Saturday, May 18, 2013

Tunang Terkejut Shah Jaszle Di Tangkap Berkhalwat

Tunang Terkejut Shah Jaszle Di Tangkap Berkhalwat

Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis lalu.


Malah, Redzwani Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Wani akui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut.

(Baca: Pelakon Popular Tempatan Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat)

“Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu.

“Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.

“Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan kepada Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Penangkapan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasaan JAIS menerima aduan pihak awam. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Meskipun dihenyak dengan pelbagai reaksi dan komen daripada ramai pihak termasuk peminat Shah, Wani bagaimanapun memberitahu dia masih tenang menerima berita itu dan masih sabar unyuk menunggu penjelasan tunangnya itu.

“Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas.

“Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak,” jelasnya lagi.

Wani dah Shah mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun lalu.

Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.

–Murai

Friday, May 17, 2013

Pelakon Popular Tempatan Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat

Pelakon Popular Tempatan Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat

Aktor dan model popular tempatan, Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), awal Khamis.


Dipetik dari laporan Bernama, aktor berusia 25 tahun yang telah bertunang pada Disember tahun lalu telah ditahan pada jam 3.30 pagi selepas pihak penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Walaubagaimanapun pasangannya yang ditahan itu dilaporkan bukan tunangnya, Redzwani Puteri.

Penahanan Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi dan pasangannya dilakukan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen bahawa mereka mempunyai ikatan muhrim.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataannya.

"Selepas mendapat maklumat daripada orang awam, kami menghantar anggota penguatkuasa ke lokasi. Ketika tiba di premis berkenaan, kami menahan kedua-dua pasangan itu kerana disyaki berkhalwat.

Pasangan ini ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

[Sumber]

Thursday, May 16, 2013

Anuar Zain Terkejut Gambar Berpeluk Dengan Zandra Jadi Isu Hangat

Anuar Zain Terkejut Gambar Berpeluk Dengan Zandra Jadi Isu Hangat

Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.


Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.

“Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.

(Baca: Hot! Gambar Anuar Zain Dan Zandra Hakimi Berpelukan)

“Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.

“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun,” jelasnya.

Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.

Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu mengenai album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP), ia memuatkan sebanyak 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang, yang telah dirakamkan pada konsert amal di bawah anjuran kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di DFP pada Mei tahun lalu.

Anuar berkata album tersebut diterbitkan khas oleh Anuar Zain Network dan DN and AD Entertainment Sdn Bhd buat peminat-peminat yang tidak dapat menhadiri konsert tersebut.

“Sebenarnya saya cukup teruja menantikan respons para peminat mengenai album ini. Ia dibuat khusus buat mereka yang tidak dapat menyaksikan persembahan kami.

“Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang dimuatkan merupakan lagu hits saya dan Dayang sebelum ini,” katanya.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Cinta Harus Memiliki, Aku Rindu Aku Jemu, Kau Bunga Cintaku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih.

–mStar

Panas! Gambar Bermesraan Dodhy Dan Ratna Dilla Tersebar

Panas! Gambar Bermesraan Dodhy Dan Ratna Dilla Tersebar

Hubungan Dodhy Kangen Band dengan penyanyi Ratna Dilla, pada mulanya disebut-sebut sebagai hubungan profesional. Namun tiba-tiba kedua-duanya muncul dalam foto-foto mesra yang tersebar di dunia maya, sehingga mengundang tanda-tanya pihak media.


Ada tiga foto yang mengabadikan antara Dodhy dan Ratna sedang asyik menikmati kuliner di sebuah restoran, duduk bermesraan bagai sepasang kekasih sambil berpegangan tangan di sebuah mall di Jakarta.

Sebelumnya diberitakan, penyanyi cantik dan seksi yang berasal dari Bogor itu, dikatakan sedang menjalin hubungan kerjasama untuk penggarapan single pop terbarunya. Malah, Ratna diciptakan lagu bertajuk ‘Nyut-Nyut’ ciptaan Dodhy ‘Ekasantara’ Kangen Band.


“Silakan tanya saja pada Mas Dodhy. ” jawab Ratna yang dikenal sebagai penyanyi dangdut dan pop itu pada Poskotanews.com.

Dodhy Kangen Band sendiri secara tegas menyatakan, kehidupan rumahtangganya terganggu dengan penyebaran gambar mesra dengan Ratna Dilla di internet.

“Foto-foto itu memang asli. Saya dengan Ratna kan memang sedang ada hubungan kerja. Kebetulan lagu ciptaan saya akan dijadikan single terbaru Ratna,” jelas Dodhy mengakhiri.

[Sumber]

Edited by SP

Wednesday, May 15, 2013

Eina Azman Dan Afiq Muiz Nafi Bersekedudukan

Eina Azman Dan Afiq Muiz Nafi Bersekedudukan

Selain mendakwa Afiq Muiz menderhaka dan meminggirkan keluarga, ibu Afiq Muiz turut mendakwa dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada kekasih pelakon itu.


Walaupun tidak mendedahkan identiti penghantar SMS itu, namun ramai yang percaya Eina Azman adalah individu yang dimaksudkan. Ini kerana Afiq dan Eina pernah digosipkan bercinta sebelum ini.

Ekoran daripada pendedahan itu, Eina Azman turut tampil memberi penjelasan kepada pihak media bersama-sama Afiq dalam satu sidang media.

"Saya ingin jelaskan yang saya bukan kekasih Afiq. Saya cuma teman rapatnya sahaja. Menjadi teman rapatnya, sudah tentu orang lain yang tidak tahu perkara sebenar akan salah anggap dengan berpendapat yang saya ini kekasihnya. Ibu Afiq melarang saya berkawan dengan Afiq sebab ibunya takut saya kikis duit Afiq. Tapi, apa bukti saya kikis duit Afiq? Apa bukti yang Afiq ada 'memindahkan duit kepada saya? Semasa awal tahun ini, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Afiq yang memaki saya dan melarang saya berkawan dengan Afiq. Afiq pun berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku," luah gadis berusia 18 tahun ini.

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya. Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," ujar Eina meluahkan perasaan.

Nafi bercinta

Dedah Eina lagi, dia juga pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat tertekan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Tambahnya lagi, dia dan Afiq tidak pernah memburuk-burukkan ibu Afiq dan adik-adiknya di laman Twitter.

"Saya tak pernah burukkan sesiapa di Twitter. Begitu juga dengan Afiq. Saya juga menafikan dakwaan orang yang mengatakan saya menggunakan jampi atau pun bomoh terhadap Afiq. Tidak sama sekali," ulas Eina.

"Saya cabar ibu Afiq untuk bertemu dengan saya. Saya bagi tempoh seminggu untuk ibu Afiq meminta maaf kepada saya secara terbuka, bermula esok," tegas Eina lagi.

Sementara itu, Ibu Eina, Amy Roshaida yang turut hadir dalam sidang media itu turut mengesahkan anaknya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Afiq.

"Saya ibu Eina, saya tahu anak saya. Mereka tak bercinta, tetapi hanya teman rapat. Afiq selalu menceritakan permasalahan keluarganya kepada kami. Apa-apa pun, saya tetap menasihatkan Afiq pulang ke pangkuan ibunya. Walau apa pun terjadi, dia tetap ibu Afiq. Kalau betul pun Eina dengan Afiq bercinta, saya tak nak kerana saya tak mahu perkahwinan mereka tidak direstui," luah ibu Eina.

[Sumber]

Saturday, May 11, 2013

Hari Ini Saya Pakai Spender Merah Bra Merah

Hari Ini Saya Pakai Spender Merah Bra Merah

Menerusi laman Keek Anzalna beberapa jam yang lalu, seorang pelakon wanita yang terkenal menerusi drama bersiri Bunga Merah Punya, Sharifah Sakinah telah memuat naik rakaman video yang sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak.

Hari Ini Saya Pakai Spender Merah Bra Merah

”Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.”

Ekoran daripada itu, ada segelintir peminat melabelkan Sharifah Sakinah sebagai seorang pelakon yang teruk perangainya.

Persoalannya, adakah Sharifah Sakinah sedar bahawa video seperti bakal mengundang kritikan penonton?

Atau, memang berniat nak mencipta populariti murahan semata-mata?

Anda tonton dan nilaikan sendiri.



-Obulan.com

Tuesday, May 07, 2013

Nikita Mirzani Di Dakwa Belasah Rakan Sendiri

Nikita Mirzani Di Dakwa Belasah Rakan Sendiri

Pelakon sensasi, Nikita Mirzani, terpaksa berdepan lagi dengan kontroversi hebat. Kali ini dia harus melupakan banyak tawaran seni setelah didakwa memukul temannya yang bernama Olivia di Pavillon Rooftop, kawasan Kemang, Jakarta Selatan, 5 September lalu.


"Kes ini sangat berat kerana ada rakaman CCTV terhadap penganiayaan yang dilakukan Nikita.

"Sepanjang tempoh perbicaraan dia terpaksa menolak semua tawaran lakonan.

"Lebih malang, dia akan ditahan sehingga selesai kes itu," kata sumber.

-Sinarharian

Friday, May 03, 2013

Hot! Gambar Anuar Zain Dan Zandra Hakimi Berpelukan

Hot! Gambar Anuar Zain Dan Zandra Hakimi Berpelukan

Sesiapa yang melihat gambar ini pasti sedikit kecewa yelah, artis pujaan ramai terutamanya gadis-gadis di luar sana yang memang gilakan Anuar Zain. Apatah lagi jika gambar yang dimuat naik itu nampak begitu mesra dengan kepsyen yang jelas menunjukkan perkenalan mereka bukan sekadar artis dan peminat.


Wanita yang kami maksudkan adalah Zandra Hakimi telah mengundang kejelesan ramai pihak. Dia merupakan salah seorang pemain bowling Kebangsaan yang memang tidak dinafikan kecomelannya seperti wajah K-Pop.


Difahamkan pula, selepas wanita tersebut memuat naik gambarnya mesranya bersama Anuar Zain dengan kepsyen tertulis ‘Lelaki Ini. My Abang‘ telah mengundang amarah si kekasih yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Safiq Rahim.


Disebabkan tidak mahu bergaduh dengarnya Zandra telah memadamkan gambar tersebut setelah beberapa jam dimuat naik.

Dengarnya lagi Zandra Hakimi ini macam nak cari publisiti murahan dek kerana kurang famous berbanding kekasihnya.

Cemburu ini tanda kasih sayang, betul ke idok? Tapi kalau berlebihan hati mana yang tak sakit.. wah gitu!

[Sumber]

Thursday, May 02, 2013

Panas! Nikita Mirzani Mengaku Seorang Biseksual

Panas! Nikita Mirzani Mengaku Seorang Biseksual

Kalau bercakap tentang sensasi dunia hiburan Indonesia, tentu tidak sah kalau tidak bercakap mengenai artis yang satu ini.

Nikita

Nikita Mirzani, antara selebriti Indonesia yang sinonim dengan cerita 'panas' lagi kontroversi. Malahan dia pernah dibelit kontroversi hingga menjerat dirinya ke penjara.

Sensasi pertama Nikita adalah foto kontroversinya yang tersebar luas di internet. Bukan gosip mahupun dakwaan semata, sebaliknya Nikita memang benar-benar tampil bogel dalam foto tersebut.

Tidak seperti kebanyakan artis yang pasti akan menafikan ataupun menepis tuduhan seperti itu, namun bagi bintang filem Pokun Roxy itu, dia dengan terbuka mengakui foto tersebut memanglah dirinya.

Bukan setakat gambar-gambar seksinya, gambar Nikita berpeluk mesra dan dengan perempuan bagaikan pasangaan kekasih, juga menjadi bualan hangat ramai.

Terbaru, satu berita mengejutkan tatkala pengakuaan aktres itu kepada detikhot.com. Janda anak satu itu mengaku dirinya adalah seorang biseksual.

"Aku mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain sama teman lelaki, aku juga suka sama sesama jenis", katanya.

Nikita juga mengaku sempat mengalami trauma pada lelaki setelah bercerai dengan suami pertama.

Namun yang peliknya, ketika media lain mahu mendapatkan pengesahan mengenai pengakuan tersebut, perempuan yang memiliki tatu itu tidak mengaku pula dirinya biseksual.

Salah seorang pengurus artis yang enggan disebutkan namanya menceritakan, kadang-kadang ada artis yang sengaja melontarkan kenyataan-kenyataan 'aneh' untuk terus popular.

"Ada beberapa artis yang memang dari dulu sudah sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Lihat saja Dhani atau Depe yang sering mengeluarkan kenyataan yang mecetuskan kontroversi", ujar pengurus tersebut.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Victoria Mengaku Berbogel Untuk Reka Pakaian

Victoria Mengaku Berbogel Untuk Reka Pakaian

Bekas anggota kumpulan Spice Girl yang juga pereka fesyen, Victoria Beckham mendedahkan bahawa dia kerap berbogel semasa menghasilkan pakaian, lapor akhbar The Sun.


Rutin tersebut dilakukan oleh Victoria, 39, di hadapan pasukan pereka fesyennya sebagai sebahagian proses rekaan pakaian.

“Kami semua amat rapat. Kebiasaannya saya berbogel dan menghasilkan pakaian pada diri sendiri,” akuinya.

Selebriti yang terkenal dengan panggilan Posh itu membuat pengakuan ketika dia menghadiri Festival Vogue di London pada hujung minggu lalu.

Victoria ialah isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Dia meninggalkan kerjaya nyanyian untuk memberi tumpuan kepada label pakaian rekaannya sendiri, merangkumi jeans dan cermin mata yang sebelum ini menggunakan jenama Dvb.

–Agensi

Tuesday, April 23, 2013

Kim Kardashian Dan Kris Humphries Bercerai

Kim Kardashian Dan Kris Humphries Bercerai

Akhirnya Kim Kardashian dan Kris Humphries secara rasminya bercerai selepas kedua-dua mereka bersepakat menandatangani surat penceraian di mahkamah Los Angeles.

Kim dan Kris akhirnya bercerai secara 
rasminya selepas 536 hari proses penceraian.

Menurut laporan portal Dailymail, sebelum itu, hakim yang bernama Hank Goldberg telah bertanya adakah ada kemungkinan Kim dan Kris mahu melanjutkan perkahwinan mereka, dan kedua-duanya menggelengkan kepala tanda tidak.

Kim dan Kris sama-sama lega selepas agak lama menantikan kes penceraian mereka selesai dimana prosesnya mengambil masa 536 hari, berbanding dengan tempoh perkahwinan mereka yang hanya 72 hari.

Malah keadaan itu turut membuatkan kekasih Kim, penyanyi rap Kanye West lega dengan berita penceraian itu. Ia lebih memudahkannya untuk mengahwini bintang Keeping Up With The Kardashians itu.

Kim kini sedang mengandung tujuh bulan, hasil hubungannya dengan Kanye.

-mStar

Monday, April 22, 2013

Emma Maembong Nafi Kekasih Zizan

Emma Maembong Nafi Kekasih Zizan

Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.


Kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, memang sama cantik sama padan. Namun Emma telah tampil menafikan perkara tersebut. Menurut Emma, mereka berdua hanya rapat kerana dirinya berada di bawah syarikat Zizan.

(Baca: Zizan Dan Emma Maembong Sedang Bercinta?)

Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya.

Kalau bukan Emma Maembong, siapakah wanita bertuah tersebut? Kaka pun dah nafikan bukan dirinya. Abang Nara rasa, wanita tersebut adalah daripada golongan bukan artis. Mungkin daripada kelab peminat Zizan sendiri. Tak sabar rasanya nak mengetahui identiti wanita yang berjaya mencuri hati Zizan ini.

-Beautifulnara

Saturday, April 20, 2013

Zizan Dan Emma Maembong Sedang Bercinta?

Zizan Dan Emma Maembong Sedang Bercinta?

Pengakuan pelawak, pengacara, Zizan Razak bahawa dirinya kini sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29, baru-baru ini, mengundang teka-teki siapakah gerangan wanita bertuah itu.


Apatah lagi, Zizan mengambil langkah untuk merahsiakan gadis tersebut dengan alasan dia sendiri masih belum meluahkan perasaannya.

Namun, Zizan mengakui gadis tersebut telah menghadiahkan telefon bimbit iPhone 5 sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Bagaimanapun, kehadiran artis baru, Emma Maembong pada majlis hari jadinya itu menyebabkan ramai pihak berpendapat Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai itu.

Mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idaman iaitu pandai membuat lawak, namun Emma menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.

“Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan.

“Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

“Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.

“Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,” katanya.

Mengakui bahawa dia kini masih lagi belum berpunya, Emma tidak menolak jika berkahwin dalam usia muda dan semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi.

Berkongsi perkembangan terkini mengenai kariernya, Emma berkata, dia kini semakin sibuk mengatur jadualnya kerana terlibat dalam penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid.

“Saya terlupa tajuk filem tersebut tapi buat masa sekarang, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada filem ini,” katanya.

Tambah Emma, biarpun dia banyak menerima tawaran lakonan drama tetapi dia lebih selesa memberi tumpuan terhadap satu-satu kerja terlebih dahulu.

“Selepas siap filem ini, barulah saya akan mempertimbangkan untuk berlakon dalam drama.

“Namun semuanya masih dalam proses pemilihan,” katanya.

-Sinarharian

Thursday, April 18, 2013

Chef Riz Tayang Gambar Kekasih Baru

Chef Riz Tayang Gambar Kekasih Baru

Bulan Februari lepas, Chef Riz ada menayangkan gambar kekasih barunya di laman Instagram beliau.


Gadis yang bernama Stella Stephanie juga digelar sebagai “Mak Jemah”.

Chef Riz sekali lagi memuat naik gambar terbaru mereka bersama menyambut hari jadi, namun setelah beberapa jam, gambar tersebut telah dibuang olehnya.

Selain itu, perbualan mesra antara Chef Riz dan Stella Stephanie turut dihidu di twitter mereka.


Memang cun dan cantik sangat Stella ni.

-SP

Monday, April 15, 2013

Benarkah Wawa Zainal Di Bela VIP?

Benarkah Wawa Zainal Di Bela VIP?

Kisah artis muda mendapat tajaan dan dibela orang kenamaan atau VIP bukan lagi kisah baru dalam industri seni. Malah sejak dahulu lagi, pelbagai kisah mengenai artis wanita baru yang menjadi buruan VIP yang ingin mendekati mereka dan seterusnya ditawarkan pelbagai kemewahan.


Tidak ketinggalan juga artis-artis wanita yang sudah mencipta nama, akan didekati golongan itu yang inginkan mereka menjadi kekasih, isteri dan tidak kurang juga sebagai wanita simpanan.

Kini, nama Wawa Zainal pula dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang VIP yang menaja kehidupannya selepas dia bergelar selebriti.

Pantas menafikan dakwaan tersebut, Wawa memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terlintas untuk mengambil jalan singkat itu.

"Saya akui, sejak tahun lalu lagi gosip ini mula bertebaran. Namun, saya lebih suka untuk tidak mengambil tahu mengenai dakwaan tidak berasas itu.

"Dunia saya hanyalah bersama keluarga dan terlalu terikat dengan jadual kerja. Lagipun, saya bukanlah gadis yang suka bersosial. Bagaimana perkara ini boleh timbul?

"Namun, saya akui pernah mendapat tawaran dan ajakan daripada golongan berkenaan, namun saya menolak tawaran itu dengan baik," katanya yang lebih selesa dengan sikap sederhana dalam segala perkara.

Dalam pada itu, Wawa juga mengakui amat terkejut dengan dakwaan segelintir pihak mengenai taktik 'beli undi' yang dirancang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo.

Katanya, kemenangannya dan dua rakan MIG, Shaheizy Sam serta Yana Samsudin tidak pernah dirancang atau diatur seperti yang didakwa.

"Saya terkilan kerana masih ada yang meragui kebolehan saya dan turut melibatkan pihak MIG. Saya percaya, kemenangan ini mungkin kerana impak lakonannya menerusi drama bersiri Lestary, Cinta Qaseh yang disiarkan di TV3.

"Namun, saya tak kisah dengan apa orang cakap. Cuma, saya harap perkara ini tidak berlanjutan,” katanya yang juga duta produk kecantikan, Shurah dan LipIce.

Siapa sangka, walaupun baru sahaja bertapak sebagai pelakon sekitar November 2010, anak kelahiran Sabah ini berjaya meletakkan dirinya ke satu tahap yang mampu dibanggakan.

Namun, enggan mendabik dada dengan apa yang telah diperoleh, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, tetap merendah diri.

"Alhamdulillah, syukur sangat dengan rezeki yang diterima. Namun, saya masih lagi Wawa yang dulu, tidak akan berubah apa-apa.

"Walaupun saya berjaya merangkul trofi ini, bukan bermakna saya harus berhenti berusaha. Masih banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari dan bekerja keras untuk terus berjaya dalam industri.

"Kemenangan ini juga membuktikan populariti bukan diukur dari segi rupa paras, sebaliknya bakat dan kebolehan," katanya yang pernah membintangi beberapa filem termasuk 3 Temujanji, Sumpahan Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, Kisah Paling Gangster, Pada Suatu Cinta Dahulu dan Longkai.

-Sinarharian

Gambar Nabila Dan Nas-T Cuti Berduaan Di Bali?

Gambar Nabila Dan Nas-T Cuti Berduaan Di Bali?

Pelakon yang baru saja mengenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, Nabila Huda Suhaimi dan kekasihnya, Nas-T sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini.


Percutian selama tiga hari dua malam itu mungkin merupakan salah satu cara untuk mereka lebih mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi selain bertujuan untuk meraikan kemenangan Nabila pada majlis Anugerah Bintang Popular yang lalu.

Nabila memang dikenali sebagai seorang yang suka mengembara malah pada tahun lalu dia sudah melancong ke pelbagai tempat menarik seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom dan Itali.


Semoga hubungan yang semakin mekar berkembang ini bakal dimeterai dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi memandangkan pasangan ini dilihat serasi serta sangan sepadan bersama.

-Mynewshub