Isnin, April 15, 2013

Choi Siwon Gemparkan Peminat Di Malaysia


Loading...

Kelibat vokalis kumpulan Super Junior (Suju), Choi Siwon sewaktu pelancaran iklan komersial aplikasi LINE sememangnya dinantikan, merupakan kehadiran solo kedua Siwon ke Malaysia selepas kunjungan sulungnya penghujung Mac 2013 lalu bagi menjayakan pengambaran iklan yang sama.

Choi Siwon Gemparkan Peminat Di Malaysia - Choi Siwon in Malaysia

Menariknya ketika menjayakan penggambaran iklan tersebut, kehadiran pelakon utama drama bersiri Oh My Lady itu telah membuatkan para peminat tegarnya tak keruan.

Masakan tidak, penyanyi itu sendiri telah meletakkan alamat lokasi penggambaran iklan tersebut di laman Twitternya.

Maka riuh rendahlah kawasan riadah Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur, tempat penggambaran iklan itu berlangsung.

Sebenarnya tindakan Siwon itu agak memeranjatkan ramai orang terutama para peminat setianya di negara ini.

Malah sekalipun tahu akibat yang bakal dihadapi sekiranya peminat mengetahui lokasi dirinya namun Siwon tidak kisah kerana peminat dari Malaysia sememangnya cukup dekat di hatinya.

PrivasiSikap Siwon yang sanggup mengetepikan privasi diri sewaktu melangkah masuk ke kawasan riadah itu amat menyentuh perasaan peminatnya.

Merendah diri dan mesra, Siwon juga tidak kisah walaupun dikejar dan dikerumuni peminat yang setia menanti.

Malah anggota keselamatan yang mengepung Siwon juga terpaksa mengalah apabila penyanyi itu sendiri yang menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan peminatnya.

Ramai dalam kalangan peminatnya ternyata terharu dan menangis kegembiraan apabila mendapat peluang bertentang mata dengan Siwon secara langsung.

Mereka juga tertawan dengan ketampanan Siwon yang tidak lelah melemparkan senyuman yang menampakkan lesung pipit yang dalam.

Sewaktu sesi pengambaran iklan itu berlangsung, terdapat babak Siwon memeluk model wanita yang menjadi pasangannya.

Keadaan itu menyebabkan peminat wanita bersorak. Jeritan tersebut memaksa pihak penerbitan iklan memberi amaran agar tidak membuat bising.

Bagaimanapun Siwon bijak mengawal keadaan yang tegang ketika itu dengan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas kerjasama tersebut.

Dia juga sempat berjanji sesuatu kepada peminat setianya. "Terima kasih semua! Saya akan kembali lagi nanti," katanya.

Tentunya Siwon pasti kembali ke Malaysia bersama ahli Suju yang lain bagi menjayakan konsert Super Junior 5 (SS5) yang dijangka berlangsung pada tahun 2013 ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon