Monday, April 14, 2014

Filem-filem Terbaik Korea 2013


Bila berbicara tentang Korea, jangan ingat ia hanya terkenal kerana lagu-lagu Kpop sahaja tetapi boleh dikatakan filem-filem dari Korea juga berjaya mendapat kutipan box office yang tinggi di pasaran tempatannya dan juga pasaran dunia.

Korean Actress

Banyak filem-filemnya telah diangkat di anugerah utama dunia yang mencerminkan kualiti filem yang dihasilkan mereka.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendekati filem-filem Korea, apa kata anda memilih salah satu daripada filem-filem yang disenaraikan berikut yang merupakan antara filem-filem terbaik sepanjang tahun lepas di Korea.

Miracle in Cell No 7

Miracle in Cell No 7

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang lelaki yang kurang upaya mentalnya telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Namun, dia berusaha melakukan apa sahaja agar dapat bertemu dengan anak perempuannya. Filem ini membawa persembahan hebat lakonan pelakon utamanya, Ryu Seung Ryong dan pada masa yang sama membawa topik yang begitu mengesankan.

Ia dicalonkan untuk 6 anugerah di Backsang Award yang ke 49 dan berjaya memenangi kategori Hadiah Utama dan juga Pelakon Lelaki Terbaik.

Pada Grand Bell Awards ke 50 pula, ia dicalonkan untuk 12 kategori dan berjaya memenangi kategori Senario Terbaik dan Aktor Terbaik.

New World

New World Korean Film

Ia dikatakan sebuah filem gengster yang dianggap terhebat dalam tempoh beberapa tahun di Korea Selatan.

Ia mengisahkan kehidupan kumpulan gengster dan pasukan polis dari kaca mata seorang anggota polis yang menyamar. Filem dengan lakonan hebat Lee Jung Jae, Choi Mins Sik, Hwang Jung Min dan Park Sung Woong memaparkan satu tontonan penuh gaya dan banyak menampilkan aksi pertumpahan darah.

New World mendapat 4 pencalonan di Blue Dragon Awards yang ke 34 dan memenangi kategori Aktor Terbaik.

Di Baeksang Awards yang ke 49 pula, ia dicalonkan untuk 3 kategori manakala di Grand Bell Awards pula ia memenangi kategori Muzik Terbaik dengan 6 pencalonan kesemuanya.

The Berlin File

The Berlin File

Mengisahkan seorang ejen Korea Utara yang melarikan diri bersama isterinya dengan bantuan seorang perisik Korea Selatan.

Ianya difilemkan di Berlin, Jerman dan dibintangi oleh Ha Jung Woo dan aktres Jeon Ji Hyun. Filem ini menerima 4 pencalonan di Blue Dragon Awards yang ke 34 dan memenangi kategori Pencahayaan Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Manakala di Baeksang Awards pula, ia dicalonkan untuk 3 kategori dan memenangi kategori Aktor Terbaik.

Di Grand Bell Award pula, filem ini memenangi kategori Pencahayaan Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Montage

Montage Korean Film

Montage ialah sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang wanita dan seorang detektif yang dalam perlumbaan mengejar masa untuk mencari penculik yang telah membunuh anak wanita tersebut.

Ia juga mengisahkan bagaimana watak yang dipegang oleh aktres Uhm, Jung Hwa adalah watak utama yang kuat dan membuktikan beliau ialah salah seorang aktres terbaik yang ada di dalam industri hiburan di Korea Selatan.

Akhirnya, lakonan cemerlangnya itu telah membawa kemenangan untuknya di Grand Bell Awards ke 50 yang mana filem itu telah dicalonkan untuk 3 kategori manakala di Blue Dragon Awards yang ke 34 pula, ia tercalon dalam 2 kategori.

Cold Eyes

Cold Eyes Korean Film

Filem yang bercorak pantas ini memaparkan usaha sepasukan detektif daripada pasukan keselamatan yang penuh skil ketika menentang satu organisasi yang merompak bank.

