Tuesday, November 01, 2016

Laluan Pelajar Sekolah Kampung Atule Paling Menakutkan Di Dunia!

Laluan Pelajar Sekolah Kampung Atule Paling Menakutkan Di Dunia!

Jika anda adalah seorang pelajar sekolah yang malas dan selalu merungut kerana terpaksa berjalan kaki ke sekolah setiap hari, anda pasti akan bersyukur jika melihat gambar ini.

ATULE VILLAGE

Di China, anda pastinya kecut perut apabila melihat gambar kanak-kanak sedang berpaut pada tangga yang diperbuat dari akar pokok di tebing curam sebuah gunung semata-mata untuk ke sekolah.

ATULE VILLAGE

Gambar berkenaan viral selepas media kerajaan, Beijing News mendedahkan perkara tersebut.

ATULE VILLAGE

Menurut laporan CNN, tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang dan penduduk dan murid dari kampung atas gunung terpencil, Atule terpaksa melaluinya setiap hari.

ATULE VILLAGE

Pada masa lampau, terdapat kes penduduk dan murid maut akibat terlepas pautan dari tangga berkenaan.

ATULE VILLAGE

Walau bagaimanapun, penduduk kampung Atule sudah memulakan pembinaan tangga baru yang menggunakan 1,500 batang paip Ogos lepas.

ATULE VILLAGE

Tangga baru dijangka siap awal November tahun 2016 ini.

Menakutkan tapi sungguh menakjubkan dalam masa yang sama kan..

BACA INI JUGA: Giler! Terpaksa Melalui Jurang Maut Untuk Ke Sekolah

Sumber: SH

Tuesday, January 26, 2016

Gambar Kentang Dijual RM4.5 Juta!

Gambar Kentang Dijual RM4.5 Juta!

Seorang jurugambar yang pernah merakamkan gambar selebriti terkenal seperti Johnny Deep, Yoko Ono dan Bob Geldoff telah berjaya menjual gambar kentang pada harga RM4.5 juta.

Potato #345

Gambar tersebut dirakamkan oleh jurugambar Kevin Abosch dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan yang tidak didedahkan namanya.

Menurut Kevin, dia sendiri terkejut dengan pembelian tersebut sekaligus merupakan harga gambar paling mahal yang pernah dijual olehnya.

Gambar terbabit dinamakan oleh Kevin sebagai Potato #345 telah dirakam ketika sekotak sayur-sayuran organik dihantar ke rumahnya.

Potato #345 [2]

Kevin sendiri amat menggemari kentang kerana katanya, seperti manusia, ia mempunyai bentuk berbeza dalam spesisnya.

Gambar ubi kentang tersebut juga merupakan gambar kesukaan Kevin.

Bertuah sungguh kan..

BACA INI JUGA: Top 5 Lukisan Paling Menyeramkan Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, September 25, 2014

GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!

GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanipulasi media sosial untuk membuat duit.

eventubehd

Dengan hanya memuat naik ulasan permainan kanak-kanak dan permainan video kegemarannya di YouTube, Evan, 8 dari Amerika Syarikat berjaya memperolehi pendapatan sebanyak US 1.3 (RM 4.2) juta setahun.

Lebih mengagumkan, saluran YouTube Evan mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuat naik.

Menurut laporan Newsweek.com, angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan ulasan itu.




Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.

Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak. Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTubenya.

Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.

Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kita Perlu Kaya

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, August 20, 2014

Giler! Mati Jika Menyikat Rambut!

Giler! Mati Jika Menyikat Rambut!

Mencantikkan rambut sama ada menyikat atau mendandan sememangnya sangat digemari oleh kebanyakan gadis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Megan Stewart

Namun, seorang gadis remaja dari Glasgow, Scotland, Megan Stewart terpaksa melupakan hasrat itu kerana perbuatan menyikat rambutnya sendiri boleh menyebabkannya mati.

Keadaan pelik itu disedari oleh ibunya, Sharon, ketika menyikat rambut Megan beberapa tahun lalu. Menurut Sharon, pada hari kejadian dia sedang merapikan rambut anak gadisnya sebelum dia menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan.

Bagaimanapun, sewaktu menyikat rambut anaknya, Megan tiba-tiba pengsan. Bibirnya berubah menjadi biru. Sharon menyangka anaknya mungkin terkena serangan jantung dan dia dengan segera menghubungi paramedik.

Megan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Yorkhill di Glasgow. Di situ pemeriksaan kesihatan ke atas Megan dijalankan oleh sekumpulan doktor pakar kanak-kanak yang berpengalaman. Bagaimanapun, keputusan kesihatan yang diterima tidak menggembirakan.

Megan disahkan mengalami masalah Hair Brushing Syndrome. Ahli perubatan mengesahkan penyakit tersebut sangat anomali dan belum pernah ditemui daripada mana-mana pesakit sebelum ini.

Hair Brushing Syndrome atau Sindrom Menyikat Rambut yang dihidapi Megan dikatakan menjadi punca kenapa dia pengsan secara tiba-tiba semasa ibunya menyikat rambutnya.

Penyakit ini merupakan satu keadaan yang memaksa Megan untuk tidak menyikat rambut kerana sikat rambut plastik akan menyebabkan berlaku pergeseran elektrik statik. Renjatan cas ini boleh menyebabkan Megan pengsan.

Lazimnya, penghidap sindrom ini bukan saja tidak boleh menyikat rambut tetapi mereka juga tidak boleh menyentuh objek yang boleh mengecas seperti belon getah atau baju daripada bahan polyster.

Pesakit sindrom ini juga perlu mengelakkan diri daripada apa sahaja aktiviti yang boleh menyebabkan pergerakan cas elektrik statik dalam kehidupan seharian mereka.

Pendek kata, aktiviti seperti itu adalah toksik yang sangat merbahaya dan perlu dijauhi kerana perkara sekecil itupun boleh menyebabkan mereka mati.

Berapa lama mereka perlu mengelakkan diri daripada terkena elektrik statik masih tidak dapat dipastikan tapi kemungkinan tindakan menjauhi arus tersebut adalah untuk seumur hidup.

Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit mahu menyisir rambut, mereka perlu melakukannya ketika rambut dalam keadaan basah atau lembap. Ini adalah satu-satunya cara yang membolehkan pesakit menyisir rambut tanpa mengancam nyawa mereka.

Jika ditanya kenapa elektrik statik boleh membunuh pesakit Hair Brushing Syndrome, pakar perubatan sendiri masih tiada jawapan mengenai penyakit misteri ini.

Namun, satu teori mengatakan elektrik statik yang terhasil daripada tindakan menyikat rambut atau menggosok belon pada rambut boleh menyebabkan otak pesakit dengan serta-merta berhenti dan terkunci.

Dipercayai setiap kali adanya aliran elektrik statik, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya, otak dengan sendiri menghantar isyarat ke jantung dan paru-paru untuk berhenti menyebabkan pesakit tiba-tiba pengsan. Lebih malang lagi, ia boleh membawa maut.

Ada juga pihak tertentu yang mengaitkan penyakit pelik yang dialami Megan dengan komplikasi ketika dia dilahirkan. Megan merupakan salah seorang bayi pra-matang.

Sewaktu dilahirkan, saiznya hanya sebesar tapak tangan lelaki. Dia mempunyai hernia atau lubang pada bahagian diafragma. Diafragma merupakan tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen.

Akibat masalah itu, hernia diafragma menekan perutnya sehingga menyebabkan hanya satu paru-parunya boleh tumbuh. Biasanya, bayi dalam kes seperti ini tidak mampu hidup lama.

Namun, satu keajaiban berlaku dalam dunia perubatan apabila Megan membesar dengan sihat sehingga sekarang walaupun mengalami penyakit Sindrom Menyikat Rambut.

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 13, 2014

GILER! Tak Sedar Pisau Tertusuk Empat Tahun Dalam Otak!

GILER! Tak Sedar Pisau Tertusuk Empat Tahun Dalam Otak!

Apa perasaan anda apabila membaca tajuk artikel di atas? Gerun atau ngeri? Walau apa pun yang anda fikir, entah bagaimana pula perasaan pesakit yang mengalaminya sendiri.

Li Fuyan

Sudahlah sakit, terpaksa pula hidup bersama pisau yang terbenam di kepala selama 48 bulan.

Li Fuyan, tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Setiap hari dia pasti diganggu serangan migrain yang sangat teruk hingga membataskan segala pergerakannya. Adakalanya dia hanya mampu terbaring saja menahan kesakitan itu.

Sudahlah kepala sakit, pernafasannya juga terganggu. Kadang-kadang pendarahan berlaku di dalam telinga dan mulut secara tiba-tiba. Selain itu, dia juga dikatakan sukar menelan, serak serta tidak boleh bercakap.

Bukan sekali dua berjumpa doktor, malah ada temu janji setiap bulan dengan pakar perubatan. Itu belum termasuk rawatan sampingan sewaktu dia tiba-tiba pengsan akibat serangan mengejut.

Setiap kali berjumpa pakar, ubat yang dibekalkan juga adalah yang paling kuat sehingga terpaksa disuntik melalui telinga supaya kesannya lebih cepat.

Li Fuyan [2]

Selepas lebih tiga tahun menjalani rawatan pakar, kesakitan itu tidak juga berkurangan. Malah, menimbulkan tanda-tanya kerana simptom yang dialami tidak dapat dikenal pasti puncanya.

Akibat tekanan dan kesakitan yang tidak tertanggung, Li meminta doktor melakukan imbasan x-ray bagi mengesan punca sebenar.

Amat memeranjatkan apabila sebilah pisau tanpa hulu berukuran 10 sentimeter tertusuk di dalam kepalanya bermula dari rahang kanan ke hujung kepala sebelah kiri.

Li menggigil melihat x-ray yang diberikan dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tiba-tiba teringat kejadian rompakan yang berlaku pada tahun 2006.

Ketika itu dia bergelut dengan seorang penjenayah yang telah tertusuk sesuatu di kepalanya. Bagaimanapun, ketika itu Li tidak merasa sakit dan menyangka apa yang mengenai kepalanya hanyalah tumbukan penjenayah itu.

Kepalanya juga langsung tidak berdarah malah tanpa sebarang kesan luka sehinggalah serangan sakit kepala melampau itu dirasainya beberapa tahun kemudian.

Li Fuyan [3]

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Stomatology, Hospital Awam Yuxi, Yunan, Dr. Xu Wen, sebelum ini pelbagai rawatan telah dilakukan termasuklah pemeriksaan di dalam mulut.

Namun, tiada sebarang tanda koyakan atau parut yang kelihatan. Dia sendiri pelik bagaimana pisau itu boleh tertusuk dan terbenam tanpa meninggalkan sebarang tanda.

Menurutnya lagi, Li sangat bernasib baik kerana pisau berkarat itu tidak mengenai arteri otak serta saraf muka yang boleh mengakibatkan kematian. Kejadian ini bagaimanapun telah mengejutkan pakar-pakar perubatan di China malah menjadi viral di laman-laman sosial.

Yang peliknya, kenapa proses x-ray mengambil masa yang terlalu lama untuk dilakukan? Persoalan itu terus menjadi tanda-tanya sehingga kini.

Dan tahukah anda, kes seumpama ini bukanlah perkara luar biasa di China, malah berlaku di seluruh dunia.

Pada tahun 2004 misalnya, pakar perubatan Perancis dikejutkan dengan penemuan 350 keping duit syiling di dalam perut seorang lelaki.

Sekitar tahun 2009, seorang lelaki dari Colorado dilaporkan terkeluar paku dari hidungnya ketika terbatuk. Rupa-rupanya paku itu telah berada di dalam hidungnya selama 30 tahun.

Li Fuyan [4]

Pada tahun yang sama juga, seorang kanak-kanak di Brazil dikatakan hidup bersama 50 batang jarum yang terbenam di dalam tubuhnya.

Pada tahun 2011 pula, seorang lelaki dibedah serta-merta apabila pihak hospital menemui sebiji peluru tertanam di dalam kepalanya. Kejadian itu berlaku di New York.

Dan di Britain pula, seorang lelaki dikatakan menelan segugus kunci ketika mabuk namun disahkan selamat selepas diberikan rawatan.

-Sentiasapanas.com

Thursday, July 03, 2014

GILER! Video Selfie Paling EKSTRIM Atas Motorsikal!

GILER! Video Selfie Paling EKSTRIM Atas Motorsikal!

Pada masa kini, perbuatan ‘selfie’ ataupun mengambil gambar diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain begitu meluas dilakukan orang di seluruh dunia.

Selfie Paling EKSTRIM

Disebabkan ia sudah pun dilakukan ramai orang, maka lebih ramai orang mahu melakukan selfie mengikut cara mereka tersendiri untuk menjadikan selfie mereka lebih berbeza daripada orang lain.

Di Facebook, telah tersebar satu video rakaman yang dibuat secara selfie melibatkan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berani sambil selfie.

Pelbagai aksi yang ekstrim dilakukan antaranya melakukan pusingan dengan motosikalnya 360 darjah dan merebahkan badannya, sebelah tangan memegang handle manakala sebelah lagi memegang monopod.

Satu aksi di dalam video berkenaan menunjukkan dia menunggang motosikal sambil mengheretkan kepalanya di atas jalan raya tanpa terjatuh.

Banyak komen orang ramai yang telah menonton video selfie antara terhebat ini menyuarakan kekaguman mereka pada aksi berani dan berbahaya ini.

Tidak kurang juga yang memuji kepekaan brader mat motor ini yang mengenakan pakaian keselamatan termasuk topi keledar ketika melakukan aksi berkenaan. -Mynewshub

BACA INI JUGA: Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!


Sunday, June 15, 2014

GILER! Vibrator Tersekat Dalam Pundi Kencing Teman Wanita!

GILER! Vibrator Tersekat Dalam Pundi Kencing Teman Wanita!

KANSAS: Fantasi dan permainan seks satu pasangan kekasih di Amerika Syarikat berakhir dengan kejadian memalukan.

Vibrator
Gambar hiasan.

Pasangan wanita dalam aksi itu terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan daripada pakar sakit puan kerana vibrator yang digunakan dengan teman lelaki tersangkut pada satu bahagian dalam badannya.

Adalah normal untuk doktor sakit puan menerima kes di mana ada objek tersangkut dalam bahagian sensitif wanita, cuma yang melibatkan wanita ini agak ganjil.

Ini kerana vibrator itu dikesan tersangkut dalam saluran kencingnya!

Perkara itu tidak sepatutnya berlaku atau mustahil untuk berlaku kerana saluran kencing wanita adalah terlalu kecil untuk menerima kemasukan sebarang benda.

Namun, apa yang mustahil itu berlaku dalam kes melibatkan wanita berkenaan.

Kejadian itu dipaparkan dalam satu episod dalam program di saluran TLC.

Dr. Roger Goldenberg dan isterinya Wendy Goldenberg masih tertanya-tanya akan bagaimana seorang pesakitnya tersekat vibrator di tempat yang paling pelik dan agak ganjil.

Dr. Roger Goldenberg and Wendy Goldenberg

Pada mulanya, Wendy Goldenberg menyangkakan alat bantuan tersebut mungkin tersekat di bahagian vagina atau duburnya, tetapi sangkaanya ternyata meleset.

Ia tersekat di bahagian pundi kencing saya, tempat di mana saya membuang air kecil, kata mangsa.

Mangsa pada awalnya malu hendak menceritakan kejadian memalukan itu namun teman lelaki mangsa menjelaskan bahawa pasangannya ingin merasakan kenikmatan alat berkenaan ketika melakukan seks, dek kerana keasyikkan, entah bagaimana alat vibrator sebesar jari kelingking tersebut terlepas ke dalam saluran kencing teman wanitanya.

Walaupun bunyinya macam kelakar, tapi menurut Dr. Goldenberg jika tidak diatasi segera, mangsa boleh mengalami pendarahan teruk di saluran pundi kencingnya.

Sumber: Huffingtonpost

Sunday, April 20, 2014

Giler! Bersalin Secara Berdiri Di Peru

Giler! Bersalin Secara Berdiri Di Peru

Kebiasaannya wanita memilih untuk bersalin dengan cara berbaring sama ada melalui kaedah normal ataupun pembedahan.

Bersalin sambil berdiri di Peru

Tetapi, di Peru mereka mengubah tradisi ini dengan mempercayai bersalin secara berdiri memiliki kelebihan tersendiri terutamanya penduduk pribumi Peru.

Menurut salah seorang penduduk, Benigna Condori, dia telah membuat keputusan untuk melahirkan dua bayi terakhirnya di salah sebuah klinik yang membenarkan wanita bersalin sambil berdiri dan bukannya baring.

Selepas lima kelahiran bayinya sebelum ini, Condori memilih untuk bersalin secara berdiri kerana percaya kaedah rawatan tersebut mampu menyelamatkan nyawa ibu dan bayinya daripada mengalami masalah ketika bersalin.

Ini kerana salah seorang rakannya mati ketika bersalin di rumah walaupun cuba diselamatkan oleh beberapa orang bidan.

Lantaran itu, dia memilih untuk bersalin melalui kaedah ini walaupun terpaksa mengatur langkah berjam-jam lamanya melalui pergunungan Andes untuk ke klinik kesihatan yang menggabungkan perubatan moden dan tradisional.

Andes Walk

Kaedah bersalin secara berdiri ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh penduduk Peru yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di pergunungan Andes. Ini kerana banyak tembikar-tembikar kuno di pergunungan Andes yang ditemui menggambarkan wanita Peru bersalin dalam kedudukan duduk dan berdiri.

Ketika itu, jarak dan kos pengangkutan menjadi penghalang utama kepada sesetengah wanita yang ingin bersalin.

Bagi kaum lelaki Peru, menghantar isteri mereka ke pusat kesihatan bukanlah budaya mereka. Malah, amalan kelahiran secara tradisional di kalangan masyarakat luar bandar Peru menggalakkan wanita bersalin dalam keadaan mencangkung di dalam bilik gelap dengan dibantu ahli keluarga yang lain.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dipraktikkan secara meluas kerana ia membahayakan nyawa ibu dan anak.

Menurut Menteri Kesihatan Peru, melalui tulisannya di dalam sebuah buku kesihatan, posisi kelahiran menegak boleh menjadi lebih baik kepada wanita kerana dapat mengurangkan tekanan di uterus. Selain itu juga, saluran darah yang besar mampu memberi kesan kepada jumlah oksigen yang sampai kepada bayi.

Posisi duduk atau berdiri semasa bersalin juga mengurangkan masa proses kelahiran dan bersalin. Selain itu, kaedah ini membolehkan si ibu melihat keseluruhan proses kelahiran berlangsung berbanding ketika berbaring.

Di Peru, sekurang-kurangnya 185 orang wanita meninggal dunia dalam setiap 100 ribu kelahiran. Kebanyakan kematian ini berlaku ketika kaum wanita bersalin di rumah.

Disebabkan itu jugalah, Condori tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sanggup merentasi pergunungan Andes kerana dirasakan lebih selamat berbanding bersalin dirumah.

Menjelang tahun 2015, kerajaan Peru berhasrat untuk mengurangkan bilangan kematian wanita kepada 66 peratus dalam setiap 100,000 kelahiran, Peru telah membuka 390 buah rumah menunggu bersalin sejak sedekad lalu, di mana wanita dari kawasan perkampungan boleh menetap secara percuma sementara menunggu waktu untuk bersalin.

Menteri Kesihatan Peru menjelaskan, kebanyakan kaedah perubatan tidak sedar mengenai keperluan wanita mengandung, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar yang melihat kelahiran sebagai satu cara semulajadi dan tidak berfikir perubahan kepada posisi bersalin menegak perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, menurut wakil Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di Peru, Ramirez, wanita Andes biasanya melahirkan anak secara tradisional di rumah dan dibantu oleh nenek, pasangan ataupun bidan. Mereka telah biasa dengan keadaan itu sejak sekian lama dan sukar diubah.

Lantaran itu, kebanyakan pusat kesihatan di Peru sedang membuat perubahan yang membolehkan wanita yang ingin bersalin membawa ahli keluarga sementara menunggu.

Malah, pusat kesihatan tersebut juga membenarkan wanita mencangkung dan duduk ketika proses bersalin.

-Sentiasapanas.com