Monday, March 11, 2013

Gempar! Bapa Saiful Bukhari Sertai PKR

Gempar! Bapa Saiful Bukhari Sertai PKR

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim pagi ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Penyerahan itu dibuat di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sesi penyerahan itu pun agak tegang dan kecoh apabila wartawan yang hadir dilarang bertanya banyak soalan kepada Azlan.

Ramai wartawan ingin mengetahui mengapa Azlan sanggup mengkhianati anaknya sendiri.

Seperti biasa, itu sahajalah tahap kebebasan media yang dicanang pembangkang di negara ini.

Azlan beberapa hari lalu membuat kejutan dengan berkata anaknya menjadi mangsa konspirasi dalam isu Liwat II.

Beliau membuat demikian melalui sidang media yang hanya dihadiri wartawan-wartawan media pembangkang seperti Malaysiakini dan Harakah Daily.

Namun, Saiful tampil dengan sidang media mempertahankan bahawa dirinya diliwat Anwar Ibrahim dan tiada sebarang konspirasi.

Saiful menyifatkan Anwar bermain permainan yang jijik apabila sanggup mempergunakan bapanya.

Kemunculan sekeping gambar pertemuan rahsia Azlan dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini menimbulkan teka-teki apakah ada sesuatu yang dirancang kedua individu terbabit.

[Sumber]

Tuesday, February 26, 2013

Pakatan Rakyat Umum Manifesto PRU 13

Pakatan Rakyat Umum Manifesto PRU 13

Konvesyen Pakatan Rakyat kali keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin memberikan tumpuan kepada pelancaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-13.


Dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tumpuan utama manifesto mereka menjurus kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kerajaan Rakyat dan Kesejahteraan Rakyat.

Antara pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat ialah menyediakan sejuta peluang pekerjaan selepas mengambil alih kerajaan Pusat, mewujudkan tabung dengan dana bernilai RM 2 bilion bagi membantu pelaksanaan gaji minimum, meningkatkan jalur pendapatan cukai tahunan maksima daripada RM200,000 kepada RM400,000.

Pakatan Rakyat juga turut menjanjikan pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta saman AES yang dikeluarkan, menaikkan sumbangan kerajaan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) daripada 15 kepada 20 peratus.

Pakatan Rakyat juga mahu mewujudkan Suruhanjaya Kontrak dan Konsesi Awam bagi menilai semula semua projek yang telah dianugerahkan kepada pihak tertentu tanpa melalui tender terbuka, menghentikan projek nadir bumi Lynas di Gebeng dan menilai semula semua fasa Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang.

Selain itu, Pakatan Rakyat mahu mewujudkan Skim Perintis Rakyat untuk melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknikal, menubuhkan lima lagi universiti dan 25 sekolah vokasional baru.

Turut dijanjikan, Skim Bonus Warga Emas dengan insentif sebanyak RM1,000 setahun, Caruman Wanita Malaysia, kerajaan akan sumbang caruman sebanyak RM50 sebulan bagi setiap isteri yang layak, manakala suami akan sumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan, mengikut kadar pendapatan, memelihara hak tanah dan kebajikan Orang Asli.

-mStar

Friday, February 22, 2013

 Anggota ATM Hanya Layak Diludah!! - Suara Pakatan Rakyat

Anggota ATM Hanya Layak Diludah!! - Suara Pakatan Rakyat

Kenapa penulis tidak terkejut dengan pendedahan 4 bekas pegawai tinggi ATM mengenai kegiatan rasuah yang berleluasa di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang didedahkan mereka dalam Suara Keadilan kelmarin?


Sebab perkara itu sudah jadi rahsia umum, semua orang pun tau, nak membuktikannya itu sahaja yang susah sebab yang terlibat dari atas sampai ke bawah.

Banyak mata yang nampak, banyak juga pihak yang sedar tapi tak mampu nak berbuat apa-apa kerana status ‘Diraja” yang terdapat pada kebanyakan kor dalam ATM.

Menteri Pertahanan pun dikatakan tak boleh nak kacau.

Khabarnya, status itu memberikan lesen besar kepada pegawai-pegawai tinggi tentera dan kakitangan bawahan mereka untuk berbuat sesuka hati terutama dalam soal perolehan. Sumber menyatakan, dari Wisma Padang Tembak, Batu Kantomen sampai ke kem-kem tentera, semuanya terbabit dengan penyelewengan.

Rasuah dalam MINDEF/ATM ini, samalah seperti kegiatan sumbang Chow Kit sana. Semua orang pun tau Chow Kit sarang pelacuran, tapi siapa yang berani ambil tindakan?

Ironinya, kadang-kadang yang sedar akan perbuatan rasuah dalam MINDEF ini adalah di kalangan “Diraja”, “Diraja” ini juga. Contohnya, Sultan Johor pernah murka kerana anggota tentera (Regimen Komando) dibekalkan dengan peralatan ketenteraan tidak bermutu, tidak sepadan dengan harga yang dibayar.

Sehingga ke tahap dia sendiri mahu mengambil alih proses pembelian tersebut. Parah tak parah.

Apa pun, itu bukan isunya. Isunya, kegiatan rasuah di kalangan anggota tentera ini memang lumrah. Sebab itu pemimpin tentera yang masih berkhidmat kelihatan mewah. Main golf dari pagi sampai ke malam, kurusnya tak juga. Perempuan, arak dan sebagainya adalah perkara ‘biasa’ yang tak perlu diulas panjang lebar.

Baru-baru ini ada kes kena tangkap pun.

Mana dapat semua wang tersebut kalau bukan hasil penyelewengan? Kalau nak ikut gaji mana mampu.

Tidak cukup dengan itu, seakan ada perjanjian tidak bertulis bahawa kontrak-kontrak pembekalan peralatan ketenteraan biasanya akan diserahkan kepada syarikat yang ditubuhkan oleh jeneral-jeneral yang telah bersara.

Dalam perkhidmatan mereka sapu sampai kembung, dah bersara pun, masih ada peluang untuk sapu lagi, kembung lagi.

Lihatlah, Semua ‘Kembung-Kembung’ Belaka

Sebab itu penulis tidak berapa gemar dengan tindakan pimpinan mengutip bekas-bekas jeneral ini masuk ke dalam Pakatan Rakyat, sebab takut backfire.

Mengikut dari apa yang penulis di maklumkan, bagi rantau sebelah sini, Tentera Nasional Indonesia (TNI) menduduki tangga pertama sebagai angkatan tentera yang paling korup. Ada satu jenaka yang berbunyi, kalau nak tawan Indonesia, tak perlu tembak peluru, cukup dengan tembak uang (wang).

ATM biasanya ditangga kedua, tapi dengan pendedahan 4 bekas pegawai kanan ATM tersebut kelmarin, silap-silap ATM sekarang berkongsi tempat pertama dengan TNI. Kalau itu benar, penulis tidak langsung terperanjat.

Cuma yang berbeza, di negara ini, pegawai tinggi tentera (Kolonel dan keatas) yang terlibat dengan penyelewengan ini ‘berkongsi rezeki’ dengan anak-anak buah mereka di bawah, sedangkan di Indonesia, semuanya dilahap oleh pegawai tinggi berkenaan.

Tapi rasuah tetap rasuah.

Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan keadaan ini setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan nanti. Cadangan penulis, keseluruhan pimpinan ATM ini dirombak semula, pegawai dan anggota LLP (lain-lain pangkat) yang terlibat dalam soal perolehan, dipecat atau ditukarkan ke jabatan lain.

Polisi menyerahkan kontrak pertahanan kepada bekas jeneral ini juga perlu dihapuskan, biar semuanya dibuat secara telus dan mengikut proses tender terbuka.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Kesalahan Najib?

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 04, 2013

Lim Kit Siang Cabar Anwar Beri Keterangan Dihadapan RCI

Lim Kit Siang Cabar Anwar Beri Keterangan Dihadapan RCI

Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.


Beliau berkata, Anwar yang merupakan pemimpin PKR perlu berbuat demikian kerana rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Sabah mengkehendaki beliau berbuat demikian untuk mendapat kepastian berhubung dakwaan Projek IC iaitu memberi kad pengenalan biru kepada pendatang di Sabah.

“Apa yang rakyat Malaysia dan rakyat Sabah mahukan adalah supaya Anwar, Perdana Menteri dan dua mantan Perdana Menteri memberikan keterangan pada RCI.

“Kesediaan semua mereka menghadiri RCI bagi membolehkan pendengaran awam dapat memastikan siapa antara mereka terlibat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Bekas perdana menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamed sebelum ini mendakwa Anwar terbabit secara langsung dalam projek memberi kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah pada tahun 1990-an.

Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Mahathir bagaimanapun menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah.

Anwar sebaliknya meminta RCI menyiasat Mahathir dan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mendakwa mereka terbabit dengan projek berkenaan.

Abdullah pula menyifatkan tindakan ketua pembangkang itu menuduhnya terbabit dalam Projek IC itu adalah semata-mata mahu menutup kesalahan sendiri.

Sumber: mynewshub.cc

Saturday, December 22, 2012

 Anjing Pun Lebih Mulia Dari Mufti Perak?

Anjing Pun Lebih Mulia Dari Mufti Perak?

Penulis menerima banyak rungutan dan bantahan dari gambar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang penulis tempelkan pada gambar seekor anjing. Kononnya penulis kurang ajar dan tidak menghormati pemimpin agama seperti Harussani (peduli apa).


Yang merungut ini tidak nampaknya tujuan penulis meletakkan gambar Harussani disitu kerana hanya anjing sahaja yang menurut perintah tuannya, sedangkan dia tidak boleh berfikir sendiri.

Inilah masalahnya bila orang tak faham metafora.

Memang ada binatang lain yang menurut perintah tuannya seperti anjing, tapi memandangkan status Harussani sebagai mufti, maka anjing adalah binatang yang sesuai, takkan penulis nak letakkan gambar Harussani pada badan burung kakaktua kot.

Sebetulnya penulis tak faham orang ni nak marah kenapa? Sudah eloklah gambar itu kerana anjing sama seperti binatang lain akan dimasukkan terus ke syurga kerana tidak berdosa mengikut ajaran dalam Islam.

Sedangkan Harussani dan mulut busuknya yang sibuk masuk campur dalam urusan politik, terutama yang membabitkan PAS, belum tentu lagi akan dimasukkan ke syurga seperti anjing!! Statusnya sebagai mufti itu bukan jaminan kerana itu hanya jawatan yang dilantik, kononnya untuk menasihatkan raja.

Nasib baik Harussani ada akal, kalau tidak, apa bezanya dia dan anjing?

Jadi semua inilah yang perlu difahami oleh mereka yang marah-marah dengan penyiaran artikel tersebut. Malah mereka sepatutnya berterima kasih kepada penulis kerana meletakkan gambar Harussani pada badan penghuni syurga!!

Dalam masa yang sama, Harussani perlu muhasabah dirinya sendiri, duduk depan cermin dan tanyakan “hebat benar ke aku?” Kalau hebat, penulis cabar Harussani berhenti dari menjadi mufti dan menceburkan diri dalan politik, kita nak tengok sejauh mana hebatnya dia.

Sebaliknya, berselindung di sebalik ‘kemuliaan’ jawatan tersebut, Harussani memilih untuk berpihak kepada UMNO dan kerajaan persekutuan dengan membangkitkan isu lama seperti Amanat Hadi ini, Sedangkan Harussani terlupa, 11 bulan lamanya dia makan gaji yang dibayar kerajaan Pakatan Rakyat (sebelum rampasan kuasa oleh UMNO).

Ada pendapat mengatakan bahawa wang gaji itu haram kerana Harussani menjadi gunting dalam lipatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak, malah katanya terlibat sama merancangkan penggabungan UMNO dan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan!!

Harussani perlu ingat, sampai sekarang dia masih lagi makan duit haram kerana kerajaan yang memerintah Perak sekarang bukanlah kerajaan yang dipilih melalui mandat rakyat. Mandat rakyat yang sebenarnya, seperti diterjermahkan dalam proses pembuangan undi 8 Mac 2008 ialah kepada Pakatan Rakyat.

Sebagai satu-satunya mufti yang mempunyai gelaran Tan Sri, Harussani perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dengan mengelakkan diri dari masuk campur dalam urusan politik, apatah lagi dengan memihak kepada UMNO dan BN.

[Sumber]

Friday, December 21, 2012

Amanat Haji Hadi Isu Lapuk - Anwar

Amanat Haji Hadi Isu Lapuk - Anwar

Umno-Barisan Nasional disifatkan ketandusan modal politik dan mengundang "bahaya" oleh pembangkang apabila membangkitkan isu Amanat Haji Hadi meskipun sudah 30 tahun berlalu.


"Kita perlu bincang tentang isu sekarang. "Macam Datuk Seri Najib sebut, soal moral, kalau orang tanya moral dia kahwin siapa, cerai siapa, nak bangkit semua isu itu.

Saya tidak mahu. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak), bahaya ungkit perkara-perkara lama. Cuba ambil isu sekarang. Apa masalah ekonomi sekarang, apa agenda dia hendak buat," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini.

Namun katanya beliau tidak terkejut jika selepas ini kisah lama beliau pula yang akan digunakan parti pemerintah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini demi kepentingan politik mereka.

"Isu itu isu Umno, bukan isu kita. Jadi Umno dia tak ada isu, dia cari isu tahun 1982. Lepas ini mereka akan cari isu tahun 1974, Anwar Ibrahim demonstrasi," ujar beliau.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, amanat Presiden parti itu selari dengan keadaan politik ketika itu bersabit penerimaan parti berkenaan terhadap Islam.

Justeru katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula sedangkan Umno juga sudah berubah.

Hadi sebelum ini didesak oleh Mufti Perak, Wilayah Persekutuan untuk menarik balik amanatnya itu kerana menjadi punca perpecahan di kalangan umat Melayu-Islam.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyifatkan amanat Hadi itu sebagai "kisah lama" dan adalah lebih baik sekiranya penarikan secara rasmi dibuat agar tiada kekeliruan.

-Sinar Online