Wednesday, October 03, 2012

Pencuri Ambil Kesempatan Rogol Penghuni Rumah

Pencuri Ambil Kesempatan Rogol Penghuni Rumah

Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya menjadi igauan ngeri apabila dirogol oleh lelaki tak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu.


Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah turut diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang lain.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pada 6 September lalu, kanak-kanak yang berasal dari Slim Village mengikut seorang rakan ke rumah kakak angkatnya di Kampung Petalin Baru untuk bermalam di sana selama beberapa hari.

Bagaimanapun, menurutnya, pada 12 September lalu, seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumah telah memecah masuk kediaman berkenaan.

"Suspek yang juga penganggur itu pecah masuk rumah tersebut melalui pintu dan merogol mangsa yang berada seorang diri di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan, kira-kira 12.30 malam.

“Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.

Kata Som Sak, pada keesokan harinya mangsa pulang ke rumah di Slim Village dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berkenaan kes itu.

Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Slim River sebelum ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk pemeriksaan dan mendapati anak sulung daripada lima beradik itu disahkan dirogol.

"Hasil siasatan polis, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang dikenal sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, dari Kampung Petalin Baru, Bidor.

"Suspek juga berada di bawah pengawasan polis dalam kes dadah dan dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur," katanya.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berhampiran.

-Sinarharian

Strauss-Kahn Lepas Dari Tuduhan Merogol

Strauss-Kahn Lepas Dari Tuduhan Merogol

Pihak pendakwa raya Perancis semalam, menggugurkan dakwaan rogol ke atas bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Kahn.


Keputusan itu dibuat selepas seorang wanita Belgium yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa rogol Strauss-Kahn menarik balik dakwaannya dan menyatakan perbuatan itu mendapat persetujuannya.

Terdahulu, Strauss-Kahn, 63, menafikan semua dakwaan keatasnya, termasuk tuduhan melanggan pelacur di Washington pada 2010.

-AFP

Saturday, September 29, 2012

Cabul Sepupu Ketika Main 'Pondok-pondok'

Cabul Sepupu Ketika Main 'Pondok-pondok'

Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun.


Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

BACA INI JUGA: Baju Elektrik Untuk Elak Perogol

Gadis Di Pukau dan Di Nodai 8 Lelaki

Gadis Di Pukau dan Di Nodai 8 Lelaki

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.


“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-Kosmo Online
Pelajar Malaysia Di Nodai 4 Lelaki Rusia

Pelajar Malaysia Di Nodai 4 Lelaki Rusia

Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini akan berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.

Gambar hiasan

Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone.

Friday, September 28, 2012

3 Sahabat Nodai Gadis Bawah Umur

3 Sahabat Nodai Gadis Bawah Umur

Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan setelah ditahan pihak polis kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Gambar hiasan

Ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

-Wowberita.org
Empat Gadis Jadi Mangsa Perogol Bersiri

Empat Gadis Jadi Mangsa Perogol Bersiri

Empat gadis dikenal pasti menjadi mangsa seorang lelaki, dipercayai perogol bersiri, yang ditahan polis semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah di sini hari ini.

Beliau berkata gadis berumur antara 17 dan 22 tahun itu dipercayai terpedaya dengan taktik lelaki itu yang menawarkan pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web.

"Modus operandi lelaki itu adalah dengan mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mereka agar menghadiri 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) malam ini.

Beliau berkata mangsa akan dihubungi suspek kononnya telah disenarai pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel-hotel sekitar ibu kota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri.

Ku menasihat pencari kerja melalui laman web khususnya wanita supaya lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dengan individu yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam, pada 2 pagi.

Suspek kini direman bagi membantu kes membabitkan samun dan rogol mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, katanya.

-Bernama
Lelaki Di Perkosa Wanita Untuk Sperma

Lelaki Di Perkosa Wanita Untuk Sperma

Berita mengenai kumpulan wanita merogol lelaki di Zimbabwe menarik perhatian banyak pihak. Mengapa wanita di negara berkenaan bertindak merogol lelaki tidak dapat dipastikan secara tepat, namun ada yang mengatakan ia ada kaitan dengan amalan ilmu tertentu.

Lelaki Di Perkosa Wanita Untuk Sperma

Yang pasti, mereka merogol untuk mengumpul air mani para mangsa dan walaupun jauh di Afrika, ia tetap menjadi perhatian dan bahan jenaka sampai ke negara ini.

Namun di Zimbabwe lain ceritanya, lelaki di sana sampai takut hendak menumpang kereta dengan perempuan.

Puluhan kes dilaporkan berlaku sejak berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar ‘pemburu sperma’, pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Setakat ini, polis negara berkenaan telah menahan tiga wanita (termasuk dua adik-beradik) berhubung kejadian itu.

Mereka ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai dan didakwa memperkosa 17 lelaki. Mereka dikenali Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

Kesemua mereka telah dibebaskan atas jaminan pada Oktober tahun lalu namun pendakwaan masih diteruskan. Antara mangsa wanita-wanita berkenaan adalah remaja, anggota tentera dan polis.

Dalam setiap kejadian rogol, adakalanya mereka menggunakan kondom ke atas lelaki yang dirogol, manakala pada waktu lain memaksa mereka (dengan menghalakan muncung pistol ke arah mangsa) untuk melakukan hubungan seks tanpa sebarang bentuk perlidungan.

Mereka turut dibantu seorang rakan lelaki dikenali sebagai Thulani Ngwenya.

Rasanya ada lelaki yang rela dirogol kot?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, September 27, 2012

Perogol Bersiri Berjaya Ditahan

Perogol Bersiri Berjaya Ditahan

Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri yang diburu polis sejak 2010 selepas merogol dan menyamun beberapa wanita ditahan di sebuah rumah di Shah Alam, semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mangsa supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.

Menurutnya, hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai hasil samun iaitu iPad dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

“Hasil siasatan awal, terdapat tiga kes dilaporkan dilakukan suspek di Kuala Lumpur dengan menggunakan modus operandi menawar iklan dengan gaji lumayan di laman web sebelum mengadakan temu duga di hotel".

Kebanyakan mangsa yang terpedaya akan dihubungi suspek kononnya disenarai pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel sekitar ibu kota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri dan berjanji akan membayarnya kemudian.

-Hmetro.com
Dirogol Masa Temuduga

Dirogol Masa Temuduga

Seorang gadis lepasan institut pengajian tinggi (IPT) bukan hanya disamun, malah turut dirogol ketika menghadiri temu duga di Taman Segar, Cheras, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan itu.

Hasil siasatan mendapati mangsa mengetahui tawaran kerja sebagai jurujual melalui satu laman web, yang menjanjikan gaji RM400 sehari, tidak termasuk faedah lain.

Terpengaruh dengan tawaran itu, mangsa kemudian menghadiri temu duga di sebuah hotel di Taman Segar, Cheras seorang diri sebelum disamun dan dirogol, katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, kejadian itu yang kedua dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, menggunakan modus operandi sama, selepas kes pertama dilaporkan akhir Julai lalu membabitkan mangsa berusia 23 tahun.

Kita tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes ini didalangi suspek sama. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek, katanya.

Berikutan itu, Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 (sambungan 167).

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan, katanya.

-Bharian.com.my