Friday, February 17, 2017

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Bagi anda yang masih lagi belum tahu apa sebenarnya burung berwarna ungu atau purple yang sedang menghentak kepalanya ke lantai diruangan komen, itulah set stiker yang bernama Trash Dove.

trash-dove-thailand

Trash Dove dicipta oleh seorang pelukis dari Florida bernama Syd Weiler pada September 2016 dan kemudian dijadikan set stiker pada iPhone Januari tahun ini.

Yang menjadi persoalan ramai pengguna Facebook adalah, apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan oleh burung ungu itu yang dikatakan adalah seekor burung merpati.

Mari kita ketahui beberapa perkara yang diketahui tentang burung ungu ini yang mungkin boleh merungkai sedikit persoalan yang bersarang di kepala semua orang.

Apa itu Trash Dove, burung ungu

Menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung tersebut dikenali sebagai Floppy Trash Doves dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi Facebook stickers.

Ia memaparkan burung Merpati itu dalam 24 situasi dan gaya, termasuk gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

Siapa pencipta Trash Dove, burung ungu

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Florida, Amerika Syarikat. Ia mula dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari lalu dan mula viral di Thailand.

Maksud 'Mengangguk'

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

Weiler juga tidak menolak anggukan burung itu juga melambangkan emotionally disturbed atau bahasa mudahnya, gila.

'Trash Dove Meme'


Lagak pelik burung itu, seperti biasa, mendapat perhatian netizen, sekaligus mencetuskan banyak reaksi yang menggelikan hati.

Semoga menjawab persoalan.

BACA INI JUGA: Juan Pablo Culasso, Lelaki Luarbiasa Yang Mampu Bezakan 3,000 Suara Burung!

Sumber: aa

Saturday, January 28, 2017

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana remaja di luar negara akan membakar kulit mereka kemudian meletakkan ais dan garam di tempat yang mengalami luka itu.

Cabaran

Kegilaan berkenaan dikenali sebagai `cabaran garam dan ais’. Peserta yang mengambil bahagian perlu menahan diri bagi melihat berapa lama mereka dapat menahan kesakitan tersebut.

Selepas itu mereka akan berkongsi gambar luka terbabit di media sosial.

Meskipun ia berlaku di luar negara, namun tidak mustahil aksi gila dan bodoh ini boleh merebak di negara ini terutama kepada mereka yang gemar mengikut aksi bodoh di internet.

Akibat kebodohan tersebut juga, ada remaja terpaksa dibawa ke hospital akibat luka melecur. Keadaan ini mengakibatkan polis di Yorkshire memberi amaran kepada ibu bapa dan guru-guru supaya memantau anak-anak serta pelajar mereka.

“Tolong beri amaran kepada anak-anak anda agar tidak mengambil bahagian dalam cabaran yang membahayakan ini,” kata polis.

Ini kerana ia bukan hanya mendatangkan kesakitan malah luka yang dialami meninggalkan parut kekal.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?

Sumber: mynewshub

Saturday, January 21, 2017

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Permintaan terhadap perkhidmatan sewa teman lelaki mula melonjak di China apabila perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.

Teman Lelaki

Pada tahun 2017 ini sempena dengan kedatangan tahun ayam, perkhidmatan itu dilaporkan semakin popular dan kadar sewa juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Baharu Cina adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam perayaan itu.

Bagaimanapun, bagi wanita bujang, perayaan itu menjadi satu keadaan yang merimaskan apabila ibu bapa atau keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Kini, perkhidmatan sewa teman lelaki tersebut dilaporkan media tempatan semakin menjadi trend popular di China.

Tahun ini, harga sewa teman lelaki melonjak sehingga ada yang mencecah 1,544 yuan (kira-kira RM1,000) sehari dan ada pula yang menawarkan mengikut jam.

‘Sewa teman lelaki’ juga menjadi perkataan paling banyak ditaip di enjin pencarian Internet, termasuk di laman sesawang membeli-belah.

BACA INI JUGA: Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

Sumber: mynewshub

Friday, January 13, 2017

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat rapat seumpama pocong sehingga anda pula sukar bergerak ke mana-mana, selama 20 minit?

Otonamaki

Percaya atau tidak, itulah kaedah terapi baharu yang kini menjadi tular dan ‘trending’ di Jepun, serta dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Otonamaki

Ia bukan sahaja tentunya membuat sesiapa sahaja berasa sukar untuk bernafas, malah kaedah terapi aneh itu boleh dikatakan seperti babak hantu pocong dalam aksi filem seram Nusantara!

Menurut BBC, terapi Otonamaki diilhamkan daripada amalan Ohinamaki, iaitu bayi dibalut dengan kain putih dengan cara yang sama untuk membantu dalam pembangunan fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit sahaja dan hanya kain tipis yang digunakan agar pelanggan tersebut dapat bernafas dengan selesa ketika mereka berada lama di dalamnya.

Otonamaki

“Ia tampak sempit tetapi tidak rasa sempit langsung. Selepas sesi, saya rasa bahu dan belakang tubuh lebih selesa,” kata seorang pelanggan berusia 40-an tahun yang mendapatkan khidmat itu dari syarikat Kyoko Proportion.

Seorang lagi pelanggan yang enggan didedahkan namanya pula berkata kepada BBC bahawa beliau berasa begitu selesa hingga hampir terlena sebelum dikejutkan petugas yang membuka ikatan kain berkenaan.

Otonamaki

Namun, ada sesetengah netizen yang mengakui menerusi media sosial tempatan bahawa kaedah terapi luar biasa itu tampak agak menakutkan dan kelihatan pula seperti babak ngeri dalam filem seram.

Orie Matsuo dari Kyoko Proportion memberitahu BBC, bahawa Otonamaki membolehkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu pada pelanggan mereka untuk menjadi lebih fleksibel.

Otonamaki

Namun, Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy berkata, jika seseorang berada di kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, mereka akan mengalami masalah tulang belakang.

Beliau juga malah berkata kepada BBC, bahawa orang ramai dinashatkan supaya tidak menjalani terapi berkenaan kerana bimbang risiko komplikasi sampingan yang lain.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

Sumber: mynewshub

Saturday, December 10, 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

Google dalam kenyataannya menyenaraikan 10 klip video muzik paling popular di seluruh dunia dan trending sepanjang 2016.

Rihanna

Fifth Harmony muncul sebagai klip video muzik paling popular tahun 2016 (dengan lebih dari satu bilion tontonan).

Berikut adalah senarai video muzik paling popular di seluruh dunia bagi tahun 2016:

1. Fifth Harmony - Work from Home ft. Ty Dolla $ign

2. Calvin Harris - This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna

3. Hasta el Amanecer - Nicky Jam | Video Oficial

4. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

5. Rihanna - Work (Explicit) ft. Drake

6. Mike Posner - I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)

7. Sia - Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul

8. ZAYN - PILLOWTALK

9. Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Video muzik Rihanna mencatat jumlah tontonan video tertinggi dalam masa 24 jam pertama untuk sebuah video muzik pada tahun 2016. -mk

BACA INI JUGA: 10 Penyanyi Arab Paling Kaya

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

Bagi kategori 10 video dan video muzik global paling popular di Malaysia 2016, senarai terbaru Google menyatakan, secara keseluruhan semua 10 klip yang tersenarai mencatatkan 550 juta tontonan dan disaksikan untuk tempoh lebih dari 25 juta jam oleh penonton Malaysia.

Adele Carpool Karaoke

Berikut adalah 10 video global Paling Trending dan Popular di Malaysia 2016.

1. Adele Carpool Karaoke

2. Pen-Pineapple-Apple-Pen/PIKO-TARO

3. What's inside a Rattlesnake Rattle?

4. Nike Football Presents: The Switch ft. Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Anthony Martial & More

5. Grace VanderWaal: 12-Year-Old Ukulele Player Gets Golden Buzzer - America's Got Talent 2016

6. Water Bottle Flip Edition | Dude Perfect

7. Channing Tatum & Beyonce's "Run The World (Girls)" vs. Jenna Dewan-Tatum's "Pony" | Lip Sync Battle

8. Donald Trump: Last Week Tonight with John Oliver (HBO)

9. THE $21,000 FIRST CLASS AIRPLANE SEAT

10.Brothers Convince Little Sister of Zombie Apocalypse

Saluran-saluran yang mencipta video tersebut memiliki lebih 40 juta pelanggan yang kerap menonton kandungan lucu, berinformasi dan menghiburkan. -mk

BACA INI JUGA: 5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Diminati

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

Dalam senarai video muzik paling popular di Malaysia pada tahun 2016, penyanyi Aiman Tino berada di kedudukan tertinggi melalui lagu popularnya, Kurela Dibenci.

Aiman Tino

Google Malaysia menyenaraikan 10 klip video muzik yang menjadi trending di negara ini sepanjang 2016.

Senarai trending untuk video muzik di YouTube Malaysia bagi tahun ini ialah:

1. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)

2. Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)

3. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

4. Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip

5. DNCE - Toothbrush (Official Video)

6. JESSICA (제시카) (Feat. Fabolous) - FLY Official Music Video

7. 방탄소년단 'Save ME' MV

8. Galantis - No Money (Official Video)

9. Jennifer Lopez - Ain't Your Mama

10. Maroon 5 - Don't Wanna Know

Aiman Tino mengatasi artis lain termasuk Gamma1, Jennifer Lopez dan Maroon 5. -mk

BACA INI JUGA: Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

Google Malaysia dalam kenyataan terbaru menyenaraikan 10 klip video yang paling trending dan popular di Malaysia sepanjang 2016.

Rama-Rama

Mengungguli carta klip video paling trending di Malaysia ialah Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends, diikuti klip video siri animasi televisyen BoBoiBoy.

Turut tersenarai ialah video klip program hiburan, lagu Namewee dan parodi filem Korea.

Tidak ketinggalan, klip video tendangan percuma luarbiasa Faiz Subri.

Berikut adalah senarai video klip yang menjadi trending di YouTube pada tahun ini:

1. Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends

2. TERBARU! Musim 3 - Episod TERAKHIR: Jumpa Lagi BoBoiBoy (ENG SUB)

3. TRAIN TOO 'BOSAN' Trailer (Parody of 'Train to Busan' Trailer)

4. Spicy Korean Noodle Challenge | Asyalliee

5. [Namewee Tokok] 057 Tattoo Artist 紋身 10-01-2016

6. Maharaja Lawak Mega 2016 - Akhir (Bocey) Muzikal

7. Faiz Subri insane knuckleball free kick Penang 4-1 Pahang FC

8. Pokemon GO In REAL LIFE

9. 当学校开学的时候 -Youtube

10. Like, DM, Unfollow: Malaysian Beauties

Menurut kenyataan Google Malaysia hiburan kanak-kanak memberi kesan besar pada tahun ini.

"Populariti kandungan YouTube tempatan juga melonjak ke paras tertinggi dengan lapan daripada video yang berada dalam senarai 10 video trending adalah dari bakat-bakat tempatan.

"Mereka melayani para penonton dengan video-video watak menyeronokkan, aksi mendebarkan dan gelagat menghiburkan," katanya. -mk

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?