Wednesday, March 13, 2019

Jung Joon-young Mengaku Rakam Video Seks 10 Wanita Gemparkan Dunia Kpop


Dunia hiburan K-Pop tercalar lagi dengan penglibatan seorang lagi artis ternama, Jung Joon-young dalam skandal seks yang kini hangat dibincangkan dalam media sosial diseluruh dunia dan telah ditahan pihak berkuasa Korea selepas dia didakwa merakamkan aksi seks dengan beberapa wanita dan menyebarkannnya.

Artis Kpop rakam video seks

Serentak dakwaan itu, artis berusia 30 tahun itu mengumumkan dia akan bersara dan meninggalkan dunia hiburan.

Dia juga mengaku salah terhadap dakwaan merakamkan video seks tersebut serta berkongsi rakaman berkenaan tanpa pengetahuan pasangan-pasangannya.

"Saya mengaku salah melakukan dosa seperti yang didakwa. Saya merakamkan (video seks) dengan wanita tanpa pengetahuan mereka dan berkongsi video berkenaan," katanya dalam keyataan yang diedarkan.

Laporan media Korea menyebut terdapat sekurang-kurangnya 10 wanita yang menjadi mangsa rakaman video seks Jung.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada wanita dalam video (seks) yang sedang berhadapan dengan rasa malu akibat kesilapan yang saya lakukan," ujarnya dalam kenyataan itu lagi.

Dalam masa sama, Jung juga dilaporkan tidak dibenarkan keluar negara sepanjang siasatan dijalankan.

Pada 2016, Jung pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan yang serupa selepas merakamkan video seks dengan pasangannya tanpa pengetahuan wanita itu.

Bagaimanapun, kes berkenaan digugurkan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kesalahannya.

Jung merupakan artis K-Pop kedua selepas Seungri yang turut mengumumkan persaraannya selepas didakwa menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur asing di kelab hiburan yang diusahakannya.

K-Pop merupakan budaya popular ciptaan Korea yang menjadi fenomena di seluruh dunia ketika ini.

Inisiatif kerajaan Korea mengilhamkan K-Pop ialah untuk menjadikan cabang hiburan itu sebagai komoditi untuk dieksport ke seluruh dunia berteraskan imej harmoni dan bersih oleh penggiat-pengiatnya.

Bagaimanapun, dengan dua skandal seks yang dikaitkan dengan Seungri dan Jung itu itu, reputasi K-Pop mula menjadi persoalan.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon