Monday, August 13, 2018

10 Universiti Tertua Di Dunia

10 Universiti Tertua Di Dunia

Universiti di dalam senarai di bawah adalah berdasarkan rekod sejarah, namun kami percaya bahawa terdapat pusat pendidikan yang telah ditubuhkan lebih awal daripada yang ada dalam senarai ini, namun mungkin rekod kewujudan dan infrastrukturnya telah hilang ditelan zaman.

Apapun, teruskan membaca.

1. Nalanda University (600 BC)

Nalanda University

Universiti ini jelas memenangi takhta kedudukan universiti tertua dunia antara yang ada dalam senarai ini.

Institusi ini juga adalah satu-satunya universiti dalam senarai ini yang diasaskan sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.

Kewujudannya menunjukkan contoh kuat bagaimana budaya India mempengaruhi kepentingan ilmu pada masa lalu.

Ramai pelajar dari Babylon, Greece, Syria dan China turut datang ke universiti ini bagi mendapatkan ilmu, antaranya termasuklah dalam bidang Vedas, bahasa, falsafah, perubatan, pembedahan dan lain-lain.

Lipatan sejarah memaparkan bagaimana universiti ini telah melalui 3 kali kehancuran, namun dibina semula setiap kali diserang.

2. University of Al-Karaouine (859) (Morocco)

University of Al-Karaouine

Universiti kedua tertua di dunia ini adalah antara salah sebuah universiti dalam senarai ini yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Institusi ini diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Fatima al-Fihri, yang merupakan anak kepada seorang hartawan.

Bermula sebagai sebuah masjid, ianya mula berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan yang terbesar di Afrika.

Ketika awal penubuhannya, universiti ini hanya menawarkan subjek sains semula jadi kepada para pelajarnya.

Sejak tahun 1957, jurusan-jurusan sains lain mula ditambah ke dalam portfolio universiti.

3. Al-Azhar University (antara 970-972) (Mesir)

Al-Azhar University

Universiti kedua tertua dalam dunia Islam, universiti ini masih beroperasi sehingga ke hari ini dan ramai rakyat Malaysia turut tidak ketinggalan untuk menuntut di sana.

Institusi ini bermula sebagai pusat pengajian sastera Arab, pengajian Sunnah Islam dan lain-lain subjek keagamaan Islam.

Universiti ini diasaskan oleh empayar Fatimid yang memerintah di Mesir, di mana pemerintah dinasti ini mempunyai pertalian darah dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Namanya pula diambil sebagai penghormatan kepada anak baginda Fatimah Al-Zahara.

4. Al Nizamiyya Of Baghdad (1065) (Iraq)

Al Nizamiyya Of Baghdad

Diasaskan oleh Khwaja Nizam al-Mulk pada awal kurun ke-11, institusi ini adalah antara salah satu institut pendidikan yang ditubuhkan oleh beliau.

Universiti ini berjaya menarik ramai individu berpengetahun pada waktu itu untuk datang belajar dan berkongsi ilmu dengan mengajar.

Antara yang terkenal dalam kalangan mereka termasuklah Imam Al-Ghazali.

Pendidikan di sini adalah percuma dan terbuka kepada semua tanpa mengambil kira latar belakang.

Namun, institusi ini tidak kekal sehingga ke hari ini seperti universiti dalam senarai ini.

Pengakhirannya berlaku ketika serangan ke atas Baghdad oleh tentera Mongol pada tahun 1258.

5. University of Bologna (1088) (Itali)

University of Bologna

Institusi pendidikan tinggi ini adalah antara institut yang mengetuai ilmu pembelajaran dalam dunia Barat sehinggalah berlakunya perang dunia.

Ianya juga adalah antara universiti paling terkemuka di Itali, kerap kali menduduki tangga pertama di peringkat kebangsaan.

Hari ini, Bologna dilihat sebagai contoh baik dalam sistem pendidikan Eropah dan sentiasa berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia.

6. Université de Paris (1096) (Perancis)

10 Universiti Tertua Di Dunia

Tarikh sebenar ianya diasaskan tidak dapat ditentukan, namun umum menerima tahun 1096 sebagai tahun University of Paris ditubuhkan.

Universiti ini mempunyai empat buah fakulti, iaitu sastera, perubatan, undang-undang dan teologi.

Sepanjang kewujudannya, universiti ini telah ditutup sebanyak tiga kali, pertama pada tahun 1229 namun sebabnya tidak diketahui.

Kedua ketika serangan tentera Nazi pada tahun 1940 semasa Perang Dunia ke-2 dan kali ketiga pada tahun 1968 ketika Revolusi Kebudayaan (Cultural Revolution) oleh para pelajar.

7. University of Oxford (1096) (England)

University of Oxford

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa universiti ini ditubuhkan lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan di atas, namun tidak disokong oleh bukti fizikal.

Bukti fizikal menunjukkan bahawa institusi ini diasaskan pada tahun 1096.

Apabila raja England Henry II melarang pelajar daripada negara itu untuk menuntut di University of Paris, ramai pelajar tempatan mula mendaftar di University of Oxford.

Universiti ini pernah dua kali ditutup, pertama ketika hukuman terhadap 2 orang ilmuannya, sekali lagi ketika rusuhan Scholastic pada tahun 1355.

Universiti ternama dunia ini berjaya menghasilkan seramai 58 orang pemegang anugerah Nobel Prize.

8. Université de Montpellier (1150) (Perancis)

Université de Montpellier

Ada yang mengatakan bahawa institusi ini adalah lebih tua daripada tarikh penubuhan yang dinyatakan di atas.

Namun, ianya tidak dapat dibuktikan dengan jelas.

Universiti ini pernah ditutup ketika Revolusi Perancis pada 1793 dan dibuka semula pada tahun 1810.

Kebanyakan fakulti telah musnah ketika berlakunya revolusi berkenaan.

Universiti ini telah 'diasaskan semula' pada tahun 1969 dengan fokus utama terhadap bidang sains dan teknologi.

Hari ini, universiti ini terdiri daripada 3 bentuk, iaitu University of Montpellier1, University of Montpellier2 dan Paul Valéry University.

9. University of Cambridge (1209) (England)

10 Universiti Tertua Di Dunia

Secara konsisten dinobatkan sebagai antara universiti terbaik dunia, University of Cambridge adalah institusi pendidikan kedua tertua antara negara-negara Inggeris.

Universiti ini dibina disebabkan wujudnya ketegangan antara ilmuan di University of Oxford dengan masyarakat di bandar berkenaan.

Universiti ini berjaya menghasilkan seramai 85 orang pemegang anugerah Nobel Prize.

Antara yang terkenal dalam kalangan mereka ini adalah Ernest Rutherford dan Niels Bohr.

10. Universidad de Salamanca (1218) (Sepanyol)

10 Universiti Tertua Di Dunia

Ditubuhkan pada 1218, universiti ini memperoleh nama rasminya pada 1225. Universiti of Salamanca dibina oleh raja Sepanyol iaitu King Alfonso IX sebagai institusi pendidikan untuk masyarakat Leon, tanpa perlu berpindah ke bandar lain bagi tujuan itu.

Hari ini, universiti ini terkenal dengan jurusan bahasa dan kemanusiaan.

Sebelum melakukan penjelajahan ke benua Amerika, pernah Christopher Columbus bertemu dengan wakil daripada jabatan geografi institusi ini bagi berbincang tentang penjelajahan beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, July 24, 2018

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Sesetengah bandar dan negara sedang berusaha mempertahankan persekitaran mereka yang bersih dengan mengurangkan pelepasan karbon, menghalang pembuangan sampah merata-rata dan mengurangkan tahap pencemaran.

Walaupun bandar-bandar di Malaysia masih sangat jauh untuk berada dalam senarai bandar paling bersih di dunia, namun kita seharusnya tidak berputus asa menjadikan persekitaran lebih baik seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan pembaca 10 bandar paling bersih di dunia.

1. Hamburg, Germany

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Bandar kedua terbesar di Jerman selepas Berlin iaitu Hamburg, adalah yang paling bersih dan salah satu daripada bandar-bandar yang paling mesra alam di dunia.

Ia telah dipuji bertahun-tahun kerana usaha alam sekitarnya yang sangat baik, termasuklah menetapkan sasaran pemotongan pelepasan karbon dioksida sebanyak 80% menjelang tahun 2050.

Orang awam digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam dan dana yang tinggi telah disalurkan dalam membangunkan teknologi bersih.

Pihak berkuasa Hamburg juga mengeluarkan perincian rancangan untuk membangunkan "Rangkaian Hijau" yang bermaksud orang ramai tidak lagi perlu memandu kereta untuk mengelilingi bandar ini.

2. Chicago, Illinois, USA

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Chicago yang terletak di Illinois adalah bandar ketiga terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai penduduk lebih daripada 2.7 juta penduduk.

Ia kelihatan tidak mungkin untuk menjadi salah satu bandar paling bersih di dunia tetapi bandar ini menggunakan pendekatan inovatif untuk mengurangkan pencemaran dan membuang sampah.

Terdapat lebih daripada 185,000 meter persegi taman-taman di atas bumbung di seluruh bandar Chicago yang telah meningkatkan kualiti udara serta rangkaian pengangkutan awam yang sangat baik yang dapat membantu mengurangkan pencemaran.

3. Copenhagen, Denmark

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Copenhagen, ibu kota Denmark diiktiraf dan diterima secara meluas sebagai salah satu bandaraya paling mesra alam di dunia.

Pihak pentadbiran telah banyak melabur dalam rawatan kumbahan yang meningkatkan kualiti air serta mengurangkan pencemaran udara dan air.

Usaha ini sangat berkesan sehinggakan kawasan di sekitar pelabuhan di bandar ini boleh digunakan untuk aktiviti berenang tanpa rasa bimbang terhadap pencemaran air.

Hasil daripada komitment terhadap piawaian alam sekitar yang tinggi, Copenhagen telah dipuji kerana ekonomi hijaunya, menduduki tangga teratas bandar hijau buat kali kedua dalam Indeks Ekonomi Hijau Global 2014.

4. Honolulu, Hawaii, AS

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Denga populasi hampir mencecah 340,000 orang, Honolulu adalah bandar utama paling terpencil di dunia, kerana lokasi tanah besar terdekat adalah Point Arena Lighthouse di California, sejauh 3,800 kilometer.

Disebabkan Honolulu menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia, maka usaha untuk mengindah dan menyelenggara bandar ini terutamanya kawasan awam adalah menjadi keutamaan bagi kerajaan tempatan.

Dan mungkin disebabkan pulau ini, termasuklah keseluruhan Hawaii adalah sangat terpencil, ia menjadi antara salah satu lokasi paling hijau dan bersih di dunia.

5. Helsinki, Finland

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Helsiniki adalah salah satu daripada banyak bandar negara Nordik yang tersenarai dalam bandar paling bersih di dunia.

Peranan penduduk tempatan bandar ini yang tersangat komited dalam memelihara alam sekitar dan mencegah pembuangan sampah merata-rata serta memastikan jalan-jalan bersih telah menjadikannya antara salah satu bandar paling bersih di dunia.

Kerajaan juga mewujudkan sistem pemanasan yang kompleks dan cekap tenaga yang membantu mengurangkan penggunaan elektrik di bandar ini.

6. Reykjavik, Iceland


Terletak betul-betul bersebelahan Bulatan Artik, Iceland adalah antara salah satu negara paling bersih di dunia.

Jadi, tak hairanlah apabila ibu kota negara ini, Reykjavik, diiktiraf antara bandar paling bersih di dunia.

Reykjavik tidak mempunyai pembangunan bandar sehinggalah menjelang abad ke-19, jadi kawasan sekitar tidak tercemar seperti bandar-bandar pesat membangun yang lain.

Malah sehingga kini Reykjavik kekal sebagai antara bandar paling hijau dan bersih di dunia dengan hampir tidak ada pencemaran langsung.

Bandar ini bukan sahaja berada di kedudukan tinggi dalam kemampanan, pengitaran semula, penggunaan pengangkutan awam dan ruang hijau, tetapi juga mempunyai indeks pembangunan manusia yang tinggi, dengan penduduk yang sangat sedar tentang kepentingan kebersihan alam sekitar.

7. Vienna, Austria

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Ibu kota dan bandar paling besar di Austria, Vienna mempunyai populasi kira-kira 1.8 juta orang (lebih kurang penduduk Kuala Lumpur).

Walaupun agak ramai dan padat, namun bandar ini kerap berada dalam senarai bandar paling bersih di dunia.

Vienna telah melaburkan sejumlah dana yang besar ke dalam sistem pelupusan sisa untuk beberapa dekad yang lalu, yang sangat membuahkan hasil.

Tambahan pula, orang tempatan mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi dan membantu pihak berkuasa dalam mengekalkan kebersihan dan kekemasan bandar Vienna.

8. Geneva, Switzerland

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Geneva sangat terkenal sebagai salah satu bandar paling mewah, mahal dan paling selamat di dunia.

Namun, bandar ini menonjol dalam satu lagi bidang, iaitu usaha alam sekitar dan kebersihan.

Salah satu bandar paling bersih di dunia, Geneva adalah lokasi kepada The Geneva Environment Network, rangkaian organisasi global yang bertanggungjawab dalam perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Geneva juga mempunyai tahap pencemaran yang sangat rendah.

9. Curitiba, Brazil

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Walaupun Brazil jauh untuk dianggap sebagai negara yang bersih, namun terdapat satu pengecualian, iaitu bandar Curitiba.

Bandar ini telah mereka bentuk satu sistem yang unik dalam memastikan proses pengitaran semula berlaku yang menjadikannya antara bandar paling bersih di dunia.

Kerajaan tempatan mengalakkan penduduknya menjaga kebersihan bandar dengan mewujudkan satu sistem pertukaran, di mana setiap beg sampah yang disusun mengikut kategori masing-masing, boleh ditukar dengan kupon makanan atau pengangkutan awam.

Hasilnya, hampir 70% sampah di bandar ini telah dikitar semula.

Sebagai contoh, pengitaran semula kertas di bandar ini mampu menyelamatkan kira-kira 1,200 pokok sehari.

10. Singapura

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Satu-satunya bandar-negara pulau di dunia, Singapura, sangat terkenal dengan beberapa peraturan yang sangat ketat mengenai isu-isu alam sekitar dan kebersihan bandar.

Antaranya ialah denda yang tinggi bagi kesalahan buang sampah merata-rata dan mengharamkan gula-gula getah dan larangan memotong pokok di kawasan perlindungan.

Hampir 10% daripada tanah di Singapura diperuntukan untuk taman dan rizab alam semula jadi.

Bandar ini juga telah melancarkan beberapa kempen penanaman pokok untuk meningkatkan kualiti hidup.

Malah, walaupun Singapura antara bandar yang paling banyak dilawati di dunia, namun masih dapat mengekalkan standard kebersihan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, July 04, 2018

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

10 jalan raya yang disenaraikan ini adalah antara laluan yang paling kerap menyebabkan kematian di dunia.

Masyarakat yang tinggal di kawasan ini, malangnya, terpaksa bergantung kepada jalan-jalan merbahaya ini setiap hari.

Jadi, anggaplah diri kita ini sangat bernasib baik kerana tidak perlu meredah “laluan-laluan maut” ini.

1. Jalan Yungas Utara, Bolivia

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Dikenali juga sebagai “jalan maut” dalam kalangan penduduk Yungas di Bolivia dan dianggarkan seramai 200–300 orang pemandu yang menemui ajal mereka di sini setiap tahun.

Adalah sesuatu yang “normal” untuk melihat kenderaan-kenderaan jatuh terjunam dari lereng bukit ini.

Bahaya menggunakan jalan ini tiada tandingannya di dunia.

2. Jalan Jalalabad–Kabul, Afghanistan

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Jalan 65 kilometer yang menghubungkan wilayah Jalalabad dan Kabul ini telah meragut banyak nyawa.

Laluan sempit dan silang menyilang selain cara pemanduan berbahaya penduduk setempat membuatkan pemanduan di sini sangat mencabar.

3. Lebuhraya James Dalton, Alaska

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Lebuhraya ini bermula dari lebuhraya Elliot di utara wilayah Fairbanks dan berakhir di sebuah medan minyak di teluk Prudhue berhampiran lautan Artik.

Walaupun ianya kelihatan indah dan tenang, jalan ini dipenuhi dengan lubang-lubang jalan yang berbahaya, batu-batu kecil yang diterbangkan angin dan paling teruk, ianya terletak di tengah-tengah kawasan terpencil.

4. Lebuhraya Karakoram, Pakistan

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Dinamakan sebagai “Lebuhraya Persahabatan” oleh kerajaan-kerajaan yang membinanya, lebuhraya ini merupakan lebuhraya antarabangsa yang tertinggi yang pernah diturapkan.

Jalan ini menghubungkan negara China dan Pakistan.

Kekerapan tanah runtuh dan banjir yang berlaku di sini menyebabkan jalan ini disenaraikan antara jalan yang paling berbahaya di dunia.

5. Terowong Guoliang, China

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Terowong Guoliang ini dibina sendiri oleh penduduk pekan Guoliang. Sebelum jalan ini dibina, perhubungan masyarakat di sini dengan dunia luar terputus langsung.

Walaupun tidak banyak kenderaan yang menyelusuri jalan ini, ianya sangat berbahaya untuk digunakan.

6. Laluan Zoji, India

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Laluan Zoji ialah laluan pergunungan tinggi yang menghubungkan wilayah Ladakh dan Kashmir.

Ketinggian laluan ini dianggarkan pada 3 528 meter dan merupakan laluan kedua tertinggi selepas laluan Fotu.

Jalan ini merupakan satu-satunya jalan penghubung yang menghubungkan wilayah Ladakh dengan masyarakat dunia.

7. Jalan Skippers Canyon, New Zealand

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Jalan sempit di lereng lembah yang tinggi ini benar-benar menakutkan. Mujurlah jalan ini tidak dibuka kepada orang awam.

Untuk memandu di jalan ini, anda memerlukan permit khas.

Sekiranya permohonan anda lulus, bersiap sedialah untuk salah satu perjalanan yang paling mencabar di dalam hidup anda.

8. Laluan Los Caracoles, Chile

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Laluan ini merentasi gunung Andreas yang terletak di antara Chile dan Argentina. Jalan yang dipenuhi cerun tinggi dan selekoh tajam ini tidak dilengkapi pagar keselamatan.

Keadaan jalan yang dilitupi salji sepanjang tahun juga tidak banyak membantu memudahkan pemandu-pemandu yang menggunakan jalan ini.

9. Laluan Stelvio, Itali

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Pada ketinggian 9,045 kaki, laluan Stelvio adalah laluan pergunungan yang kedua tertinggi selepas laluan Col de l’Iseran (9088 kaki).

Laluan yang sarat dengan selekoh tajam yang berbahaya dan penghadang jalan rendah ini seolah-olah direka oleh seorang kanak-kanak yang menconteng di kertas.

10. Lebuhraya Sichuan-Tibet, China

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Lebih kurang 7,500 kematian di catatkan setiap 100,000 pemandu yang menggunakan lebuhraya ini.

Tanah runtuh dan runtuhan batu sering berlaku di jalan raya yang menghubungkan wilayah Chengdu dan Tibet ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: erabaru

Tuesday, June 26, 2018

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Penunjuk dalam mengukur indeks ini termasuklah perang, perang saudara, jumlah kematian, pembunuhan beramai-ramai bagi setiap 100,000 orang, kemudahan akses senjata api, hubungan dengan wilayah jiran, bilangan banduan, perbelanjaan ketenteraan, aktiviti pengganas, ketidakstabilan politik merupakan antara kriteria utama.

Kami kongsikan kepada pembaca 10 negara paling berbahaya di dunia menurut indeks keamanan global (GPI) pada tahun 2018.

1. Syria

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Sebab utama yang menjadikan Syria sebagai negara paling berbahaya di dunia adalah perang saudara di antara beberapa kumpulan pemberontak dan pemerintahan diktator Bashar al-Assad.

Syria adalah negara yang mana majoriti penduduknya adalah Islam Sunni dan diperintah oleh pemerintah Syiah yang kerajaannya mempunyai sedikit atau tiada sokongan majoriti rakyat.

Keadaan ini melahirkan protes dan konflik bersenjata di seluruh negara.

Kerajaan Syria cuba menyelesaikan isu-isu ini dengan menggunakan kekerasan dan senjata kimia pada rakyat sendiri.

Rusuhan politik melahirkan beberapa kumpulan pemberontak bersenjata seperti tentera Free Syrian dan banyak lagi.

Kumpulan lain seperti ISIS mengambil kesempatan atas situasi ini dan dengan sokongan oleh penduduk tempatan, mereka berjaya menubuhkan kerajaan yang selari dalam beberapa bidang.

Anggaran kematian yang disebabkan oleh konflik berterusan ini adalah kira-kira 200,000 orang dan 1 hingga 1.5 juta yang lain cedera.

2. Afghanistan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Afghanistan berada di tangga ke-2 senarai negara paling berbahaya di dunia.

Sebab utama di sebalik kedudukan ini adalah pendudukan asing lebih daripada satu dekad.

Selepas serangan 9/11, sekutu NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat memutuskan untuk menggulingkan Kerajaan Taliban Afghanistan dengan mendakwa negara ini adalah kediaman selamat kepada para pengganas.

Sejak tahun 2001, Afghanistan telah diduduki oleh tentera Amerika Syarikat dan perang yang berlarutan ini mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan kebanyakan infrastruktur negara ini.

Perang berterusan ini menghancurkan ekonomi yang membawa kepada kadar pengangguran tinggi dan golongan muda terdedah kepada ekstremisma.

3. Sudan Selatan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Bermula tahun 2011, Sudan telah terbahagi kepada dua negara berasingan iaitu Republik Sudan dan Sudan Selatan.

Sejak kemerdekaan, negara timur laut Afrika ini dibelenggu perang saudara di antara puak yang berlainan, demi mendapatkan kuasa.

Konflik berterusan ini membawa kepada terbunuhnya beratus-ratus ribu nyawa dan mungkin mencapai jutaan nyawa.

Ditambah pula dengan keganasan terhadap etnik yang berterusan menyebabkan negara ini mempunyai keadaan kesihatan paling teruk di dunia.

Wabak malaria dan HIV yang berleluasa menjadikan situasi semasa bertambah buruk.

4. Iraq

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Selepas tahun 2003, pencerobohan Iraq oleh Amerika Syarikat yang secara rasminya berakhir pada tahun 2011, adalah punca utama Iraq berada dalam senarai negara-negara paling berbahaya di dunia.

Sebelum itu Iraq diperintah oleh Saddam Hussein dan campur tangan AS telah menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein dalam perang selama 21 hari serta menghapuskan tentera Iraq.

Tentera AS campur tangan di Iraq mendakwa untuk menhentikan Saddam daripada membina stok senjata kimia dan senjata nuklear yang mana kemudiannya dibuktikan sebagai tidak benar.

AS kemudiannya cuba untuk membetulkan situasi dengan memasang Kerajaan pro-AS yang mana menjadikan keadaan bertambah buruk disebabkan oleh diskriminasi kerajaan baru terhadap majoriti penduduk Islam Sunni.

Ketika ini, masalah utama negara ini adalah perkembangan pesat kumpulan ISIS.

Dengan bantuan penduduk tempatan, kumpulan ini dapat merebut kawalan beberapa bandar penting seperti Mosul, Tikrit, Fallujah dan beberapa kawasan minyak.

ISIS dikatakan mengawal 1/3 Iraq, 1/3 lagi dikawal oleh pasukan Kurdis dan bakinya dikawal oleh Kerajaan Iraq.

Pembunuhan besar-besaran dalam peperangan oleh pasukan AS/NATO bersama kumpulan pemberontak menjadikan Iraq sebagai negara ke-4 paling berbahaya di dunia.

