Wednesday, March 20, 2013

Panduan Menyelamatkan Data Penting Di Komputer Anda

Panduan Menyelamatkan Data Penting Di Komputer Anda

Bertahun-tahun anda telah mengumpul informasi yang penting buat diri anda – gambar orang kesayangan, kertas-kertas kerja, video dari percutian dengan ahli keluarga. Semua diletakkan di dalam cakera keras komputer anda. Akan tetapi dengan tiba-tiba semua data ini boleh hilang dalam sekelip mata – akibat kebakaran, kecurian, malahan kerosakan cakera tersebut.


Jadi saya ingin memberi beberapa tip-tip untuk anda menyimpan dengan selamat data anda atau lebih dikenali sebagai backup. Diharap tip-tip ini dapat menyelamatkan anda dari kerugian dari segi wang mahupun emosi apabila cakera keras anda tiba-tiba rosak/hilang/punah:

Buat pelan untuk backup anda


Anda harus fikirkan lokasi yang anda ingin buat – ianya selamat? Tak ada bencana alam? Kawasan yang tinggi/rendah laporan kecurian? Berapa besar storan yang anda perlukan untuk membuat backup buat pertama kali dan juga backup harian? Jika soalan-soalan ini boleh dijawab, anda boleh mulakan pelan backup anda.

Sediakan rutin untuk backup

Jadikan backup sebahagian daripada rutin anda. Tetapkan waktu tertentu setiap hari atau setiap dua hari sebagai waktu untuk menyimpan data penting ada. Anda tidak perlu mmbazir masa yang banyak – sejam pun sudah mencukupi.

Ikut data anda – pilih apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk disimpan


Tak semestinya anda perlu menyalin keseluruhan cakera keras anda untuk dijadikan sebagai backup anda. Anda boleh pilih apa data yang perlu di-backup, dari folder mana ianya berasal dan juga jenis fail yang akan disimpan.

Pastikan data yang telah di-backup boleh dibaca dan diguna semula

Tidak guna kalau data yang disimpan rosak dan tidak boleh digunakan. Jika anda menggunakan perisian untuk backup, anda dinasihatkan untuk memeriksa fail yang tel;ah di-backup. Kalau perisian yang anda gunakan boleh memeriksa fail-fail tersebut, gunakan fungsi tersebut agar usaha anda tidak sia-sia

Simpan salinan data di tempat dari lokasi backup

Jika boleh, buat satu salinan yang lain fail-fail backup anda dan letak salinan ini di lokasi sekunder untuk keselamatan fail anda. Ini mungkin macam berlebihan tetapi lebih baik sebelum nasi menjadi bubur. Jika data anda hilang walaupun anda telah lakukan sedaya upaya yang boleh, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai data anda – walaupun ianya versi yang lama.

Gunakan peranti/perisian yang direka untuk backup


Ramai pengeluar kini mempunyai peranti dan perisian yang direka khas untuk memudahkan pengguna membuat backup data penting mereka. Jenama seperti Western Digital, Seagate, Buffalo, Iomega dan banyak lagi mempunyai produk yang senang untuk digunakan. Kebanyakan daripada produk ini hanya perlu cucuk, dan boleh terus digunakan.

[Sumber]

Saturday, January 12, 2013

Tips Cepatkan Loading Menu Start Windows 7 Anda

Tips Cepatkan Loading Menu Start Windows 7 Anda

Mungkin tips ini sudah sering disampaikan oleh blogger-bloger lain namun tidak ada salahnya pada yang yang belum mengetahui.

Windows

Ketika kita mengklik tombol Start maka akan bermunculan menu-menu yang sering disebut dengan Menu Start atau Start Menu. Kecepatan pemunculan menu-menu tersebut telah diset secara default oleh Windows.

Namun begitu, dengan tips ini kita akan cuba untuk mengubah setting default tersebut dengan tujuan mempercepatkan kemuculan menu-menu tersebut.

Caranya adalah dengan mengubah nilai/value MenuShowDelay (nilai defaultnya 400 atau 200) menjadi lebih kecil atau rendah.

Caranya adalah seperti berikut.

1) Buka Regedit sehingga akan muncul paparan Registry Editor.

2) Kemudian klik HKey_Current_User\Control Panel\Desktop.

Loading

3) Kemudian pindah pada panel sebelah kanan kemudian cari key MenuShowDelay.

4) Klik MenuShowDelay tersebut sehingga muncul paparan Edit String, seperti gambar di bawah.

Loading

5) Ganti nilai default 400 dengan nilai yang lebih kecil. Kita boleh mengganti dengan nilai 100, 50 ataupun 1.

Loading

Semakin kecil nilai yang kita isi maka kepantasan semakin cepat yang bererti kemunculan semua menu menjadi lebih cepat.

Setelah klik Ok pada paparan Edit String kemudian teruskan denga menutup paparan Registry Editor.

Sekarang paparan semua menu pada Start Menu menjadi lebih cepat dari sebelumnya. Done!

Like dan shares sekiranya menjadi.

BACA INI JUGA: Apa Maksud Format BRRip, DVDRip, DVDSCR, HDTV-Rip, CAM, TS, TC, Dan R5?

Tuesday, January 08, 2013

Tambah Kekuatan Signal WIFI Anda Dengan Tin Minuman

Tambah Kekuatan Signal WIFI Anda Dengan Tin Minuman

Kadang-kadang signal WIFI tidak begitu kuat sehingga menganggu kelancaran melayari internet. Signal WIFI yang lemah boleh disebabkan beberapa sebab, jarak antara router WIFI yang terlalu jauh, dinding yang tebal, atau ada objek besi menjadi penghalang diantaranya.

Ada satu cara yang sangat mudah untuk mengatasinya. Anda hanya memerlukan bekas tin minuman sahaja. Lihat gambar dibawah:

1. Ambil bekas tin minuman yang kosong dan potong bahagian bawahnya.


2. Tinggalkan beberapa sentimeter dibahagian atasnya.


3. Potong dibahagian tepi menjadi dua bahagian.


4. Bentangkan bahagian badan tin yang sudah dibahagi dua sebentar tadi.


5. Letakkan bahagian lubang penutup tin pada antena modem router.


6. Selesai! Semoga signal WIFI anda bertambah kuat sekarang.


Tak rugi kalau mencuba, menurut sumber ianya memang ada kesannya dari kekuatan signal WIFI.

[Sumber]

Thursday, January 03, 2013

Tips Menambahkan RAM Komputer Guna Pendrive

Tips Menambahkan RAM Komputer Guna Pendrive

Kepada pengguna komputer yang ada masalah RAM rendah, nak upkan performance PC bolehlah mencuba tips ni.


Langkah-langkahnya seperti dibawah;

1. Masukkan pendrive pada port USB (Pendrive mestilah bersaiz 1GB..kalau 4GB lebih baik atau keatas).

2. Klik kanan pada 'My Computer'.

3. Klik 'Properties'.

4. Klik 'Advanced'.

5. Klik 'Settings' pada bahagian 'Performance'.

6. Klik 'Advanced'.

7. Klik 'Change' pada 'Virtual Memory'.

8. Pilih memori yang ada pada pendrive anda.

9. Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik 'OK'.

10. Restart PC anda.. selesai!

11. Untuk pengguna Windows 7, anda boleh terus memilih fungsi 'ReadyBoost' yang terletak pada 'My Computer' dengan menggunakan pendrive 2.0.

Tutorial untuk windows 7



SELAMAT MENCUBA..

[Sumber]


Saturday, December 29, 2012

Top 5 Ultrabook Terbaik 2012

Top 5 Ultrabook Terbaik 2012

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan ultrabook mana satukah yang terbaik kerana masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Kita juga telah sedia maklum bahawa ultrabook yang ada dipasaran menggunakan prosesor laju seperti Intel Core i3, Core i5 dan Core i7.

Namun, mungkin senarai dibawah ini adalah ultrabook yang terbaik sekali dan tidak rugi jika sekiranya anda menjadikannya sebagai pilihan.

Acer Aspire S7


Datang dengan dua versi 11.6 inci dan 13.3 inci, ia direka untuk Windows 8 dan menawarkan operasi selaras keyboard dengan penggunaan 10-titik sentuhan hasil kombinasi paparan sentuh Corning Gorilla Kaca 2 untuk perlindungan.

Toshiba Portege Z930


Paparan 13.3 inci, Portege Z930 adalah kecil, kemas dan ringan. Ultrabook bergred untuk perniagaan ini memiliki sokongan jalur lebar mudah alih meletakkan Z930 dalam kelas yang tersendiri. Selain itu ia turut memiliki storan asas 128GB dan bateri 8.5 jam kegunaan berterusan.

Samsung Series 9


Bersaiz nipis 0.58 inci dan berat 1.7 kg, ia adalah salah satu ultrabook paling mudah alih dengan skrin 15 inci berevolusi 1600 x 900 piksel. Audio yang berkualiti, masa boot cepat dan hayat bateri yang panjang juga menarik perhatian.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon


Dengan berat sekitar 1.8 kg, ia turut memiliki keyboard backlit gaya chiclet dengan pengimbas cap jari untuk log masuk ke Windows. Pemprosesan Sandy Bridge pula memastikannya sepadan dengan prestasi dan sesuai untuk perniagaan super-nipis.

Asus Zenbook Prime UX32VD


Memiliki sistem multimedia yang stabil hasil grafik Nvidia dengan Optimus, UX32VD tepat di standard ultrabook sebenar dengan bersepadu yang menjadikan permainan dan tontonan video kegemaran anda sanga menakjubkan. Kapasiti simpanannya turut memenuhi selera dalam kelas ini.

-SP

Tips Memulihkan Google Chrome Crashed

Tips Memulihkan Google Chrome Crashed

Tips Memulihkan Google Chrome Crashed ditulis kerana kebanyakan pengguna chrome pernah menghadapi google chrome hang dan tidak berfungsi di mana anda pasti pernah menghadapi perkara ini setelah lama menggunakan google chrome. Usah risau kerana ia adalah perkara biasa yang berlaku di sebabkan perkara tertentu dan boleh dibaiki dengan mudah.


Apabila berlaku chrash pada google chrome selalunya ia meminta anda untuk menutup browser tersebut ataupun menunggu sehingga ia berfungsi semula. Crash yang kerap berlaku walaupun selepas menutup dan membukanya semula mungkin akan menyebabkan anda berasa menyampah dan teringin membuang browser ini dari komputer anda. Tunggu sebentar dan cuba terlebih dahulu langkah-langkah di bawah bagi mengatasi chrash pada chrome anda.

Bagaimana memulihkan Google Chrome Crashed - chrashes fix

Terdapat beberapa sebab mengapa browser google chrome anda chrashed atau tidak berfungsi. Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh google chrome anda telah rosak, google chrome anda tidak compatible dengan OS anda, registry telah di ubah oleh virus ataupun add on pada google chrome anda sudah rosak. Di bawah adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan dalam bagaimana memuihkan google chrome crash fix.


Restart. Restart komputer anda. Komputer anda mungkin telah digunakan terlampau lama di mana memory dan cpu telah digunakan dengan banyak. Bagi tujuan mengosongkan memory dan cpu usage anda digalakkan restart terlebih dahulu.

Add on. Disable add on dan plugin pada chrome anda.

Uninstall/Buang Google Chrome. Uninstall dan install semula perisian google chrome anda bagi memastikan semua fail penting chrome lengkap dan mengantikan semula fail yang telah rosak.

Bersihkan Registry. Bersihkan registry komputer anda menggunakan registry ccleaner dan sebagainya. Download di http://www.piriform.com.

Scan. Sekiranya selepas langkah tiga anda tidak berjaya memulihkan google chrome anda yang selalu crash tersebut maka anda perlu mengimbas komputer anda menggunakan perisian antivirus. Kemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus mahupun spyware.

Format. Sekiranya semua tidak berjaya dan google chrome anda tetap chrash namun anda tetap ingin menggunakannya maka langkah terakhir ialah format semula komputer anda.

Selamat mencuba.

-SP