Wednesday, November 21, 2012

Ustaz Azhar Idrus Kantoi Makan di McDonald's


Agak kecoh juga laman sosial ketika ini apabila sekeping gambar penceramah bebas bersama keluarganya, Ustaz Azhar Idrus berada di McDonald’s (McD) tersebar.

Kempen boikot McDonald’s di United Kingdom.

Gambar itu menunjukkan, anak Ustaz Azhar Idrus sedang memakan ais krim McD, terdapat juga air kopi McD di atas meja itu beserta dulang makanan dan bekas ‘cheesy wedges’ KFC juga.

Apa yang menjadi persoalannya adakah Ustaz Azhar benar-benar makan di McDonald’s atau tidak!

Ini kerana, ketika ini sedang diadakan kempen untuk memboikot McDonald’s bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia kerana didakwa pihak tertentu sebagai antara penyumbang kepada pendapatan Israel.

Ia bermula apabila isu mengenai peperangan di antara Israel dan Palestin telah menyebabkan sesetengah pihak melancarkan boikot terhadapat restoran makanan segera itu.

Boikot berkenaan dilakukan kerana terdapat sumber-sumber yang mengatakan McDonald’s telah menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan mereka kepada negara yang amat kejam itu iaitu Israel.

Disebabkan tuduhan tidak berasas itu, McDonald’s Malaysia telah menulis di fan page Facebook mereka dengan mengatakan keuntungan mereka peroleh tidak disalurkan kepada mana-mana pihak politik yang terlibat dengan keganasan di dunia ini.


Berbalik kepada Uztaz Azhar Idrus, jika sebelum ini gambar berkenaan tidak diambil peduli, kini segalanya berubah.

Ustaz itu didakwa pernah mencadangkan agar McDonald’s diboikot dan kehadiran gambar itu menjadi modal politik bahawa ustaz berkenaan umpama ’cakap tak serupa bikin’.

Melihat daripada keadaan itu, menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original), beliau telah mengeluarkan respon seperti di bawah sebagai penjelasan kepada apa yang berlaku (rujuk gambar).


Walaupun kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri oleh beliau, masih ada beberapa pihak yang mengatakan apa yang Ustaz Azhar jelaskan itu seperti tidak selari dengan keadaan dengan gambar yang tersebar.

Misalnya, amat tidak logik beli air nescafe tetapi menggunakan cawan kopi McDonald’s.

Apa-apa pun, kebenaran hanya diketahui oleh Ustaz Azhar sendiri.

Apa yang penting, jangan kerana sekeping gambar, pelbagai fitnah ditaburkan untuk kepentingan politik atau diri sendiri semata-mata.

Fikir-fikirkanlah...

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon