Tuesday, July 25, 2017

Sanggup Buat Lesung Pipit Palsu Untuk Tampil Cantik

Sanggup Buat Lesung Pipit Palsu Untuk Tampil Cantik

Suatu ketika dahulu, pembedahan membesarkan payudara menjadi pilihan wanita, kemudian disusuli pula dengan suntikan membesarkan punggung dan bibir.

Lesung Pipit Palsu
Gambar hiasan.

Dan terkini, trend itu semakin berubah apabila orang ramai mahu menjalani pembedahan plastik bagi membentuk lesung pipit.

Untuk itu, permintaan bagi prosedur berkenaan meningkat dengan ramai yang menjadikan wajah model Miranda Kerr sebagai contoh.

Prosedur bagi menghasilkan lesung pipit palsu itu hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja di mana pakar bedah plastik akan membentuk otot pipi.

Otot itu kemudiannya dilekatkan dengan permukaan bawah kulit muka dan lesung pipit akan kelihatan apabila otot muka digerakkan.

Ia bermakna lesung pipit itu hanya akan kelihatan apabila seseorang itu tersenyum.

Kos bagi pembedahan membentuk lubang pada pipi itu berharga antara RM3,400 ke RM10,700.

Pembedahan Lesung Pipit Pertama Di Dunia!

Lesung Pipit Pertama

Seorang gadis yang terdesak ingin memiliki ‘lesung pipit’ sanggup berhabis ribu dolar untuk membuat pembedahan membentuk lesung pipit di pipi.

Ketika itu, peguam yang masih di dalam latihan ini merupakan orang pertama yang sanggup dan telah membuat pembedahan plastik seperti ini beberapa tahun lalu.

Namun, setelah semuanya selesai, gadis ini agak terkejut kerana lesung pipit palsu itu terlampau ke dalam dan nampak pelik.

Ada yang berminat ke?

BACA INI JUGA: Lesung Pipit, Kecantikan Akibat Kecacatan Gen!

sumber: mynewshub | remaja

Sunday, March 19, 2017

Besarkan Payudara Guna Tali Jadi Tren Di Jepun!

Besarkan Payudara Guna Tali Jadi Tren Di Jepun!

Untuk mendapatkan payudara yang tegang dan menawan, pelbagai cara kita boleh lakukan, antaranya dengan bersukan sehinggalah ke implan payudara.

Besarkan+payudara

Namun, wanita di Jepun telah menemui cara yang mudah, murah dan praktikal dengan menggunakan tali sahaja.

Caranya adalah dengan meletakkan tali tersebut di bawah payudara dan mengikatkan kedua hujungnya di kedua lengan.

Dengan cara ini , payudara mereka akan ikut terangkat setiap kali mereka mengangkat tangan.

Teknik seperti ini diambil daripada watak anime berjudul, “Is It Wrong To Pick Up Girls In A Dungeon”.

Besarkan+payudara

Gadis tersebut mengenakan baju putih backless yang cukup pendek, lengkap dengan sarung tangan warna putih serta pita berwarna biru yang diletakkan di bawah payudara dan diikatkan pada kedua lengannya.

Macam-macam..

BACA INI JUGA:

sumber: hanasuva

Friday, February 17, 2017

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Bagi anda yang masih lagi belum tahu apa sebenarnya burung berwarna ungu atau purple yang sedang menghentak kepalanya ke lantai diruangan komen, itulah set stiker yang bernama Trash Dove.

trash-dove-thailand

Trash Dove dicipta oleh seorang pelukis dari Florida bernama Syd Weiler pada September 2016 dan kemudian dijadikan set stiker pada iPhone Januari tahun ini.

Yang menjadi persoalan ramai pengguna Facebook adalah, apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan oleh burung ungu itu yang dikatakan adalah seekor burung merpati.

Mari kita ketahui beberapa perkara yang diketahui tentang burung ungu ini yang mungkin boleh merungkai sedikit persoalan yang bersarang di kepala semua orang.

Apa itu Trash Dove, burung ungu

Menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung tersebut dikenali sebagai Floppy Trash Doves dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi Facebook stickers.

Ia memaparkan burung Merpati itu dalam 24 situasi dan gaya, termasuk gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

Siapa pencipta Trash Dove, burung ungu

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Florida, Amerika Syarikat. Ia mula dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari lalu dan mula viral di Thailand.

Maksud 'Mengangguk'

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

Weiler juga tidak menolak anggukan burung itu juga melambangkan emotionally disturbed atau bahasa mudahnya, gila.

'Trash Dove Meme'


Lagak pelik burung itu, seperti biasa, mendapat perhatian netizen, sekaligus mencetuskan banyak reaksi yang menggelikan hati.

Semoga menjawab persoalan.

BACA INI JUGA: Juan Pablo Culasso, Lelaki Luarbiasa Yang Mampu Bezakan 3,000 Suara Burung!

Sumber: aa

Saturday, January 28, 2017

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana remaja di luar negara akan membakar kulit mereka kemudian meletakkan ais dan garam di tempat yang mengalami luka itu.

Cabaran

Kegilaan berkenaan dikenali sebagai `cabaran garam dan ais’. Peserta yang mengambil bahagian perlu menahan diri bagi melihat berapa lama mereka dapat menahan kesakitan tersebut.

Selepas itu mereka akan berkongsi gambar luka terbabit di media sosial.

Meskipun ia berlaku di luar negara, namun tidak mustahil aksi gila dan bodoh ini boleh merebak di negara ini terutama kepada mereka yang gemar mengikut aksi bodoh di internet.

Akibat kebodohan tersebut juga, ada remaja terpaksa dibawa ke hospital akibat luka melecur. Keadaan ini mengakibatkan polis di Yorkshire memberi amaran kepada ibu bapa dan guru-guru supaya memantau anak-anak serta pelajar mereka.

“Tolong beri amaran kepada anak-anak anda agar tidak mengambil bahagian dalam cabaran yang membahayakan ini,” kata polis.

Ini kerana ia bukan hanya mendatangkan kesakitan malah luka yang dialami meninggalkan parut kekal.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?

Sumber: mynewshub

Saturday, January 21, 2017

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Permintaan terhadap perkhidmatan sewa teman lelaki mula melonjak di China apabila perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.

Teman Lelaki

Pada tahun 2017 ini sempena dengan kedatangan tahun ayam, perkhidmatan itu dilaporkan semakin popular dan kadar sewa juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Baharu Cina adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam perayaan itu.

Bagaimanapun, bagi wanita bujang, perayaan itu menjadi satu keadaan yang merimaskan apabila ibu bapa atau keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Kini, perkhidmatan sewa teman lelaki tersebut dilaporkan media tempatan semakin menjadi trend popular di China.

Tahun ini, harga sewa teman lelaki melonjak sehingga ada yang mencecah 1,544 yuan (kira-kira RM1,000) sehari dan ada pula yang menawarkan mengikut jam.

‘Sewa teman lelaki’ juga menjadi perkataan paling banyak ditaip di enjin pencarian Internet, termasuk di laman sesawang membeli-belah.

BACA INI JUGA: Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

Sumber: mynewshub

Friday, January 13, 2017

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat rapat seumpama pocong sehingga anda pula sukar bergerak ke mana-mana, selama 20 minit?

Otonamaki

Percaya atau tidak, itulah kaedah terapi baharu yang kini menjadi tular dan ‘trending’ di Jepun, serta dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Otonamaki

Ia bukan sahaja tentunya membuat sesiapa sahaja berasa sukar untuk bernafas, malah kaedah terapi aneh itu boleh dikatakan seperti babak hantu pocong dalam aksi filem seram Nusantara!

Menurut BBC, terapi Otonamaki diilhamkan daripada amalan Ohinamaki, iaitu bayi dibalut dengan kain putih dengan cara yang sama untuk membantu dalam pembangunan fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit sahaja dan hanya kain tipis yang digunakan agar pelanggan tersebut dapat bernafas dengan selesa ketika mereka berada lama di dalamnya.

Otonamaki

“Ia tampak sempit tetapi tidak rasa sempit langsung. Selepas sesi, saya rasa bahu dan belakang tubuh lebih selesa,” kata seorang pelanggan berusia 40-an tahun yang mendapatkan khidmat itu dari syarikat Kyoko Proportion.

Seorang lagi pelanggan yang enggan didedahkan namanya pula berkata kepada BBC bahawa beliau berasa begitu selesa hingga hampir terlena sebelum dikejutkan petugas yang membuka ikatan kain berkenaan.

Otonamaki

Namun, ada sesetengah netizen yang mengakui menerusi media sosial tempatan bahawa kaedah terapi luar biasa itu tampak agak menakutkan dan kelihatan pula seperti babak ngeri dalam filem seram.

Orie Matsuo dari Kyoko Proportion memberitahu BBC, bahawa Otonamaki membolehkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu pada pelanggan mereka untuk menjadi lebih fleksibel.

Otonamaki

Namun, Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy berkata, jika seseorang berada di kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, mereka akan mengalami masalah tulang belakang.

Beliau juga malah berkata kepada BBC, bahawa orang ramai dinashatkan supaya tidak menjalani terapi berkenaan kerana bimbang risiko komplikasi sampingan yang lain.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

Sumber: mynewshub

Saturday, December 10, 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

Google dalam kenyataannya menyenaraikan 10 klip video muzik paling popular di seluruh dunia dan trending sepanjang 2016.

Rihanna

Fifth Harmony muncul sebagai klip video muzik paling popular tahun 2016 (dengan lebih dari satu bilion tontonan).

Berikut adalah senarai video muzik paling popular di seluruh dunia bagi tahun 2016:

1. Fifth Harmony - Work from Home ft. Ty Dolla $ign

2. Calvin Harris - This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna

3. Hasta el Amanecer - Nicky Jam | Video Oficial

4. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

5. Rihanna - Work (Explicit) ft. Drake

6. Mike Posner - I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)

7. Sia - Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul

8. ZAYN - PILLOWTALK

9. Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Video muzik Rihanna mencatat jumlah tontonan video tertinggi dalam masa 24 jam pertama untuk sebuah video muzik pada tahun 2016. -mk

BACA INI JUGA: 10 Penyanyi Arab Paling Kaya