Friday, April 01, 2016

Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

Gambar Selfie Direnung Hantu Yang 'Menyeramkan'!?

Sekali pandang, ia hanyalah sekeping gambar selfie biasa yang dilakukan semua orang. Tapi jika dibelek dengan teliti maka bulu roma anda pasti akan meremang!

Gambar+Selfie+Seram

Perhatikan imbasan bayang wanita yang bergambar selfie pada kaca dibelakangnya, 'dia' sedang merenung!

Ada yang memberi komen bayang wanita itu adalah wanita lain tapi kalau pun andaian itu benar sudah tentulah itu jawapan yang lebih menyeramkan lagi.

Viral seluruh dunia

Gambar+Selfie+Seram [2]

Gambar ini sebenarnya sudah lama viral di Malaysia namun ianya mula tersebar secara meluas di luar negara apabila ia dimuat naik di laman perkongsian gambar, 9GAG.

Gambar itu kemudiannya menjadi bahan berita akhbar antarabangsa dari Rusia, RT.com yang menyifatkan gambar tersebut sebagai gambar selfie paling menakutkan di dunia.

Selain dari RT.com, gambar tersebut turut mendapat perhatian portal berita Singapura, Stomp, portal hiburan dari California, Uproxx, portal Metro.co.uk dan juga portal abplive.

Gambar itu juga turut diterbitkan oleh portal berita Georgia dan dikongsikan di Twitter dan juga Reddit.

BACA INI JUGA: 5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!

Saturday, December 05, 2015

5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

Selfie kini menjadi kebiasaan bagi setiap individu dan bukanlah satu perkara yang pelik. Malah, kian ramai yang sering berkongsi gambar selfie tak kira di mana sahaja.

Selfie

Tapi, sedar tak ada jenis-jenis selfie yang bila kita tengok je, rasa menyampah? Sememangnya bukan semua yang kita pos di media sosial orang suka. Ada juga yang membuatkan orang rasa meluat..

Di sini kami kongsikan antara jenis selfie yang buat orang rasa menyampah!

Selfie Gambar Makanan

Selfie Gambar Makanan

Beberapa ketika dulu viral isu ni di laman sosial, menimbulkan bermacam rasa tidak puas hati di samping ada juga yang bersetuju, kononnya mereka yang selalu upload gambar makanan ada masalah mental.

Selfie Pura-pura Tidur

Selfie Pura-pura Tidur

Yang ni memang sahih ramai yang menyampah, buat-buat macam tidur lepas tu selfie. Memang kantoilah kalau dah terjongket macam tu. Lagi teruk kalau ada pembalikan cahaya yang buat anda kantoi terang-terangan..

Selfie Bajet Cute

Selfie Bajet Cute

Kalau sekali-sekala pos gambar buat memek muka macam budak-budak, memanglah comel. Tapi kalau hari-hari cara yang sama, orang tengok pun meluat. Tak comel okay kalau hari-hari macam tu?

Selfie Muncung Itik

Selfie Muncung Itik

Jenis selfie muncung itik ni memang dari dulu kena kutuk. Kalau yang perempuan buat, mungkinlah boleh dimaafkan. Kalau tiba-tiba lelaki yang pos selfie macam ni, memang dah nazak sangat tu.

Selfie Di Gim

Selfie Di Gim

Ini memang gambar yang biasa kita tengok di laman sosial. Pergi gym, selfie untuk tayang badan yang berketul-ketul tu macam nak perhatian dan pujian. Memang orang menyampah kalau hari-hari “done workout” kot!

BACA INI JUGA: GILER! Video Selfie Paling EKSTRIM Atas Motorsikal!

Sumber: Mynewshub

Tuesday, June 23, 2015

Selfie Lepas Tarawih Hapus Pahala?

Selfie Lepas Tarawih Hapus Pahala?

Bayangkan senario ini. Anda sedang menunggu, atau baharu selesai mengerjakan solat sunat tarawih. Anda keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar sendiri ‘selfie’… atau mungkin juga ‘wefie’.

selfie

Gambar tersebut kemudian anda muat naik pula menerusi laman media sosial milik anda seperti Facebook atau Instagram – yang jelas menunjukkan anda masih lagi lengkap bertelekung, atau bersongkok.

Seorang pendakwah terkenal di negara kita dan bekas mufti kerajaan negeri Johor berpendapat, perbuatan tersebut mungkin tidak elok dan dibimbangi boleh menghapuskan pahala puasa anda sendiri.

Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.

Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor itu menambah, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat, sambil menambah, fokus ibadah ialah khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang.

“Semasa beribadah ini, kita sewajarnya perlu meninggalkan seketika alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah untuk dihebohkan pula kepada seluruh dunia!