5. Somalia

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Somalia, negara tanpa kerajaan adalah tanah yang paling sesuai untuk kumpulan radikal.

Somalia dibelenggu perang saudara sejak tahun 1991 dan ia merupakan salah satu perang saudara paling lama di dunia.

Perang berterusan ini membawa kepada kemiskinan melampau dan campurtangan antarabangsa menjadikan keadaan menjadi bertambah parah.

Serangan udara oleh Amerika Syarikat dan NATO meningkatkan sokongan kumpulan pengganas.

Al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan banyak lagi kumpulan berasaskan puak bertanggungjawab dalam konflik ini.

Konflik tak berkesudahan ini bertanggungjawab ke atas ratusan ribu nyawa orang awam dan melanggar beberapa hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Ketika ini, "penjaga keamanan" yang diketuai oleh PBB cuba untuk memperbaiki keadaan di Somalia.

Ekonomi yang musnah, kelaparan dan krisis air menjadikan Somalia negara ke-5 paling berbahaya di dunia.

6. Sudan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Sudan berhadapan masalah yang sama seperti Sudan Selatan.

Keganasan etnik yang berpanjangan, 2 perang saudara dan konflik antara puak telah membahagikan negara menjadi pelbagai sektor, mengakibatkan terhasilnya Sudan Selatan.

Namun, apa yang menjadikan negara ini berbahaya adalah pembersihan entik, kemiskinan yang parah serta perhambaan yang berleluasa.

Kelemahan kawalan kerajaan, keadaan kehidupan yang teruk dan daif serta pelanggaran hak asasi manusia meletakkan Sudan di kedudukan ke-6 negara paling berbahaya di atas muka bumi.

7. Republik Afrika Tengah

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Negara terkandas Republik Afrika Tengah mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1960.

Selepas kemerdekaan, negara ini berada di bawah pemerintahan tentera.

Pertama, pilihan raya diadakan pada tahun 1993 dan selepas itu, berlaku pergolakan.

Sudan dan Sudan Selatan terletak di utara dan timur laut Republik Afrika Tengah dan pengaruh di 2 negara bermasalah ini dilihat merebak ke Republik Afrika Tengah.

Kerajaan, pelampau Kristian dan Islam masing-masing cuba untuk berebut kuasa pemerintahan negara.

Konflik bersenjata berterusan ini membawa kepada kematian dan pengasingan sejumlah besar rakyat negara ini.

Banyak penyalahgunaan oleh pihak kerajaan, keganasan, hak asasi manusia yang teruk dan keganasan terhadap kanak-kanak serta wanita meletakkan Republik Afrika tengah di bawah radar banyak organisasi hak asasi manusia.

8. Republik Demokratik Kongo

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Selepas pengasingan rejim autokratik, sejak tahun 1997, Kongo berhadapan dengan perang saudara yang berterusan.

Lebih daripada 5.5 juta orang terbunuh akibat perang atau situasi yang berlaku disebabkan perang.

Pengasingan besar-besaran membawa kepada keadaan hidup yang kotor dan tak sihat, termasuk malaria, cirit-birit, radang paru-paru dan kekurangan nutrisi yang berleluasa di kawasan terlibat.

Separuh daripada mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Kongo mempunyai skor Indeks Pembangunan Manusia kedua terendah di dunia, di kedudukan 186 daripada 187 negara.

9. Pakistan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Di kedudukan ke-9 negara paling berbahaya di dunia adalah milik Pakistan.

Sejak merdeka, Pakistan terlibat dalam 3 peperangan dengan India yang telah melemahkan ekonomi mereka.

Ketidakstabilan politik dan pemerintahan tentera membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

Sebuah negara yang diasaskan sepenuhnya berdasarkan agama menjadi tempat selamat bagi puak pelampau dan menggunakan tanah Pakistan sebagai pangkalan mereka.

Untuk memanipulasi struktur kuasa geopolitik, Pakistan dan ISIS secara aktif menyokong dan melatih pemberontak (terutamanya untuk menentang India, Pakistan, Afghanistan dan Iran).

Dasar ini berjaya untuk jangka masa panjang namun baru-baru ini ia memakan diri apabila Taliban, Lashkar-e-Tayiba, Harkat-ul-Mujahideen dan kumpulan lain yang dilatih Pakistan telah membelot terhadap mereka.

Ketika ini, Pakistan adalah negara yang paling terjejas oleh keganasan di dunia.

Negara ini juga berhadapan dengan masalah mencabar seperti kemiskinan, rasuah, buta huruf, keganasan dan ketidaksamaan pendapatan.

Pakistan juga diserang oleh pengganas kira-kira sebanyak 1,500 kali setiap tahun termasuk serangan pada tahun 2014 yang membunuh 145 nyawa, 135 daripadanya adalah kanak-kanak.

10. Korea Utara

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Korea Utara adalah negara dengan kuasa nuklear yang mana dunia tidak tahu apa-apa mengenainya.

Semua aspek hak rakyatnya dikawal oleh kerajaan.

Selepas mendapat kemerdekaan daripada Jepun, Korea terbahagi kepada dua bahagian dan Kerajaan Komunis Korea Utara diperintah oleh keluarga Kim.

Pembangunan ketenteraan yang pesat dan perang dengan Korea Selatan membuatkan ekonomi negara ini tidak stabil.

Rakyat tidak memiliki apa-apa di negara ini kerana semuanya adalah milik kerajaan, mengakibatkan rasuah di tahap tertinggi.

Menurut PBB, Korea Utara mempunyai rekod pelanggaran hak asasi manusia antara yang terburuk di dunia dan rakyat mereka tidak mempunyai hak kebebasan bersuara serta akses kepada keperluan asas manusia.

Kerajaan sewenang-wenangnya menahan dan menyeksa rakyat yang menentang pandangan pemimpin tertinggi.

Banyak kematian disebabkan politik, hukuman mati, kekurangan makanan, infrastruktur dan keperluan asas meletakkan Korea Utara di antara 10 negara paling berbahaya di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, June 18, 2018

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Selain ia memerlukan kesabaran yang tinggi, memancing juga memerlukan pengalaman yang sangat mendalam. Untuk mendapatkan seekor ikan sahaja sudah mencabar, apatah lagi menangkap ikan besar.

Namun bagi mereka yang bernasib baik dan memancing di kawasan yang terbukti mempunyai ikan yang bersaiz besar, ia adalah tidak mustahil untuk mendapatkan ikan terbesar di dunia.

Kali ini kami ingin kongsikan 10 ikan yang paling besar dan berat pernah ditangkap oleh manusia.

1. Paus jerung - 21,318 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Dikenali sebagai ikan terbesar di dunia, ikan paus jerung adalah ikan gergasi yang mana makanan utamanya adalah plankton. Saiz ikan dewasa biasanya mencapai panjang 9 meter dan berat sekitar 9,071 kilogram.

Saiz mulut ikan ini kira-kira 1.5 meter dan mampu memakan dalam jumlah yang sangat besar pada satu-satu masa. Ikan spesis ini yang paling besar pernah ditangkap adalah di Karachi, Pakistan pada tahun 1947.

Panjang ikan tersebut mencapai 12.5 meter dan berat mencecah 21,318 kilogram, menjadikannya ikan paling besar di dunia yang pernah ditangkap oleh manusia.

Terdapat spesis ikan ini yang lebih besar dilaporkan ditangkap namun tidak dapat disahkan.

2. Jerung Basking - 17,236 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikaan jerung Basking bukanlah spesis pemangsa yang ganas seperti ikan jerung lain namun saiznya yang tersangat besar menjadikannya sangat menakutkan.

Ikan yang menjadikan plantkton sebagai makanan utama ini mampu mencapai panjang 8 meter, namun terdapat pengecualian.

Pada tahun 1851, ikan jerung Basking terbesar di dunia telah ditangkap, berukuran 12 meter panjang dan berat mencecah 17,236 kilogram, menjadikannya ikan kedua paling besar di dunia pernah ditangkap.

Ia menjadi antara salah satu spesis ikan terancam disebabkan menjadi mangsa penangkapan berleluasa oleh manusia.

3. Pari Manta - 2,494 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan pari gergasi laut biasanya dijumpai terdapat di perairan tropika dan juga subtropika. Rata-rata spesis ikan ini mampu mencapai panjang antara 4 hingga 5 meter dan bergerak pada kelajuan yang sangat pantas.

Namun, ia mempunyai pemangsa yang sangat dirisaukan termasuklah paus pembunuh, jerung dan juga manusia sebagai ancaman terbesar. Ikan pari Manta mampu mencapai berat maksimum 1,360 kilogram.

Walaubagaimanapun, ikan spesis ini yang paling besar pernah ditangkap adalah pada tahun 1933 di pantai di Florida, Amerika Syarikat. Lebar ikan ini mencecah 6 meter dan beratnya mencecah 2,494 kilogram, antara ikan paling besar dan berat pernah ditangkap manusia.

4. Mola-mola - 2,313 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan Ocean Sunfish atau ikan Mola Mola adalah ikan dari kelas Osteichthyes paling besar di dunia. Ikan tidak berekor ini boleh dijumpai di kawasan berair suam di seluruh dunia.

Berat purata ikan ini adalah di antara 247 dan 918 kilogram. Walaupun ikan ini terkenal kerana mampu menyebabkan kerosakan serius apabila melanggar bot, namun ia merupakan spesis jinak dan tidak memberi ancaman kepada manusia.

Ikan Mola paling besar dalam sejarah yang pernah tumpas di tangan manusia adalah seberat 2,313 kilogram pada tahun 1910 di Pulau Burung, Australia.

5. Jerung putih - 2,306 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Jerung putih mempunyai reputasi yang paling menakutkan dan diketahui kecenderungannya untuk menjadikan manusia sebagai mangsa.

Ikan jerung putih betina membesar sehingga saiz purata di antara 4.5 dan 4.8 meter, namun terdapat laporan mengatakan ia mampu mencapai lebih panjang dari itu.

Antara salah satunya digelar sebagai "Deep Blue", yang pernah dirakam berenang-rengang di Pulau Guadalupe, Mexico, mempunyai panjang 6.1 meter.

Namun, ikan jerung putih yang terbesar di dunia pernah ditangkap menggunakan joran adalah seberat 2,306 kilogram, di Pulau Phillip, Australia.

6. Sturgeon - 1,571 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Biasanya bersaiz di antara 2.13 hingga 3.66 meter, ikan Sturgeon dianggarkan mempunyai jangka hayat melebihi 100 tahun.

Ikan sturgeon Beluga adalah spesis yang terbesar dalam keluarga spesis ini dan merupakan sumber kepada caviar (telur ikan).

Ikaan sturgeon paling besar dalam sejarah pernah ditangkap adalah pada tahun 1827, di muara Sungai Volta, Ghana. Ikan tersebut mempunyai panjang 7.2 meter dan berat mencecah 1,571 kilogram.

Rekod-rekod lain yang dicatatkan adalah melebihi 5 meter.

7. Marlin - 751 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan Marlin dianggap sebagai sangat megah dan menjadi idaman setiap nelayan untuk menumpaskannya.

Cabaran yang diberikan oleh ikan ini adalah disebabkan oleh beratnya dan kebolehan untuk bergerak pada kelajuan 128 kilometer sejam.

Kebiasaannya ikan marlin mampu mencapai panjang 3.3 meter dan berat di antara 91 dan 181 kilogram, namun ikan marlin betina mampu mencapai saiz 4 kali ganda ikan jantan.

Antara ikan paling besar pernah ditangkap adalah ikan marlin biru seberat 751 kilogram pada tahun 1984 oleh Gary Merriman yang memberikan pertarungan sengit selama 2 jam 20 minit.

8. Tuna - 678 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan tuna bersirip biru Atlantik adalah spesis yang terbesar dari keluarga tuna dan menjadi subjek kepada banyak cerita-cerita dongeng. Ikan ini juga disenaraikan sebagai spesis terancam disebabkan oleh permintaan global yang tinggi.

Pada tahun 2010, seekor ikan tuna bluefin seberat 233 kilogram telah dijual dengan harga RM704,513 membuktikan bahawa ia merupakan antara ikan yang paling mendapat sambutan dan sangat berharga.

Ramai nelayan telah berjaya menangkap ikan tuna dengan berat melebihi 450 kilogram, namun yang paling besar pernah direkodkan adalah oleh Ken Fraser pada tahun 1979 di Nova Scotia, Canada.

Ikan tersebut mencapai berat 678 kilogram menjadikannya antara ikan paling besar pernah ditangkap dalam sejarah.

9. Keli Gergasi Mekong - 293 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Seekor ikan keli gergasi Mekong betina telah diiktiraf sebagai Ikan Air Tawar Paling Besar di dunia oleh Guiness Book of World Recods.

Ikan yang sangat cepat membesar ini boleh mencapai berat melebihi 180 kilogram dalam tempoh 6 tahun dan dilaporkan mampu mencapai berat sehingga 350 kilogram.

Walaupun ikan keli gergasi Mekon ini berada dalam senarai ikan terancam, namun dua orang nelayan di Thailand telah menangkap ikan ini seberat 293 kilogram di Sungai Mekong.

Dan melihatkan kepada saiznya pasti sudah dapat menjangkakan ia sangat sukar ditumpaskan, yang mana 2 jam diperlukan oleh 2 nelayan ini untuk menjinakkannya.

Jabatan Perikanan Darat Thailand kemudiannya mengambil telur ikan ini untuk tujuan pembiakan.

Cubaan untuk menyelamatkan ikan ini gagal dan akhirnya ia menjadi santapan makan malam bagi orang kampung.

10. Halibut - 233 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Dengan jangka hayat boleh mencecah 50 tahun, ikan halibut mampu membesar sehingga panjang mencapai 4.5 meter dan seberat 315 kilogram.

Daging ikan ini yang sangat sedap dan unik menjadikannya sebagai komoditi yang didambakan di seluruh dunia.

Pada tahun 2015, seorang nelayan dari Norway tersedar bahawa umpannya telah dimakan oleh seekor ikan halibut gergasi, yang membawa kepada pertempuran selama 90 minit dibantu oleh 3 orang yang lain di atas bot bersaiz 5.8 meter.

Kerana tidak mampu mengangkat ikan gergasi ini ke atas bot, mereka mengikat ekornya dan mengheret ikan ini ke pelabuhan. Ikan tersebut ditimbang dan beratnya mencecah 233 kilogram.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi