Sunday, January 05, 2014

GILER! Wanita Kemaruk Minum Cat!

GILER! Wanita Kemaruk Minum Cat!

Seorang ibu beranak dua mengakui mempunyai tabiat pelik apabila kemaruk menelan cat yang dianggap ‘panas dan lebih berkrim daripada susu.’

Heather Beal

Heather Beal, 43, mengakui minum hampir tiga gelen cat sejak mula menggemari cat kira-kira tiga tahun lalu.

Pengambilan bahan kimia seperti itu boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem saraf utama sama seperti dialami penagih alkohol.

Bagaimanapun, penyalahgunaan bahan kimia juga boleh mengakibatkan halusinasi, muntah, gangguan pertuturan dan mual.

“Memang sedap, rasanya seperti susu bila ditelan cuma ia mempunyai bau kimia terlalu kuat yang bagi saya amat sempurna,” katanya.

Dia mengakui lebih sukakan cat dalam bentuk dakwat digunakan untuk pen penanda.

(Baca: Kisah Luarbiasa Bayi Yang Di Selamatkan Pelukan Kembarnya)

Malah, setiap hari dia mencabut penutup sebatang pen penanda untuk memuaskan ketagihannya.

“Saya memilih dakwat pen penanda selepas mencuba beberapa jenis cat lain termasuk yang dijual secara pukal dalam tin, namun tidak cukup sedap untuk memuaskan kehendak saya,” katanya.

Heather kemudian menunjukkan bagaimana dia menggoncang pen penanda untuk memastikan dakwatnya sekata sebelum terus memasukkan hujung pen ke dalam mulut.

Matanya juga kelihatan menggerenyet ketika menikmati segelas kecil cat putih.

Heather berkata, tabiatnya itu bermula selepas kematian ibunya dan sehingga kini tidak siapapun pernah melihatnya minum cat, lebih-lebih lagi dua anaknya.

Bagaimanapun, Heather kini cuba mengatasi ketagihan itu selepas dimaklumkan doktor ginjalnya mengalami kerosakan.

Malah, dia berazam terus berhenti menelan cat selepas ditanya bagaimana perasaannya jika anaknya juga memulakan tabiat itu.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan, ketagihan bahan terlarang boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan berjalan, bercakap dan berfikir.

Tanda lain yang dapat dilihat jelas termasuk hidung berdarah, mata merah selain perubahan sikap ketara dan ganas akibat kesan sampingan terhadap otak pengguna.

Sumber: Mynewshub

Monday, December 30, 2013

GILER! Model Cantik Sanggup Bedah Telinga Untuk Kelihatan Seperti ‘Elf’!

GILER! Model Cantik Sanggup Bedah Telinga Untuk Kelihatan Seperti ‘Elf’!

Seorang model dari Kanada sanggup menjalani pembedahan mengubah rupa wajahnya hanya kerana dia mahu kelihatan sebagai ‘elf’ iaitu haiwan kerdil yang sering muncul dalam filem Hollywood.

Melynda Moon

Biasanya orang lain yang menjalani pembedahan plastik atau kosmetik akan menjadikan hidung mereka lebih mancung atau bibir lebih besar tetapi bagi wanita ini Melynda Moon, dia mahu telinga menjadi lebih tajam seperti telinga kucing.

“Saya sering berimaginasi bagaimana perasaan untuk menjadi sesuatu yang lain dari manusia, saya buat keputusan untuk mengubah rupa bentuk saya menjadi lebih luar biasa,” katanya.

Pada Ogos 2011, dia membelanjakan US$400 (RM1300) untuk menjalani pembedahan berkenaan yang amat menyakitkan.

Untuk mendapat telinga impiannya, bahagian atas telinga Melynda terpaksa dikikis, beberapa bahagian dipotong untuk membuat rekabentuk seperti sudut yang berbentuk seperti segitiga.

Akhirnya, bentuk telinga Melynda menyerupai telinga watak Elves dalam filem Lord Of The Rings.

Sesi pembedahan selama dua jam itu bukanlah sesuatu yang mudah, Melynda mengakui dia berasa telinganya bengkak dan sakit dengan rasa seperti terbakar.

Menurut Melynda, jahitan di telinga selepas pembedahan itu kekal selama kira-kira dua minggu untuk telinganya kembali sembuh.



Bagaimanapun, selepas mengalami segala kesakitan itu Melynda berkata ia adalah satu proses yang cukup berbaloi.

BACA INI JUGA: 7 Punca Kenapa Anda Mudah Lupa

Saturday, December 21, 2013

GILER! Remaja Yang Memiliki 40 Nama!

GILER! Remaja Yang Memiliki 40 Nama!

Seorang bakal pelajar senior sekolah tinggi, Ratziel yang mendaftar di Sekolah Tinggi Nasional Bandaraya Urdaneta di Pangasinan dan perlu menulis nama penuhnya yang mengandungi 40 nama, selain nama keluarganya.

Ratziel

Kelihatannya memang hebat kerana Ratziel, 15, dilahirkan sebagai, Ratziel Timshel Ismail Zerubbabel Zabud Zimry Pike Blavatsky Philo Judaeus Polidorus Isurenus Morya Nylghara Rakoczy Kuthumi Krishnamurti Ashram Jerram Akasha Aum Ultimus Rufinorum Jancsi Janko Diamond Hu Ziv Zane Zeke Wakeman Wye Muo Teletai Chohkmah Nesethrah Mercavah Nigel Seven Morningstar A San Juan CCCII.

(Baca: Gambar Keajaiban Pertemuan Antara Dua Sungai )

Abangnya, Ramuel, 21, turut mendaftar di Universiti Filipina (UP) Baguio sebagai pelajar tahun dua. Dia juga menarik perhatian kerana mempunyai 20 nama.

Ramuel yang juga pelajar Biologi mempunyai nama penuh sebagai, Ramuel Spirituel Mattathiah Obadiah Darius Desiderius Abner Macaire Nowell Asa Izzy Zoon Politikon Trigg Gruffydd Keen Kemp Knowles Bonifacio Makabayan A San Juan.

Kakak dua beradik itu, Ramille Lewisse, 25, yang mempunyai firma perunding rekabentuk laman web di Metro Manila, juga tidak ketinggalan. Dia berjaya membina karier tetapi hanya beberapa orang saja yang mengetahui dia mempunyai 20 nama, Ramille Lewisse Marion To Kalon Zoe Vera Natalia Nadezna Zora Hosea Pro Patria Berenice Clotilda Currente Calamo Naomi Nahum Mehetabel A San Juan.

Huruf A yang terdapat pada nama tiga beradik itu mewakili nama keluarga ibu mereka, Agustin.

Latihan mental yang diperlukan bagi membantu setiap beradik itu mengingat nama mereka dalam susunan yang betul dan dieja dengan betul dilakukan oleh ibu mereka.

Sumber: Philippines Inquirer

Wednesday, December 18, 2013

GILER! Kos Majlis Perkahwinan Bernilai RM263 JUTA!

GILER! Kos Majlis Perkahwinan Bernilai RM263 JUTA!

Majlis perkahwinan bagi salah satu keluarga terkaya di dunia tidak mungkin diadakan secara kecil-kecilan, jadi tidak hairanlah majlis anak saudara jutawan Lakshmi Mittal diadakan selama tiga hari dengan menelan belanja £50 juta (RM263.26 juta).

Shristi Mittal and Gulraj Behl Wedding

Anak saudara perempuan Lakshmi itu, Shristi Mittal, 26, mendirikan rumah tangga dengan Gulraj Behl yang merupakan seorang pelabur bank dalam majlis perkahwinan yang menyebabkan sebuah muzium di Barcelona ditutup baru-baru ini.

Seramai 200 pelayan terlibat dalam majlis perkahwinan tersebut.

Pengantin lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba di lokasi majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kuda.

(Baca: Cincin Perkahwinan Paling Pelik)

Shristi merupakan anak perempuan kepada adik Lakshmi iaitu Pramod yang juga terlibat dalam perniagaan besi.

Lakshmi merupakan seorang ahli perniagaan besi yang nilai kekayaannya dianggarkan £42.2 bilion (RM223.09 bilion) pada tahun 2008.

Dia juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ArcelorMittal iaitu syarikat perniagaan besi terbesar di dunia.

Shristi Mittal and Gulraj Behl Wedding
Gambar sekitar perkahwinan kedua mempelai.

Lakshmi juga memegang kepentingan 34 peratus dalam kelab bola sepak Queens Park Rangers.

Keluarga Lakshmi turut menyewa sebuah helikopter untuk melihat pemandangan di Barcelona.

Cef-cef dilaporkan diterbangkan khas dari India dan Thailand untuk melayani 500 tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.

(Baca: Pasangan Paling Romantis Mati Berpegangan Tangan!)

Kek majlis perkahwinan itu pula dianggarkan seberat 60 kilogram.

Majlis tersebut berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu dengan majlis perkahwinan mengandungi unsur-unsur Barat dan Hindu.

Pada hari terakhir, Muzium Seni Catalan Kebangsaan ditutup kerana ia merupakan lokasi majlis perkahwinan tersebut. -Agensi

Monday, November 18, 2013

Giler! Video Wanita Berkahwin Dengan ‘Roda Ferris’

Giler! Video Wanita Berkahwin Dengan ‘Roda Ferris’

Perkahwinan Linda Ducharme bukanlah sebuah rollercoaster, ada naik dan turun kerana wanita yang berasal dari Florida ini berkahwin dengan sebuah roda Ferris gergasi yang diberi nama Bruce.

Linda Ducharme marries giant Ferris wheel

Bagi Linda, perkahwinannya itu cinta pandang pertama.

“Jantung saya berdegup kencang apabila ke pelantar dan menikmati pusingan roda ini. Saya tidak dapat menceritakan perasaan pelik yang dirasai tapi menikmati setiap detik di atas roda itu.

“Bruce kini dunia saya dan dia sentiasa saya kenang. Saya rasa sempurna bila bersama Bruce,” katanya.

Linda dan Bruce baru-baru ini memperbaharui ikatan perkahwinan mereka dan ia dirakamkan stesen televisyen Logo TV.

Linda memakai topi Roman dan pada hujung upacara itu, paderi mengikat tangannya ke palang utama roda Ferris itu.

Linda bagaimanapun bukan wanita pertama tergoda dengan struktur besi seperti itu.

Pada 2007, Erika LaBrie dilapor menyatakan hasrat untuk mengahwini Menara Eiffel. Wanita itu kini dikenali sebagai Erika Eiffel.

Erika adalah pengasas OS Internationale, pertubuhan untuk mereka yang ingin memiliki hubungan bermakna dengan objek.

Erika turut pernah dilapor tertarik dengan Tembok Berlin. -Agensi



Saturday, November 16, 2013

Lukisan Pelik Paling Mahal Di Dunia Berharga RM457.3 Juta!

Lukisan Pelik Paling Mahal Di Dunia Berharga RM457.3 Juta!

Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang diadakan di New York rabu lalu.

Three Studies of Lucian Freud

Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.

Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.

Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.

Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).

Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu.

BACA INI JUGA: Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

-Sentiasapanas.com

Video Lelaki Berkahwin Dengan Pokok Di Argentina

Video Lelaki Berkahwin Dengan Pokok Di Argentina

Aktor dan aktivis alam sekitar Richard Torres melakukan perbuatan pelik apabila dia berkahwin dengan sebatang pokok di Buenos Aires, Argentina Ahad lalu.

Richard-Torres-marriage-tree

Torres (yang kelihatan seperti Johnny Depp dalam rakaman video pada acara itu) menggelar upacara terbabit sebagai “perkahwinan hijau” apabila berkahwin dengan pokok bernama Aliehuen Nehuen, sebagaimana disiarkan agensi akhbar Peru Netjoven.

Dalam acara itu, Torres memakai sut putih, manakala Aliehuen Nehuen mengenakan tali leher. Selepas sesi membaca ikrar dan meletakkan simbol perkahwinan di depan ‘isterinya’, Torres mencium pokok itu sebagai pengesahan acara perkahwinan, menurut FOX59 WXIN-TV.

Perkahwinan itu disahkan artis Argentina José María Muscari.

Richard-Torres-marriage-tree

Acara berkenaan ialah sebahagian percubaan besar Torres untuk memupuk kesedaran memelihara alam sekitar di seluruh negara Amerika Latin itu.

Di negara asalnya, Peru, Torres sudah pun mendapat perhatian kerana ketaksubannya terhadap flora dan fauna.

Dia ditahan tahun lalu kerana melancarkan bantahan secara berbogel sebagai membantah pemindahan pokok di sebuah taman di Peru.

Sementara acara perkahwinan Torres menarik perhatian antarabangsa, ia bukan pertama kali aktivis berkenaan berkahwin dengan pokok.

Pada Jun lalu, Torres mengahwini pokok pertamanya. Ketika itu, dia mengisytiharkan, “Perkahwinan saya adalah selama-lamanya dan saya akan berasmara dengan semua pokok. Dengan memeluk pokok, saya dapat merasakan tenaga tumbuhan itu.”

Bagaimanapun, Torres bukan aktivis pertama yang berkahwin dengan pokok.

Pada 2009, pasangan seni konsep, The Art Guys berkahwin dengan anak pokok Oak dalam satu acara di muzium Texas. -Agensi

BACA INI JUGA: Berkahwin Dengan Buah Nanas Sebagai Pasangan Hidup!


Thursday, November 14, 2013

Kain Serban Di Kepala Sepanjang 300 Meter!

Kain Serban Di Kepala Sepanjang 300 Meter!

Boleh dibayangkan bagaimana seseorang memakai kain sepanjang 300 meter di tubuhnya? Inikan pula hanya di bahagian kepala!

Nihang_Maghi Mela

Salah seorang anggota tentera Sikh di India berjaya melakukannya. Dia mengenakan turban sepanjang 300 meter di kepala.

Lelaki dengan janggut lebat ini adalah anggota Nihang, sayap tentera Sikh dengan makna simbolik. Nihang merupakan seorang pahlawan yang mempunyai tugas seperti tentera yang dibekalkan dengan pelbagai senjata.

Turban raksasa yang dipakai olehnya adalah dalam rangka memperingati Festival Maghi Mela di Amritsar, India.

Nihang mengenakan turban berwarna biru yang juga dikenali dengan nama Dumaala.

Setiap tahun di festival tersebut, anggota Nihang berlumba-lumba untuk membuat Dumaala paling besar.

Malah, Guinnes World Records pernah merekodkan pada 2010 lalu seorang Mayor Singh pernah memakai turban sepanjang 400 meter dengan berat mencapai 35 kg.

Festival Maghi Mela pada dasarnya merupakan upacara yang ditujukan untuk menghormati jiwa para pejuang di Pertempuran Khidrana.

Pada festival itu, mereka mempertontonkan gaya seorang Nihang beserta kemahiran senjatanya.

Dalam Bahasa Parsi, Nihang bermaksud "buaya" yang mencerminkan kekuatan anggotanya seperti seekor buaya.

[Sumber]