalu, perbelanjaan online di seluruh Malaysia mencapai angka RM1.8 bilion bagi pembelian produk dan perkhidmatan dengan perbelanjaan terbesar dihabiskan untuk percutian seperti bayaran tiket penerbangan, pakej percutian dan pengangkutan yang berjumlah RM435 juta atau 24 peratus.

Sementara itu, perbelanjaan besar lain yang dihabiskan rakyat negara ini termasuk bayaran bil RM329 juta atau 18 peratus; hiburan dan gaya hidup (RM255 juta, 14 peratus); peralatan elektronik dan teknologi maklumat (RM218 juta, 12 peratus), insurans (RM205 juta, 11 peratus), fesyen dan kecantikan (RM181 juta, 10 peratus) dan hadiah dan koleksi (RM68 juta atau empat peratus).

Angka terbabit dijangka jauh lebih besar tiga tahun kemudian meskipun tiada statistik rasmi memandang­kan laporan masih belum diperoleh yang menunjukkan keghairahan pengguna membeli-belah.

Pada masa sama, ia membuka peluang kepada penjenayah mencium peluang untuk menipu dengan pelbagai taktik termasuk:
  1. Menjual barang tipu di laman e-dagang.
  2. Barang yang dijual tidak menyamai spesifikasi dipaparkan di Internet.
  3. Tidak menghantar barang yang dibeli meskipun bayaran dibuat.
  4. Menghantar e-mel menawarkan produk pada harga murah.
  5. Menghantar e-mel memaklumkan tawaran peng­guna memenangi hadiah tertentu.

Walaupun secara umumnya Internet sebagai lokasi beli-belah online banyak menjurus ke arah kebaikan, tidak dinafikan ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dan terlalu mementing­kan diri sendiri menggunakannya untuk tujuan negatif menjadikannya medan untuk menipu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam artikel sebelum ini memaklumkan Internet yang digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi ­disalahgunakan untuk ­aktiviti jenayah seperti penipuan ­Internet.

“Ia untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

“Jika dilihat daripada statistik kes penipuan penghantaran bungkusan di negara ini, wanita adalah golongan paling ramai menjadi mangsa. Malah sindiket ini bukan sahaja menyasarkan warga tempatan malah warga asing,” kata­nya.

Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang dilaporkan menurun kepada 814 kes.

Bagi tempoh Januari-Mei 2013, sebanyak 381 kes telah dilaporkan dengan kerugian RM14.1 juta.

Masih ramai yang tidak tampil untuk membuat laporan polis mungkin kerana malu atau sebab-sebab lain dan lebih menghairankan ialah terdapat mangsa yang berkelulusan tinggi, seperti golongan profesional atau pensyarah.

Bagi mengatasi dan membendung peningkatan kes penipuan penghantaran bungkusan ini, selain daripada menjalankan pembanterasan, PDRM juga mengadakan kempen pencegahan jenayah siber melalui forum terbuka, di samping me­nyampaikan mesej kesedaran tentang trend jenayah siber melalui ceramah di agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).


Kerjasama juga diwujud­kan dengan agensi lain bagi membantu PDRM menangkap penjenayah membabit­kan kes penipuan penghantaran bungkusan ini seperti Unit Keselamatan Siber, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara dan syarikat telekomunikasi.

Manakala pengguna pula sebagai manusia biasa kadang-kadang tewas dengan sifat tamak dan cepat teruja dengan tawaran lumayan dalam Internet seperti skim cepat kaya yang dikenal pasti menjadi punca utama menyebabkan jenayah siber semakin bermaharajalela.

Malah, sesiapa saja boleh menjadi mangsa dan me­ngalami kerugian dalam sekelip mata.

Penyelidikan agensi keselamatan online negara, CyberSecurity Malaysia, mendapati sifat tamak sesetengah individu menjadi penyumbang besar kepada kes jenayah siber.

Individu yang mudah teruja, ditambah dengan sifat ingin cepat senang dan kaya dalam tempoh singkat tanpa usaha sewajarnya boleh menyebabkan semakin tinggi peluangnya untuk menjadi mangsa kepada penipuan di alam siber.

Ia menjadi punca utama kita dieksploitasi dan membuka peluang kepada penjenayah siber untuk menipu, lebih-lebih lagi bagi individu yang gagal mendisiplinkan dirinya.

CyberSecurity ialah sebuah agensi bawah kementerian berkenaan yang memberikan tumpuan kepada keselamatan dan bantuan dalam sektor teknologi maklumat, termasuk penelitian kes jenayah siber yang dirujukkan kepadanya secara serius.

Lebih-lebih lagi, ­dengan pertambahan bilangan peng­guna Internet, bermakna semakin tinggi juga kadar peningkatan jenayah siber.

Meskipun pelbagai taktik digunakan penjenayah, cara tradisiona iaitu penipuan online iaitu sebaran e-mel masih menjadi taktik paling popular digunakan.

Seperti biasa, sebilangan pelanggan bank di Malaysia menerima e- mel meminta mereka memberikan butiran akaun mereka. Menurut e-mel itu, jika mereka gagal berbuat demikian bagi tujuan mengemaskini data peribadi, akaun mereka akan ditutup.


E-mel itu yang konon dihantar bank berkenaan kelihatan amat tulen, tetapi hakikatnya ia palsu. Apabila menyedari perkara itu, bank berkenaan segera mengeluarkan amaran pihaknya tidak bertanggungjawab menghantar e- mel terbabit dan meminta pelanggannya berhati-hati.

Walaupun kebanyakan bank turut mengingatkan pelanggannya berwaspada terhadap e-mel yang dikirim pihak tertentu bertujuan mendapatkan kata laluan, peliknya masih ramai tertipu dan memberikan perincian akaun buta-buta kepada penjenayah.

Ketua Perniagaan Pelanggan dan Keselamatan Internet Norton Asia, Symantec, Effendy Ibrahim, berkata kecanggihan teknologi maklumat kini banyak disalah guna untuk pelbagai tujuan tidak baik.

“Golongan paling terdedah terhadap ancaman menerusi dunia siber ialah wanita,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang melayari Internet perlu lebih berhati-hati dan pastikan menggunakan perisian keselamatan terbaik bagi melindungi diri daripada ancaman yang tidak diingini.

“Wanita yang menggunakan Internet untuk membeli-belah jangan mudah memberi maklumat kewangan terutama kad kredit kepada syarikat atau individu yang tidak dikenali.

“Amalkan penggunaan Internet yang selamat, lindungi kata laluan dan ­jangan lupa menambah ilmu pengetahuan mengenai Internet,” katanya.

Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan Internet, anda dinasihatkan:
  1. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keselamatan membeli-belah dalam talian, ‘chatting’, e-emel dan mesej remeh (spam), dan penipuan dalam talian.
  2. Hadkan pembelian dalam talian dan pastikan laman web yang dilawati menggunakan piawaian keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital.
  3. Selain itu, pengguna dinasihatkan supaya membaca penyata penafian (disclaimer) sebelum mengisi sebarang borang dalam talian kerana sebarang urusan atas talian yang sah mesti disertakan penyertaan ini.

BACA INI JUGA: Video Blind Date Yang Melucukan

[Sumber]

Wartawan Wanita Dirogol Penunjuk Perasaan Di Mesir!

Wartawan Wanita Dirogol Penunjuk Perasaan Di Mesir!

Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita, dengan lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa “cedera parah” dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya.

Morsi dibunuh

Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual.

Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah.

Pengarang Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen berkata: “Sedih melihat suasana revolusi di Dataran Tahrir kehilangan adab, manakala serangan seksual menjadi lazim.

"Tiada polis kelihatan di situ."

Berjuta-juta orang turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir pada tahun 2013 lalu, untuk mendesak Presiden Mohamed Morsi berundur.

Bapa saya dibunuh - Abdullah Morsi [Kemaskini]

Anak lelaki bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi mendakwa Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan beberapa individu lain 'membunuh' bapanya, pada Jun 2019 yang lalu.

Abdullah menamakan bekas Menteri Dalam Negeri, Mahmoud Tawfiq dan Magdy Abdel Ghaffar, hakim Shirin Fahmy, Shaaban al-Shami dan Ahmed Sabry serta Peguam Negara, Nabil Sadek dan Ketua Perkhidmatan Risikan, Abbas Kamel yang digelar sebagai 'rakan kongsi' al-Sisi dalam pembunuhan bapanya.

Morsi yang digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2013 meninggal dunia selepas jatuh pengsan di dalam kandang kaca kalis bunyi ketika perbicaraan di Kaherah atas dakwaan melakukan pengintipan.

Kematian pemimpin Gerakan Ikhwanul Muslimin yang menjadi presiden pertama dilantik menerusi proses demokrasi pada 2012 itu didakwa banyak pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia dan pemerhati bebas sebagai bermotifkan politik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kejam! Orang Utan Di Belasah Sampai Mati

Kejam! Orang Utan Di Belasah Sampai Mati

Seekor orang utan Sumatera dipukul hingga mati oleh beberapa penduduk di sebuah kampung di Indonesia, kata sebuah kumpulan perlindungan haiwan semalam.

Orang utan yang cedera di Panton Luas, dalam wilayah Aceh.

Insiden tersebut merupakan kes terbaharu melibatkan spesies terancam itu dibunuh oleh manusia.

Orang utan betina dewasa itu mati pada Khamis lalu dengan beberapa kesan kecederaan selepas diselamatkan dari sebuah kampung di wilayah Aceh oleh beberapa aktivis Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera.

Pengarah kumpulan berkenaan, Ian Singleton berkata, terdapat kesan bengkak di kepala dan tubuh, kecederaan serius di mata dan pendarahan dalaman di sekitar rahang haiwan primat itu.

Menurut Singleton, dia tidak tahu motif orang utan itu dibunuh.

Ketua agensi pemuliharaan Aceh, Amon Zamora berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat kes itu.

Menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, hanya tinggal sekitar 7,300 orang utan di rimba Sumatera sehingga kini. -AFP