Sunday, October 11, 2015

Kisah Takut Bini Yang Lucu

Kisah Takut Bini Yang Lucu

Dalam sebuah negeri, entah mengapa semua rakyat termasuk rajanya sangat takut pada bini masing-masing.

Takut Bini
Gambar hiasan.

Suatu hari, raja kumpulkan semua rakyat jelata. Tujuannya hendak mencari kalau ada suami yang tidak takut pada bini. Bolehlah raja minta tips dari suami itu.

Bila semua sudah berkumpul, raja pun memerintahkan kepada para suami, siapa yang takut bini hendaklah duduk disebelah kirinya. Manakala yang tidak takut bini pula duduk disebelah kanan.

Semua para suami duduk disebelah kiri kecuali seorang lelaki yang duduk disebelah kanan raja.

Lelaki itu wajahnya bengis, misainya tebal dan melentik tajam. Badannya berketak-ketak macam Stone Cold Steve Austin.

Hmm.. patutlah tak takut bini, ujar raja dalam hati.

Kemudian, raja berbisik kepada lelaki yang nampak sangat garang disebelah kanannya itu.

"Awak tak takut bini ke?"

Lelaki itu pun berbisik menjawab, "Eh.. takut tuanku.."

"Habis tu, kenapa duduk disebelah kanan?" tanya raja kehairanan.

"Err.. bini saya yang suruh tuanku..."

BACA INI JUGA: Wanita Kuat Seks 12 Tahun Lebih Muda?

Takut Bini [2]

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 24, 2015

'Mak' Aku Hilang!

'Mak' Aku Hilang!

Pagi-pagi lagi aku dah masuk ofis macam biasa. Start komputer, konon nak buat kerja tapi sebenarnya aku cover line untuk klik Facebook.

Bengang

Tiba-tiba, si Mamat lalu sambil mundar mandir. Muka Mamat kusut masai, macam orang hilang arah. Ke sana kemari dia berlegar-legar. Habis satu pejabat ditawafnya.

Aku pun tanya Mamat, "Lu kenapa bro?"

Bukan apa, aku dengan Mamat ni kira ngamlah jugak. Mamat ni baik, muda sikit daripada aku.

Kalau nak buat perbandingan, dah tentu rupa aku lebih hensem daripada si Mamat.

"Mak aku hilanglah," kata Mamat. Wajahnya sedih.

Apa? Mak ko hilang Mamat? Punyalah aku terkejut bila dengar.

"Ko biar betul, mak ko hilang? Bila hilangnya?" serius muka aku masa tanya soalan tu. Jantung aku berdebar-debar. Muka aku yang hensem terus menjadi cemas.

"Ha ah, dari petang semalam lagi. Merata tempat aku cari tapi tak jumpa," kata Mamat sambil berjalan longlai keluar dari ofis. Kasihan pula aku tengok.

Mesti kepala Mamat tengah serabut. Mahu tidak, mak dia hilang! Mesti pening kepala beb.

Apa yang aku tau, mak si Mamat ni duduk rumah je. Ayah dia pula keja gomen, dua tiga tahun lagi baru pencen.

Hmm.. kesian Mamat. Aku pun tak tau macam mana nak tolong.

Lebih kurang 20 minit kemudian, aku nampak kelibat Mamat berjalan masuk dari arah belakang ofis. Kali ni muka dia tak kusut masai macam tadi. Dah ceria, berseri-seri macam lepas dapat tandatangan Nora Danish, artis pujaan Mamat.

Mamat lalu tepi meja aku dan beritahu, "Aku dah jumpa mak aku!"

Aku apa lagi, terus mengucap syukur lalu bertanya, "Kat mana lu jumpa?"

Dengan wajah gembira dipenuhi keceriaan beserta sifat jujur dan ikhlas, Mamat menjawab, "Dalam singki kat pantry!"

Mamat berlalu pergi sambil menjinjing sebuah koleh kaca.

Tiba-tiba aku terlopong. Mulut tak boleh katup. Tak tau nak cakap apa. Kalau boleh aku rasa nak tikam dada si Mamat bertubi-tubi.

Dalam hati, aku menjerit sekuatnya - Itu MUG la.. MUG!!!!!!

Sangat jahanam pronunciation ko Mamat!

Sia-sia aku berdebar tak tentu pasal pagi ni.

Cis aku terkena! Arghhhhhhh!!!

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, July 24, 2015

Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal

Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal

Ini cuma teori Indie. Azwan Ali percaya, jika dia buat pasal, maka akan tampil ramai orang yang melemparkan sumpah seranah terhadap dirinya.

Azwan Ali

Dengan itu dia percaya apabila dirinya disumpah seranah oleh orang ramai, dia akan mendapat pahala.

Yakni, bila dia buat pasal, dia akan dapat 1 dosa. Dalam masa yang sama, beribu-ribu orang maki hamun dia, dosa orang banyak ini akan ditransfer kepada dia secara pukal.

Macam, taipkan Azwan Ali 5, 10 atau 20 dan hantarkan ke nombor 666XXX.

Jadi, dengan beribu-ribu pahala yang dia dapat itu, dia sudah boleh cover 1 dosa yang dia buat mula-mula tadi. Jadi, takde hal kalau 1 dosa kita boleh dapat ribu-ribu pahala daripadanya! Ye ke?

Nampak tak macam mana Skim Cepat Pahala yang dijana oleh Azwan Ali? Dia ni belajar law, bijak mamat ni beb. Hehehe!

Skim ini kita boleh namakan sebagai, Why Walk When You Can Fly! Amacam?

Kalau Azwan Ali dapat tahu teori gua ini, konpom gua kena maki kaw-kaw dengan dia bhai.. Hahaha!

BACA INI JUGA: Semakin Tinggi Tingkat Kesombongan Kita, Semakin Sulit Mengesannya

Sumber: Sinaganaga Lan Benhussain

Wednesday, June 24, 2015

Video 2 Anak Kecil Berlawan Judo Yang Comel

Video 2 Anak Kecil Berlawan Judo Yang Comel

Sebuah video Youtube menunjukkan dua anak kecil bertarung dalam sebuah pertandingan judo. Buat dua minit lamanya, aksi mereka sangat menghiburkan.

Judo

Kedua-dua anak ini yang dijangka berusia bawah 5 tahun, memulakan perlawanan mereka dengan menunduk kepada satu sama lain sebagai tanda hormat.

Selepas itu mereka berusaha untuk menjatuhkan pihak lawan. Lucunya, ada ketika seorang anak kecil ini gembira kerana dapat menjatuhkan pesaingnya, lalu berpusing-pusing kegembiraan, menyebabkan dia sendiri jatuh.

Kedengaran suara ibu salah seorang anak kecil ini bercakap dalam bahasa Spanish.

Berkali-kali mereka berjaya menjatuhkan pihak lawan dan bangun semula. Dengan gaya mereka yang ceria, ia sangat mengujakan.

Dan akhirnya, guru judo mereka menghentikan perlawanan dengan cara yang sangat comel.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu


Sumber: Thevocket

Wednesday, June 03, 2015

Panduan Dan Tips Jimat Minyak Paling Viral

Panduan Dan Tips Jimat Minyak Paling Viral

Lantaran kenaikan harga minyak yang semakin tidak terkawal, disini kami kongsikan langkah-langkah penjimatan bagi penunggang motorsikal dan kereta. Sila baca baik-baik..

Jimat-minyak

Tips Jimat Minyak Motorsikal
  1. Bila turun bukit matikan enjin, kedudukan superman.
  2. Naik bukit grab bumper lori. Memang jimat sebab tak payah nak pulas minyak. Kalau masa tu takde lori, kena berhenti tepi jalan sampai lori lalu.
  3. Masa ambil lap, tarik clutch. Enjin free dari flywheel.
  4. Jangan brek masa ambik konar, mengucaplah dua kalimah syahadah.
  5. Guna hon banyak-banyak halau kenderaan lain ketepi atau beli siren ambulan.
  6. Jangan brek dan jangan sesekali berhenti di lampu traffic light. Tapi kalau kena saman atau kena langgar tanggung sendiri ye..
  7. Maintain satu kelajuan malar sahaja. Dicadangkan 160km/j supaya cepat sampai.
  8. Pakai pakaian kalis angin atau kalau boleh tak payah pakai pakaian langsung.
  9. Sebelum ride, kencing dan berak terlebih dahulu supaya ringan sikit tubuh badan anda.

Tips Jimat Minyak Kereta
  1. Setiap pagi lepas subuh sebelum start enjin kereta, baca Al-Fatihah dan niatkan sedekah kepada kedua ibu bapa kita.
  2. Kemudian, start enjin kereta dan biarkan selama 3 minit.
  3. Seterusnya, matikan enjin kereta.
  4. Start enjin motorsikal anda dan terus pergi kerja.
  5. Jangan lupa amalkan tips jimat minyak motorsikal diatas.

Selamat mencuba. Insya-Allah, kan jimat minyak kereta tu..

BACA INI JUGA: 9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran

Sunday, March 08, 2015

Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

Video prank paling lucu tapi menjijikkan! Itulah yang digambarkan kepada mangsa ‘prank’ yang terkena cirit orang lain ketika berada di dalam sebuah lif.

Prank-dalam-lif

Kita yang menonton pasti ketawa sakan sebab bukan kita yang terkena.

Boleh naik berang barangkali kalau tidak kena masa dan tempat.

Mana tidaknya, siapa yang suka dengan najis kan?

Apa-apapun, video prank yang baru dimuat naik lima hari itu sudah mencecah enam juta tontonan.

Tonton video asal di youtube.

Atau jom kita tengok video dibawah!


BACA INI JUGA: Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

sumber: mynewshub