Friday, March 06, 2015

Isu Ustaz Kazim, Alasan Dr Asri 'Kebudak-budakan'!

Isu Ustaz Kazim, Alasan Dr Asri 'Kebudak-budakan'!

Umat Islam di seluruh negara dikecohkan tentang dua orang ulama yang merujuk kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin, dan tokoh penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias. Kita semua tahu kenapa, kan?

roti-jala

Ya, berkenaan sepucuk surat yang tersebar mengenai Dr Asri yang tidak bersetuju Ustaz Kazim menjadi panel Forum Perdana sempena hari Keputeraan Raja Perlis tidak lama lagi. Tidak tahulah siapa “malaun” yang sebarkan surat berkenaan.

Kita tidak pasti tentang niat sebenar pihak berkenaan menyebarkan surat Jabatan Mufti itu. Mungkin untuk mengenakan Dr Asri atau Ustaz Kazim, itu kita tidak pasti. Namun yang pasti, kesannya agak buruk bagi kedua pihak ulama tersebut.

Untuk apa sebenarnya surat tersebut disebarkan ke khalayak ramai?

Sebaliknya, jika diserahkan kepada Ustaz Kazim secara peribadi, ia tidak akan menjejaskan reputasi dua tokoh tersebut dan tidaklah umat Islam kecoh sebegini tentang isu ini, bukan?

Peliknya, tujuan pihak yang menyebarkan surat itu agak “aneh” niatnya…

Menerusi Facebooknya, Dr Asri memberikan bukti “roti jala dicicah kuah kari” untuk menolak Ustaz Kazim sebagai panel. Itu fakta.

Namun, alasan dan bukti itu sangat kebudak-budakkan. Satu alasan yang tidak dapat diterima dan tidak logik dek akal. Satu dalil yang dangkal dari seorang mufti? Menghairankan..

Walhal, Ustaz Kazim dalam ceramahnya langsung tidak menyebut ungkapan seperti “bahawa diriwayatkan oleh si polan bin si polan..” atau mengatakan kisah berkenaan sebagai hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan.

Dalam ceramah Ustaz Kazim, beliau hanya melakukan perumpamaan sahaja untuk menunjukkan betapa sederhananya Rasulullah SAW dalam menganjurkan walimah atau kenduri. Itu niat Ustaz Kazim yang sebenar.

Beliau berniat untuk memudahkan pemahaman dari sudut konsep muamalah dan akhlak Baginda SAW dengan menggunakan perumpamaan yang mudah.

Takkanlah itu pun Dr Asri tidak faham? Tidak faham atau pura-pura tidak faham?

Di dalam Islam, Dr Asri sendiri tahu bagaimana dikias dan diumpamakan perlakuan zina itu seolah “jari yang dimasukkan cincin”, bukan? Dengan perumpamaan itu, apakah Dr Asri menganggap menyarungkan cincin ke jari di majlis pernikahan itu adalah satu perlakuan “zina”?

Saya yakin, umat Islam di Malaysia ini tidak bodoh seperti yang Dr Asri sangkakan. Kita yakin mereka tahu bahawa kenduri yang Rasulullah SAW anjurkan tiada “roti jala dicicah kuah kari”.

Malah, kita semua tahu “roti jala” memang tidak ada di zaman Rasulullah SAW dulu.

Sebaliknya, dengan perumpamaan itu, kita faham bahawa Ustaz Kazim menjelaskan tentang sifat zuhud dan amalan wasatiyyah Rasulullah SAW dalam menganjurkan walimah ketika hayatnya.

Secara tidak langsung, maka tepatlah perumpamaan Ustaz Kazim untuk menerangkan konsep akhlak dan ajaran Rasulullah SAW itu, bukan?

Justeru itu, kita menyarankan kepada Dr Asri supaya mencari alasan atau bukti lain yang lebih konkrit untuk menyokong keputusan beliau untuk tidak bersetuju menjadikan Ustaz Kazim sebagai panel di majlis forum berkenaan.

Carilah alasan yang lebih kukuh, berasas, logik dan bersandarkan dalil-dalil naqli serta aqli yang boleh diterima oleh umat Islam di Malaysia, khususnya di Perlis yang kepingin mahu mendengar celoteh ceramah Ustaz Kazim yang terkenal itu.

Malulah jika seorang sahbibus samahah mufti yang hebat tiba-tiba mengeluarkan alasan dan bukti yang “lekeh”, bukan?

Cuma, harapan agar  Dr Asri tampil mengemukakan bukti “konkrit” berkenaan isu ini, beliau boleh terus menghubungi atau berjumpa terus dengan Ustaz Kazim. Sekurang-kurangnya tidaklah menjejaskan reputasi kedua pihak, bukan?

Bukan apa, sekurang-kurangnya nanti dapatlah Ustaz Kazim mempertahan diri dan memberi pencerahan sewajarnya kepada Dr Asri tentang ketidakfahamannya dengan pendekatan penceramah terkenal itu, terutama bab “roti jala” dan “kuah kari”, kan?

Boleh Dr Asri?

BACA INI JUGA: Siapa Sebenarnya Golongan Anti-Hadis?

Sumber: MYKMU.NET

Thursday, March 05, 2015

Saya Malu Dituduh Periwayat Palsu - Ustaz Kazim

Saya Malu Dituduh Periwayat Palsu - Ustaz Kazim

Sekeping surat daripada Jabatan Mufti Perlis berkenaan penganjuran forum agama yang tersebar kini menjadi viral dan hangat diperkatakan.

Ustaz Kazim vs Dr Maza

Surat yang mengejutkan ramai tersebut, menyatakan pendirian jabatan itu yang tidak bersetuju terhadap jemputan kepada Ustaz Kazim bagi menjadi salah satu panel dalam program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69.

Surat ditandatangani Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menyatakan pendirian tersebut disebabkan Ustaz Kazim didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Hal ini sekaligus, mengundang pelbagai reaksi dan persoalan daripada banyak pihak.

Susulan itu menerusi laman Facebook, Dr. Maza menjelaskan bahawa itu merupakan surat rasmi dalaman yang telah dipanjangkan individu tertentu kepada pihak pengurusan forum berkenaan dan dianggap sulit.

Bagaimanapun apabila surat ini tersebar beliau terpaksa tampil dengan penjelasan.

Ustaz Kazim vs Dr Maza [2]

Menurut Dr Maza, tindakan ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri yang mahu memastikan kesahihan riwayat.

Turut disertakan, salinan buku tulisan Ustaz Kazim yang mengungkap kisah Nabi Muhammad SAW melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari.

Bagaimanapun terang beliau lanjut, setakat ini Ustaz Kazim tidak pernah dihalang daripada mengadakan ceramah di Perlis.

Tindakan Mufti Perlis Tidak Adil, Malukan Saya

“Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

“Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu,” katanya dalam sidang media.

“Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial,” katanya.
Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.’

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat,” katanya.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

Sumber: BERNAMA.COM / MYNEWSHUB.CC

Tuesday, January 28, 2014

 PKR Mempermainkan Pilihan Raya! – Dr. Asri

PKR Mempermainkan Pilihan Raya! – Dr. Asri

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 PKR Mempermainkan Pilihan Raya! – Dr. Asri

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

“Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti,” katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi “mainan” kepada parti tersebut.

“PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan,” katanya.

Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri “demi kebaikan PKR.”

Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.

“PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang,” kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay, pagi tadi.

(Baca: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup)

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:”Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini.”

Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.

“Itu sekadar spekulasi … tidak berbangkit isu itu,” kata Anwar.

Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

“Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini,” katanya.

Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.

“Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding,” katanya.

Sumber: Mynewshub