Filem ini dibintangi oleh Sol Kyung-Gu, Jung Woo-Sung, Han Hyo-Joo, Jin Kyung dan Lee Junho. sebenarnya filem ini adalah remake daripada filem Hong Kong yang dikeluarkan pada tahun 2007, Eye In The Sky.

Filem ini telah berjaya ditayangkan di Amerika Utara pada Toronto International Film Festival tahun lepas.

Aktres Han Hyo-Joo berjaya memenangi anugerah Aktres Terbaik di Blue Dragon Awards ke 34 yang lalu sementara Jung Woo-Sung pula untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Hide And Seek

Hide And Seek Korean Film

Filem thriller ini adalah tentang seorang ahli perniagaan yang menjalani kehidupan yang ideal dan berjaya, tiba-tiba mendapati seseorang yang tidak dikenali berjaya masuk ke dalam rumahnya dan meninggalkan pelbagai simbol-simbol yang pelik.

Keadaan itu menjadikan suasana bertukar haru-biru. Filem ini menampilkan lakonan cemerlang aktor Son Hyun Joo dan Moon Jung Hee.

Ia berjaya dicalonkan untuk 3 kategori di Blue Dragon Awards yang ke 34 dan juga Grand Bell Awards yang ke 50.

The Terror Live

The Terror Live Korean Film

Filem ini memaparkan lakonan cemerlang Ha Jung Woo yang berjaya membawakan wataknya sebagai peneraju utama filem ini.

Ia berkisarkan seorang pengganas yang membuat panggilan kepada seorang pembaca berita yang sedang dalam rangka untuk membuat penampilan semula.

Pengganas tersebut telah meletupkan sebuah jambatan selain mendesak untuk bercakap dengan Presiden.

Di Blue Dragon Awards yang ke 34, filem ini berjaya meraih kategori Pengarah Baru Terbaik untuk tahun 2013.

The Face Reader

The Face Reader Korean Film

Face Reader menampilkan banyak nama-nama hebat seperti Song Kang Ho, Lee Jung Jae, Kim Hye Soo, Lee Jong Suk dan Jo Jung Suk.

Filem ini berjaya mengaut 14 pencalonan untuk Anugerah Grand Bell yang mana ia berjaya memenangi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aktor terbaik, Pembantu Aktor Terbaik dan Kostum Terbaik.

Di Anugerah Blue Dragon pula, daripada 6 pencalonan yang diterima, ia berjaya meraih kemenangan melalui Lee Jung Jae untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Snowpiercer

Snowpiercer Korean Film

Cubaan pertama menembusi pasaran Hollywood oleh pengarah Bong Joon Ho berjaya membawa nama-nama besar dalam filem ini seperti Chris Evans, Tilda Swinton, Octavia Spencer dan John Hurt selain pelakon popular Korea iaitu Song Kang Ho.

Kisah memaparkan masa depan Post-Apocalyptic yang mana manusia akan bertelagah dalam pertentangan kelas.

Semasa Blue Dragon Awards yang ke 34, ia mendapat 4 pencalonan dan berjaya memenangi anugerah Pengarah Terbaik dan Best Art Direction Terbaik.

Di Grand Award Bell Award ke 50 pula, ia dicalonkan untuk 9 anugerah dan berjaya memenangi kategori Best Editing dan Best Art Direction.

Hope

Hope Korean Film

Kisah tentang kepedihan yang dialami oleh sebuah keluarga dan rasa terdesak mereka setelah kejadian rogol seorang anak gadis dalam keluarga tersebut.

Bagi mereka yang senang menitiskan air mata, mungkin filem ini sesuai untuk anda.

Ia dicalonkan untuk 6 kategori di Anugerah Blue Dragon dan ia berjaya menggondol tiga daripadanya untuk Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Jadi kepada peminat filem-filem Korea, selamat menonton!

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon