Monday, April 14, 2014

Filem-filem Terbaik Korea 2013

Filem-filem Terbaik Korea 2013

Bila berbicara tentang Korea, jangan ingat ia hanya terkenal kerana lagu-lagu Kpop sahaja tetapi boleh dikatakan filem-filem dari Korea juga berjaya mendapat kutipan box office yang tinggi di pasaran tempatannya dan juga pasaran dunia.

Korean Actress

Banyak filem-filemnya telah diangkat di anugerah utama dunia yang mencerminkan kualiti filem yang dihasilkan mereka.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendekati filem-filem Korea, apa kata anda memilih salah satu daripada filem-filem yang disenaraikan berikut yang merupakan antara filem-filem terbaik sepanjang tahun lepas di Korea.

Miracle in Cell No 7

Miracle in Cell No 7

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang lelaki yang kurang upaya mentalnya telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Namun, dia berusaha melakukan apa sahaja agar dapat bertemu dengan anak perempuannya. Filem ini membawa persembahan hebat lakonan pelakon utamanya, Ryu Seung Ryong dan pada masa yang sama membawa topik yang begitu mengesankan.

Ia dicalonkan untuk 6 anugerah di Backsang Award yang ke 49 dan berjaya memenangi kategori Hadiah Utama dan juga Pelakon Lelaki Terbaik.

Pada Grand Bell Awards ke 50 pula, ia dicalonkan untuk 12 kategori dan berjaya memenangi kategori Senario Terbaik dan Aktor Terbaik.

New World

New World Korean Film

Ia dikatakan sebuah filem gengster yang dianggap terhebat dalam tempoh beberapa tahun di Korea Selatan.

Ia mengisahkan kehidupan kumpulan gengster dan pasukan polis dari kaca mata seorang anggota polis yang menyamar. Filem dengan lakonan hebat Lee Jung Jae, Choi Mins Sik, Hwang Jung Min dan Park Sung Woong memaparkan satu tontonan penuh gaya dan banyak menampilkan aksi pertumpahan darah.

New World mendapat 4 pencalonan di Blue Dragon Awards yang ke 34 dan memenangi kategori Aktor Terbaik.

Di Baeksang Awards yang ke 49 pula, ia dicalonkan untuk 3 kategori manakala di Grand Bell Awards pula ia memenangi kategori Muzik Terbaik dengan 6 pencalonan kesemuanya.

The Berlin File

The Berlin File

Mengisahkan seorang ejen Korea Utara yang melarikan diri bersama isterinya dengan bantuan seorang perisik Korea Selatan.

Ianya difilemkan di Berlin, Jerman dan dibintangi oleh Ha Jung Woo dan aktres Jeon Ji Hyun. Filem ini menerima 4 pencalonan di Blue Dragon Awards yang ke 34 dan memenangi kategori Pencahayaan Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Manakala di Baeksang Awards pula, ia dicalonkan untuk 3 kategori dan memenangi kategori Aktor Terbaik.

Di Grand Bell Award pula, filem ini memenangi kategori Pencahayaan Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Montage

Montage Korean Film

Montage ialah sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang wanita dan seorang detektif yang dalam perlumbaan mengejar masa untuk mencari penculik yang telah membunuh anak wanita tersebut.

Ia juga mengisahkan bagaimana watak yang dipegang oleh aktres Uhm, Jung Hwa adalah watak utama yang kuat dan membuktikan beliau ialah salah seorang aktres terbaik yang ada di dalam industri hiburan di Korea Selatan.

Akhirnya, lakonan cemerlangnya itu telah membawa kemenangan untuknya di Grand Bell Awards ke 50 yang mana filem itu telah dicalonkan untuk 3 kategori manakala di Blue Dragon Awards yang ke 34 pula, ia tercalon dalam 2 kategori.

Cold Eyes

Cold Eyes Korean Film

Filem yang bercorak pantas ini memaparkan usaha sepasukan detektif daripada pasukan keselamatan yang penuh skil ketika menentang satu organisasi yang merompak bank.

Filem ini dibintangi oleh Sol Kyung-Gu, Jung Woo-Sung, Han Hyo-Joo, Jin Kyung dan Lee Junho. sebenarnya filem ini adalah remake daripada filem Hong Kong yang dikeluarkan pada tahun 2007, Eye In The Sky.

Filem ini telah berjaya ditayangkan di Amerika Utara pada Toronto International Film Festival tahun lepas.

Aktres Han Hyo-Joo berjaya memenangi anugerah Aktres Terbaik di Blue Dragon Awards ke 34 yang lalu sementara Jung Woo-Sung pula untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Hide And Seek

Hide And Seek Korean Film

Filem thriller ini adalah tentang seorang ahli perniagaan yang menjalani kehidupan yang ideal dan berjaya, tiba-tiba mendapati seseorang yang tidak dikenali berjaya masuk ke dalam rumahnya dan meninggalkan pelbagai simbol-simbol yang pelik.

Keadaan itu menjadikan suasana bertukar haru-biru. Filem ini menampilkan lakonan cemerlang aktor Son Hyun Joo dan Moon Jung Hee.

Ia berjaya dicalonkan untuk 3 kategori di Blue Dragon Awards yang ke 34 dan juga Grand Bell Awards yang ke 50.

The Terror Live

The Terror Live Korean Film

Filem ini memaparkan lakonan cemerlang Ha Jung Woo yang berjaya membawakan wataknya sebagai peneraju utama filem ini.

Ia berkisarkan seorang pengganas yang membuat panggilan kepada seorang pembaca berita yang sedang dalam rangka untuk membuat penampilan semula.

Pengganas tersebut telah meletupkan sebuah jambatan selain mendesak untuk bercakap dengan Presiden.

Di Blue Dragon Awards yang ke 34, filem ini berjaya meraih kategori Pengarah Baru Terbaik untuk tahun 2013.

The Face Reader

The Face Reader Korean Film

Face Reader menampilkan banyak nama-nama hebat seperti Song Kang Ho, Lee Jung Jae, Kim Hye Soo, Lee Jong Suk dan Jo Jung Suk.

Filem ini berjaya mengaut 14 pencalonan untuk Anugerah Grand Bell yang mana ia berjaya memenangi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aktor terbaik, Pembantu Aktor Terbaik dan Kostum Terbaik.

Di Anugerah Blue Dragon pula, daripada 6 pencalonan yang diterima, ia berjaya meraih kemenangan melalui Lee Jung Jae untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Snowpiercer

Snowpiercer Korean Film

Cubaan pertama menembusi pasaran Hollywood oleh pengarah Bong Joon Ho berjaya membawa nama-nama besar dalam filem ini seperti Chris Evans, Tilda Swinton, Octavia Spencer dan John Hurt selain pelakon popular Korea iaitu Song Kang Ho.

Kisah memaparkan masa depan Post-Apocalyptic yang mana manusia akan bertelagah dalam pertentangan kelas.

Semasa Blue Dragon Awards yang ke 34, ia mendapat 4 pencalonan dan berjaya memenangi anugerah Pengarah Terbaik dan Best Art Direction Terbaik.

Di Grand Award Bell Award ke 50 pula, ia dicalonkan untuk 9 anugerah dan berjaya memenangi kategori Best Editing dan Best Art Direction.

Hope

Hope Korean Film

Kisah tentang kepedihan yang dialami oleh sebuah keluarga dan rasa terdesak mereka setelah kejadian rogol seorang anak gadis dalam keluarga tersebut.

Bagi mereka yang senang menitiskan air mata, mungkin filem ini sesuai untuk anda.

Ia dicalonkan untuk 6 kategori di Anugerah Blue Dragon dan ia berjaya menggondol tiga daripadanya untuk Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Jadi kepada peminat filem-filem Korea, selamat menonton!

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

-Sentiasapanas.com

Sunday, December 01, 2013

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

Sama ada kita meminati artis-artis ini atau tidak, kita juga tetap ingin tahu, terutamanya artis wanita Korea Selatan, bagaimana sebenarnya wajah mereka tanpa sebarang mekap dan bulu mata palsu.


Namun, adakah dengan bantuan alat solek, bintang-bintang terkenal ini kelihatan lebih cantik, lebih buruk atau tetap sama selepas menanggalkan solekan mereka?

Kajian sebenarnya mendapati, sekurang-kurangnya 1 daripada 5 orang penduduk Korea menjalani pembedahan plastik.

Mereka dikatakan terlalu obses untuk kelihatan cantik dan sempurna.

Pembedahan plastik di Korea bukan hanya didominasi oleh kaum wanitanya, malah lelaki Korea juga akan melakukan perkara yang sama.

Jom kita lihat gambar artis-artis terkenal Korea Selatan, dengan dan tanpa alat solek. Adakah mereka ORI atau TIDAK?

Ga In (Brown Eyed Girls).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Lee Hyori.

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Nicole Jung (KARA).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Park Ji Yeon (T-ara).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Seo Hyun.

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Tiffany (SNSD).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Solbi.

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Yoo Bin (Wonder-Girls).

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 13, 2013

Gambar Bogel Artis Wanita Korea Selatan Cuba Di Jual Kepada Media!

Gambar Bogel Artis Wanita Korea Selatan Cuba Di Jual Kepada Media!

Pemilik gambar bogel penyanyi Korea Selatan, Ailee, dilaporkan cuba menjual imej lucah penyanyi berkenaan kepada media dengan harga tawaran AS$3,500 (RM11,230) lapor media semalam.

Ailee Naked Pictures

Firma 6Theory Media yang memayungi syarikat AllKPop menjadi media pertama dihubungi pihak terbabit kerana mereka dilaporkan tidak mempunyai akses kepada media tempatan seperti Sports Seoul dan Dispatch.

Sumber berkata mereka dihubungi wakil pemilik gambar berkenaan dan meminta bayaran dibuat secara tunai.

“Tawaran berkenaan dibuat pada Jun lalu, manakala gambar bogel Ailee mula tersebar melalui sebuah laman sesawang forum pada Ahad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap berkenaan, mereka menerima berita daripada pembaca yang mengirimkan pautan laman sesawang berkenaan.

“Sebagai laman sesawang berita, katanya, menjadi tugas 6Theory Media melaporkan perkembangan berkenaan,” katanya kepada media.

Sementara itu, sumber lain berkata gambar bogel artis Korea Selatan berkenaan sudah mula tersebar di Internet sejak tiga bulan lalu. -Agensi


Gambar Bogel Bintang Kpop, Ailee Tersebar Di Internet?

Gambar Bogel Bintang Kpop, Ailee Tersebar Di Internet?

Sebelum ini, nama bintang solo, Ailee, tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan kariernya namun, baru-baru ini, media melaporkan, foto bogel mirip Ailee telah tersebar di Internet.

Ailee kpop

Bukan hanya satu, malah tujuh keping gambar pelantun lagu, I Will Show You, menjadi tatapan peminat.

Walaupun Ailee belum tampil dengan sebarang penjelasan, namun, pihak pengurusannya, YMC Entertainment bagaimanapun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Kami akan mencari kesahihan berita ini sama ada betul ataupun palsu," katanya.

Ailee dilahirkan di Amerika Syarikat sebelum berhijrah ke Korea Selatan dan menjadi salah seorang bintang terkenal Kpop.

Berikutan kontroversi gambar ini, peminat menuding jari kepada bekas teman lelaki Ailee, Daniel Lee, yang bertanggungjawab melaporkan kepada media mengenai penemuan gambar-gambar bogel yang menyerupai Ailee.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, April 15, 2013

Choi Siwon Gemparkan Peminat Di Malaysia

Choi Siwon Gemparkan Peminat Di Malaysia

Kelibat vokalis kumpulan Super Junior (Suju), Choi Siwon sewaktu pelancaran iklan komersial aplikasi LINE sememangnya dinantikan, merupakan kehadiran solo kedua Siwon ke Malaysia selepas kunjungan sulungnya penghujung Mac 2013 lalu bagi menjayakan pengambaran iklan yang sama.

Choi Siwon Gemparkan Peminat Di Malaysia - Choi Siwon in Malaysia

Menariknya ketika menjayakan penggambaran iklan tersebut, kehadiran pelakon utama drama bersiri Oh My Lady itu telah membuatkan para peminat tegarnya tak keruan.

Masakan tidak, penyanyi itu sendiri telah meletakkan alamat lokasi penggambaran iklan tersebut di laman Twitternya.

Maka riuh rendahlah kawasan riadah Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur, tempat penggambaran iklan itu berlangsung.

Sebenarnya tindakan Siwon itu agak memeranjatkan ramai orang terutama para peminat setianya di negara ini.

Malah sekalipun tahu akibat yang bakal dihadapi sekiranya peminat mengetahui lokasi dirinya namun Siwon tidak kisah kerana peminat dari Malaysia sememangnya cukup dekat di hatinya.

PrivasiSikap Siwon yang sanggup mengetepikan privasi diri sewaktu melangkah masuk ke kawasan riadah itu amat menyentuh perasaan peminatnya.

Merendah diri dan mesra, Siwon juga tidak kisah walaupun dikejar dan dikerumuni peminat yang setia menanti.

Malah anggota keselamatan yang mengepung Siwon juga terpaksa mengalah apabila penyanyi itu sendiri yang menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan peminatnya.

Ramai dalam kalangan peminatnya ternyata terharu dan menangis kegembiraan apabila mendapat peluang bertentang mata dengan Siwon secara langsung.

Mereka juga tertawan dengan ketampanan Siwon yang tidak lelah melemparkan senyuman yang menampakkan lesung pipit yang dalam.

Sewaktu sesi pengambaran iklan itu berlangsung, terdapat babak Siwon memeluk model wanita yang menjadi pasangannya.

Keadaan itu menyebabkan peminat wanita bersorak. Jeritan tersebut memaksa pihak penerbitan iklan memberi amaran agar tidak membuat bising.

Bagaimanapun Siwon bijak mengawal keadaan yang tegang ketika itu dengan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas kerjasama tersebut.

Dia juga sempat berjanji sesuatu kepada peminat setianya. "Terima kasih semua! Saya akan kembali lagi nanti," katanya.

Tentunya Siwon pasti kembali ke Malaysia bersama ahli Suju yang lain bagi menjayakan konsert Super Junior 5 (SS5) yang dijangka berlangsung pada tahun 2013 ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista