Friday, November 01, 2013

Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!

Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!

Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Cium

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut.

Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Cium
Cium
Cium

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?

Sumber: Mynewshub

Wednesday, September 25, 2013

Kantoi! Barrack Obama Takut Bini!

Kantoi! Barrack Obama Takut Bini!

Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkata, beliau berhenti merokok kerana takut kepada isterinya.

Barrack Obama Smoking

Pengakuan itu dibuat setelah perbualan beliau dengan seorang lelaki tertangkap secara tidak sengaja pada mikrofon di Perhimpunan Agung Tahunan PBB.

Pemimpin AS itu mengambil bahagian dalam satu Perhimpunan Agung PBB yang diadakan setiap tahun bagi membincangkan kepentingan masyarakat umum.

Dalam satu rakaman oleh CNN, Obama berdiri di sebelah seorang lelaki dan bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sudah berhenti merokok atau sebaliknya.

Namun setelah soalan sama diajukan oleh lelaki berkenaan kepada beliau, secara spontan beliau menjawab sambil tersenyum, “saya sudah enam tahun tidak merokok kerana takut kepada isteri saya”.

Perbualan itu pula secara tidak sengaja tertangkap pada mikrofon yang ada berhampiran tempat beliau dan lelaki itu berdiri.

Obama digambarkan sebagai seorang perokok semasa di zaman remajanya dalam satu memoir zaman remajanya berjudul “Dreams From My Father”.

Namun tabiat merokok dan usaha beliau berhenti merokok menjadi salah satu topik hangat dalam media di AS ketika beliau memulakan kempen pilihan raya untuk White House pada tahun 2008.

Pada tahun pertamanya di White House, beliau mengakui telah berjaya mengurangkan tabiat merokok sebanyak 95 peratus, namun beliau mengakui adakalanya ‘terbabas’ juga dalam usahanya untuk menghentikan tabiat buruk itu.

Sumber: Mynewshub

Tuesday, September 17, 2013

Kantoi Berkhalwat Gara-gara Lovebite Di Leher

Kantoi Berkhalwat Gara-gara Lovebite Di Leher

Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Lovebite
Gambar hiasan.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

Sumber: Maklumat.my

Thursday, September 12, 2013

Dua Pemain Bola Sepak Pahang Ditangkap Berkhalwat!

Dua Pemain Bola Sepak Pahang Ditangkap Berkhalwat!

Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Gambar hiasan.

Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai  penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.

[Sumber]

Kisah Benar Suami Maut Diperkosa Lima Isteri!

Kisah Benar Suami Maut Diperkosa Lima Isteri!

Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai 2013 lalu.

Diperkosa
Gambar hiasan.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail, susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis. -SH

Isteri banduan dicekup berkhalwat

Berkhalwat
Wanita yang ditangkap berkhalwat bersama kekasihnya.

Sementara itu, ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.

Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya.

Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.

“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang.

"Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.

“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.

Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.

Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya.

BACA INI JUGA: 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 19, 2013

Isteri Kerat Kemaluan Suami Gay Curang!

Isteri Kerat Kemaluan Suami Gay Curang!

Seorang wanita warganegara Brazil bertindak memotong kemaluan suaminya akibat curang kepadanya.


Tambah mengejutkan apabila suami wanita itu dikatakan curang bersama seorang lelaki.

Akibat tindakan kurang bijak suaminya, wanita itu bertindak untuk memerangkap suaminya dengan mengajak untuk bermain permainan seks (sex game).

Apabila berada di bilik tidur, wanita itu menyuruh suaminya berbaring sambil tangan dan kakinya diikat pada katil.

Memetik laporan AFP, wanita itu bertindak nekad memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau bergerigi.

Kejadian balas dendam itu berlaku di Santos kira-kira 77 kilometer selatan Sao Paulo.

Organ tersebut tidak boleh disambung semula kerana sudah terlewat untuk menjalani pembedahan.

Namun, keadaan tersebut tidak mengancam nyawa lelaki itu.

Wanita tersebut ditahan oleh pihak berkuasa Sao Paulo untuk siasatan lanjut serta dihadapkan ke muka pengadilan. -Mynewshub

Saturday, August 10, 2013

Budak Bawah Umur Kantoi Onani Di Cyber Cafe

Budak Bawah Umur Kantoi Onani Di Cyber Cafe

Ketika kanak-kanak yang lain sedang sibuk bermain bunga api dan menziarahi dari rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya, dua orang kanak-kanak yang lengkap berbaju melayu ini pula sedang asyik menonton video tidak senonoh dan aksi mereka berjaya dirakam oleh CCTV di sebuah Kafe Siber, Kuala Lumpur.


Seorang daripada kanak-kanak tersebut diperhatikan sedang beronani sebelum penjaga Kafe tersebut menyergah dan seterusnya memarahi mereka berdua apabila perasaan aksi yang terakam di CCTV.



[Sumber]

Tuesday, August 06, 2013

Kantoi! Gambar Lionel Messi Curang Di Las Vegas

Kantoi! Gambar Lionel Messi Curang Di Las Vegas

Untuk Lionel Messi, apa yang berlaku di Vegas tidak tinggal di Vegas. Superstar Barcelona ini telah dikantoikan oleh paparazzi dimana gambarnya yang sedang mendukung penari berambut perang di sebuah parti di Las Vegas telah ditangkap. Identiti wanita berkenaan tidak didedahkan


Gambar-gambar itu telah disiarkan oleh majalah gosip Argentina Pronto. Majalah itu melaporkan Messi ke Las Vegas pada awal bulan Julai untuk menjadi tetamu kehormat untuk majlis yang dianjurkan oleh Ronaldo di Wynn Hotel.

Menurut beberapa sumber, hubungan pemain dengan isterinya, kini berada di dalam krisis, kerana gambar-gambar tersebut.

Menurut rakan terdekat juga, isterinya berasa sangat kecewa dengan Leo. Messi dan isteri yang berusia 22 tahun mengalu-alukan anak pertama mereka pada November lalu.


Tahun 2013 menjadi tahun yang sukar bagi Messi. Bulan lepas dia telah mendedahkan kepada pihak media bahawa pihak berkuasa tempatan di Barcelona sedang menyiasat Messi dan bapanya, Jorge Horacio, yang bekerja sebagai pengurus, bagi kes pengelakan cukai berjumlah 3.4 juta euro dalam tempoh tiga tahun dengan memfailkan pulangan cukai palsu.

-Wanista

Sunday, July 07, 2013

Suami Kantoi Curang Dalam Rancangan TV

Suami Kantoi Curang Dalam Rancangan TV

Malang seorang lelaki, sudahlah ditahan polis dan didenda kerana tidak memakai tali pinggar keledar, satu dunia turut menyaksikan dia ‘kantoi’ kerana curang pada isteri.


Kejadian yang dirakamkan di China ini menyaksikan seorang anggota polis dikenali sebagai Zhang, sedang mengacarakan sebuah program TV berkaitan pemanduan berhemah.

Sebuah kereta Volvo kemudiannya ditahan apabila pemandunya dikesan memakai tali pinggang keledar secara ‘terbalik’. Pemeriksaan mendapati itu sebenarnya tali beg yang disilangkan untuk mengaburi mata polis memandangkan ia melanggar peraturan jalanraya di sana.

Penumpang sebelah, seorang wanita muda turut melakukan kesalahan sama malah mengaku tidak pernah memakai tali pinggang keledar setiap kali menaiki kereta.

Setelah mengakui kesalahan, pemandu terbabit diberikan serba sedikit nasihat seterusnya diminta menunjukkan lesen. Waktu inilah pemandu tersebut menyedari dia tertinggal lesen memandunya di rumah!

Jurukamera terus merakam.. kali ini pemandu terbabit dilihat menelefon seseorang untuk menghantarkan lesen memandunya. Dia kemudian meminta wanita yang menumpang keretanya untuk beredar dengan janji akan menelefonnya kemudian.

Sejurus selepas itu muncul wanita bersama lesen memandu yang dikenal pasti merupakan isteri pemandu terbabit. Dia kelihatan curiga apabila melemparkan pertanyaan mengapa lelaki terbabit pulang awal sedangkan dia ada mesyuarat di tempat lain.

Zhang ‘memanaskan’ keadaan apabila memberitahu suaminya bakal didenda kerana tidak memakai tali pinggang keledar, begitu juga penumpang yang bersamanya. Apabila ditanya si isteri, lelaki terbabit memberitahu penumpangnya seorang pekerja lelaki yang sudah balik.

Pemandu terbabit cuba ‘kawtim’ dengan Zhang agar rakaman kejadian tidak disiarkan namun hal itu nampaknya dinafikan kerana ia akhirnya tersebar meluas dan menjadi viral.

Malah setakat pagi semalam, rakaman itu telah ditonton lebih 2.8 juta orang walaupun baru dimuat naik tidak sampai 12 jam!



[Sumber]

Tuesday, July 02, 2013

Kantoi! Guru Wanita Terupload Gambar Bogel Di Wall Facebook

Kantoi! Guru Wanita Terupload Gambar Bogel Di Wall Facebook

Seorang guru perempuan di Tuban, Jawa timur, ditangkap polis kerana mengupload gambar bogelnya di akaun Facebook. Guru tersebut sudah dibuang serta-merta dari sekolah.

Gambar hiasan

Setelah mengupload gambar bogelnya di Facebook dan diketahui pihak sekolah, St, 28 kemudiannya ditangkap polis. Dia kini disiasat petugas Satreskrim Polres Tuban.

Kepada penyiasat, janda anak satu itu mengaku tidak sengaja mengupload gambar bogelnya di Facebook. Sebenarnya, gambar itu hendak dihantar kepada kekasihnya, Cd, melalui inbox. Namun, gambar-gambar itu terpampang pula di wall akaunnya.

Setelah gambar itu muncul, pelbagai komen dari murid-murid St muncul. Bukan itu sahaja, kes gambar guru itu hangat diperkatakan warga Tuban.

Kasat (?) Reskrim Polres Tuban, AKP Wahyu Hidayat, mengatakan, pihaknya juga merampas sebuah telefon bimbit BlackBerry milik St. Dan didalamnya, ada lima gambar bogel St di telefon tersebut.

Wahyu menyebut, St didakwa mengikut seksyen 29, 34, dan 32 UU No 4/2008 tentang Pornografi dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

[Sumber]

Saturday, May 25, 2013

Kantoi! Anak Curang Dengan Kekasih Bapa Di Rakam CCTV

Kantoi! Anak Curang Dengan Kekasih Bapa Di Rakam CCTV

Gara-gara percaya rumahnya berhantu, seorang lelaki memasang kamera tersembunyi di dapur untuk merakamkan aktiviti paranormal itu.

Kantoi! Anak Curang Dengan Kekasih Bapa Di Rakam CCTV - The ghost cam revealed the man's girlfriend and son getting it on
Gambar hiasan

Dan tindakan itu akhirnya memang merakamkan aktiviti luar biasa di rumah berkenaan - apabila kamera itu merakamkan hubungan seks di antara anak lelaki dan kekasih lelaki terbabit.

Ketika lelaki itu mempertikaikan tindakan kekasihnya, wanita terbabit - berusia 28 tahun - mendakwa ia bukan hubungan asmara seperti disangka, sebaliknya sekadar pelukan kasih sayang dengan remaja berkenaan.

Namun, apabila lelaki itu menyoal anaknya yang berusia 16 tahun, remaja itu mengakui dia pernah berasmara dengan kekasih bapanya beberapa kali sebelum itu. Polis kemudian dihubungi untuk menangkap wanita terbabit.

-The Sun

Wednesday, May 22, 2013

Kantoi! Pendedahan CEO Air Asia X Azran Osman Rani Seorang Pondan?

Kantoi! Pendedahan CEO Air Asia X Azran Osman Rani Seorang Pondan?

Beberapa blog terutama yang berkaitan dengan politik sejak semalam menyiarkan gambar-gambar yang didakwa merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani dalam solekan tebal menyerupai wanita.


Tidak diketahui tujuan eksekutif paling tidak rasis berkenaan berpakaian demikian, namun banyak penulis blog memberikan tafsiran masing-masing.


Ada mengatakan, jika Azran tidak dapat memberikan penjelasan mengenai hal itu, maka dia layak dikutuk.


Blog Aktivis Kepayang Junior menulis berikut di blognya;

AKJr ingin mendapat kepastian daripada Tuan Punya Diri yang di”tag” di Twitter. Benarkah ini gambar CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani berpakaian seperti wanita ini hangat tersebar di twitter dan di Facebook? Patutlah beliau sudah lupa yang dirinya itu Melayu Islam. Kalau gambar ini palsu dan fitnah, tolong jawab di Twitter dan Admin akan kemaskinikan posting ini agar ianya tidak terus berleluasa. Kalau betul la gambar ini, memang dah sinonim dengan juak-juak Pakatan Pembangkang.

Tak tahulah pulak AKjr kalau ini caranya Air Asia ingin membuat promosi kepada golongan LGBT? Atau mungkin beliau tidak mengetahui hukum seorang lelaki berpakaian atau menyerupai seorang perempuan. Apapun hilang selera den malam ini haih!!! Semoga Allah selamatkan Malaysia dari bencana yang telah berlaku kepada kaum Nabi Luth.


Blog Sekupang Dua pula memberikan tajuk Spesis Lauk Aljuburi Di Air Asia sebagai respon kepada gambar berkenaan.

Teman maleh nak cakap pasal isu Air Asia, dalam isu jelas bagaimana celupar nya mulut spesis Aljub nie yang nampaknya makin kuat besar kepala biala dewasa nie si Aljubri yang makin kurang ajar dan mula mendapat sokongan kaum sejenis

Muntah gau beb bila tengok gambar mamat nie yang memang spesis lauk Aljubri nie yang jugak tak sayang mulut dengan Puan Izan dan anaknya Maryam Sofea Mohd Reza yang baru berumur 14 bulan yang dihalang masuk ke kapal terbang Air Asia untuk pulang bersama rakan merekake Malayisa selepas lawatan.

Melihat kepada respon yang diberikan ramai lagi blogger lain, maka adalah wajar bagi Azran tampil menjelaskan sahaja apa yang berlaku sebenarnya di sebalik gambar-gambar yang tersebar.


Sekeping gambar membawa seribu makna dan interpretasi termasuk yang negatif ada kalanya.

-Mynewshub

Tuesday, May 07, 2013

Kantoi! Cristiano Ronaldo Curang Dengan Kekasih

Kantoi! Cristiano Ronaldo Curang Dengan Kekasih

Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo didakwa berlaku curang dengan teman wanitanya yang juga seorang model, Irina Shayk selepas meniduri seorang model Brazil yang digelar Miss BumBum.


Menurut model terbabit, Andressa Urach, 27, penyerang Real Madrid itu telah menidurinya selepas dia dikatakan teruja dengan wanita itu.

“Dia amat teruja dengan punggung saya, malah menggelar saya sebagai `little horse’,’’ kata Andressa.

Kedua-duanya dikatakan bertemu di sebuah bilik hotel minggu lepas.

Pemain bola sepak terkenal itu yang juga duta `Save the Children’ dikatakan telah menghubungi Andressa selepas mendapat nombor telefon wanita itu daripada seorang rakannya, bulan lepas.


Ronaldo kemudiannya dikatakan telah berhubung dengan Andressa melalui skype.

“Saya selalu membayangkan Cristiano sebagai lelaki paling menarik di dunia ini, dan saya tidak sangka yang saya akan bersamanya,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ronaldo dalam twitternya memberitahu, dia hanya berada di hotel berkenaan untuk ditemubual oleh wartawan sepanyol sahaja.

-Mynewshub

Sunday, April 14, 2013

Pondan Menyamar Jadi Doktor Ditangkap Polis

Pondan Menyamar Jadi Doktor Ditangkap Polis

Setiap hari ada sahaja kes penipuan dilaporkan akhbar yang dapat kita baca. Menariknya, kes-kes penipuan yang berlaku ini adalah tersangat licik dan terancang rapi. Sama seperti kes pondan yang menyamar doktor ini di Melaka.

Doktor Ika

Menurut akhbar Sinar Harian, polis telah menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai ‘Doktor Ika’ itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.

Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.

“Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka bagi mengelak dikesan.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.

Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yang memberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.

Beliau berkata aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 April lepas.

Katanya bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya di Batu Berendam pada 11 April lepas.

Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan tampil bagi membantu siasatan.

Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu, katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, April 07, 2013

Tiga Pengadil Lubnan Ditangkap Terima Rasuah Seks

Tiga Pengadil Lubnan Ditangkap Terima Rasuah Seks

Tiga pegawai perlawanan Lubnan yang berada di Singapura bagi mengadili Piala Konfederasi Asia (AFC Cup) ditahan atas kesalahan menerima rasuah seks untuk mengatur perlawanan.


The Straits Time melaporkan pengadil, Ali Sabbagh dan pembantu pengadil, Ali Eid dan Abdallah Taleb berhadapan tuduhan rasuah setiap seorang.

Mereka didakwa menerima rasuah dari bookie dalam bentuk perkhidmatan seks percuma dari tiga wanita berlainan di Hotel Amara di Jalan Tanjong Pagar, Rabu lepas untuk perlawanan juara Liga S, Tampines Rovers dan East Bengal di Stadium Jalan Besar.

Dalam perlawanan tersebut, Tampines Rovers tewas kepada East Bengal 4-2.

FAS telah memaklumkan kepada AFC berkenaan masalah yang dihadapi akibat dari pendakwaan tersebut dan pegawai gantian dari Malaysia dan Thailand telah dihantar ke Singapura.

[Sumber]

Kantoi! Pasangan Nafi Bermesraan Tapi Seluar Berselerakan

Kantoi! Pasangan Nafi Bermesraan Tapi Seluar Berselerakan

Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.


Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya.

-Sinarharian

Thursday, April 04, 2013

Kantoi! Bakal Pengantin Kena Cekup Di Hotel Bajet

Kantoi! Bakal Pengantin Kena Cekup Di Hotel Bajet

Seorang pemuda memberi pelbagai alasan kerana bimbang dirinya diambil tindakan selepas ditangkap khalwat bersama teman wanita di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.


Dalam serbuan pertama sekitar jam 12.45 pagi, lelaki terbabit bersama teman wanita masing-masing berusia 21 tahun itu mengakui sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik hotel terbabit.

Lelaki terbabit ditemui tidak berbaju dan sekadar memakai seluar panjang, manakala pasangannya hanya berbaju dalam serta menutup tubuh menggunakan tuala.

Bimbang dikenakan tindakan lanjut, pemuda terbabit memohon maaf serta merayu kepada anggota dan pegawai penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) supaya tidak menahannya.

“Saya hanya teman dia (teman wanita) mandi sahaja. Kami tidak buat apa-apa dan cuma mahu tidur. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.

“Saya minta maaf dan bersedia membayar denda sekarang. Saya tidak mahu ditahan kerana ibu bapa saya sekarang sedang sakit, tolonglah encik,” katanya.

Sementara itu, di lokasi sama, sepasang kekasih tergamam apabila bilik hotel yang disewanya diketuk anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij dalam serbuan kedua sekitar jam 1.05 pagi.

Oleh kerana bimbang untuk membuka pintu, lelaki berusia 26 tahun bertindak meninjau kehadiran anggota ops menerusi tingkap bilik air hotel terbabit.

Dia bersama teman wanitanya berusia 23 tahun yang ditemui berpakaian lengkap hanya membenarkan anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij masuk ke dalam bilik selepas 10 minit menunggu.

Kadi Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif Naim berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali memeriksa hotel berkenaan.

-Sinarharian

Saturday, March 30, 2013

Cuba Bunuh Rakan Sekerja Letak Racun Dalam Kasut

Cuba Bunuh Rakan Sekerja Letak Racun Dalam Kasut

Seorang lelaki Jepun yang didakwa cuba membunuh seorang wanita dengan meletakkan racun pada kasut mangsa, ditangkap kelmarin.


Wanita itu, rakan sekerja lelaki terbabit, tidak mati tetapi mengalami gangrene pada kaki kiri. Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui sama ada kaki itu perlu dipotong atau tidak.

Polis mendakwa Tatsujiro Fukasawa, 40, meletakkan asid hidrofluoric, bahan kimia berbahaya di dalam kasut mangsa Disember lalu.

Dia dipercayai memperoleh bahan kimia itu yang digunakan dalam penapisan minyak atau untuk menghancurkan batu, di tempat kerjanya.

Asid hidrofluoric boleh meresap menerusi kulit ke dalam darah dan menyebabkan kegagalan fungsi sistem, termasuk serangan sakit jantung.

-AFP

Thursday, March 28, 2013

Bakal Di Penjara 8 Tahun Kerana Godam Laman Web Presiden

Bakal Di Penjara 8 Tahun Kerana Godam Laman Web Presiden

Seorang pengusaha kafe internet dari bandar Jawa Timur di Jember yang menggodam laman web rasmi presiden untuk ‘suka-suka’ mungkin dihukum penjara sehingga lapan tahun jika disabitkan.


Wildan Yani Ashari, 22, yang berada di ibu kota ini sejak ditahan Januari lalu oleh unit jenayah siber Polis Nasional dibawa pulang ke Jember kelmarin untuk menunggu tarikh perbicaraannya.

Penggodam itu yang memberitahu polis, dia melakukannya untuk suka-suka, didakwa mengikut dua artikel Undang-undang Telekomunikasi dan Undang-undang Maklumat dan Transaksi, yang membawa hukuman maksimum penjara lapan tahun dan denda Rp2 bilion (RM637,270).

Aries Surya, ketua pejabat pendakwa raya Jember berkata kes itu akan diserahkan kepada mahkamah tidak lama lagi.

“Kami cuba habiskan pendakwaan dan menyerahkannya kepada mahkamah,” kata Aries dipetik Tempo sebagai berkata.

-AGENSI

Saturday, March 16, 2013

Rahsia 'Enam Jari Hantu' Terbongkar

Rahsia 'Enam Jari Hantu' Terbongkar

Seorang doktor di hospital di sini menggunakan ‘jari palsu’ yang dibuat daripada silikon untuk mencatatkan kehadiran rakan sekerja apabila mereka tidak datang bekerja.


Pegawai merampas enam ‘jari’ daripada doktor berkenaan, Thauane Nunes Ferreira, 29, apabila menahannya kelmarin.


Pembongkaran kegiatan itu mendorong kepada siasatan di Ferraz de Vasconcelos berhampiran Sao Paulo mengenai jumlah ‘pekerja hantu’ di bandar itu.

Datuk Bandar Acir Fillo berkata, kira-kira 300 kakitangan kerajaan mengambil gaji tanpa perlu bekerja. “Kita ada bala tentera hantu. Ia perkara yang memalukan. Kita akan pasang kamera mengawasi mesin kedatangan bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya Menurut Fillo, dia percaya ‘pekerja hantu’ berada di semua pejabat awam, termasuk kesihatan, keselamatan dan pelajaran.

Ferreira yang diawasi pihak berkuasa mengaku memalsukan dokumen awam selepas ditangkap penggunakan jari palsu menipu mesin biometrik untuk mencatatkan kedatangan rakannya.

-AP