Friday, May 08, 2015

SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam!

SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam!

Pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam meminta pengawalan jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam telah bocor dan tersebar.

SPA

Salinan yang diterima itu mendapati pembekuan pengambilan kakitangan awam dikatakan berkuatkuasa mulai 22 April lalu atas tujuan untuk mengoptimumkan pengunaan sumber manusia yang sedia ada.

Pembekuan itu melibatkan semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan.

Ia diputuskan semasa Sesi Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha Negara dengan Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan pada 18 Mac lalu.

Daripada pekeliling yang ditujukan kepada Pengerusi SPA , Tan Sri Mahmood Adam yang diterima pejabat beliau pada 23 April lalu, penangguhan itu boleh dikecualikan atas beberapa sebab tertentu.

Antaranya ialah sekiranya terdapat situasi seperti urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temu duga untuk proses pelantikan dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra-perkhidmatan dan pelantikan pelatih yang telah berjaya mengikuti program pra-perkhidmatan tertakluk kepada pengesahan kekosongan jawatan sedia ada.

awam

Tidak dinyatakan sehingga bila pembekuan itu akan dikuat-kuasakan.

Malaysia sebelum ini dilaporkan mempunyai jumlah kakitangan awam yang paling tertinggi di dunia iaitu sebanyak 1.4 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.

Jumlah yang tinggi itu dipercayai menjadi penyebab mengapa kakitangan awam baru tidak dapat ditambah dalam masa terdekat ini.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Kritik Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib!

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, April 16, 2015

Gambar Separuh Bogel Pamela Safitri Sengaja Disebar?

Gambar Separuh Bogel Pamela Safitri Sengaja Disebar?

Sebelum ini kumpulan muzik yang menjadi viral di Indonesia Duo Serigala pernah memuat naik klip video muzik "Abang Goda" yang menyaksikan mereka melakukan goyang dada.

Pamela Safitri

Namun kali ini lebih mengejutkan dunia netizen apabila foto separuh bogel milik salah seorang anggota kumpulan itu Pamela Safitri telah tersebar meluas di Internet.

Beberapa keping gambar yang tersebar menerusi laman sosial Instagram itu memperlihatkan Pamela dengan beberapa 'pose' menayangkan payudaranya.

Pamela Safitri [2]

Walaupun ada yang mengatakan akaun Instagram milik Pamela digodam, namun ramai juga yang tidak mempercayainya kerana Pamela seorang yang gemar memaparkan keseksiannya di laman sosial.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

Sumber:Tupai.com.my

Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

Seorang pesara CIA telah membuat pengakuan kontroversi sejak dia dimasukkan ke Hospital Sentara.

Marilyn Monroe

Normand Hodges, 78, mengaku telah melakukan 37 pembunuhan untuk kerajaan Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1972, termasuk membunuh aktres kesayangan ramai, Marilyn Monroe.

Normand bekerja sebagai operatif berpangkat tinggi selama 41 tahun.

Selain dilatih sebagai penembak tepat dan pakar seni pertahankan diri, dia juga mempunyai kelebihan dalam penggunaan racun serta bahan letupan yang boleh memudaratkan.

Menurutnya, dia sering diupah untuk membunuh individu yang boleh mendatangkan ancaman kepada kerajaan.

Antaranya adalah aktivis politik, wartawan dan ketua kesatuan serta beberapa saintis dan artis yang dianggap sebagai ancaman.

Normand Hodges
Normand Hodges.

Marilyn Monroe antara mangsa dan satu-satunya wanita yang dia pernah bunuh dan dia tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Normand mendakwa Marilyn merupakan ancaman kepada sistem keselamatan negara kerana beberapa isu skandalnya.

Oleh itu, Normand terpaksa menurut perintah untuk membunuhnya namun pembunuhan aktres itu harus dijadikan seumpama kes bunuh diri.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, April 13, 2015

Isunya Bukan Jambatan Bengkok, Ini Soalan Rakyat - Tun Mahathir

Isunya Bukan Jambatan Bengkok, Ini Soalan Rakyat - Tun Mahathir

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU 13."

Mahathir VS Najib

Itu kenyataan terbaharu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir di blognya chedet.cc hari ini bagi menjelaskan kritikan beliau terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya, kritikan yang dilemparkan kepada Najib bukan kerana kegagalan perdana menteri itu meneruskan projek pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, hal-hal yang dibangkitkan kepada Najib - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu - adalah hal yang sama ditanyakan kepada beliau oleh banyak pihak.

"Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab," tulis beliau.

Beliau menambah jika isu jambatan bengkok itu membuatkannya marah, beliau sudah menuntut peletakan jawatan Najib sebelum PRU13 lagi.

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," tulisnya lagi.

Dr Mahathir juga mendakwa terdapat ugutan jika ada pihak yang tidak menyokong Najib namun menegaskan sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka menyokong 1MDB.

“Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

“Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “IM4U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah,” katanya.

Dalam kritikan terbaharunya, bekas presiden UMNO itu juga menegaskan persoalan di mana wang milik (1MDB) masih tidak lagi dijawab.

"Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura,"

Dr Mahathir juga mempersoalkan kenapa wang yang bukan dari Cayman Islands disimpan dan tidak digunakan untuk membayar faedah RM2 bilion.

"Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million," katanya lagi.

Dr Mahathir juga membangkitkan apakah menjadi satu kesalahan jika beliau mempersoalkan sikap menyembunyikan wang rakyat yang hilang.

Katanya, beliau bertanggungjawab kepada rakyat biarpun sedar keseorangan dalam membangkitkan isu-isu tersebut.

Menyentuh isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata beliau hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul Azhar Umar.

"Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

"Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh," katanya.

Khamis lepas, Najib muncul dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan di TV3 dan menjawab perkara-perkara yang disentuh oleh Dr Mahathir.

Menerusi rancangan yang dirakam itu, Najib menjelaskan beliau telah mengarahkan siasatan forensik dilakukan terhadap 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC).

Selain itu, Najib juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan perkara tersebut telah disahkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

BACA INI JUGA: Jawapan-Jawapan Najib Kepada Soalan Tun Mahathir

Sumber: Astroawani.com

Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur Di Luar Negara!

Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur Di Luar Negara!

Isu seorang pelawak popular yang dikatakan menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita masih belum terjawab.

Zizan Razak

Terbaharu, pelawak dimaksudkan dituduh pula melanggan pelacur kelas atasan ketika berada di luar negara.

Menurut sumber, si pelawak yang tidak menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.

Dia dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu apabila masuk ke sebuah kelab eksklusif dari malam sampailah awal pagi!

Selain Tauke Jambu, nama pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak turut terpalit apabila dirinya dituduh sebagai pelawak dimaksudkan.

Namun menerusi temu bual di program Melodi, pelakon KL Zombi itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

“Tak baik buat cerita macam tu. Tujuan saya berada sana ialah menjalankan tugas-tugas saya. Secara jujurnya, saya pergi ke pusat karaoke di sana tiada pula pelacur. Yang ada hanya permainan snooker.

“Saya mengaku pergi ke pusat karaoke itu tetapi demi Allah tiada pelacur di sana,” ujarnya.

Zizan turut menafikan gosip bahawa dia merupakan individu yang meminta gambar lucah daripada wanita. Katanya, tindakan keji itu mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya.

BACA INI JUGA: Pelawak Popular Kantoi Hantar Mesej Lucah Goda Gadis

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, April 06, 2015

Pemandu Teksi Didakwa 4 Tuduhan Gaduh Dengan 4 Gadis

Pemandu Teksi Didakwa 4 Tuduhan Gaduh Dengan 4 Gadis

Akibat kekasaran yang dilakukannya terhadap empat gadis dalam satu insiden pada 29 Mac lalu, seorang pemandu teksi didakwa atas empat tuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Pemandu Teksi

Dalam tuduhan pertama, Azmi Mat Mokhtar, 45, didakwa menyebabkan kerosakkan kereta jenis Perodua MyVi milik Syarifah Fara Dilfa Syed Fareid, 28, di sebuah stesyen minyak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 3.30 petang.

Manakala bagi ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, dia dikatakan menumbuk dan menyebabkan kecederaan kepada tiga beradik iaitu Syarifah Fara Difla, Syarifah Fara Afzan, 27, dan Syarifah Fara Ryyana, 24, di lokasi dan masa sama.

Jika disabitkan kesalahan, Azmi yang didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pertama, bakal berdepan hukuman penjara setahun dan tak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan mencederakan tiga gadis pula, Azmi didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Namun bagi kesemua pertuduhan, Azmi mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 23 April depan bagi sebutan semula kes.

Kejadian tersebut yang direkodkan kedua-dua belah pihak dan disebarkan di media sosial, kemudiannya menjadi viral dan menerima pelbagai reaksi dari masyarakat Malaysia.

BACA INI JUGA: Driver Teksi Nafi Berkasar, Difitnah Gadis MyVi

Sumber: Mynewshub.cc