Monday, June 02, 2014

Selfie, Gangguan Penyakit Mental

Selfie, Gangguan Penyakit Mental

Selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera web untuk tujuan dimuat turun ke laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter, kini menjadi fenomena di seluruh dunia daripada orang biasa hingga kepada pemimpin dunia.

Selfie, Gangguan Penyakit Mental

Begitu popularnya trend tersebut sehinggakan perkataan selfie dipilih sebagai perkataan tahunan 2013 selepas penggunaannya meningkat sebanyak 17,000 peratus sejak tahun sebelumnya.

Pemilihan tersebut dilakukan oleh syarikat penerbit, Oxford Dictionaries selepas perkataan Inggeris itu paling kerap digunakan pada tahun tersebut.

Begitupun, sebagai orang Timur lebih-lebih lagi beragama Islam, obses berkongsi gambar sehingga terlupa batas-batas dan had yang sepatutnya diselindung, tidak sewajarnya dilakukan.

Tambahan pula jika perbuatan itu sekadar mahu mencari kepuasan melihat gambar tersebut mendapat puluhan komen atau meraih ratusan atau ribuan like.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin berkata, selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait).

“Bergambar bukanlah sesuatu yang salah. Ia menjadi kurang wajar apabila perbuatan tersebut dilakukan secara berlebihan tanpa tujuan serta menimbulkan rasa jelek dan salah tanggapan, apatah lagi jika gambar tersebut dalam bentuk memalukan dan tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain.

“Selfie merupakan budaya baru membabitkan tabiat yang sukar dimengerti. Sebagai contoh, kalau dahulu hanya wanita sahaja yang obses untuk menonjolkan penampilan dan paras rupa mereka, tetapi sekarang golongan lelaki juga berebut-rebut berbuat demikian," katanya.

Menurut Siti Azura, bukanlah menjadi isu besar jika individu mengambil gambar sendiri mahupun bersama-sama kumpulan ketika sedang melakukan aktiviti dengan tujuan menyampaikan maklumat dan berkongsi kegembiraan.

Bagaimanapun, nampak aneh dan jelek di mata kebanyakan orang jika gambar tersebut sengaja diambil dengan aksi mengada-nada, seksi, gaya mulut itik (duckface) dan sebagainya.

Menurutnya lagi, tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja paling ramai berminat dengan tabiat selfie berbanding golongan dewasa dan orang tua.

“Dalam ilmu psikologi, remaja diklasifikasikan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan sedang mencari ‘identiti diri’ untuk membentuk keyakinan.

“Mereka adalah golongan yang mudah terikut-ikut dengan kawan dan budaya yang dilihat. Mereka juga adalah golongan yang tidak pandai menangani tekanan dan akan mudah hilang kawalan diri," katanya.

Beliau mengambil contoh, kes yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari England, Danny Bowman, yang menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 gambar selfie menggunakan telefon bimbit.

Tabiat pelik yang membelenggu remaja lelaki itu yang berlarutan selama tiga tahun akhir memakan diri apabila keadaan tersebut hampir meragut nyawanya. Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan gambar yang diambilnya hingga menyebabkan dia mengalami penyusutan berat badan sebanyak 20 kilogram.

“Bagi kes ini, saya rasa ibu bapa orang yang paling bertanggungjawab untuk memantau segala aktiviti dan tingkah laku anak mereka. Tidak salah jika ibu bapa mengambil tahu apa yang dilakukan anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan sebagai langkah berjaga-jaga," jelasnya.

Menurut Siti Azura lagi, individu yang gemar bergambar secara selfie kebiasaannya mempunyai motif untuk tujuan kepuasan sementara.

Golongan ini katanya, ingin memaklumkan atau berkongsi 'saat itu' atau aktiviti yang sedang dilakukan atas alasan berkongsi pengalaman dan rasa gembira.

“Ada sebahagiannya suka berbuat demikian untuk menghiburkan diri sendiri dan menghilangkan tekanan. Ada yang memuat naik gambar sendiri dalam laman sosial untuk tujuan perkongsian tanpa ada motif yang keterlaluan.

“Ada pula mereka yang keterlaluan dalam menunjuk sesuatu perkara sehingga berkongsi perkara yang sepatutnya menjadi hak privasi mereka seperti gaya tidur, saat bercinta, malah gambar dalam tandas pun mahu dikongsi dengan orang ramai," katanya.

Beliau mengambil contoh di Thailand, budaya selfie yang begitu popular terutama di kalangan remaja, menyebabkan Jabatan Kesihatan Mental negara itu telah mengeluarkan amaran kepada generasi muda yang terlalu obses.

Kerajaan Thailand berpendapat, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri, di mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

Menurut Siti Azura lagi, memberi terlalu banyak perhatian kepada gambar sendiri yang dimuat naik ke dalam laman sosial dengan harapan mendapat jumlah like paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan diri.

“Keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu berasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran.

“Mereka yang hilang keyakinan akan berasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoid, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan," jelasnya.

Selfie, Gangguan Penyakit Mental [2]

Menurut beliau lagi, salah satu penyakit mental yang selalu dikaitkan dengan perbuatan yang berulang-ulang dan ketidakupayaan diri adalah Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).

Ia adalah perasaan was-was yang melampaui tahap normal dan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit mental.

“Ramai sebenarnya yang mengalami penyakit ini, termasuk diri kita sendiri yang kadang-kadang kita tidak sedar, selain di kalangan ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan.

“Apa yang membezakan tahap keseriusan penyakit tersebut, dari tahap ringan hingga ke tahap kritikal, yang mana seseorang itu memerlukan ubat dan kaunseling di hospital.

“Penyakit ini boleh dikaitkan dengan selfie jika kita mempunyai simptom seperti was-was dengan diri sendiri seperti penampilan, bentuk badan, riak muka, wajah dan apa-apa aktiviti diri sendiri. Ini dituruti dengan pengambilan gambar dan memuat turut dalam kadar yang sangat banyak.

“Jika tabiat selfie menjadi satu penyakit yang tidak terkawal secara terus-terusan sehingga seluruh masa ditumpukan padanya, maka bantuan kaunseling boleh diberikan kepada mereka.

“Mereka boleh dibawa berjumpa kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan tabiat selfie yang dialami," ujarnya lagi.

Begitupun, beliau mengakui agak keterlaluan jika mengkategorikan tabiat selfie ini sebagai penyakit mental secara umum.

Hanya pakar psikiatri yang layak mendiognasisnya sebagai kecelaruan mental setelah dirawat.

BACA INI JUGA: Selfie Yang Membawa Padah!

[Sumber]

Wednesday, May 21, 2014

Selebriti Wanita Malaysia Ratu Selfie

Selebriti Wanita Malaysia Ratu Selfie

Semakin ramai anak muda termasuk golongan selebriti yang tidak ketinggalan memuat naik gambar mereka berselfie di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing.

Laman media sosial sangat membantu mempopularkan perkataan tersebut dengan menggunakan 'hashtag selfie' (#selfie) oleh pengguna laman sosial berkenaan termasuk para selebriti tanah air.

Gemar memuat naik gambar berselfie, mari kita lihat siapakah gerangan selebriti yang layak digelar ratu selfie.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Selfie

Diva yang sentiasa tampil senyumannya yang menawan, Dato' Siti Nurhaliza seringkali melayani karenah peminatnya di laman sosial Instagram dengan memuat naik beberapa keping gambar setiap hari.

Siti di antara selebriti wanita yang kekal aktif di laman sosial itu dengan memenuhkan lamannya itu dengan gambar selfie sendirian mahupun bersama rakan dan suami tercinta, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.

Penyanyi bersuara emas ini sibuk memeriahkan acara majlis hiburan seperti majlis setiausaha yang menggandingkan dirinya bersama pelawak terkenal Zizan dan sudah pun menunaikan impiannya dengan menghasilkan koleksi tudung sendiri hasil kerjasama bersama jenama tudung ternama, Ariani.

Lisa Surihani

Lisa Surihani Selfie

Isteri kepada pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim ini juga tidak melepaskan peluangnya berkongsi gambar menarik melalui laman Instagramnya.

Gemar berselfie bersama suami tercinta, Lisa turut menghiburkan pengikut dan peminat dengan aksi selfienya yang bersahaja.

Aktres yang pernah berganding bahu bersama Aaron Aziz dan Maya Karin menerusi filem terkenal, "Ombak Rindu" ini telah muncul dalam program hiburan popular, "E! News Asia" yang mana Lisa merupakan artis Malaysia pertama yang ditampilkan dalam program tersebut.

Nora Danish

Nora Danish Selfie

Pelakon jelita, Nora Danish memang terkenal dengan koleksi gambar selfienya yang dimuat naik di laman sosial.

Kerap memuat naik gambar bersama putera sulungnya, Rayqal serta jejaka yang digosipkan menjalinkan hubungan percintaan dengannya, Nedim Nazri.

Selain gambar dirinya sendiri, aktres yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 ini juga gemar mengemas kini media sosialnya itu dengan gambar-gambar menarik sekitar percutiannya di dalam mahupun luar negara.

Shila Amzah

Shila Amzah Selfie

Penyanyi kebanggaan tanah air, Shila Amzah gemar memuat naik gambar selfie tidak kira di mana sahaja dirinya berada sama ada di Malaysia mahupun di China.

Pemenang tempat ketiga pertandingan "I Am a Singer" ini semakin cemerlang langkahnya di negara tembok besar itu dan berharap para peminat sentiasa mendoakan kejayaannya di sana.

Shila bakal sibuk dengan persiapan album terbaru dan dua konsertnya yang akan diadakan di Shanghai, China dan Kuala Lumpur, Malaysia.

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Selfie

Penulis blog terkenal menerusi laman blognya, inibelogsaya.blogspot.com sering bergambar selfie dan mempamerkannya di dalam blog mahupun laman sosialnya.

Lebih dikenali kini sebagai seorang pelakon dan pengacara, Hanis pernah digosipkan bercinta bersama pelakon, Hairul Azreen.

Gemar berkongsi pelbagai tips menarik di laman blognya, Hanis turut memberitahu kepada para pembacanya mengenai tempat makan yang menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

[Sumber]

Wednesday, April 30, 2014

Selfie Yang Membawa Padah!

Selfie Yang Membawa Padah!

Istilah selfie kini menjadi semakin popular dalam kalangan mereka yang gemar mengambil gambar sendiri dan dikongsi di laman-laman sosial untuk tatapan dan komen oleh rakan-rakan alam maya.

Selfie-bawa-padah

Apa itu selfie? Selfie adalah perbuatan menangkap gambar sendiri menggunakan telefon bimbit atau webcam atau apa jua alat elektronik yang mempunyai kamera dan kemudiannya dimuat naik ke laman-laman sosial individu tersebut seperti instagram, facebook, wechat dan sebagainya.

Pada asalnya,ia dikenali sebagai self-potrait di dalam bahasa Ing­geris dan kemudiannya disingkatkan menjadi selfie.

Sejarah selfie ini dikatakan bermula sejak 1920 yang mana gambar selfie pertama diambil oleh Joe Byron di atas bumbung sebuah bangunan di New York. Kemudiannya gambar selfie tersebut ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk dijadikan tatapan orang ramai.

Kini selfie telah menjadi suatu fenomena yang kian popular di seluruh dunia terutamanya bagi mereka yang suka menangkap gambar sendiri.

Malah fenomena ini tidak mengira usia baik golongan remaja mahupun golongan dewasa.

Jika seseorang itu menangkap gambar sendiri untuk tatapan diri sahaja dan tidak dimuat naik di mana-mana laman sosial, maka ia bukanlah diistilahkan sebagai ­selfie.

Melainkan individu tersebut memuat naik gambar yang diambil ke dalam laman-laman sosial untuk dipertontonkan oleh rakan-rakan alam maya.

Persoalannya adakah perbuatan selfie ini mendatangkan faedah atau membawa padah kepada seseorang?

Pada 3 Mac lepas, berlaku kejadian dua gadis mati lemas ketika mandi di Sungai Lebir Manik Urai Lama, Kuala Krai. Insiden itu berlaku gara-gara kedua-duanya asyik merakam gambar selfie bersama-sama. Menurut kenyataan rakan mangsa, mereka dikatakan bergambar menggunakan telefon bimbit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus sungai.

Di London pula, seorang remaja lelaki, Danny Bowman, 19, yang terlalu taksub selfie menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar. Dia juga sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan dan menurunkan berat badannya sehingga 12 kilogram semata-mata untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna apabila bergambar.

Selain itu, ada juga segelintir masyarakat yang bergambar selfie tidak kena pada tempatnya. Contohnya merakamkan aksi selfie ketika dikejar kerbau di Texas. Golongan ini tidak mementingkan keselamatan asalkan dapat selfie walaupun perlu berhadapan dengan situasi ekstrem yang boleh membahayakan diri sendiri.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berpendapat selfie mungkin menunjukkan ciri-ciri narcisstic (suka diri sendiri) yang ada pada diri seseorang.

Dalam erti kata lain, mereka ingin menonjolkan keistimewaan yang dimiliki yang kadangkala tidak terserlah di mata orang lain jika tidak ditonjolkan secara begitu.

Katanya lagi, orang yang mempunyai kecelaruan personaliti mempunyai sifat-sifat yang perlukan pujian dan sanjungan berterusan daripada orang lain dan me­nyimpan kepercayaan bahawa mereka ialah seorang yang istimewa dan berhak mendapat tempat di hati masyarakat.

Namun, jika dilihat di negara barat kini terdapat trend terbaharu lebih ekstrem iaitu ‘sellofies’ yang mana seseorang itu mengambil gambar sambil memakai sellotape di seluruh muka kemudian memuat naik di laman-laman sosial untuk tatapan orang ramai.

Individu yang mengikut trend ini sanggup bersusah-payah membalut wajah mereka dengan sellotape sehinggakan wajah kelihatan hodoh semata-mata untuk dijadikan bahan ketawa dan nampak melucukan di mata orang ramai.

Inilah natijah apabila dunia semakin maju, alat elektronik semakin canggih, malah pemikiran manusia semakin jauh ke hadapan yang kadangkala melebihi batas pemikiran seseorang itu.

Sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa ingin mencetuskan suatu inovasi yang boleh diaplikasikan dan menjadi ikutan ramai dalam kehidupan seharian seperti trend selfie ini.

Namun seseorang itu perlulah bijak berfikir apabila ingin mengikuti trend terbaru yang diperkenalkan sama ada ianya mendatangkan faedah atau membawa padah kepadanya.

Oleh FATHIAH MD. HATA
*PENULIS ialah penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BACA INI JUGA: Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Monday, April 28, 2014

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar satu pasangan yang duduk di bahagian tingkap sebuah teksi untuk merakamkan gambar ‘selfie’ mereka mendapat kritikan hebat pengguna Internet apabila ia dimuat naik di laman sosial China baru-baru ini.

Stupid_Selfie

Mereka dilabel sebagai ‘mabuk atau bodoh’ kerana melakukan perkara berkenaan dalam keadaan teksi yang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam, sekali gus membahayakan keselamatan sendiri.

Ketika ditanyakan pemberita mengenai hal itu, pemandu teksi berkenaan menyatakan, pasangan itu tiba-tiba mengeluarkan badan mereka melalui tingkap di bahagian penumpang dan duduk sambil mengambil gambar berdua ketika dia sedang memandu di bandar dalam wilayah Lioning itu.

Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

Gambar ‘kebodohan’ pasangan itu tersebar secara meluas di Internet dan mengundang kritikan dalam kalangan pengguna yang melihatnya. –Agensi

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali


Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali

“Saya membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Pihak sekolah yang mendengar pengakuan remaja itu segera menghubungi pihak polis yang kemudiannya bergegas ke rumah mangsa dan menemui tompokon darah bermula dari dapur sehingga ke ruang tamu.

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali [2]

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian menyifatkan ia sebagai jenayah yang cukup menggerunkan.

Dua pisau yang sudah patah turut ditemui di bahagian dapur dan ruang tamu rumah tersebut.

Salah seorang bapa saudara remaja itu percaya pertengkaran antara Charles dengan neneknya ada kaitannya dengan televisyen.

Remaja itu kini ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga perbicaraan di mahkamah hujung bulan ini. -DailyMail

-Sentiasapanas.com

Thursday, April 03, 2014

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia.

Selfie

Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya?

Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:

Selfie

Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen.

Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej.

Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa, dan anaknya tiada di situ.

Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit.

Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak…

Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!

Seram tak?

Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, Wallahu’alam.

BACA INI JUGA: Gambar ‘Selfie’ Pertama Di Dunia!

Sumber: Mynewshub

Sunday, February 16, 2014

Gambar ‘Selfie’ Pertama Di Dunia!

Gambar ‘Selfie’ Pertama Di Dunia!

Pada masa kini, tiada apa yang menghairankan tatkala melihat ramai pengguna lama sosial memuatkan gambar ‘selfie’ mereka.

Joe Bryon Selfie

Jika anda fikir ‘selfie’ hanya wujud selari dengan kemunculan Facebook dan Instagram, anda sebenarnya silap!

Gambar ‘selfie’ terawal telah dirakamkan pada tahun 1909 oleh sekumpulan jurufoto di Manhattan yang bernaung di bawah syarikat The Bryon Company.

Joe Bryon Selfie [2]
Joe Bryon Selfie [3]

Pemilik syarikat, Joe Bryon bersama rakan-rakannya telah merakamkan gambar mereka di atas bumbung bangunan 5th Avenue, New York.

Koleksi gambar tersebut kini dipamerkan di Muzium New York untuk tatapan ramai.

Bagaimanapun, sumber tertentu menyebut ‘selfie’ yang pertama di dunia diambil oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius pada tahun 1839.

Robert Cornelius - First Selfie Picture in The World

BACA INI JUGA: 'Selfie', Obses Terhadap Diri Sendiri

Sumber: Mirror UK

Wednesday, December 25, 2013

'Selfie' Gaya Mulut Dimuncungkan Lebih Ramai Peminat!

'Selfie' Gaya Mulut Dimuncungkan Lebih Ramai Peminat!

Gambar diri sendiri atau Selfie dengan gaya mulut yang dimuncungkan menjana lebih ramai peminat di laman Instagram berbanding Selfie dengan senyuman biasa.

Selfies duck face

Menurut satu agensi pemasaran berkaitan gambar Curalate dalam satu analisis imej dalam Instagram, Selfie dengan mulut muncung atau ‘duck face’ menjana 1,112 peratus lebih orang akan klik “Like” pada gambar anda berbanding gambar biasa.

Selain Selfie, foto yang dirakamkan dengan latar belakang yang cantik dan kreatif turut menjana kira-kira 29 peratus lebih Likes selepas dimuatnaik dalam Instagram.

Analisis itu dibuat selepas Curalate memilih lebih 30 foto selepas meneliti 8 juta foto yang terdapat dalam Instagram.

Pelbagai jenama besar dunia menggunakan khidmat Curalate untuk tujuan pemasaran dengan menggunakan gambar.

Antaranya ialah Gap, Neiman Marcus, Campbell’s, Swarovski, Under Armour, Better Homes dan Gardens.

Kepada penggemar Instagram, anda boleh mula merakamkan lebih banyak foto dengan wajah ‘duck face’ bagi membolehkan diri anda semakin dikenali di Instagram.

BACA INI JUGA: Smartphone Murah Terbaik!

Sumber: Mynewshub