Friday, December 13, 2013

Kes Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang Digugurkan!

Kes Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang Digugurkan!

Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.

Skandal Adi Putra Digugurkan

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.

“Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.

“Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.

(Baca: Gambar Menarik Majlis Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin)

Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.

Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

“Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini,” katanya.

Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.

(Baca: Justin Bieber Bakal Ganti Watak Paul Walker?)

Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.

“Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.

“Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.

Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.

“Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

Thursday, November 07, 2013

Panas! Adi Putra Guna Orang Dalam Gugur Kes 'Kacau' Isteri Orang!

Panas! Adi Putra Guna Orang Dalam Gugur Kes 'Kacau' Isteri Orang!

Aduhai, kami sangka isu ‘kenakalan’ Adi Putra dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, sebelum ini sudah surut dek penangan kisah kahwin rahsia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Skandal Adi Putra

Rupanya, ia panas sekali lagi berikutan khabar angin yang menyatakan pelakon itu menggunakan individu berpengaruh bagi menggugurkan kes tersebut.

Melalui sisipan Bipop dalam Berita Harian Ahad, suami kepada wanita itu, Amiruddin Osman, 56, tampil semula memberi kenyataan mengenai perkara itu kepada wartawan Zubir:

“Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu juga keputusan laporan forensik.

“Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.

“Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’ boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.”

Memang panas! Kami yakin kalau anda berada di tempat pihak-pihak yang terbabit dalam kes ini, mungkin anda sudah tutup muka dengan baldi. Malu sungguh.

Kepada suami-isteri di luar sana, peliharalah keaiban pasangan dan jagalah maruah diri agak tidak terlibat dengan skandal yang seperti ini.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, September 11, 2013

Panas! Adi Putra Nafi Kenal Wanita Yang Dituduh Ada Skandal!

Panas! Adi Putra Nafi Kenal Wanita Yang Dituduh Ada Skandal!

Aktor kacak, Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa dia mendiamkan diri.

Adi Putra, Skandal

Kenyataan ini diberikan oleh Adi ketika ditemui di sidang media produk Fereena Beauty di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan diri. Mendiamkan diri tak membawa erti saya melarikan diri apabila kes ini timbul.

Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang seperti sidang media produk ini, tayangan KL Gangster 2 dan sebagainya.

Saya diamkan diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut, saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa.

Jadi, ada baiknya saya diamkan diri. Apa yang boleh saya katakan ialah saya langsung tidak kenal dengan perempuan itu,” jelas Adi memulakan bicara.

“Saya tidak tahu punca kontroversi ini boleh timbul. Bagi saya, kontroversi tetap kontroversi. Saya ibaratkan perkara itu sebagai air. Jadi saya kena biarkan air itu mengalir dah saya tak boleh tahan air itu daripada mengalir.

Satu hari nanti pasti ada penjelasan dan kepastian. Saya hanya boleh diamkan sahaja,” kata hero drama ‘Teduhan Kasih’ ini lagi.

Ketika diminta mengulas adakah kontroversi yang terjadi ini merupakan satu unsur sabotaj atau fitnah terhadap dirinya, Adi menjelaskan yang dia tiada hak untuk berkata begitu.

“Saya tak boleh cakap begitu. Kalau saya cakap, sepertinya saya sudah menjatuhkan hukum. Saya tidak layak menghukum orang lain kerana saya bukan Tuhan. Lebih baik saya diam daripada berkata kerana kalau saya salah cakap nanti, lain jadinya.

Saya tidak tahu kenapa nama saya boleh terkait dalam kontroversi ini, Wallahualam.

Saya sudah terpilih untuk terlibat dalam kontroversi ini, saya hanya menerimanya sahaja. Ini merupakan dugaan paling hebat untuk saya sepanjang 32 tahun saya hidup.

Ada berita yang mengatakan saya buat gangguan seksual. Kalau betullah saya buat gangguan seksual, pastinya saya sudah ditahan reman.

Saya ambil ini sebagai pengalaman dan pengajaran. Saya hanya kosongkan hati dan ingat perkara ini sebagai ujian untuk saya. Hubungan saya dengan isteri masih baik seperti biasa, keluarga kami juga tiada masalah.

Saya tidak akan lari, saya tetap akan berkongsi dengan semua. Tapi memandangkan perkara ini masih lagi dalam siasatan, saya tak boleh ulas lanjut kerana saya tidak mahu langgar undang-undang. Biar pihak berkuasa jalankan siasatan,” luah Adi berterus-terang.

Sementara itu, Adi juga mendedahkan yang dia sebenarnya telahpun berjaya mendapat status sebagai penduduk tetap (PR) di Malaysia.

“Saya sudah sah memegang taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia. Tapi saya minta maaf, saya tidak boleh memberi maklumat lanjut tentang tarikh sebenar saya mendapat kerakyatan ini.

Ini merupakan urusan kerajaan. Setelah 12 tahun menetap di Malaysia dan lapan tahun berkahwin dengan orang Malaysia, akhirnya saya mendapat taraf PR,” ulas Adi. -Gua

Tuesday, September 10, 2013

Panas! Suami Dedah Kandungan Perbualan WhatsApp Lucah Adi Putra!

Panas! Suami Dedah Kandungan Perbualan WhatsApp Lucah Adi Putra!

Apabila pelakon terkenal yang mempunyai imej bersih, Adi Putra didedahkan mempunyai skandal dengan isteri orang, ramai yang antara percaya dengan tidak.

Skandal Dengan Adi Putra

Pihak suami wanita terbabit menuduh pelakon itu yang memulakan, manakala isteri Adi Putra pula membayangkan sebaliknya.

Suami kepada wanita yang dikaitkan dengan kes curang terbabit, kini melangkah setapak lagi mendedahkan kecurangan yang berlaku antara isterinya dan Adi Putra apabila tampil memberi kenyataan kepada Melodi dengan menyertakan bukti yang didakwanya menunjukkan pelakon terkenal itu yang terlebih dahulu memulakan hubungan terlarang, menghantar gambar lucah dan meminta perkara bukan-bukan daripada isterinya.

Berdasarkan kandungan perbualan Whatsapp yang dicetak, dia mendakwa segalanya bermula apabila isterinya memberi ucapan kepada pelakon terbabit yang pergi mengerjakan umrah.

Adi Putra
Adi Putra
Adi Putra
Adi Putra

Pelakon itu kemudiannya meminta nombor telefon isterinya dan melanjutkan perhubungan lebih daripada artis dengan peminat.

Memandangkan isterinya merupakan peminat setianya, dengan mudah hubungan tidak bertepuk sebelah tangan.

Begitu pun, si suami nyata tidak puas hati kerana sejak awal lagi isterinya sudah memaklumkan kepada Adi Putra bahawa dia sudah berkahwin. Jadi tindakan Adi Putra dianggapnya tidak wajar.

Apatah lagi, Adi turut didakwa mengajak isterinya melakukan perkara tidak senonoh termasuk mahu melakukan s**s dan mengakui suka melakukan s**s luar biasa sedangkan ketika itu dia sedang mengerjakan ibadah umrah.

Salinan perbualan Whatsapp itu juga, memaparkan permintaan pelakon berkenaan untuk melihat punggung isterinya.

Bagaimanapun sama ada benar atau tidak dakwaan ini, sama-samalah kita tunggu penjelasan daripada pelakon berkenaan tidak lama lagi.

BACA INI JUGA: 3 Perkara Isteri Wajib Tahu Untuk Puaskan Suami

Monday, September 09, 2013

Suami Akui Hubungan Renggang Selepas Isteri Bikin Skandal Dengan Adi Putra

Suami Akui Hubungan Renggang Selepas Isteri Bikin Skandal Dengan Adi Putra

“Syukur, berkat sokongan keluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.

Skandal Adi Putra

“Bagaimanapun, beri saya sedikit masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum tampil memberi kenyataan,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa berbalas mesej berbaur cinta dan lucah menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp) dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air, baru-baru ini.

Menurut peniaga berusia 56 tahun itu, sejak mengetahui kejadian terbabit awal Ogos lalu, hidupnya tertekan dan hubungannya dengan isteri, renggang.

Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikan sokongan.

“Saya sudah menghubungi pelakon itu lebih dua minggu lalu dan mengajaknya bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. “Bagaimanapun, dia enggan sebaliknya membuat laporan polis sebelum kejadian ini terbongkar.

“Kini, saya menyerahkan semua perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama, berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia (isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali memohon maaf kepadanya.

Nooraida Binti Abdul Talib
Aida Anne Fasha.

“Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namun kami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.

“Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum saya tampil memberi kenyataan kepada semua pihak.

“Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan dan saya tidak menyalahkannya kerana pelakon itu adalah keluarganya, namun saya juga berhak memberikan kenyataan dan akan menyertakan bukti,” katanya.

Berdasarkan satu laporan polis dibuat suami kepada wanita terbabit, pelakon lelaki terbabit didakwa menghantar gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatakan menemui mesej perbualan antara pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Skudai manakala pelakon itu pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa dia diugut seseorang. -Hmetro

Thursday, September 05, 2013

Gambar Isteri Orang Yang Dituduh Ada Skandal Dengan Adi Putra?

Gambar Isteri Orang Yang Dituduh Ada Skandal Dengan Adi Putra?

Sekarang ini pasti ramai antara anda yang tertanya tanya sama ada benar atau tidak Adi Putra terlibat dengan kisah skandal bersama isteri orang ini — sehingga taraf kerakyatan Adi Putra sendiri dipersoal menerusi laporan polis yang kami siarkan.

Nooraida Binti Abdul Talib

Adi Putra sudah lebih 7 tahun memohon status penduduk tetapi masih belum diluluskan.

(Baca: Skandal Adi Putra Dan Isteri Orang Disiasat Polis)

Dan pastinya ramai juga ingin mengetahui identiti isteri orang yang terlibat dalam kontroversi ini dan terima kasih kepada laporan polis yang kini bertebaran dan usaha mereka di forum Cari, ada spekulasi timbul berkaitan identiti sebenar wanita ini.

Menurut maklumat yang kami terima semalam, nama isteri ahli perniagaan itu adalah Nooraida Binti Abdul Talib dan berusia 30 tahun mengikut nombor kad pengenalan yang di’bekalkan.

Sebuah akaun Twitter dengan nama Aida Anne Fasha (@aidafasha) telah didakwa sebagai akaun milik wanita tersebut dan beberapa status yang ditulis melalui akaun itu seakan menggambarkan situasi ketika ini. Dan, yang berikut menarik perhatian kami.

Nooraida Binti Abdul Talib

Kedua-dua status bertarikh 1 September 2013 dikirimkan ketika ramai wartawan hiburan dan isu semasa mula menghidu perkara ini. Kebetulan?

Laporan Berita Harian menyebut yang suami wanita ini merampas telefon bimbit miliknya pada 7 Ogos 2013 (10 hari selepas Adi Putra dan wanita ini mula bermesej) dan menyerahkan kepada pihak polis dan makmal forensik untuk dianalisa.

Dan, status Aida Fasha pada 8 Ogos 2013.

Nooraida Binti Abdul Talib

Selepas semua ini, ianya masih satu spekulasi.

Adi Putra Buat Laporan Polis Diugut Suami Peminat


Selepas tersebarnya cerita mengenai pelakon terkenal Adi Putra yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, pelakon itu telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

Menurut laporan Berita Harian, Adi Putra mendakwa dirinya telah diugut oleh lelaki wanita tersebut yang disyaki mempunyai skandal dengan pelakon kelahiran Singapura itu.

Selain itu, Adi juga mendakwa menerima panggilan serta ugutan daripada lelaki yang dikenali sebagai Amir pada 7 Ogos lalu yang mahu menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon selain memastikan pelakon kacak itu dihalau keluar dari Malaysia.

Di bawah ini, penulis sertakan salinan laporan polis yang dibuat oleh Adi.

Sama-sama kita nantikan apakah kesudahan cerita ini yang pastinya mengejutkan peminat industri hiburan tempatan.

-Rotikaya/Mynewshub