Saturday, November 17, 2012

Hilang Elaun Gara-gara Statusnya di Facebook


Seorang kakitangan IBM yang kehilangan elaun dan cuti sakit gara-gara gambar di facebooknya.


Nathalie Blanchard, seorang wanita dari Quebec yang sedang mengambil cuti jangka panjang kerana sakit telah dihentikan dari menerima elaun bulanannya setelah dia mengupload gambarnya di facebook ketika dirinya berseronok di pantai.


Wanita itu diberikan cuti oleh majikannya di IBM di Bromont kerana didiagnosis mengalami depresi dan telah menerima elaun dan cuti sakit setiap bulan. Namun, gambar-gambar yang dipost di facebook menunjukkan dirinya sedang bergembira di sebuah pantai ketika sedang menikmati pesta ulang tahunnya.

Akibatnya, majikannya mengambil kesimpulan bahawa dia tidak lagi tertekan dan berhenti membayar elaunnya.

Nathalie Blanchard mengatakan bahawa gambar tersebut bukan bukti yang keadaannya telah pulih sepenuhnya.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon