Monday, March 11, 2013

Gempar! Bapa Saiful Bukhari Sertai PKR


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim pagi ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Penyerahan itu dibuat di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sesi penyerahan itu pun agak tegang dan kecoh apabila wartawan yang hadir dilarang bertanya banyak soalan kepada Azlan.

Ramai wartawan ingin mengetahui mengapa Azlan sanggup mengkhianati anaknya sendiri.

Seperti biasa, itu sahajalah tahap kebebasan media yang dicanang pembangkang di negara ini.

Azlan beberapa hari lalu membuat kejutan dengan berkata anaknya menjadi mangsa konspirasi dalam isu Liwat II.

Beliau membuat demikian melalui sidang media yang hanya dihadiri wartawan-wartawan media pembangkang seperti Malaysiakini dan Harakah Daily.

Namun, Saiful tampil dengan sidang media mempertahankan bahawa dirinya diliwat Anwar Ibrahim dan tiada sebarang konspirasi.

Saiful menyifatkan Anwar bermain permainan yang jijik apabila sanggup mempergunakan bapanya.

Kemunculan sekeping gambar pertemuan rahsia Azlan dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini menimbulkan teka-teki apakah ada sesuatu yang dirancang kedua individu terbabit.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon