Sunday, April 20, 2014

Giler! Bersalin Secara Berdiri Di Peru

Giler! Bersalin Secara Berdiri Di Peru

Kebiasaannya wanita memilih untuk bersalin dengan cara berbaring sama ada melalui kaedah normal ataupun pembedahan.

Bersalin sambil berdiri di Peru

Tetapi, di Peru mereka mengubah tradisi ini dengan mempercayai bersalin secara berdiri memiliki kelebihan tersendiri terutamanya penduduk pribumi Peru.

Menurut salah seorang penduduk, Benigna Condori, dia telah membuat keputusan untuk melahirkan dua bayi terakhirnya di salah sebuah klinik yang membenarkan wanita bersalin sambil berdiri dan bukannya baring.

Selepas lima kelahiran bayinya sebelum ini, Condori memilih untuk bersalin secara berdiri kerana percaya kaedah rawatan tersebut mampu menyelamatkan nyawa ibu dan bayinya daripada mengalami masalah ketika bersalin.

Ini kerana salah seorang rakannya mati ketika bersalin di rumah walaupun cuba diselamatkan oleh beberapa orang bidan.

Lantaran itu, dia memilih untuk bersalin melalui kaedah ini walaupun terpaksa mengatur langkah berjam-jam lamanya melalui pergunungan Andes untuk ke klinik kesihatan yang menggabungkan perubatan moden dan tradisional.

Andes Walk

Kaedah bersalin secara berdiri ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh penduduk Peru yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di pergunungan Andes. Ini kerana banyak tembikar-tembikar kuno di pergunungan Andes yang ditemui menggambarkan wanita Peru bersalin dalam kedudukan duduk dan berdiri.

Ketika itu, jarak dan kos pengangkutan menjadi penghalang utama kepada sesetengah wanita yang ingin bersalin.

Bagi kaum lelaki Peru, menghantar isteri mereka ke pusat kesihatan bukanlah budaya mereka. Malah, amalan kelahiran secara tradisional di kalangan masyarakat luar bandar Peru menggalakkan wanita bersalin dalam keadaan mencangkung di dalam bilik gelap dengan dibantu ahli keluarga yang lain.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dipraktikkan secara meluas kerana ia membahayakan nyawa ibu dan anak.

Menurut Menteri Kesihatan Peru, melalui tulisannya di dalam sebuah buku kesihatan, posisi kelahiran menegak boleh menjadi lebih baik kepada wanita kerana dapat mengurangkan tekanan di uterus. Selain itu juga, saluran darah yang besar mampu memberi kesan kepada jumlah oksigen yang sampai kepada bayi.

Posisi duduk atau berdiri semasa bersalin juga mengurangkan masa proses kelahiran dan bersalin. Selain itu, kaedah ini membolehkan si ibu melihat keseluruhan proses kelahiran berlangsung berbanding ketika berbaring.

Di Peru, sekurang-kurangnya 185 orang wanita meninggal dunia dalam setiap 100 ribu kelahiran. Kebanyakan kematian ini berlaku ketika kaum wanita bersalin di rumah.

Disebabkan itu jugalah, Condori tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sanggup merentasi pergunungan Andes kerana dirasakan lebih selamat berbanding bersalin dirumah.

Menjelang tahun 2015, kerajaan Peru berhasrat untuk mengurangkan bilangan kematian wanita kepada 66 peratus dalam setiap 100,000 kelahiran, Peru telah membuka 390 buah rumah menunggu bersalin sejak sedekad lalu, di mana wanita dari kawasan perkampungan boleh menetap secara percuma sementara menunggu waktu untuk bersalin.

Menteri Kesihatan Peru menjelaskan, kebanyakan kaedah perubatan tidak sedar mengenai keperluan wanita mengandung, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar yang melihat kelahiran sebagai satu cara semulajadi dan tidak berfikir perubahan kepada posisi bersalin menegak perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, menurut wakil Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di Peru, Ramirez, wanita Andes biasanya melahirkan anak secara tradisional di rumah dan dibantu oleh nenek, pasangan ataupun bidan. Mereka telah biasa dengan keadaan itu sejak sekian lama dan sukar diubah.

Lantaran itu, kebanyakan pusat kesihatan di Peru sedang membuat perubahan yang membolehkan wanita yang ingin bersalin membawa ahli keluarga sementara menunggu.

Malah, pusat kesihatan tersebut juga membenarkan wanita mencangkung dan duduk ketika proses bersalin.

-Sentiasapanas.com

Monday, April 14, 2014

GILER! Dua Biji Mangga Berharga RM9,559 Di Jepun!

GILER! Dua Biji Mangga Berharga RM9,559 Di Jepun!

Jika di Malaysia sekarang adalah musim mempelam harum manis, di Jepun, sejenis mangga turut mula dijual di pasaran.

Egg of the Sun

Bagaimanapun harga mangga ini amat mahal malah dijual mencecah 300,000 Yen (RM9,559) bagi dua biji!

(Baca: Gadis Cantik Malang Yang Dilahirkan Tanpa 'Kemaluan'!)

Ini antara harga yang dicatat salah satu daripada 231 unit mangga yang dijual dua biji setiap bungkus di sebuah pasar raya di Fukuoka, Kyushu, Khamis lalu.

Egg of the Sun [2]

Mengikut Persekutuan Pertanian Ekonomi Miyazaki, mangga yang dijual di bawah jenama Taiyo no Tamago (Egg of the Sun) ini bernilai tinggi kerana ia dipilih di bawah kriteria amat teliti termasuk berat setiap satunya mesti melebihi 350 gram dan memiliki rasa sangat manis.

Egg of the Sun [3]

Salah seorang pengusaha mangga mahal ini, Yasukazi Matsuda yang ditemui pada hari jualan menyatakan syukur atas harga pasaran baik yang diperoleh memandangkan para pengusaha telah berdepan dengan kesukaran menjaga mutu tanaman mangga mereka pada tahun ini disebabkan suhu amat rendah.

Sumber: Japan Times

Saturday, April 12, 2014

GILER! Denda Jika Berat Badan Berlebihan!

GILER! Denda Jika Berat Badan Berlebihan!

Berat badan yang berlebihan sememangnya mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Dan salah satunya adalah masalah obesiti.

Gadis Gemuk

Masalah obesiti bukan sahaja menghadkan pergerakan fizikal dan sosial, tetapi juga jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Apabila pelbagai penyakit muncul, sudah tentu kos perubatan juga akan meningkat.

Di Arizona, Amerika Syarikat, satu undang-undang telah diwujudkan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, terutamanya bagi kelompok yang malas berdiet.

Golongan ini wajib mengamalkan cara hidup yang sihat dan perlu sentiasa memeriksa tahap kesihatan di hospital.

Jika ada diantara mereka yang didapati mempunyai masalah kesihatan tetapi tidak mahu berdiet, mereka akan dikenakan denda sebanyak USD$450,000 atau RM1.4 juta setahun!

Berdasarkan sistem perundangan Arizona, penggubal undang-undang mempunyai alasan tersendiri mengapa golongan 'Comel' ini perlu dikenakan denda setiap kali mereka mempunyai masalah kesihatan akibat kegemukan.

Mengikut alasan yang diberikan, jika ukur lilit pinggang seseorang semakin mengambang, sudah tentu ia akan mempengaruhi kos perbelanjaan kerajaan untuk perubatan. Selain itu juga, langkah ini diambil bagi mengurangkan peratusan perokok tegar dan penghidap diabetes di negeri tersebut.

Peraturan ini dikeluarkan oleh Jabatan Medicaid Arizona yang merupakan sebuah agensi kerajaan yang mengelolakan sebuah program kesihatan kepada penduduk Arizona. Program ini menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat miskin di Amerika Syarikat.

Tujuan denda ini dikuatkuasakan adalah untuk mengubah perilaku dan pendekatan masyarakat Arizona mengenai penjagaan kesihatan. Melalui kaedah ini, perbelanjaan kesihatan di Amerika Syarikat dapat dikawal. Ini kerana separuh daripada penduduk Arizona diklasifikasikan sebagai obesiti.

Japanese Workers Fitness

Sementara itu di Jepun pula, mereka juga ada cara tersendiri dalam menangani masalah kegemukan rakyatnya. Dibawah undang-undang negara yang berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat persendirian dan majlis perbandaran di setiap daerah di Jepun diwajibkan untuk menyelia berat badan para pekerjanya yang berumur di antara 40 hingga 74 tahun.

Dalam perkara ini, saiz pinggang menjadi perhatian utama. Jepun telah menetapkan saiz pinggang ideal untuk mereka yang bekerja, sama ada dalam bidang swasta ataupun kerajaan.

Bagi pekerja lelaki, saiz pinggang mereka mestilah tidak melebihi 33.5 inci dan bagi wanita pula 34.5 inci.

Jadi, jika ada diantara para pekerja mempunyai saiz pinggang melebihi had yang ditetapkan oleh kerajaan, pekerja tersebut akan diberi panduan diet dan juga kaunseling. Walau bagaimanapun, jika berat mereka tidak berjaya diturunkan dalam tempoh tiga bulan, panduan diet akan diberikan sekali lagi. Begitu juga seterusnya untuk tempoh enam bulan.

Bagi memastikan program ini berjaya, kerajaan akan mengenakan penalti wang kepada syarikat persendirian dan majlis perbandaran yang gagal mencapai sasaran.

Jika syarikat persendirian gagal mengurangkan jumlah pekerja yang gemuk sehingga 25 peratus menjelang tahun 2015, mereka akan dikenakan bayaran yang tinggi untuk program kesihatan warga tua.

Pada ketika ini, kebanyakan syarikat persendirian di seluruh Jepun ada menawarkan diskaun keahlian gim dan membantu merancang diet para pekerjanya.

Isu berat badan berlebihan perlu dipandang serius kerana semakin ramai penduduk di dunia mengalami masalah kegemukan berdasarkan hasil kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia sehingga tahun 2008 dengan menggunakan ukuran skala Body Mass Index (BMI).

-Sentiasapanas.com

Friday, April 11, 2014

GILER! Wanita Diragut Secara LIVE Depan Wartawan!

GILER! Wanita Diragut Secara LIVE Depan Wartawan!

Seorang wanita Brazil cuba diragut ketika temu bual lintas langsung mengenai kadar jenayah yang semakin meningkat dengan sebuah televisyen di Rio de Janeiro.

GILER! Wanita Diragut Secara LIVE Depan Wartawan!

Wanita itu yang namanya dirahsiakan, mengadu tentang kekurangan polis pada waktu siang apabila seorang pencuri cuba meragut rantai emasnya.

Penjenayah itu berjaya memutuskan rantai itu, tetapi gagal melarikannya.

Rio terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi.

Ogos tahun lalu berlaku 406 pembunuhan di bandar berkenaan.

Video itu akan digunakan untuk membantu peminat bola sepak yang datang melancong di bandar itu pada musim panas bagi perlawanan Piala Dunia.

Baru-baru ini, tentera bersenjata dengan bantuan pasukan helikopter menyerbu satu kawasan jenayah di Rio dalam usaha membersihkan kawasan itu dari kadar jenayah menjelang kejohanan bola sepak itu. –AP

Hillary Clinton kena baling kasut

Hilary Clinton Dilempar Kasut

Seorang wanita menyerbu melepasi kawalan keselamatan dan membaling kasut ke arah Hillary Clinton di Las Vegas tetapi tersasar dan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat itu berseloroh mengenai kejadian itu.

Wanita itu bertindak sedemikian ketika Clinton berucap pada pertemuan Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI).

Clinton yang dikatakan bakal calon Demokrat untuk pilihan raya president 2016, mengelak ketika kasut itu melayang pada paras kepala di sebelah kiri beliau.



“Apakah itu, kelawar?…Apakah ada orang melempar sesuatu kepada saya?” kata Clinton pada mulanya.

Selepas kembali tenang beliau menambah: “Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?” — merujuk persembahan tarian akrobatik di Begas.

“Saya tidak tahu pengurusan sisa pepejal begitu kontroversi. Nasib baik beliau tidak pandai bermain bola lisut seperti saya,” katanya menyebabkan hadirin ketawa.

Wanita berambut perang itu segera diiring keluar dari dewan dan ditahan. –AFP

Tidak Bersalah Selepas 25 Tahun Dalam Penjara

Jonathan Fleming, 51

Seorang lelaki yang menghabiskan masa hampir 25 tahun di dalam penjara kerana dituduh membunuh dibebaskan semalam selepas hakim mendapati dia bercuti di Florida ketika kejadian.

Jonathan Fleming, 51, dibebaskan selepas pejabat pendakwa raya di Mahkamah Tinggi Brooklyn menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Dia sangat gembira kerana hari yang ditunggu akhirnya tiba, namun kecewa kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 25 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya,” kata peguam bela Taylor Koss.

Sepanjang perbicaraannya atas atas pertuduhan menembak mati rakannya, Darryl Rush pada 1989 di Brooklyn, Fleming mengekalkan akuan tidak bersalah.

Peguamnya berkata, pihak pendakwa terburu-buru mensabitkan lelaki itu dan tidak mengendahkan bahan bukti seperti bil telefon, gambar, resit hotel dan beberapa bukti lain yang menunjukkan lokasinya ketika kejadian.

Ketika perbicaraan, seorang saksi memberi keterangan yang dia melihat Fleming berada di tempat kejadian, namun mengaku tersilap pandang beberapa minggu kemudian, kata peguam bela lelaki itu.

Fleming didapati bersalah pada 1990 dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

Selepas sekian lama merayu dan kes itu disemak semula, pendakwa raya, Ken Thompson berkata, bukti yang dikemukakan membebaskan Fleming daripada tuduhan itu. –Reuters

-Sentiasapanas.com

Monday, March 31, 2014

Diet Melampau Makan Kapas Bulat!

Diet Melampau Makan Kapas Bulat!

Nampaknya semakin ramai yang terdesak untuk kelihatan kurus. Apa yang membimbangkan, kecenderungan ke arah itu tidak lagi melalui amalan biasa, mengambil makanan sihat dan bersenam secara konsisten seperti saranan pengamal perubatan.

Diet_Kapas

Sebaliknya, semakin ramai mengaplikasikan pendekatan gila dengan memakan bebola kapas untuk memberi kesan segera.

Walaupun trend ini masih baru, pendedahan diet melampau ini telah tersebar luas di internet. Sama ada betul atau tidak, yang pasti ia bukannya rekaan.

Di kalangan model terutamanya yang masih muda, telah ramai dilaporkan beralih kepada diet pelik ini untuk kekal kurus.

Baria Murphy, antara individu yang pernah menyaksikan sendiri amalan ini. Menurutnya, dia mengaku melihat beberapa orang model mencelup bola kapas ke dalam jus oren atau lemon dan kemudian memakannya.

Anak kepada pelakon terkenal Hollywood, Eddy Murphy mendedahkan perkara ini sewaktu muncul dalam program America's Next Top Model pada tahun 2009.

Pelaku diet biasanya akan merendam lebih daripada lima bola kapas ke dalam air berjus untuk memberikan rasa yang lebih sedap sebelum menelannya. Memakan putih kapas yang kegunaan asalnya adalah untuk membersihkan kotoran, dikatakan mampu memberi rasa kenyang tanpa perlu menambah berat badan.

Baria Murphy - Models' Cotton Balls Diet

Pada mulanya, pengamal diet ini dikatakan hanya dikalangan model-model muda sahaja. Namun, fakta sebenarnya amat memeranjatkan. Remaja wanita seawal sembilan hingga 16 tahun di seluruh dunia dikatakan turut mengamalkan diet ini.

Ketika pengamal diet pelik ini menikmati 'hidangan' mereka untuk kekal langsing, pakar-pakar perubatan menyatakan kebimbangan yang serius terhadap trend baru ini sehingga melabelkan ia sebagai 'sangat-sangat bahaya'.

Pengurus editor laman web Diets in Review, Brandi Koskie, diet tersebut adalah sama sekali tidak selamat kecuali kapas yang dimakan diperbuat daripada organik. Bagaimanapun, bola kapas yang ada sekarang, kebanyakannya terbuat daripada gentian polyster.

Polyster mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Pakaian anda juga diperbuat daripada polyster. Jadi, menelan bola kapas sintetik boleh diumpamakan seperti mencelup kemeja-t ke dalam jus oren dan kemudian memakannya.

Memakan bola kapas sama buruk seperti memakan kain, butang baju atau duit syiling. Tiada apa yang baik daripada amalan ini melainkan akan mengalami risiko tercekik atau saluran usus tersumbat.

Jisim terperangkap yang dipanggil 'Bezoar' adalah paling biasa berlaku apabila menelan rambut atau sayur-sayuran yang terlalu banyak. Dan memakan bola kapas juga sudah tentu boleh menyebabkan masalah yang sama.

Kapas tidak boleh dihadam, kerana itu pengamalnya akan merasa kenyang. Dan sekiranya ia menjadi amalan yang berterusan, lama-kelamaan bahan sintetik itu akan membina dan menyebabkan penyumbatan hingga boleh mengancam nyawa.

Walaupun secara rasionalnya bola kapas mengandungi kalori, boleh mengenyang dan menghalang anda daripada mengambil makanan yang menggemukkan, idea ini sebenarnya agak menggelikan.

Models' Cotton Balls Diet

Masih terdapat banyak cara lain untuk merasa kenyang tanpa memasukkan kalori ke dalam badan. Meminum air misalnya, salah satu cara sihat yang boleh membuatkan anda hilang rasa lapar.

Kesimpulannya, obesiti tidak mampu diselesaikan dengan amalan memakan bola kapas. Kembali kepada amalan biasa, bersenam dan memakan makanan yang sihat secara teratur sudah terbukti dapat membantu mengatasi masalah itu.

Jadi, kenapa perlu mengambil risiko untuk kelihatan kurus dengan cara yang merbahaya?

BACA INI JUGA: Ketagihan Pelik Selebriti Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 06, 2014

Obses Cacah Tatu Peta Dunia Di Badan!

Obses Cacah Tatu Peta Dunia Di Badan!

Seorang bekas peguam dari Louisiana, Amerika Syarikat memiliki cara tersendiri untuk mengabadikan kegemarannya melancong dan mengembara ke seluruh dunia.

Bill Passman Tattoo
Proses mencacah tatu.

Bill Passman, 59 tahun mencacah tatu di bahagian belakangnya dengan corak peta dunia kerana obsesnya kepada penggembaraan.

Sejak mula melancong pada usia 51 tahun, kini Bill sudah pun menjejaki sekurang-kurangnya separuh jumlah negara yang ada di bumi ini.

Untuk mengikuti perjalanan beliau, setiap kali Bill tiba di sebuah tempat yang belum pernah dijejaki ia akan diwarnakan oleh artis tatu dengan warna berbeza.

Setakat ini, kira-kira 60 buah negara di belakang badan Bill sudah diwarnakan sementara bakinya bakal diwarnakan tidak lama lagi.

Bill Passman Tattoo [2]
Lokasi yang sudah dilawati.

Perjalanan pertama Bill selepas mendapat pasportnya ialah ke Tanzania dan kemudian membuat keputusan untuk mengembara sepenuh masa.

Pada tahun 2010, beliau berhenti bekerja sebagai peguam dan mula melancong.

Beliau berada jauh dari rumahnya hampir sepanjang tahun, Bill hanya kembali ke rumahnya selama kira-kira tiga bulan dalam masa setahun.

Menurut beliau, negara kegemaranya ialah Guatemala.

“Saya mendapatkan tatu ini untuk diukit di belakang saya sebagai menunjukkan kesukaan saya kepada pelancongan.

“Ia adalah sebagai satu memori abadi berkenaan semua tempat menarik yang sudah saya kunjungi,” katanya.

Bill Passman Tattoo [3]
Salah satu lokasi dilawati Bill.

Selain tatu, Bill merupakan seorang penulis blog yang aktif. Di laman webnya, beliau menulis berkenaan inspirasinya membuat tatu berkenaan ialah seorang wanita yang ditemuinya di Antigua.

Wanita itu juga memiliki cacahan tatu berbentuk peta dunia di belakangnya, dan pada setiap lokasi yang dilawatinya ia akan ditandakan dengan titik berwarna merah. -Mynewshub

Sunday, February 23, 2014

Belanja £150,000 Ketagih Diet Coca!

Belanja £150,000 Ketagih Diet Coca!

Seorang wanita yang ketagih dengan minuman Diet Coke telah menghabiskan wang sebanyak £150,000 untuk membolehkannya minum hingga 16 liter minuman itu setiap hari.

Jakki Ballan Diet Cola

Sehinggakan pada satu-satu masa, Jakki Ballan sanggup minum 50 tin Diet Coke sehari hanya dalam masa tiga jam.

Ibu kepada tiga orang anak itu mula minum Diet Coke ketika berusia 14 tahun dan sejak itu dia mula ketagih dengan minuman berkenaan.

Adakalanya dia sanggup membelanjakan £500 seminggu semata-mata untuk membeli Diet Coke.

(Baca: Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita)

Ballan juga akan panik jika bekalan coke itu tidak mencukupi.

Dia kini mula mendapatkan rawatan perubatan untuk mengatasi ketagihannya itu selepas mengalami halusinasi akibat minum terlalu banyak Diet Coke.

“Ketagihan ini membuat hidup saya kacau-bilau. Saya tidak boleh keluar rumah tanpa memastikan Diet Coke mencukupi.

“Saya kini bimbang dengan kesihatan saya dan saya mahu melihat anak-anak saya membesar,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub