Sunday, November 19, 2017

12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

Siapa yang tidak rasa tertekan jika wajah dipenuhi jerawat, ditambah pula jerawat itu meninggalkan parut dan bekas berlubang pada wajah, akan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

Untuk menghilangkan bekas jerawat ini, anda boleh ikuti tips dan petua menggunakan bahan-bahan semulajadi yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Tidak perlu membazir dengan membeli produk-produk mahal kerana ternyata petua ini cukup mudah dan menjimatkan untuk menghilangkan parut di badan.

1. Madu

Madu sememangnya terkenal sebagai pelembap semulajadi yang memberi banyak manfaat dalam bidang kecantikan.

Selain membantu mengurangkan parut jerawat, ia juga boleh menjadikan wajah tampak lebih bersinar dan cerah.

Untuk mengurangkan parut jerawat, sapu madu asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit.

Setelah itu bilas dengan air bersih.

2. Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

3. Lemon

Lemon mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih elastik.

Malah patinya juga boleh membantu mengurangkan parut jerawat pada wajah.

Sapu pati lemon pada parut berjerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.

4. Guna timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

5. Minyak Zaiton

Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat.

Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat.

Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

6. Putih Telur

Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga mengembang.

Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang bernoda hitam disebabkan oleh parut jerawat.

Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air.

7. Kulit Kayu Manis Dan Bedak Sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus.

Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.

Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

8. Lidah Buaya

Lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat semula jadi terutamanya untuk menghilangkan parut di wajah.

Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu.

Untuk menggunakannya, anda perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.

Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

9. Masker Beras

Beras juga tidak ketinggalan menawarkan banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk membuat masker beras, ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk hingga halus. Rendamkan semalaman dengan segelas air.

Keesokan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah.

Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan ke wajah terutamanya pada bahagian yang berparut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

10. Asam Jawa

Asam jawa yang sering digunakan dalam pelbagai menu masakan juga boleh membantu menjaga kulit wajah dan mengurangkan kesan jerawat. Caranya mudah sahaja.

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair.

Kemudian sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut kira-kira 20-30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih.

Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.

11. Jus Timun

Timun sangat bagus sebagai penyegar semula jadi untuk kulit, selain memperbaiki tekstur kulit, menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda.

Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang berparut.

Biarkan selama 20-30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

12. Daun Sirih Muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Tuesday, November 14, 2017

Ketahui Tarikh 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing Ikan!

Ketahui Tarikh 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing Ikan!

Hobi memancing bukan bukan hobi sembarangan. Ia perlukan ilmu untuk mengetahui waktu mana yang sesuai untuk memancing bagi mendapatkan pulangan yang lumayan.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

Waktu bila ikan lebih agresif dan memberi lebih keterujaan untuk bertarung dengan ikan-ikan tersebut. Tak guna kalau aksesori mahal kalau ilmu memancing kosong kan?

Satu page yang dikenali sebagai Dunia Memancing telah berkongsi info bagaimana untuk menentukan waktu ikan lebih agresif dan memberi pulangan yang lebih lumayan untuk kaki pancing berdasarkan perkiraan dalam kalendar.

Jom ikuti perkongsiannya.

Elakkan kumpau berdarah kerana ia akan terus menjatuhkan semangat anda ketika memancing.

Perkongsian masa bila air terbaik untuk pancing. Sebelum ni memang dah pernah share dan jadual yang saya buat tu pun ada tersilap sebab bulan Melayu tiada 31 haribulan so abaikan part itu.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

Pengalaman sebelum-sebelum ini yang mana saya telah belajar dengan nelayan terdahulu dan telah dipraktikkan sekian lama.

Air pancing ataupun air merawai senang cerita air yang ikan mencari umpan sangat agresif adalah 9,10,11 @ 25,26,27 mengikut bulan Melayu.

Selain dari hari itu bukan tak boleh tapi tak berapa cun kerana ikan kurang agresif untuk memakan umpan.

Air besar arus terlalu deras dan jika air bani ikan kurang agresif kerana kandungan oksigen kurang dalam air.

Fenomena ini terjadi kerana air laut yang sebelum ini bani (tidak berarus/air mati) bertukar menuju ke air besar.

Senang cerita air nyorong besar, boleh perhatikan bulan jika terang sekali, gelap sekali, atau separuh ia tidak sesuai untuk pancingan.

Ia lebih kepada aktiviti lain untuk nelayan dengan alat tangkapan yang berbeza.

Bagaimana untuk memahami jadual tersebut adalah. Cuma perlu ingat 9,10,11 @ 25,26,27 hari bulan Islam dan ditukarkan ke kalendar biasa untuk memudahkan perkara selanjutnya.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

1 hari akan berlaku 2 kali air pasang dan 2 kali air surut, setiap sesi pasang surut juga ada misi tersendiri.

Jika air surut kering pagi bermakna ia sesuai untuk pancing tepi atau sungai pada waktu tu.

Dan sebelah malam sesuai untuk pancingan laut dalam kerana arus tidak berapa kuat di sebelah malam.

Dan jika air surut kering petang bermakna kalau awak mancing tengah laut agak sukar kerana arus deras.

Semua elemen ini perlukan segala gabungan jadual untuk betul-betul spot masa yang terbaik untuk pancing, ia adalah benar belaka.

Diibaratkan seperti anda berniaga ketika orang sedang gaji, tiada tawar menawar tak lecehnya terus jatuh duit, jadi perumpamaan ia sama seperti memancing umpan dah lunyai pun dia sebat.

Jika anda mengikuti jadual ini pasti akan terasa ia benar-benar fakta yang betul, sampai lenguh tarik ikan dengan hasil yang luar biasa.

Faktor kita pakai langgar sahaja hari pancing kerana kita bekerja jadi, waktu cuti sahaja yang sesuai.

Laut tidak akan ikut masa kita sebaliknya kita yang perlu ikut fenomena tersebut. Kebanyakan tekong tahu perkara ini cuma ia sukar untuk cerita satu persatu.

Biasa hari-hari tersebut dah kena booking oleh otai-otai berpengalaman atau owner tu sendiri yang turun pancing sebab hasil pancing pada waktu tu boleh cover segala kos.

Kenapa Tarikh 6, 7, 8, 26, 27 Dan 28 Ikut 'Bulan Melayu' Hari Paling Sesuai Memancing?

Surut kering bermaksud laut surut jauh kalau tengok jadual air tu akan nampak berapa meter paras air surut, ia tak sama tahap jauh surutnya. Jadi kalau nak pancing tu pilih masa air pasang leleh atau air gerak slow.

Kenapa fenomena ini terjadi, beberapa idealogi mengatakan kebanyakan ikan hendak berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana ketibaan air besar nanti membantu dia untuk bergerak dengan lebih laju tanpa penat lelah untuk berenang. Hanya ikut arus kemana pergi.

Dan dalam masa yang sama ikan perlukan banyak makanan untuk bekalan kerana ikan akan berlindung di suatu tempat untuk berehat ketika air surut kerana tidak mahu kebelakang kembali.

Sebab tu pemancing akan dapat ikan pelik-pelik pada waktu ini.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

sumber: siakapkeli

Thursday, November 02, 2017

3 Jenis Daun Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

3 Jenis Daun Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman dan pelbagai langkah sama ada pengunaan racun perangkap telah di lakukan tapi bukannya semakin berkurangan malah semakin banyak.

Kalau nak guna racun pula, bila tikus mati di tempat-tempat tersorok susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah.

Tapi ada 3 bahan semulajadi ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus daripada datang ke rumah kediaman.

1. Daun durian belanda

Durian belanda

Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut.

Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.

Bukan sekadar berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.

2. Buah mengkudu

Buah mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh mengelak kehadiran tikus di rumah kan?

Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

3. Daun pudina

Daun pudina

Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.

Namun, kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis.

Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Kencing Tikus? Punca Jangkitan, Simptom Dan Rawatannya

sumber: ohduniawi

Sunday, July 23, 2017

7 Sakit Yang Boleh Di Sembuhkan Dengan Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu

7 Sakit Yang Boleh Di Sembuhkan Dengan Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda bahawa limau kasturi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang ramai tidak mengetahuinya.

Khasiat Limau Kasturi

Ramai yang menggunakan limau kasturi untuk menambah rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan.

Namun begitu, berikut adalah khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

1. Batuk

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2. Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.

Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar.

Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4. Lelah

Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan

Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

6. Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap.

Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7. Kepala Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.

Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Tak Tahu

sumber: sehinggit

Tuesday, May 09, 2017

5 Cara Terbaik Cerahkan Bibir Hitam

5 Cara Terbaik Cerahkan Bibir Hitam

Bibir hitam terjadi disebabkan daripada terlalu kerap minum kopi, teh dan juga merokok. Ingin mengembalikan warna cerah pada bibir anda?

Bibir Hitam

Ini beberapa cara yang boleh anda cuba.

1. Serum Lemon Madu

Serum Lemon Madu

Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioleh merata di bibir.

Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.

2. Topeng Buah Beet

Topeng Buah Beet

Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.

Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.

3. Minyak Badam

Minyak Badam

Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.

4. Jus Timun

Jus Timun

Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.

5. Skrub Kunyit

Skrub Kunyit

Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.

Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supayan bibir lebih bersih dan cerah.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Bentuk Bibir Wanita

sumber: vemale

Sunday, November 06, 2016

Serbuk Kopi Cara Berkesan Halang Lintah Bulan Rosakkan Tanaman

Serbuk Kopi Cara Berkesan Halang Lintah Bulan Rosakkan Tanaman

Lintah bulan merupakan perosak utama terhadap tanaman anda dengan entuknya seperti siput yang tidak bercangkerang dan saiz nya antara suku inci hingga 10 inci.

Lintah+Bulan

Lintah bulan juga mempunyai pelbagai warna dan bentuk dan biasanya akan meninggalkan kesan buruk terhadap tumbuhan anda terutamanya tumbuhan yang masih belum matang.

Lintah bulan biasanya akan menyerang pucuk-pucuk muda.

Disebabkan itu, perosak ini berisiko tinggi untuk memusnahkan keseluruhan tumbuhan yang diserang dan pastinya anda ingin tahu cara menghapuskan lintah bulan.

Jika anda ternampak tumbuhan mempunyai kesan-kesan disinggahi lintah bulan, segera ke dapur dan cari bahan-bahan yang boleh mencegah lintah bulan dari datang semula.

Antara bahan-bahan yang terdapat di dapur yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini adalah dengan penggunaan kopi.

Selepas anda minum kopi, jagaan dibuang sisa kopi yang pekat tersebut.

Masukkannya ke dalam botol dan semburkan ke bahagian daun yang mempunyai kesan kehadiran lintah bulan.

Dengan cara ini, menggunakan kopi akan mencegah lintah dari terus merosakkan tanaman.

Sembur di bahagian atas daun dan di bawah daun, bahagian batang pokok dan di bahagian permukaan tanah.

BACA INI JUGA: 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

Sumber: Impiana

Bubuh Garam Ketika Membasuh Pakaian Supaya Lembut

Bubuh Garam Ketika Membasuh Pakaian Supaya Lembut

Baju yang lembut akan membuat pemakainya merasa selesa. Kadang-kadang ada pakaian hanya nampak bagus tetapi tak selesa dipakai dan kain yang keras juga akan menyusahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti.

Lembutkan pakaian

Usah bimbang, kali ini kami akan berkongsikan tips mudah menjadikan pakaian lebih lembut hanya dengan menggunakan garam. Semak tip lengkap ini..

Sediakan bahan:
  • 2.5 liter air
  • 100 gram garam

Caranya:
  • Siapkan air dalam baldi.
  • Tambahkan garam dan kacau rata.
  • Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
  • Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.

Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain.

Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!


BACA INI JUGA: Downy Malaysia Nafi Ada Unsur Babi?

Sumber: MW