Monday, November 04, 2013

Kisah Sepotong Ayat Al-Quran Menangkis Teori ‘Bumi Adalah Mendatar’

Kisah Sepotong Ayat Al-Quran Menangkis Teori ‘Bumi Adalah Mendatar’

Info Agama. Seorang ulama terkemuka daripada Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M) telah menangkis teori cendikiawan Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan mendatar.

Ibnu Hazm

Idea logik Yunani tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu Hazm dengan hanya menggunakan hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang bermaksud;

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan sfera berdasarkan firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari bergantian untuk memberikan malam dan siang.

Tegasnya lagi, mana mungkin pengantian malam dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar dan rata. Atas dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.

Teori Ibnu Hazm

Teori Ibnu Hazm memberi dimensi baru dalam bidang astronomi. Meskipun diketahui bahawa terdapat beberapa individu daripada tamadun Yunani purba seperti Pythagoras(570M-495M) dan Parmenides (hidup pada abad ke-5 sebelum masihi) telah mendakwa bumi adalah sfera namun pembuktian tersebut masih diragui dan dipersendakan oleh masyarakat pada era mereka.

Teori Ibnu Hazm telah memberi inspirasi secara langsung dan tidak langsung kepada kepada ramai ahli astronomi selepasnya sepertiAl-Idrisi (1099-1165), Ibnu As-Shatir (1304-1375), Nasiruddin al-Tusi (1201-1274) dan ramai lagi.

Ibnu As-Shatir menggambarkan bumi adalah sfera 
sepertimana yang terkandung dalam manuskripnya.

Boleh dikatakan bahawa manuskrip-manuskrip ahli-ahli astronomi Islam pada abad pertengahan menggambarkan bumi adalah sfera sedangkan di Barat, ramai cendikiawan mereka masih ragu-ragu dengan fizikal bumi yang sebenar-benarnya.

Pembelajaran di Eropah pada abad pertengahan juga menerapkan konsep bumi adalah mendatar. Malahan ketika Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan memulakan perlayaran sudah ada kata-kata daripada ahli astronomi mereka meramalkan mereka tidak akan kembali dan jatuh terperosok ke lembah lautan.

Itulah hebatnya ulama silam. Ulama zaman dahulu tidak mengehadkan skop pengetahuannya kepada ruang lingkup agama dan ad-din semata-mata tetapi turut mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan subjek berkaitan sains dan logik. Atas semua sains dan logik, ia telah diterangkan secara terperinci mahupun tersirat di dalam al-Quran.

Lukisan karya Orlando Ferguson yang menggambarkan bumi adalah mendatar.

Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa al-Quran bukan kitab kosong sepertimana dakwaan para musuh-musuh Allah, akan tetapi sebuah kitab yang mengandungi hikmah dan pengetahuan yang luar biasa.

Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami. menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Surah Al-A’raaf 7:52)

[Sumber]

Sunday, October 06, 2013

Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?

Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna.

Minum Sambil Berdiri
Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? 
Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat.

Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka.

Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia.

Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan 
menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. 
Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.

SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney).

Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing.

Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya.

Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang mahsyur;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.” (Riwayat: Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!” (Riwayat : Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.” (Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan".


Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan 
sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta 
sistem penghadaman akan bertambah kemampuan 
(ability) untuk menerima makanan dan minuman.

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. 

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. 

Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul".

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini.

Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan.

Kedua, jika terdapat hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia 
samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak 
dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia.

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha).

Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber rujukan: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

BACA INI JUGA: Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi

Sumber: Apanamadotcom.wordpress.com

Thursday, July 11, 2013

Puasa Dan Kelebihannya Menurut Kajian Sains

Puasa Dan Kelebihannya Menurut Kajian Sains

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan.

Fasting

Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh.

Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

E-book fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini.

Beliau mengatakan: What do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
  1. program penurunan berat badan,
  2. mengeluarkan toxin tubuh,
  3. puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

BACA INI JUGA: Adakah Puasa Menjadikan Kita Lemah?

sumber: islamdigest

Monday, July 01, 2013

Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah

Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah

Info Agama. Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.


Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.

Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.

Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.

Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

BACA INI JUGA: Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya Dajjal

[Sumber]

Sunday, June 23, 2013

Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi

Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi

Pada tahun 1827 seorang saintis Inggeris, Dr Brown, dalam penyelidikannya telah menemui bahawa air hujan akan menyebabkan perubahan berlaku pada tanah.


Titisan-titisan hujan ini akan mewujudkan getaran serta menyebabkan molekul tanah bergoncang.

Tanah mengandungi pelbagai molekul yang terdiri daripada bijih-bijih oksida yang mampat antara satu sama lain. Ketika hujan turun, pergeseran bijih-bijih ini akan mewujudkan arus elektrik kerana ia mungkin terdiri daripada jenis-jenis mineral yang berbeza.

Bijih-bijih mineral ini akan ter'ion' dengan sendiri melalui tindak balas pergerakan itu. Jika terdapat penurunan arus elektrik dalam molekul-molekul tersebut, ia akan berubah menjadi ion positif. Manakala, sekiranya arus elektrik dikesan meningkat dalam molekul-molekul mineral berkenaan, ia berubah menjadi ion negatif.

Menurut Dr. Brown, secara faktanya ketika hujan membasahi bumi, molekul-molekul ion ini akan bergegar. Dan apabila titisan hujan menyimbah tanah daripada arah yang berbeza, gegaran dan goncangan molekul-molekul ion yang asalnya mampat akan merenggangkan jarak bijih-bijih.

Liang-liang yang terbentuk di antara mineral tersebut akan menyerap air hujan dan mengumpul air pada satu lapisan tertentu.

Dengan kata lain, molekul-molekul ini akan bertindak sebagai agen pengumpul mineral dan air di dalam tanah. Tumbuhan pula akan menyerap sumber air dan mineral ini melalui akar sebagai sumber makanan mereka.

Sekiranya molekul pengumpul ini tidak terbentuk, air akan terus menyusup ke dalam tanah dan tumbuh-tumbuhan akan mati dalam tempoh seminggu. Proses itu kata Dr. Brown, berlaku dalam satu aturan yang kompleks dan sangat sistematik.

Penemuan itu telah dilakukan oleh Dr. Brown ketika mana beliau cuba untuk mencari jawapan sebenar bagaimana sumber air boleh terkumpul di dalam tanah. Dan, hasil penyelidikan itu telah dikenali oleh komuniti saintis dunia dengan nama Brownian Motion yang diberikan sempena nama Dr. Brown sendiri.

Di sebalik teori yang dikemukakan oleh Dr. Brown, Al-Qur'an juga sebenarnya turut menyentuh tentang perkara ini.

Kitab suci umat Islam yang diwahyukan pada abad ke-7 itu telah menerangkan dengan jelas bagaimana proses pergerakan tanah dan penyerapan air berlaku.

Sepotong ayat daripada surah Al-Hajj, ayat 5 sudah cukup untuk menerangkan kesahihan itu.

Firman Allah yang bermaksud; "...dan kamu melihat Bumi kering, kemudian ketika Kami menurunkan air ke atasnya, ia bergetar (ih'tazzat) dan menelannya (warabat), lalu menumbuhkan tumbuhan dari setiap pasangan yang indah...", (Surah Al-Hajj ayat 5).

Melalui ayat ini, Allah bukan sekadar menerangkan pergerakan tanah yang berlaku, tetapi penerangannya merangkumi keseluruhan proses yang dikenali sebagai Brownian Motion itu.

Air hujan yang mencurah daripada ketinggian yang mumungkinkannya mencapai tahap kelajuan sehingga 46.8 kilometer sejam. Dengan kelajuan ini, ditambah lagi dengan sifat air hujan sebagai cecair, akan menyebabkan hentaman momentum berlaku dengan cukup kuat. Seterusnya, hentaman itu akan membuatkan molekul-molekul tanah bergetar dan bergerak.

Getaran tanah ini bukanlah sesuatu yang dapat dirasakan oleh panca indera manusia. Tidak seperti gempa bumi, pergerakan molekul ini berlaku sangat halus dalam jangka waktu yang cepat.

Pada tahap kedua, kata kuncinya adalah perkataan warabat yang membawa maksud menelan. Dalam ayat ini, Allah mengumpamakan proses penyerapan air itu dengan perkataan 'menelan' - seperti air yang ditelan tanah.

Kadar kemampuan tanah untuk 'menelan' air ini bergantung kepada partikel tanah itu sendiri. Semakin kecil partikel pembentukan tanah, semakin besar tenaga yang diperlukan oleh air untuk melewati partikel tanah tersebut.

Sebagai contoh, tanah berpasir adalah jenis tanah yang paling menyerap air, manakala tanah liat pula adalah karekter tanah yang paling sukar untuk menyerap air.

Pada tahap ketiga pula, Allah menerangkan tentang tumbuhan yang tumbuh di atas tanah, serta menyerap air sumber mineral yang terkandung di dalamnya. Dan, ketiga-tiga tahap ini mempunyai penjelasan yang sama dengan teori Brownian Motion yang dikemukakan oleh Dr. Brown pada tahun 1827.

Jelas sekali, fakta mengenai pergerakan tanah yang disebabkan oleh air hujan ini telah terlebih dahulu diterangkan oleh Al-Qur'an 1,400 tahun yang lalu.

Ia adalah bukti sahih bahawa Al-Qur'an adalah wahyu yang diturunkan oleh Maha Pencipta.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?

-SENTIASAPANAS.COM