Wednesday, May 15, 2013

Eina Azman Dan Afiq Muiz Nafi Bersekedudukan


Selain mendakwa Afiq Muiz menderhaka dan meminggirkan keluarga, ibu Afiq Muiz turut mendakwa dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada kekasih pelakon itu.


Walaupun tidak mendedahkan identiti penghantar SMS itu, namun ramai yang percaya Eina Azman adalah individu yang dimaksudkan. Ini kerana Afiq dan Eina pernah digosipkan bercinta sebelum ini.

Ekoran daripada pendedahan itu, Eina Azman turut tampil memberi penjelasan kepada pihak media bersama-sama Afiq dalam satu sidang media.

"Saya ingin jelaskan yang saya bukan kekasih Afiq. Saya cuma teman rapatnya sahaja. Menjadi teman rapatnya, sudah tentu orang lain yang tidak tahu perkara sebenar akan salah anggap dengan berpendapat yang saya ini kekasihnya. Ibu Afiq melarang saya berkawan dengan Afiq sebab ibunya takut saya kikis duit Afiq. Tapi, apa bukti saya kikis duit Afiq? Apa bukti yang Afiq ada 'memindahkan duit kepada saya? Semasa awal tahun ini, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Afiq yang memaki saya dan melarang saya berkawan dengan Afiq. Afiq pun berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku," luah gadis berusia 18 tahun ini.

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya. Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," ujar Eina meluahkan perasaan.

Nafi bercinta

Dedah Eina lagi, dia juga pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat tertekan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Tambahnya lagi, dia dan Afiq tidak pernah memburuk-burukkan ibu Afiq dan adik-adiknya di laman Twitter.

"Saya tak pernah burukkan sesiapa di Twitter. Begitu juga dengan Afiq. Saya juga menafikan dakwaan orang yang mengatakan saya menggunakan jampi atau pun bomoh terhadap Afiq. Tidak sama sekali," ulas Eina.

"Saya cabar ibu Afiq untuk bertemu dengan saya. Saya bagi tempoh seminggu untuk ibu Afiq meminta maaf kepada saya secara terbuka, bermula esok," tegas Eina lagi.

Sementara itu, Ibu Eina, Amy Roshaida yang turut hadir dalam sidang media itu turut mengesahkan anaknya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Afiq.

"Saya ibu Eina, saya tahu anak saya. Mereka tak bercinta, tetapi hanya teman rapat. Afiq selalu menceritakan permasalahan keluarganya kepada kami. Apa-apa pun, saya tetap menasihatkan Afiq pulang ke pangkuan ibunya. Walau apa pun terjadi, dia tetap ibu Afiq. Kalau betul pun Eina dengan Afiq bercinta, saya tak nak kerana saya tak mahu perkahwinan mereka tidak direstui," luah ibu Eina.

[Sumber]

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon