Tuesday, April 14, 2015

8 Tips Menangani Putus Cinta

8 Tips Menangani Putus Cinta

Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya.

Putus Cinta

Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih.

Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang.

Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta adalah perit.

8 Tips Menangani Putus Cinta

1. Be positive

happyJangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana.

Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda.

Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia.

Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.

“Pain is inevitable. Suffering is optional” -M. Kathleen Casey

2. Sibukkan diri

Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi.

Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej.

Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama.

Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.

3. Lakukan aktiviti fizikal dan riadah

Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi.

Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu.

Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.

4. Berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas!

Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.

Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu.

Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.

“Laughter is the best medicine”

5. Stay single!

Jangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang.

Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.

Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan.

Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah.

(Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)

Putus Cinta [2]

6. Jangan stalk ex anda

Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun Facebook si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya.

Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun Facebooknya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya.

Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan.

Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!

“You don’t actually miss him. You miss who you thought he was.”

7. Masih ada yang sayang

Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri.

Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.

8. Lepaskanlah apa yang terpendam

Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.

Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati.

Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…

BACA INI JUGA: Misteri Kalimah Cinta Yang Tersembunyi

sumber: zoncinta

Monday, April 13, 2015

Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara

Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara

Khayalan tentang jodoh yang sempurna seringkali membutakan mata hati kita. Akibatnya, kita menutup diri dan jodoh semakin sukar diperolehi. Hakikatnya, cinta sejati tidak selalu ditemui pada si dia yang 'sempurna'.

Jodoh

Dalam sebuah hubungan, kita dan pasangan sama-sama menciptakan ruang untuk saling belajar dan saling memahami.

Dalam ruang tersebut, ada banyak perkara yang harus kita sesuaikan. Banyak masalah dan cabaran baru yang muncul. Dan disitulah peluang untuk kita saling menerima antara satu sama lain.

Kita sebenarnya boleh dengan mudah jatuh cinta pada seseorang yang tidak memenuhi kriteria 'sempurna' pada mata kita.

Hakikatnya, semua hubungan berasaskan kepada empat perkara ini untuk bertahan sehingga ke akhir hayat.

Dalam erti kata lain, anda boleh menghabiskan seluruh hidup anda dengan seseorang asalkan dia memiliki empat perkara dibawah..

1. Membuat anda sering berasa selesa

Ketika berbual misalnya, anda boleh merasa begitu selesa. Terasa ada banyak topik perbualan yang tidak pernah habis ketika anda menghabiskan masa berdua dengannya.

Selain itu, ada beberapa persamaan minat yang boleh membuatkan anda semakin selesa berada bersamanya.

2. Wajah yang selalu membuatkan anda tersenyum

Mungkin dia tidak tampan atau cantik seperti wajah pelakon kegemaran anda. Tetapi entah mengapa, anda selalu merasa bahagia ketika memandang wajahnya. Faktor ini pun sudah cukup untuk membuatkan anda mabuk asmara.

3. Memiliki impian yang sama

Meskipun anda dan dirinya memiliki beberapa perbezaan, tetapi disebabkan dia mempunyai impian besar yang sama dengan anda, kamu akan mantap melangkah bersamanya.

Impian dan tujuan hidup yang sama akan semakin memperkuat hubungan cinta. Ketika ada masalah atau konflik, pasti akan ada jalan keluarnya kerana ada jalan hisup yang sama diantara anda berdua.

4. Boleh berkomunikasi dengan jujur terhadap pasangan

Sikap terbuka dan komunikasi yang baik akan membuatkan anda merasa lebih selesa ketika menghabiskan masa berdua dengannya.

Kalau pun ada masalah, anda tidak bimbang terjadi salah faham kerana yakin dia akan jujur pada anda.

Setiap hubungan memiliki keunikannya yang tersendiri. Sebuah hubungan tidak ubah seperti suatu perjalanan. Semuanya bergantung pada cara kita menangani semua konflik dan cabaran yang ada.

BACA INI JUGA: 14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, December 17, 2014

7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

Ketahuilah wahai lelaki sesungguhnya apabila seseorang wanita itu mengajak anda berkahwin, ini menunjukkan bahawa wanita tersebut yakin anda mampu memimpin dan membimbing mereka serta bersama menjalani pahit manis kehidupan bersama.

Lelaki

Tetapi mengapa lelaki tidak memahami impian dan kehendak wanita? Bila diajak berkahwin, 1001 alasan yang diberi. Macam-macam!

Sehingga ianya membuatkan para wanita berasa menyampah dan muak dengan alasan-alasan yang diberikan.

Kenapa perkara ini terjadi? Adakah sememangnya lelaki tidak mahu berkahwin dengan si wanita tersebut? Atau lelaki menganggap wanita seolah-olah alat permainannya sahaja?

Jom kita tengok alasan-alasan popular yang sering digunakan oleh para lelaki bila si wanita mengajak mereka berkahwin:-

7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin:

#1. Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa.

Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada, “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.

#2. Saya Tak Ada Duit

Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya.

Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.

Macamana nak cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain.

Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.

#3. Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya

Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan?

Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama.

Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?

Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula.

Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?

#4. Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu

Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita.

Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.

Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.

#5. Ibubapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya

Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua?

Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.

Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya disini siapa yang mahu berkahwin?

#6. Saya Nak Hidup Bebas Dahulu

Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya?

Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai.

Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.

Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah.

Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan diradio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wah, bukankah best begitu!

#7. Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai

Memang diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagiaan yang mereka bina itu musnah ditengah jalan.

Ianya adalah mimpi ngeri bagi mereka apabila kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.

Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu.

Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit.

Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan? Ada sesetengah pasangan lepas gaduh je dapat anak.. Hehe :D

Kesimpulan

Wanita ini kadang-kadang bukannya rumit sekiranya si lelaki boleh membaca isi hati mereka dari reaksi muka dan tingkah laku mereka.

Wahai lelaki, janganlah takut untuk berkahwin kerana perkahwinan itu sebenarnya adalah pembuka rezeki dan pintu kebahagiaan anda.

Janganlah mudah berkata dan memberikan alasan-alasan kerana jika anda betul menyayangi dan mencintai wanita anda, anda patut segerakan perkahwinan antara anda berdua.

Tidakkah anda takut sekiranya si dia dilamar oleh orang lain sebelum anda?

Sekiranya niat kita itu ikhlas kerana agama, Insyallah Dia akan mempermudahkan segala urusan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zoncinta

Friday, May 23, 2014

Pengertian Cinta Bagi Seorang Lelaki

Pengertian Cinta Bagi Seorang Lelaki

Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan dan mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius.

Cinta Bagi Seorang Lelaki

Jika anda berusaha sebaik mungkin, pastinya jodoh tidak akan ke mana. Kenali cara berfikir seorang lelaki seperti dibawah ini dan bersabarlah.

KETAHUI APA YANG DALAM FIKIRAN SEORANG LELAKI?

Jika kamu melayaninya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak, kamu akan dikatakannya sombong.

Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia akan mengatakan kamu out-of-date!

Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia akan mengatakan kamu tiada otak!

Jika kamu lebih bijak daripadanya, dia akan kehilangan muka. Jika dia lebih bijak, dia akan berbangga dan merasakan dirinya yang paling hebat.

Jika kamu tidak cinta kepadanya, dia akan berusaha mendapatkan kamu. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkan kamu.

Jika kamu mengadu masalah kepadanya, dia akan mengatakan kamu menyusahkan. Jika tidak, dia akan mengatakan kamu tidak mempercayai mereka.

Jika kamu cerewet padanya, dia akan menuduh kamu berlagak seperti seorang pengasuh. Tapi jika dia yang cerewet pada kamu, katanya itu kerana dia prihatin.

Jika kamu melanggar janji, katanya kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang mungkir, dia melakukannya kerana terpaksa.

Jika kamu merokok, kamu adalah gadis liar! Tapi kalau dia yang merokok, dia seorang yang gentleman.

Jika kamu menyakitinya, kamu perempuan kejam. Tapi jika dia yang menyakiti kamu, katanya kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit untuk dibahagiakan.

Jika kamu mengirimkan ini kepada lelaki, mereka akan bersumpah bahawa semua kenyataan ini tidak benar. Tapi jika kamu tidak mengirimkan pernyataan ini kepada mereka, kamu akan dituduh egois.

Jadi, kirimkan pernyataan ini kepada semua rakan lelaki kamu, yang special mahupun yang biasa-biasa di luar sana dan juga kepada semua teman untuk berkongsi tawa bersama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, October 05, 2013

Apa Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

Apa Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

Apa sebenarnya yang lelaki mahukan didalam sesebuah perhubungan? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang yang masih belum mampu memahami suami ataupun teman lelaki mereka.

Apa Lelaki Mahu Dalam Perhubungan
Gambar hiasan.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa sebenarnya yang lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus diingat walaupun masa beredar dan dunia di sekeliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah perhubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.

Lelaki, jauh di sudut hati mahukan isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh menjadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita yang boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik merupakan ciri yang sangat penting.

Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat-menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa yang orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut.

Lebih penting lagi, dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelak tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat yang sama sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com