Thursday, February 14, 2013

Budak Sekolah 13 Tahun Ditangkap Berkhalwat

Budak Sekolah 13 Tahun Ditangkap Berkhalwat

"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.


Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

-Hmetro

Wednesday, January 30, 2013

Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan

Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan

Seorang wanita Brazil dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.


Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.

Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh.

Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya.

–TS

Tuesday, January 29, 2013

Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

Seorang guru sains gagal dalam rayuan untuk mendapatkan semula pekerjaannya selepas dia dipecat setelah pelajarnya menyaksikannya beraksi dalam filem lucah.

Guru Dipecat Kerana Pernah Berlakon Filem Dewasa

Tiga hakim yang membuat keputusan itu memutuskan bahawa Stacie Halas tidak sepatutnya mengajar lagi.

“Kami berharap awak dapat melupakan kisah silam. Namun kemudahan untuk mengakses filem lucah itu melalui internet akan berterusan.

“Ia akan menyebabkan keupayaan awak untuk mengajar dengan efektif akan terjejas,” kata hakim Cabos-Owen ketika membaca penghakiman setebal 46 muka surat.

Halas, 32, menjadi pelakon lucah selama sembilan bukan sebelum mengajar di Sekolah Haydock.

April tahun lepas, dia dipecat sebagai guru sains selepas filem lucahnya disaksikan oleh pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut melalui internet.

Dia mendakwa hanya terlibat sebagai pelakon lucah untuk tempoh antara 2005 hingga 2006 selepas berdepan masalah kewangan kerana ditinggalkan kekasihnya.

Ketika menjadi guru, Halas memberitahu dia langsung tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Namun imejnya telah terjejas hingga menyebabkan tugas sehariannya terganggu.

BACA INI JUGA: Pelakon Lucah Tercantik Dunia

sumber: carigold

Tuesday, January 08, 2013

Kantoi! Stesen TV Tayang Klip Lucah Ketika Siaran Berita

Kantoi! Stesen TV Tayang Klip Lucah Ketika Siaran Berita

Sebuah stesen televisyen dilaporkan membuat kesilapan memalukan apabila siaran beritanya menayangkan klip lucah sebagai latar belakang ketika berita itu disiarkan secara langsung.

Kantoi

Ketika itu penyampai Channel TV4 itu sedang membacakan berita mengenai krisis politik Syria.

Secara tiba-tiba klip lucah itu disiarkan di belakangnya dan ia berterusan selama 10 minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan.

Penonton yang menyaksikan berita tersebut, terkejut besar dengan kejadian tersebut.

“Saya sangkakan saya yang tersilap, namun lama kelamaan ia menjadi semakin jelas dan saya dapat melihat bagaimana mereka menarik semula filem lucah itu,’’ kata seorang penonton.

Dia juga hairan kenapa pengurusan TV4 tidak menyedari keadaan itu dan mereka terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, pihak pengurusan TV4 memberitahu, bilik berita disambung terus kepada computer syarikat

“Ketika itu tiada siapa yang menonton filem berkenaan. Kejadian berlaku ketika proses memuat naik dilakukan dan salah satu pelayar di bangunan berkenaan telah memainkan klip itu secara tidak sengaja.

“Sebaik menyedarinya, kami telah mematikan program itu. Ia tidak akan berulang lagi pada masa depan,’’ katanya.

BACA INI JUGA: Memalukan Bila Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat 'Asmara'!

Sumber: mynewshub

Tuesday, January 01, 2013

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Di Serang Gastrik

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Di Serang Gastrik

Mogok lapar yang kononnya 100 jam yang disertai oleh penyokong pembangkang di Dataran Merdeka yang sepatutnya berakhir malam tadi menimbulkan persoalan.

Seorang lelaki didakwa peserta mogok lapar begitu berselera 
menikmati makanan di Dataran Merdeka, semalam.

Ia kerana beberapa pesertanya dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tidak tahan lapar.

Beberapa blog turut menyiarkan gambar peserta mogok lapar itu sedang menjamu selera, semalam.

Malah ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan dipercayai dihantar oleh penganjur himpunan berkenaan yang meletakkan syarat peserta hanya dibenarkan minum air sepanjang mogok berlangsung.

Sebuah blog juga berjaya mengesan perbuatan ‘mencuri makan’ peserta mogok lapar itu ketika bantahan yang bermula jam 8 malam Khamis lalu baru saja memasuki jam ke-63.

-Bharian

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet

Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.


Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.

-Harian Metro

Sunday, December 30, 2012

BF Kena Tangkap Gara-gara Awek Bergambar Dengan Segumpal Duit

BF Kena Tangkap Gara-gara Awek Bergambar Dengan Segumpal Duit

Kata orang ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah’. Itulah yang berlaku kepada sepasang pasangan kekasih di negara China, baru-baru ini.


Ceritanya apabila si teman wanita yang berkerja di kelab malam Zhenjiang ini telah mengambil gambar bergaya sakan dengan duit kertas yang bertimbun.

Lalu memuat naik gambar berkenaan di internet. Tujuannya untuk ‘show off’ dengan rakan-rakan.

Namun, tindakannya yang ingin berlagak itu telah membawa padah kepada penangkapan teman lelakinya yang berusia 50-an dan dikenali dengan nama Chen.


Rupa-rupanya, Chen ini adalah ketua pengedar dadah yang bergerak aktif di Fujian dan Jiangsu!

Kan dah kena… Siapa suruh nak berlagak lagi!

[Sumber]

Saturday, December 29, 2012

Penari Tak Sengaja Tanggal Seluar Atas Pentas!

Penari Tak Sengaja Tanggal Seluar Atas Pentas!

Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.


Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!


Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu!

[Sumber]

Wednesday, December 12, 2012

Lelaki Kantoi Curi Selimut Dan Bantal Hotel

Lelaki Kantoi Curi Selimut Dan Bantal Hotel

Sehelai selimut dan sebiji bantal milik sebuah hotel di Equen Park, Serdang turut disonglap penjenayah.


Itu yang berlaku dalam kejadian pada 1 Oktober lalu di mana penjenayah melarikan barang berharga bernilai hampir RM5,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada awalnya, dua lelaki dan seorang wanita mendaftar masuk pada 29 September, kira-kira jam 11.30 malam.

Menurutnya, pendaftaran itu dilakukan seorang lelaki tempang yang menggunakan nama Sivan.

Beliau berkata, keesokannya, lelaki sama mendaftar sebuah lagi bilik yang dikatakan untuk abangnya.

“Bagaimanapun, kaki tangan hotel yang datang untuk mengemas bilik 202 dan 208 mendapati beberapa barangan elektrik antaranya dua televisyen, pemanas air elektrik, bantal serta selimut telah hilang.

Tiga penghuni itu juga tidak dapat dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, polis percaya barang itu disorokkan di dalam beg pakaian yang dibawa suspek.

Menurutnya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapat merakam imej dua lelaki dan seorang wanita yang kini dikesan untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu Mohd Adnan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan sekiranya terlihat atau mempunyai maklumat berhubung tiga individu berkenaan.

-SinarHarian

Monday, December 10, 2012

Wanita Sembunyi Dadah Dalam Kemaluan

Wanita Sembunyi Dadah Dalam Kemaluan

Polis semalam menahan dua suspek wanita yang menyembunyikan 5,900 pil methamphetamine dalam kemaluan dan seluar dalam mereka.


Polis berkata, dua wanita terbabit berasal dari suku kaum bukit di wilayah utara Chiang Rai. Wanita berkenaan ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Don Muang dari daerah Mae Fah Luang selepas polis menerima maklumat. Kedua-dua wanita itu mengakui masing-masing diupah 30,000 baht (RM2,990) untuk menghantar methamphetamine atau pil ‘ya ba’ kepada seorang penduduk suku kaum dikenali sebagai Yi Tasampue yang kemudian turut ditahan.

Dalam perkembangan lain, polis di Huai Khwang di daerah Bangkok menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas menemui 62 kilogram serbuk methamphetamine atau ais miliknya dalam satu serbuan.

Polis mengambil tindakan selepas menerima maklumat bahawa terdapat urusan jual beli dadah dekat kelab snooker di kawasan itu.

–BP

Friday, December 07, 2012

Bila Isteri Khalwat Keliru Antara Bai’ah Politik dan Maruah

Bila Isteri Khalwat Keliru Antara Bai’ah Politik dan Maruah

Kepada yang tertinggal kisah episod duka dan dayus pemimpin pas ini, sila klik di SINI


Part IV

Saksi menegaskan, ketika kejadian tangkapan awam ini berlaku, bukan beliau seorang atau bukan beliau hanya bertiga termasuk Sang Suami yang juga ketua cawangan pas yang terlibat dan melihat. Saksi mencerita bahawa saksi yang ada ketika itu lebih dari cukup seperti yang dikehendaki oleh syarak.

Dalam Islam, Allah swt memberi syarat pertuduhan perlakuan zina wajib datangkan empat saksi dan melihat sendiri aksi zina seperti Nabi saw memberi contoh ;

“..melihat seolah-olah seperti memasukkan pedang ke dalam sarungnya...”

Ustaz Saidi dalam keterangannya yang amat konsisten, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh kedua pasangan ini berzina kerana beliau tak nampak “pedang masuk ke sarung”. Apa yang beliau nampak hanyalah pasangan yang kelam kabut bila menutup badan masing-masing akibat terkejut bila mereka diserbu.

Tambah Ustaz Saidi lagi, isteri kepada Ketua Cawangan Pas itu hanya sempat memakai tuala yang berwarna merah untuk menutup badannya dan Adun Pas hanya sempat menyarung seluar dalam jenis boxer. Ustaz Saidi menegaskan supaya jangan mereka cipta kenyataanya dan beliau tidak sekali-kali menuduh pasangan itu BERZINA.

Apa yang dikesalkan oleh Ustaz Saidi adalah sikap Sang Suami, ketika datang minta pertolongannya dan selepas kejadian tersebut amat berbeza nada ketegasannya. Tanpa silu Sang Suami masih kekalkan isterinya sebagai ISTERI ! Bukan niat Ustaz Saidi hendak meruntuhkan masjid yang dibina, beliau serahkan kepada pembaca menilai sendiri tahap “Islam” nya pejuang pas.

Antara Bai’ah politik dan maruah kita sebagai mukmin di sisi Allah swt.

Bersambung……gambar di atas itu adalah gambar seorang Isteri yang menjadi mangsa rayuan nafsu buas Adun Pas Kelantan dan ceritanya bakal MI paparkan selepas episod ini berakhir...

-MalaysianInstinct

Saturday, November 24, 2012

Kantoi! Burung Dedahkan Rahsia Suami Curang

Kantoi! Burung Dedahkan Rahsia Suami Curang

Sembilan tahun lalu, seorang wanita dari China mengajukan permohonan cerai setelah burung peliharaannya mengeluarkan kata-kata yang cukup pelik pada pendengarannya.


Burung itu dikatakan mengucapkan kata-kata seperti: “Cerai”, “Aku cinta kamu” dan “Sabar ye!”.

Menurut akhbar Xinmin Evening, dari 'kata-kata' burung tersebut, dia mula curiga ada sesuatu yang sedang berlaku.

Kemudian diketahui bahawa burung itu belajar perkataan baru dari perbualannya suaminya ketika berbual dengan pelacur.

Kemudian isterinya pun membawa kes ini ke muka pengadilan dengan menjadikan burung ini sebagai bukti bahawa suaminya memang curang dan dia ingin bercerai.

Batal Perkahwinan Kerana Gambar Bakal Suami Peluk Wanita Lain di Facebook

Batal Perkahwinan Kerana Gambar Bakal Suami Peluk Wanita Lain di Facebook

Seorang pengantin perempuan membatalkan perkahwinannya beberapa hari sebelum berlangsungnya perkahwinan mereka setelah melihat bakal suaminya di facebook sedang memeluk wanita lain.

 Gambar hiasan

Bakal pengantin perempuan yang marah meninggalkan bakal suaminya setelah melihatnya membelai payudara gadis lain di Facebook.

Bakal pengantin perempuan tersebut kemudian dengan marah menampalkan poster-poster gambar bakal suaminya di seluruh pelosok bandar Rom.

Gambar yang diambil dari profile Facebook Antonio memperlihatkan bakal suaminya di dakapan payudara seorang gadis bogel.

Dibahagian bawah poster tertera, "Syukurlah ada Facebook! Sekurang-kurangnya saya telah menemui ada seorang babi pengkhianat sebelum perkahwinan! Dengan nota, bekas tunangmu dan 548 tetamu undangan".

Wednesday, November 21, 2012

Abby Merah Padam Ustaz Pas Sangkal 'Fatwa' Terbaru

Abby Merah Padam Ustaz Pas Sangkal 'Fatwa' Terbaru

Menurut Abby, individu yang memakai tudung namun masih memakai baju berlengan pendek, lebih baik tidak payah memakai tudung, kerana memakai baju berlengan pendek juga tidak menutup aurat dan ia adalah kesalahan yang besar.


“Sebab ada Ustaz cakap kat saya, kalau kita dah tutup aurat, tapi kita duk pakai baju lengan pendek, maknanya… tak dapat markah Ustaz!”

Bagaimanapun fatwa Abby itu disangkal oleh Ustaz Pas yang menyebabkan muka Abby terus merah padam mungkin kerana terlalu malu dengan fatwa yang dianggap salah oleh Ustaz itu.

Ini kali kedua Abby ditarbiyah di khalayak umum selepas Ustaz Azhar Idrus berbuat demikian beberapa bulan lalu.

Abby kena berhenti gunakan lojik akal dalam agama dan belajar betul-betul dahulu.

Saksikan videonya:



-Mynewshub

Ustaz Azhar Idrus Kantoi Makan di McDonald's

Ustaz Azhar Idrus Kantoi Makan di McDonald's

Agak kecoh juga laman sosial ketika ini apabila sekeping gambar penceramah bebas bersama keluarganya, Ustaz Azhar Idrus berada di McDonald’s (McD) tersebar.

Kempen boikot McDonald’s di United Kingdom.

Gambar itu menunjukkan, anak Ustaz Azhar Idrus sedang memakan ais krim McD, terdapat juga air kopi McD di atas meja itu beserta dulang makanan dan bekas ‘cheesy wedges’ KFC juga.

Apa yang menjadi persoalannya adakah Ustaz Azhar benar-benar makan di McDonald’s atau tidak!

Ini kerana, ketika ini sedang diadakan kempen untuk memboikot McDonald’s bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia kerana didakwa pihak tertentu sebagai antara penyumbang kepada pendapatan Israel.

Ia bermula apabila isu mengenai peperangan di antara Israel dan Palestin telah menyebabkan sesetengah pihak melancarkan boikot terhadapat restoran makanan segera itu.

Boikot berkenaan dilakukan kerana terdapat sumber-sumber yang mengatakan McDonald’s telah menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan mereka kepada negara yang amat kejam itu iaitu Israel.

Disebabkan tuduhan tidak berasas itu, McDonald’s Malaysia telah menulis di fan page Facebook mereka dengan mengatakan keuntungan mereka peroleh tidak disalurkan kepada mana-mana pihak politik yang terlibat dengan keganasan di dunia ini.


Berbalik kepada Uztaz Azhar Idrus, jika sebelum ini gambar berkenaan tidak diambil peduli, kini segalanya berubah.

Ustaz itu didakwa pernah mencadangkan agar McDonald’s diboikot dan kehadiran gambar itu menjadi modal politik bahawa ustaz berkenaan umpama ’cakap tak serupa bikin’.

Melihat daripada keadaan itu, menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original), beliau telah mengeluarkan respon seperti di bawah sebagai penjelasan kepada apa yang berlaku (rujuk gambar).


Walaupun kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri oleh beliau, masih ada beberapa pihak yang mengatakan apa yang Ustaz Azhar jelaskan itu seperti tidak selari dengan keadaan dengan gambar yang tersebar.

Misalnya, amat tidak logik beli air nescafe tetapi menggunakan cawan kopi McDonald’s.

Apa-apa pun, kebenaran hanya diketahui oleh Ustaz Azhar sendiri.

Apa yang penting, jangan kerana sekeping gambar, pelbagai fitnah ditaburkan untuk kepentingan politik atau diri sendiri semata-mata.

Fikir-fikirkanlah...

-Mynewshub

Saturday, November 17, 2012

Hilang Elaun Gara-gara Statusnya di Facebook

Hilang Elaun Gara-gara Statusnya di Facebook

Seorang kakitangan IBM yang kehilangan elaun dan cuti sakit gara-gara gambar di facebooknya.


Nathalie Blanchard, seorang wanita dari Quebec yang sedang mengambil cuti jangka panjang kerana sakit telah dihentikan dari menerima elaun bulanannya setelah dia mengupload gambarnya di facebook ketika dirinya berseronok di pantai.


Wanita itu diberikan cuti oleh majikannya di IBM di Bromont kerana didiagnosis mengalami depresi dan telah menerima elaun dan cuti sakit setiap bulan. Namun, gambar-gambar yang dipost di facebook menunjukkan dirinya sedang bergembira di sebuah pantai ketika sedang menikmati pesta ulang tahunnya.

Akibatnya, majikannya mengambil kesimpulan bahawa dia tidak lagi tertekan dan berhenti membayar elaunnya.

Nathalie Blanchard mengatakan bahawa gambar tersebut bukan bukti yang keadaannya telah pulih sepenuhnya.

Isteri Terkejut Kemaluan Suami 'Patah'

Isteri Terkejut Kemaluan Suami 'Patah'

Seorang isteri menuntut cerai setelah dia mendapati zakar suaminya palsu. Hal ini terbongkar ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Gambar hiasan

Suami tersebut, Grigory Toporov mengatakan bahawa dia tidak tahu sebesar mana zakar yang diinginkan isterinya sehingga dia melakukan ‘sambungan’ pada zakarnya.

Namun, isterinya terkejut dan ketakutan ketika zakar suaminya 'patah' ketika mereka sedang asyik melakukan hubungan suami isteri.

Greg mengatakan bahawa dia telah melakukan sambungan pada zakarnya, namun isterinya nekad dan kecewa dengan kegagalan suaminya ketika di ranjang dan tetap meminta cerai.
Isteri Dicerai Suami Tipu Umur Sebenar

Isteri Dicerai Suami Tipu Umur Sebenar

Luo yang berbohong tentang umurnya terpaksa menerima padah akibat berbohong kepada suaminya. Setelah 10 tahun berkahwin, suaminya nekad menceraikan Luo kerana menganggap dirinya telah ditipu.


Luo yang mengaku berumur 24 tahun ketika dia dilamar, padahal umurnya ketika itu sudah mencapai 30 tahun.


Pelik! Bercerai Kerana Melihat Wajah Isteri

Pelik! Bercerai Kerana Melihat Wajah Isteri

Info Pelik. Seorang wanita arab Saudi menuntut cerai pada tahun 2008 lalu kerana suaminya melihat wajahnya. Peliknya, perkahwinan mereka ketika itu telah pun berlangsung selama bertahun-tahun lamanya.


Mungkin perasaan membuak-buak yang sudah menumpuk selama bertahun-tahun membuatkan suami akhirnya tidak tahan dan benar-benar ingin tahu bagaimana sebenarnya wajah isterinya.

Setelah kantoi berusaha membuka cadar isterinya ketika sedang tidur, suami tersebut meminta maaf dan berjanji takkan mengulanginya.

Namun sayangnya, isteri yang selama ini hanya memperlihatkan matanya saja tetap bertegas untuk bercerai!

Thursday, November 15, 2012

Memalukan! Tisu Tandas Melekat Dipunggung Artis!

Memalukan! Tisu Tandas Melekat Dipunggung Artis!

Apa agaknya reaksi anda apabila artis terkenal yang anda minati keluar berjalan di karpet merah dengan tisu tandas masih melekat dipunggung?

Inilah yang terjadi kepada selebriti Hollywood yang telah ditonton oleh ramai orang suatu ketika dulu.

Jom lihat gambar kantoi ni..


Eh..bukan ke?