Sunday, October 08, 2017

'Menyesal Ludah Bekas Awek'

'Menyesal Ludah Bekas Awek'

Suatu petang, Fahmi pergi ke warung, terserampak dengan Omar yang duduk minum seorang diri. Wajah Omar muram.

Awek motor
Gambar hiasan.

Fahmi: Kenapa kau ni? Monyok je muka.
Omar: Aku menyesal la.

Fahmi: Eh, kenapa pulak?
Omar: Tadi, masa aku tunggang motor, berhenti kat lampu merah, tiba-tiba kat sebelah aku berhenti sebiji moto besar. Kat belakang ada awek bonceng. Aku pun tengok la. Rupa-rupanya bekas awek aku. Dia jeling aku, lepas tu saja peluk rapat pakwe dia tu. Eii, sakit hati aku tengok.

Fahmi: Habis tu, kau buat apa?
Omar: Bila lampu merah tukar hijau, aku pun apa lagi. Terus aku ludah ke arah diorang. Lepas tu aku pulas minyak blah dari situ.

Fahmi: Hah, ok la tu. Yang kau menyesal kenapa?
Omar: Hmm.. masa ludah tu, aku lupa buka cermin helmet aku dulu..

Kah kah..

BACA INI JUGA: Update Girlfriend v7.0

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, September 10, 2017

Apabila Di Uji Wang Cash Dan Wanita Cantik

Apabila Di Uji Wang Cash Dan Wanita Cantik

Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras dan disebabkan takut jem, aku bergegas ke kereta, tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika.

Wanita cantik
Gambar hiasan.

Ada sebuah dompet besar betul-betul terjatuh di tepi kereta. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemui sebuah envelop besar dari nama sebuah bank.

Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note RM100.00 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik.

Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah, tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya. Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu.

Ketika sampai, aku beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan bertanya mahu mencari siapa?

Aku bagitau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim, betulkah rumah ni?"

"Saya Haji Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras?" tanya ku.

"Ya. Betul."

"Pak Haji tadi ada bawa apa-apa waktu pegi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah. iya. Saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya. Saya lupa dimana letaknya," pandangannya kearah saya penuh dengan tanda tanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi, "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya, ya. Yang itu. Alhamdulillah. Terima kasih nak. Dalam tas ini bapa simpan wang yang bapa baru ambik dari bank tadi."

Tanpa banyak bicara, aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Haji Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita.

Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab. Mata bertentang mata. Cair hati tak terkata. Degup jantung kencang tak terkira.

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Haji, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya dan minta izin dengan dia tentang rancangan Tuan Haji ni."

Haji Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada nombor hand phonenya?"

Aku mengangguk lesu. Malu tapi mau. Mana tak maunya. Anak dia punyala cun.

Lalu aku pun bagi la nombor handphone wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu dan dia bagitau cerita sebenar.

Tubuh aku tiba-tiba menggigil, apa lagi saat telefon tu diberikan kepada aku. Katanya isteriku mahu bercakap dengan aku. Terlintas di fikiran, apalah aku nak jawab.

Bagaikan halilintar membelah bumi di saat terdengar suara isteriku bercakap dengan agak kuat.

Bang.. Bang.. Abangggg.. Bangun.. Dah masuk maghrib ni..

Aku bermimpi rupanya. Ceh. Kah kah.

BACA INI JUGA: 'Pengalaman Pertama 3 Round Dengan Mak Cik Hajjah'

sumber: kluangmanexpress

Tuesday, May 09, 2017

'Pengalaman Pertama 3 Round Dengan Mak Cik Hajjah'

'Pengalaman Pertama 3 Round Dengan Mak Cik Hajjah'

Aku nak kongsi satu pengalaman dengan seorang Mak Cik Hajjah yang sumpah tak boleh dilupakan seumur hidup!

Mak Cik Hajjah
Gambar hiasan.

Memang tak sangka langsung dapat main dengan seorang makcik bergelar Hajjah. Mak Cik Hajjah ni sebenarnya isteri kepada salah seorang jiran satu tempat tinggal denganku.

Walaupun isteri kepada kawan, tetapi nama betul makcik ni memang aku tak tahu. Aku biasanya hanya memanggil beliau dengan panggilan Hajjah saja sama seperti panggilan yang digunakan oleh jiran-jiran lain.

Maklumlah Mak Cik Hajjah ni dah 2 kali pergi ke Mekah, bekerja pula guru mengaji Al-Qur'an di tempat tinggal kami. Memang layaklah dia dipanggil Hajjah berbanding nama sebenarnya.

Mak Cik Hajjah ni orangnya cantik, sederhana, tak berapa tinggi tak berapa rendah. Umurnya pula dalam lingkungan 50an, tapi kalau korang tengok memang tak percaya umurnya dah 50 sebab Mak Cik Hajjah ni aku fikir memang kuat makan jamu atau pun memang terer awet muda.

Kalau tak kenapa dia ni masih lagi cantik, berkulit halus dan putih serta masih cergas dan aktif.

Lagipun, badannya yang sering dibalut dengan baju kurung dan tudung labuh, tidaklah nampak gemuk dan layu macam mak cik lain.

Cerita aku dan Mak Cik Hajjah ni main berlaku kat sebuah dewan yang tak jauh dari tempat tinggal kami.

Malam tu sebenarnya wifeku tak ada jadi terpaksalah aku bersendiri. Nak dijadikan cerita, malam tu juga Mak Cik Hajjah tu pun tak berpartner sebab suaminya dah berpartner dengan orang lain.

Melihat Mak Cik Hajjah yang malam tu cantik memakai track suit dan t-shirt dengan tudung yang tak berapa labuh, hanya duduk menunggu suaminya, jadi daripada aku sendiri-sendiri, aku cuba ler ajak Mak Cik Hajjah tu main ngan aku. Lagipun ada tempat tak ada orang untuk kami main.

Mula-mula Mak Cik Hajjah tu menolak, katanya dia tak berapa pandai. Bila aku kata aku pun bukan pandai sangat, tak sangka pulak dia setuju.

Jadi mulalah kami main berdua. Walaupun Mak Cik Hajjah ni sudah berusia tapi yang membuat aku terkejut giler bila dia menunjukkan aksi yang benar-benar hebat.

Lelah aku mengikut rentak permainannya, sampai berpeluh-peluh walau keadaan dalam dewan masa tu agak dingin.

Agak lama kami berdua main hingga mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya.

Memang Mak Cik Hajjah ni cergas dan hebat. Banyak juga skil-skil main yang dia tahu. Sampai 3 round kami main.

Round pertama aku bermandi peluh. Memang lenjun habis aku dikerjakan Mak Cik Hajjah. Aku bagi dia ambil, dia bagi aku ambil.

Round kedua, Mak Cik Hajjah pula lelah aku kerjakan. Mandi peluh juga dia menyambut pemberian aku.

Begitu juga round ketiga, hingga akhirnya Mak Cik Hajjah tewas juga dengan permainanku.

Bila selesai main, Mak Cik Hajjah dah puas menelan air dan aku pun lega meneguk air, dalam keadaan tubuh yang masih lenjun oleh peluh, kami duduk melepaskan penat lelah.

Dengan nafas yang masih sedikit termengah-mengah, kami berbual dan bercerita. Ini antara perbualan kami berdua..

Mak Cik Hajjah: Wah! Hebat engkau ni ya, penat mak cik engkau kerjakan.

Aku: Mak cik pun sama. Berpeluh-peluh saya.

Mak Cik Hajjah: Biasa makcik main 2 round je. Dengan engkau sampai 3 round. Seronok pulak.

Aku: Ye ke? Mak cik nak main lagi?

Mak Cik Hajjah: Tak larat dah mak cik malam ni. Malam esok kita main lagi.

Aku: Ye lah cik, senang-senang kita main lagi. Best main dengan mak cik ni, macam..

Mak Cik Hajjah: Macam apa tu? (belum habis cakap mak cik dah menyampuk).

Aku: Kita main tadi tu kan cik, lebih kurang macam Chong Wei main sama Lin Dan cik.

Mak Cik Hajjah: Chong wei sama Lin Dan?

Aku: Ala masa diorang main kat London baru-baru ni.

Mak Cik Hajjah: Ooo... yang itu. Ada makcik tengok tapi lupa pulak mak cik kejohanan apa tu..

Aku: Kejohanan badminton dunia cik. Kan 3 round juga diaorang main. Sama cam kita main tadi, 3 round.

Selepas seketika berbual-bual dan peluh di tubuhku dah agak kering, aku pun meminta diri untuk pulang dulu.

Sementara Mak Cik Hajjah masih menunggu suaminya yang masih lagi bermain di round ke 3 (set penentuan) dengan partnernya.

Dalam perjalanan pulang, aku berkira-kira dalam hati untuk membeli raket baru. Seronok pula rasanya dapat partner bermain yang 'boleh lawan' macam Mak Cik Hajjah.

BACA INI JUGA: Apabila Anak Bertanya Soalan 'Dalam Kelambu'

sumber: qamaqarma

Monday, June 13, 2016

Bahagian Atas Dan Bahagian Bawah!

Bahagian Atas Dan Bahagian Bawah!

Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya.

Unique Birthday Cake.jpg
Gambar hiasan.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ini encik?" tanya gadis yang bertugas mengambil pesanan di kaunter.

"Mmm.. tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Ketika kek itu di buka di depan isteri, anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan.

Kemudian, isteri lelaki itu turut pengsan selepas melihat sendiri kek itu.

Diatas kek itu tertulis perkataan, "Sayang Tidak Bertambah Tua Di Bahagian Atas, Sayang Cuma Bertambah Cantik Di Bahagian Bawah."

Sekadar hiburan..

Kah Kah..

BACA INI JUGA: Suami Mengaku Kalah Selepas 16 Jam Ambil Alih Tugas Isteri!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, May 26, 2016

Kisah Jam Antik Dari Malaysia

Kisah Jam Antik Dari Malaysia

Seorang lelaki yang sudah meninggal dunia sedang berada di alam barzakh, lalu dijemput Malaikat berjalan-jalan ke sebuah mahligai indah yang dipenuhi jam antik.

Kisah Jam Antik

Jam-jam ini bahannya diperbuat daripada emas, perak malah dari batu permata.

Lelaki ini sangat kagum dengan keadaan itu, namun dia merasakan suatu keganjilan.

Semua putaran jarum jam itu berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Malah, ada yang seolah hampir tidak bergerak langsung.

"Tuan, kenapa putaran jarum jam tidak berpusing serentak?" ujar lelaki itu.

"Ohh.. Putaran jarum jam itu adalah ukuran rasuah diseluruh dunia yang berbeza bagi setiap negara."

"Kalau cepat maksudnya kadar rasuah negara tersebut tinggi. Lambat bererti kadar rasuahnya rendah."

"Lihat jam dari negara Brunei, putaran jarum jamnya sangat perlahan. Itu menunjukkan hampir tidak ada rasuah disana."

Lalu lelaki tersebut pun mengangguk-anggukkan kepala sebagai tanda faham.

"Lihat jarum jam Amerika Syarikat.

"Jarumnya bergerak tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat.

"Maksudnya, rasuah berlaku tapi masih terkawal."

Mereka berkeliling melihat jam rasuah dari seluruh dunia. Eropah, Amerika Latin, Asia, Afrika..

Lelaki tadi melihat putaran jarum jam negara-negara Afrika bergerak laju disebabkan kadar rasuah yang tinggi.

Tiba-tiba lelaki tadi seolah tersentak lalu bertanya, "Kenapa saya tidak melihat jam rasuah milik Malaysia?"

Malaikat lalu tersenyum mendengar pertanyaan lelaki itu.

"Sudah tentulah anda tidak melihat jam dari Malaysia, sebab saya letakkan ditempat lain."

Malaikat kemudian menunjuk sesuatu diatas.

"Pusingannya terlalu cepat, saya gunakannya sebagai kipas syiling."

Kah Kah..

Sekadar gurauan..

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 11, 2016

Kisah Murid Dan Gajah Yang Lucu

Kisah Murid Dan Gajah Yang Lucu

Dalam sebuah kelas, seorang cikgu bertanya kepada murid-muridnya.

Lawak gajah

"Murid-murid, binatang apa yang bermula dengan hurug 'G'?"

Murid paling depan bangun menjawab.

"Gajah, cikgu."

Lalu dia dipuji oleh cikgu itu dengan penuh bangga.

"Bagus, cerdik jawapan awak."

"Soalan seterusnya, binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'D'?"

Semua murid tidak dapat menjawab, lalu murid yang dipuji tadi bangun lagi.

"Dua ekor gajah, cikgu," jawapan penuh yakin.

Murid-murid lain tergelak sampai senak perut. Cikgu mula marah.

"Awak berdiri atas kerusi," kata cikgu.

"Soalan seterusnya, binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'M'?"

Semua diam.

Bila tiada yang menjawab, murid yang berdiri atas kerusi bersuara.

"Mungkin gajah."

"Awak pergi berdiri luar kelas!" jerit cikgu yang mula stres.

"Soalan terakhir. Binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'J'?"

Macam tadi juga, tiada murid yang dapat menjawab. Kelas sunyi sepi.

Tiba-tiba, dari luar kelas, murid tadi menjawab lagi.

"Jangan-jangan gajah."

Hehe..

BACA INI JUGA: Kisah Takut Bini Yang Lucu

-SENTIASAPANAS.COM