“Apa tujuan kita ke masjid? Apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar ‘selfie’? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada,” ujar Nooh yang dipetik laman stesen berita Astro Awani.

Hajj-Selfie

Beliau turut menambah bahawa merakamkan ‘selfie’ selepas menunaikan beribadah turut dikhuatiri boleh membatalkan perasaan khusyuk dan keikhlasan sepanjang bulan Ramadan.

“Riak takabur menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri nak solat ke atau selfie? Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Awas! Fikir Dahulu Sebelum SELFIE!

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, December 26, 2014

Selfie Yang Membawa Padah

Selfie Yang Membawa Padah

Berselfie tidak salah jika dilakukan dengan cara dan niat yang betul. Malangnya, ada individu yang terlalu kemaruk mengambil gambar selfie sehingga menyusahkan diri sendiri juga keluarga.

Mari kita baca kejadian-kejadian buruk akibat terlalu asyik berselfie pada tahun 2014 ni..

Bakal Pengantin Maut Kemalangan Selepas Ambil Gambar ‘Selfie’

Collette Moreno, 26

Malang bagi seorang bakal pengantin perempuan apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke parti bujangnya Jun lalu.

Lebih menyedihkan, Collette Moreno, 26, baru beberapa minit mengambil gambar ‘selfie’ bersama pemandu yang juga sahabat baiknya, Ashley Theobald, 26.

Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan ke Tasik Ozarks, Missouri untuk parti tersebut.

Theobald yang cedera ringan memberitahu, dia cuba memotong sebuah lori yang mengeluarkan asap yang banyak sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap.

“Moreno ada asma yang teruk dan dia terbatuk-batuk. Jadi saya mengambil keputusan untuk memotong lori tersebut,” katanya.

Dia yang juga bakal pengapit Moreno tidak menyangka rakannya itu akan maut kerana wanita itu dilihat masih mampu menganggukkan kepala ketika Theobald bertanyakan keadaannya.

Sementara itu, tunangnya, Jesse Arcobasso, 28, memberitahu mereka sepatutnya berkahwin bulan Julai di Jamaica dan persiapan sedang rancak dilakukan.

Ibu Moreno pula masih belum mampu menerima hakikat kematian anak perempuannya itu dan menyatakan ia seolah-olah mimpi ngeri buat mereka.

Padah Selfie Dengan Pistol, Pemuda Tertembak Diri Sendiri


Tindakan seorang doktor haiwan pertengahan tahun ini merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.

Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.

Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.

Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.

Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.

Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru.

Terima Ugutan Bunuh Selepas Selfie Atas Kubur

Farish Aziz Selfie atas kubur

Aktor, Farish Aziz menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak gara-gara tindakannya memuat naik gambar ‘selfie’ di pusara saudara maranya pada 1 Syawal lalu.

Selain tersenyum gembira, Farish juga dilihat memijak salah satu kubur ketika dengan merakamkan gambar selfie terbabit.

Insiden yang berlaku bukan saja memberi impak kepadanya, malah anak, isteri serta seluruh keluarga Farish.

Selain dilemparkan dengan kata-kata kesat, Farish turut diberikan ugutan bunuh.

Imej Monyet Berselfie, Jadi Rebutan 2 Pihak

Monyet Berselfie

Bila monyet berselfie, manusia pula yang bergaduh. Itu berlaku kepada seorang jurugambar, David Slater, yang tidak gembira apabila gambar selfie monyet itu digunakan oleh Wikipedia secara percuma.

Slater kemudiannya meminta Wikipedia supaya memadamkan gambar berkenaan dengan segera dari dalam laman webnya namun tidak dihiraukan oleh Wikipedia.

Ia juga kini menjadi pertelingkahan melibatkan isu hak cipta antara Wikipedia dan Slater yang juga seorang jurugambar hidupan liar.

Menurut Slater, gambar selfie itu dirakamkan ketika dia berada di hutan Indonesia pada 2011.

Jelasnya meskipun monyet itu yang menekan butang kamera untuk merakamkan selfie itu, namun Slater mendakwa dia terpaksa menyediakan tripod dan input lain untuk menjayakannya.

“Ia bukannya monyet itu yang mencuri kamera, lari ke dalam hutan dan merakamkan gambar sendiri sebaliknya saya terpaksa menyediakan semua input lain,’’ katanya.

Bagaimanapun yayasan Wikimedia, iaitu kumpulan yang berada di belakang laman web berkenaan pula berpandangan Slater tidak memiliki hak cipta ke atas gambar berkenaan kerana dia tidak merakamkan gambar berkenaan.

“Tiada sesiapa pun yang memiliki hak cipta ke atas imeh berkenaan kerana di bawah undang-undang Amerika Syarikat, hak cipta tidak boleh dimiliki oleh bukan manusia.

“Kami memandang isu ini dengan serius dan selepas kajian lanjut dijalankan kami percaya gambar itu hak umum,’’ kata yayasan berkenaan.

Gambar Selfie 'Doggie' Di Tandas Petronas

Aksi doggie Nuraslinda Binti Afrizal

Seorang gadis Melayu terpaksa membuat laporan polis selepas gambar selfie sedang melakukan aksi 'doggie' bersama teman lelakinya di tandas petronas tersebar dilaman sosial.

Sibuk Rakam Selfie Sampai Kena Langgar Motor

Selfie-Extreme-DiLanggar-Kereta

Seorang remaja lelaki yang sedang merakamkan video selfie telah dilanggar sebuah motosikal ketika rakaman video itu dibuat Ogos tahun ini.

Video rakaman tersebut serta-merta menjadi popular di laman sosial Facebook dan remaja itu juga dikutuk kerana terlalu obses sangat dengan selfie sehingga tidak menyedari bahaya yang mendatang.

Remaja berkenaan merakamkan video di hadapan sebuah sekolah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Kluang, Johor bersama beberapa orang rakannya yang menunggang motosikal.

Ketika dia mahu memperkenalkan si Atan, dan ketika itulah dia dilanggar si Atan.

Tidak diketahu nasib adik yang merakamkan video berkenaan adakah mengalami cedera yang teruk atau sebaliknya.

Pasangan Maut Jatuh Gaung Ketika Selfie

Pasangan Maut Jatuh Gaung Ketika Selfie

Pasangan warga Poland yang sedang bercuti bersama anak-anak mereka di Portugal mati setelah jatuh gaung ketika cuba bergambar `selfie’ di tebing sebuah cenuram apabila mereka tergelincir dan jatuh ke gaung pada 10 Ogos tahun ini.

Anak-anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun, walau bagaimanapun, terselamat kerana berada di belakang pagar halangan.

Doktor Dipecat ‘Selfie’ Di Dewan Bedah

Doktor-Selfie

Beberapa doktor di daerah Shaanxi dihukum selepas mengambil gambar selfie berkumpulan di samping seorang pesakit di dewan bedah.

Tiga doktor didalam gambar tersebut dihukum diberhentikan kerja manakala beberapa doktor lain diberikan amaran, menurut Jabatan Kesihatan di Xi’an.

Gambar berkenaan, yang tersebar menerusi aplikasi popular WeChat, mengundang kemarahan orang ramai.

Kebanyakan orang ramai mempersoalkan sikap dan etika doktor-doktor berkenaan.

Gambar tersebut yang menunjukkan doktor-doktor berkenaan beraksi di samping seorang pesakit yang tidak sedarkan diri di dewan bedah selepas pembedahan yang berjaya dijalankan.

Menurut Xinhua, gambar tersebut yang bertarikh 15 Ogos diambil sebagai kenang-kenangan selepas pembedahan di sebuah dewan bedah lama.

BACA INI JUGA: Selfie, Gangguan Penyakit Mental

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, October 24, 2014

Gadis Selfie Dengan Mayat Bapa Kena Kutuk!

Gadis Selfie Dengan Mayat Bapa Kena Kutuk!

Tidak dapat dipastikan kenapa gadis cantik yang dikenali sebagai Fify Azmi atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohd Azmi yang juga peserta akhir pencarian Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro melakukan tindakan kurang bijak apabila berselfie di samping jenazah ayahnya.

Nur Afiqah Mohd Azmi

Lebih menyedihkan apabila gambar itu dimuatnaikkan di Instagram miliknya, fifyazmi90 sekali gus menimbulkan rasa kurang senang pada yang melihatnya.

Hinggakan, ada yang meninggalkan komen mempersoalkan ‘kesedihan’ gadis ini.

“Betul ke u sedih?? I dont think so, u know why?? Sebab bila darah daging kita meninggal especially our parents, x de masa pun nak pandang hp!” - demikian komen ditinggalkan ‘drhusnafadzil’.

Menurut ‘Abdul Hafiz’ pula, gambar selfie itu kurang enak dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu” - tulisnya.

Nur Afiqah Mohd Azmi [2]
Klik untuk paparan besar.

Bagaimanapun, selepas ramai yang menegur, Fify didapati telah memadamkan gambar tersebut.

Selain gambar selfie bersama jenazah bapa, Fify turut memuat naik gambar keranda bapanya diusung keluar serta gambar ibunya sedang bertafakur di tanah perkuburan.

Peserta Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro yang mempunyai pasangan kembar bernama Khalie ini, pernah memberitahu Harian Metro tentang keadaan arwah bapanya.

Nur Afiqah Mohd Azmi [3]

Ulas Fify ketika baru menyertai pertandingan ini:

“Untuk pengetahuan umum, kami datang daripada keluarga yang sederhana. Bapa saya dulunya bekerja tetapi sejak terlantar koma kerana asma kronik, ibulah yang mengambil alih tugas sebagai bapa.

“Antara sebab saya menyertai GM2, manalah tahu rezeki, saya boleh membantu meringankan beban keluarga.

“Ironinya, selepas tiga bulan bapa saya disahkan lumpuh, tiba-tiba I Like Entertainment Sdn Bhd selaku penerbit GM2 dan Harian Metro, akhbar rasmi pertandingan ini mengumumkan Pencarian GM2.”

Keputusan GM 2 bagaimana pun menyaksikan kemenangan menjadi milik Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf, gadis kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu dari Ampang, Selangor.

Nur Afiqah Mohd Azmi [4]

Selain itu, Fify juga merupakan peserta program Fear Factor Malaysia terbitan Astro yang digandingkan dengan pelakon Ungku Ismail.

Harap-harap segala teguran berkaitan insiden ini dipandang positif oleh Fify.

Janganlah terlalu sibuk nak cari perhatian sampai terlupa menjaga adab dan sensitiviti sebagai seorang Melayu beragama Islam.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, October 14, 2014

Ibadah HAJI Untuk Beramal Bukan ‘Berselfie’

Ibadah HAJI Untuk Beramal Bukan ‘Berselfie’

Seorang ulama terkenal Saudi semalam menggesa umat Islam yang menunaikan umrah atau haji supaya tidak taksub melakukan 'selfie'.

HAJI BERSELFIE [2]

Menurutnya, fenomena itu hanya mengganggu dan akan menjejaskan mereka daripada melakukan ibadah yang sepatutnya mereka lakukan ketika berada di Tanah Suci.

"Orang ramai biasanya melakukan untuk menunjuk-nunjuk. Ini bukan saja merosakkan seluruh ibadah mereka dan menjejaskan pahala yang mereka inginkan untuk datang ke sini," kata anggota jawatankuasa kesedaran haji dan juga pensyarah di Universiti Majmaah, Ali bin Abdul Aziz Al-Shibal.

"Mengambil gambar untuk memberitahu orang lain di mana anda atau untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu yang baik akan menjejaskan niat anda dan sekaligus melanggar tujuan sebenar matlamat anda.

"Lebih-lebih lagi jika ada jemaah lain yang turut muncul dalam gambar anda. Ia mencabuli privasi dan hak mereka," katanya.

Menurut Ali, Islam melarang umatnya meniru gaya, budaya dan tradisi orang bukan Islam.

"Orang Islam perlu bangga dengan budaya mereka sendiri," katanya.

Ulama itu juga memetik hadis Nabi Muhammad (SAW) yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang berbunyi: "Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka".

HAJI BERSELFIE

Beberapa ulama bersetuju fotografi digital dilarang kecuali untuk tujuan mustahak seperti merakam acara penting, mendedahkan penjenayah, mengeluarkan kad pengenalan, mengajar dan mencetak program berguna.

Ditanya sama ada pihak berkuasa akan melancarkan kempen menentang selfie pada musim umrah dan haji akan datang, Ali berkata: "Kempen kami bertujuan mendidik jemaah dan umat Islam lain daripada menjauhi amalan tidak Islamik."

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/1608

Thursday, July 03, 2014

GILER! Video Selfie Paling EKSTRIM Atas Motorsikal!

GILER! Video Selfie Paling EKSTRIM Atas Motorsikal!

Pada masa kini, perbuatan ‘selfie’ ataupun mengambil gambar diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain begitu meluas dilakukan orang di seluruh dunia.

Selfie Paling EKSTRIM

Disebabkan ia sudah pun dilakukan ramai orang, maka lebih ramai orang mahu melakukan selfie mengikut cara mereka tersendiri untuk menjadikan selfie mereka lebih berbeza daripada orang lain.

Di Facebook, telah tersebar satu video rakaman yang dibuat secara selfie melibatkan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berani sambil selfie.

Pelbagai aksi yang ekstrim dilakukan antaranya melakukan pusingan dengan motosikalnya 360 darjah dan merebahkan badannya, sebelah tangan memegang handle manakala sebelah lagi memegang monopod.

Satu aksi di dalam video berkenaan menunjukkan dia menunggang motosikal sambil mengheretkan kepalanya di atas jalan raya tanpa terjatuh.

Banyak komen orang ramai yang telah menonton video selfie antara terhebat ini menyuarakan kekaguman mereka pada aksi berani dan berbahaya ini.

Tidak kurang juga yang memuji kepekaan brader mat motor ini yang mengenakan pakaian keselamatan termasuk topi keledar ketika melakukan aksi berkenaan. -Mynewshub

BACA INI JUGA: Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!